Assalammualaikum admin, aku ni salah satu student dari Uitm Kampus Samarahan 2. Aku nak cerita sikit ni. Pasal bilik yang aku duduk sem ni.
Okay so, cita nye bermula begini, Kampus ni menggunakan konsep 1 rumah dan mempunyai 4 pintu bilik. Setiap bilik 2 org pelajar. Rumah aku dan member member aku ni di hujung sekali dekat dengan hutan. So, jadi perkara biasalah kalau ada lipas masuk ke apa. Dalam satu cerita ni ada banyak kisah.
Kisah 1
Jadi pada awal sem ni, aku masa tu seorang diri di bilik roomate aku Jep (bukan nama sebenar) biasa lah org baru ada awek setiap malam pi dating. Aku tinggal seorang lah dalam bilik. Tapi housemate aku ada dalam bilik sebelah. Masa tu aku tengah bermain dengan twitter. Tengah elok elok scroll twitter tetiba ada org masuk. Aku tak dapat tengok wajah benda yang masuk bilik masa tu, sebab bilik dah gelap. Tapi rupa macam Jep. Jam pun dalam pukul 930 camtu. Pastu aku pegi tegur lah aku cakap “oi, jep kau dari mane, sedap betul dating lama betul?”. Benda tu tak respon. Terus benda tu lalu keluar bilik.
Aku masa tu tengah baring, nampak dari ekor mata je benda tu lalu kat sebelah aku. Pastu aku bangun dari katil aku, aku pegi bilik sebelah dan terus tanya dekat member aku ni, Eman (bukan nama sebenar) “man, mana si jep tadi?”. Pastu die cakap “aiikkkk, bukan jep pi dating ke?”
Lalu aku cakap “siapa lah masuk bilik aku tadi? Rupa macam Jep”. Aku ni jenis yang tak kisah sangat dengan benda camni selalu sangat dah kena kacau. Jadi aku masuk balik ke dalam bilik aku. Masa aku bukak lampu dan duduk atas katil tak baring lagi dah. Bedebar jugak masa tu. masa tengah duduk tu, aku tengah layan youtube, masa tu aku menghadap tingkat, syok syok melayan youtube aku tengok dari hujung mata aku benda hitam yang menjengok aku siot. Lama jugak benda tu sekodeng aku. Aku tak dpt tunggu lagi aku buka pintu bilit langkah seribu ke bilik Eman. Aku pun mula bercerita dengan Eman. Kalau di fikirkan balik, rumah aku tingkat 2. Siapa yang menjenguk aku tadi.
Kisah 2
Okay, kisah kedua ni di ceritakan oleh member aku yang duduk bilik C, aku bilik B. Nama dia John, dia ni budak Sabah. Aku suka dengar slang dia ni lucu buat jadi bahan. Okay okay sambong balik ke cerita dia. Kisah ni terjadi lebih kurang seminggu macam tu lah berlaku selepas aku kena kacau kat bilik aku. Masa tu die terbangun pada pukul 430 pagi camtu nak terkencing katanya.
So die pergi lah toilet keadaan rupa masa tu seram sejuk je. Lorong nak ketandas pun gelap je tak buka lampu. Dia pun pi lah ke tandas, dah habis kencing pa semua di masuk bilik, bukak je dia pintu, dia ternampak beg luggage dia yang sepatutnya dekat atas loker sekarang atas lantai. Dia pun pening kejap dok fikir. Masa dia nak angkat balit beg dia tu nak letak balik atas loker. Dia punya flashlight phone tu tersuluh atas loker dia ada benda bertenggek atas tu. baju serba putih, rambut panjang sampai ke lantai. Kak ponti tunggu dia balik dari toilet. Dia terus terduduk atas lantai dan menangis. Tak dapat aku bayangkan face to face dengan kak ponti.
Kisah 3
Kisah yang ketiga ni pendek je. Ni berlaku kat Irham roomate Eman. Masa tu hari sabtu tak ramai orang di kampus. Semua balik ke rumah sendiri, termasuk eman. Yang tinggal berdekatan, seperti orang kuching dan orang samarahan. Aku balik masa tu so aku tak tahu sangat cerita ni. Masa tu Irham tidur dengan Buntat di bilik Irham sendiri. Pada tengah malam macam tu Irham terbangun macam biasa kalau kita terbangun mesti lah kita check phone nak tengok pukul berapa. Masa tu phone kat sebelah bantal dia je. Lepas tu dia terus tengok atas dia nampak muka Buntat dok senyum renung muka dia. Macam muka badut IT tu. dok renung muka irham. Pastu irham tengok tepi Buntat tengah elok tidur sebelah dia. Irham terus tutup muka dia pakai selimut. Dan cuba untuk sambung tido. Dia tertidur dalam keadaan menahan rasa takut.
Cukup sampai dicni kisah yang dapat saya kongsikan. Diharapkan para pembaca terhibur dengan kisah aku yg tidak berapa seram ni.
Sekian dan terima kaih
aku dulu duduk di bilik 2nd hujung lagi dari kau n sama kes tingkat 2 wifi kuat bro. memang betul ada org jengok dr tingkap aku pernah kena sebab ada 1 malam aku letak lilin byk2 dlm bilik n snap gambar terus jelas nampak org jenguk kt tingkap. demam 3 hari bro. yang paling tak cun aku sorang je duduk dlm rumah 4 bilik tu. so aku demam 3 hari n no one knows. sampaila aku baik demam aku tanye kat member pasal tak lepak bilik aku mcm biasa then dia cakap 3 malam berturut mimpi ada orang pesan jangan masok bilik aku. at the end aku tukar bilik terus. tapi best pe bilik hujung camera tak detect bila student bawa awek hahahahahahahaha.