Pak Cik Di Kampung

Hai warga FS, jom baca kisah benar dri sy, maaf kalau tak seram. Okay cerita dia cmni, rumah sy ni kawasan pendalaman kg dan dikelilingi pokok kelapa sawit. Jiran pn tak ramai, ada la dalam 7buah rumah termasuk satu rumah kosong. Kiranya cuma ada 6 rumah yg berpenghuni. Rumah kosong tu jenis rumah lama yg besar dan terletak kt tengah2 antara 6rumah yg lain. Rumah tu dah ditinggal sejak 5tahun yg lalu. Pemilik rumah tu melayu tp dorang dah meninggal dan ank2 dia semua pindah tempat lain sbb dh berkeluarga.

Nak dijadikan cerita, memang ramai yg cakap pasal rumah tu. Katanya ada yg nampak kelibat org Kt situ tp kami yg duduk berjiran ni pn xpernah dgr atau mengalami apa2 gangguan selama rumah tu dikosongkan. 1hari tu, pakcik sy sakit teruk mcm kena buatan org. Asalnya dia mcm kita, sihat je tp semenjak sakit tu dia meracau. Cakap sorg2, ketawa sorg n selalu bercerita tentang benda ghaib. Pakcik ni duduk serumah dengan sy termasuk nenek. Sebelum ni pakcik n nenek duduk dgn keluarga maksu tp semenjak paksu meninggal, kami yg jaga nenek dan pakcik sbb xnk bebankan maksu yg dh jd ibu tunggal. Pakcik sy xbekerja sejak dia sakit sb dia ckp ada org yg halang dia, apa dia buat selalu xkena n benda tu mcm marah dia.Pakcik n nenek bru 2 bulan duduk dgn sy, semenjak hari pertama dia duduk sini, pakcik dh ckp bkn2, dia kata nampak hantu berkeliaran dari rumah kosong tu. Kadang2 waktu malam tu, pakcik keluar rumah sorg2 dan bersilat dekat halaman rumah. Dia kata benda tu kacau dia. Kami tak tahu nk percaya atau tak, sbb kami tak nampak apa2.

1hari tu, khamis malam jumaat kami baca yassin lepas solat magrib kecuali pakcik. Masa pertengahan bacaan yassin, kami dgr pakcik menjerit2 dekat luar disusuli dgn suara budak kecil menangis. Dgn gelabah kami berlari keluar rumah, kami nampak pakcik merangkak dkt laman mcm binatang smbil tenung ke rumah jiran. Tangisan tu dari anak jiran. Ayah saya cuba tangkap pakcik tp dia terus berlari2 menuju ke rumah kosong tu, muka pakcik nampak bengis masa tu. Ayah n abg2 sy terus berlari kejar pakcik, manakala sy n kakak minta bantuan jiran untk tolong ayah dan abg. Mak plak duduk dlm rumah teman nenek, nenek nangis mungkin terkejut. Lepastu jiran sy dtg ke rumah bwk anak2 dia, org lelaki semua kejarkan pakcik. Sy dan kakak pergi jumpa sorg ustaz kt kg ni naik motor, lepastu bawa ustaz ke rumah kosong tu. Masa kami sampai, pakcik dah melekat dkt dinding kayu rumah kosong tu. Dia lompat2 mengayunkan bdn seperti seekor beruk. Ustaz tu terus dapatkan pakcik, dia baca ayat2 ruqyah lepastu dia tanya pakcik “siapa kau?! Mana kau datang?! kenapa kacau org ni?!” Lepastu pakcik mendengus macam seekor beruk, mata di melilau pandang org kg. Tempat tu diterangi cahaya bulan. Lepastu ustaz tanya lagi soalan yg sama tp pakcik masih diam. Segala usaha ustaz tak berjaya sedarkan pakcik.

Lepastu nenek datang dengan mak dan makcik2 yg lain. Nenek ckp dgn pakcik “kenapa kau ni nak? turun la dari situ. Kau tak syg mak ke? kenapa buat mak mcm ni? mak dah tua” Nenek pun nangis, lepastu pakcik turun dan pergi kt nenek dgn gaya haiwan tu. Perwatakkan pakcik terus berubah menjadi nenek tua, pakcik bercakap dgn nenek sy dgn nada yg lembut, dia ckp “aku tak kacau dia, tp dia masuk kawasan aku, dia cabar aku. Dia panggil aku untuk lawan dia “Lepastu ustaz dtg dari belakang sambil baca ayat ruqyah. Pakcik  mengelibas kepanasan, org ramai pegang pakcik. Pakcik menjerit “panas! Panas! Lepaskan aku” ustaz tu picit ibu jari kaki pakcik, pakcik jerit “lepaskan aku, aku dh tua. Aku tak kacau org tp dia yg cari aku” ustaz tu lepaskan jari kaki pakcik dan tanya “mana asal usul kau ! Kenapa ko ganggu org!” Lepastu pakcik menangis, dia ckp ” aku penunggu dirumah ini, aku tidak bertuan, aku tidak menganggu sesiapa tapi org2 bercerita tentang kewujudan aku dan pemuda ni telah memanggil ku. Dia mencabar kesabaran ku dgn menceroboh kawasan ku”

Lepastu ustaz tanya nenek sy betul ke pakcik ni ada sakit mistik atau dia hanya berpura2? Lepastu nenek ckp ye, ank sy sakit sejak setahun yg lalu, dia suka ckp bersendirian, dia ada pergi berubat dgn sorg ustaz ni, dan ustaz tu kata dia kena buatan org. Lepastu pakcik bersuara lg “Tidak! Anak kau tidak sakit, dia hanya mengamalkan ilmu dan sbb itu dia berani mencabar kewujudan aku untuk menguji kekuatannya” sejak tu baru kami tahu yg pakcik hanya berpura2 sakit selama ni, dia lepaskan tanggungjawab dia sebagai anak lelaki bujang yg sepatutnya mencari nafkah untk nenek selepas kematian atok. Lepastu ustaz memujuk si nenek yg berada di dalam badan pakcik untuk pergi. Nenek tu menurut dan berkata, jika dia menggangu aku, aku akan buat hidup dia seperti aku. Tak lama lepas tu ada 1 kelibat putih keluar dari tubuh pakcik. Pakcik terus pengsan n diangkat balik ke rumah. Masa dlm perjalanan balik, sy tidak sengaja memandang ke arah tangga rumah tersebut n ternampak seorang perempuan tua duduk bersama seekor beruk. Nenek tu melambai2 ke arah kami semua.

Sy terus mengubah pandangan ke dpn sbb perasaan takut menyelubungi diri. Sy tak pasti org lain perasan dgn kewujudan nenek tu atau tal. Yg pasti sy nmpk jelas. Nenek tu berwajah bersih je sbb diterangi dengan cahaya bulan. Lepastu org ramai masih berkumpul di rumah sy manakala pakcik masih pengsan. Nenek menangis malu dgn kelakuan pakcik. Pukul 11 malam semua jiran balik dan pakcik masih xbangun (terus tidur). Keesokkan hari, kami berkumpul ramai2 termasuk ank2 nenek yg lain. Ayah menjadi ketua disebabkan ayah anak sulong. Akhirnya pakcik mengaku, yg dia tidak sakit tp dia menuntut ilmu dari seorang bomoh siam. Dia pernah bertapa bersama rakan2 yg lain tp dia berhenti diseparuh jalan sbb rakan2 yg lain ada yg jd gila selepas mengamalkan ilmu tersebut. Dia berpura2 sakit sbb malas bekerja dan konon nya dgn perwatakan begitu, dia nak jadi seorang bomoh. Padahal badan nya 0 dan tiada apa2 ilmu (berdasarkan dari kata2 ustaz semalam) apa yg dia nampak dan bercerita, semuanya hanya hayalan. Sekarang ayah hanya menerima nenek dirumah manakala pakcik dihantar ke tempat org2 membaiki akhlak dan belajar ilmu agama.

Semenjak kejadian tu, Xde siapa yg berani ckp tentang rumah tu atau memasuki kawasan rumah tu walaupun hampir setiap malam kami bau wangi lalu di kawasan rumah, mungkin nenek tu hanya tumpang lalu n melawat ke rumah kami. Jadi pembaca boleh cari pengajaran yg terdapat dalam cerita. Sekian untk hari ni. Terima kasih .

::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 12 Average: 4.9]

8 thoughts on “Pak Cik Di Kampung”

  1. Lain kali jangan mengamalkan ilmu hitam kerana kesannya membawa padah hingga ke menggadai nyawa.Menyekutukan Allah SWT,adalah dosa dan kezaliman yang paling besar.
    Alhamdulillah,Pak cik tu pun dah dihantar ke tempat-tempat untuk membaiki akhlak dan mempelajari ilmu agama.
    Tahu tak semua,mereka yang menyekutukan Allah SWT akan ditempatkan di neraka yang paling dasar dan yang paling dahsyat seksaannya,Iaitu neraka Hawiyah.

    Reply
    • Eh maaflah ya, Neraka Jahim (Untuk orang- orang yang menyekutukan Allah SWt) .Mungkin juga Neraka Hawiyah (Untuk orang munafik).Tapi saya rasa lebih afdal lagi Neraka Jahim.

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.