ghost-wallpaper-6

3 Tempat Mistik Di Sintok. Pelajar UUM Mesti Familiar Dengan Tempat Ini

Kisah ni berlaku masa aku belajar di UUM, Sintok sekitar 2001. Aku cerita berdasarkan nama kolej lama, sebab sekarang kebanyakan kolej sudah bertukar nama.

Ada banyak kisah mistik kat IPTA ni.

KISAH 1 — KOLEJ ASEANIA
Tahun 2001, kolej ni masih baru dibuka. Kolej ni antara kolej paling jauh dari kolej-kolej yang lain. Malam tu aku study kat bilik salah sorang kawan aku, kak Zila. Malam tu kak Zila nak kol mama dia tapi yang beratur agak ramai. Pukul 11 lebih, dia suka sangat sebab cuma tinggal sorang je yang tengah guna telefon awam.

Untuk tuju ke arah telefon, memang tak nampak sape yang telefon sebab terlindung dek kotak telefon. Kita cuma nampak separuh badan. Capai kad telefon, berlari kak Zila tuju ke telefon awam.

Aku yang baru turun, tengok kak Zila dah pengsan. Katanya orang yang sedang telefon, tak berkepala rupanya. Kemudian dia langsung tak ingat apa. Rupanya kejadian ni dah beberapa kali jadi kat kolej tu. Blok mana? Carilah sendiri dari senior-senior tahun tu :-).

KISAH 2 —- KOLEJ PERNAS
Yang ni, aku dengan kawan sendiri kena. Masa ni aku tinggal tingkat 4. Tingkat 4 agak special sebab tak banyak. Bilik aku setentang bilik kawan. Selang 2 bilik sebelum ke tandas.

Malam tu aku dengan kawan dah jadi macam budak-budak. Main lompat-lompat dari pintu bilik ke pintu bilik depan. Tapi bilik terakhir setentang bilik pili bomba. Aku dengan 2 orang kawan lumba konon sape lompat paling jauh.

Lepas beberapa kali cuba, ada satu perkara menyeramkan berlaku. Bilik paling hujung ada lembaga yang turut ‘berlumba’ dengan kami. Dia lompat dari arah bilik pili bomba kecil tu ke arah bilik setentang paling hujung tu. Aku dengan kawan spontan menjerit. Huh! Rasa nak luruh jantung.

KISAH 3 —-KOLEJ TNB
Cerita berlaku masa aku praktikum di UUM. Tahun 2000 masa tu. Aku duduk tingkat 2 dengan 3 orang kawan lagi. Kiranya sebilik 4 orang. Bilik aku bertentangan dengan jalan laluan bas.

Lepas isyak, aku dengan roommate sibuk cerita hal keluarga masing-masing. Sedang rancak bercerita, aku dengar orang main gitar sambil menyanyi dari bilik bawah. Aku bagi tau kawan, bising orang bawah ni. Tak cukup dengan tu, bunyi kerusi seperti diangkat separuh dan dilepaskan. Panas rasa hati.

Sedang kami luah rasa marah, bilik diketuk. Kakak dari bilik wing hujung rupanya. Sempat aku dengan Ani mengadu sikap ‘penghuni’ bilik bawah. Kakak tu terkedu. Katanya, penghuni kolej musim cuti Sem kali ni semua aras 2. Tiada sorang pon aras lain termasuk aras 1. Aku terus melompat atas katil sebab terkejut sangat.

Keesokannya waktu Zohor, aku solat kat bilik kosong hujung yang tidak berkunci. Sejak hari 1st lagi, kami suka sangat sebab bilik tu tak berkunci. Boleh buat tempat solat kononnya.

Sebaik takbir pertama, aku terdengar bilik dibuka dan dikatup. Terasa ada seseorang tengah pakai telekung di belakangku. Aku tak kisah sebab siang hari. Habis je solat, aku tengok belakang, tiada seorang pon belakang aku.

Balik ke bilik, aku tanya siapa solat dengan aku. Semua jawab takde. Seramnya aku rasa! Waktu solat siang hari pon ‘dia’ nak usik lagi.

Start dari hari tu, aku lebih rela solat kat bilik sendiri. Pergi tandas WAJIB berteman. Aku pasti, ramai lagi penghuni Sintok ada cerita tersendiri.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *