3:45 a.m – Gangguan Berakhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat non-muslim.

Masih ingat aku? Alah yang kongsikan pengalaman seram 3:45am, ingat? Kalau ingat, Alhamdulillah. Ini sambungan untuk gangguan yang aku dan suami alami.

Gangguan semakin teruk sehingga memberi kesan mentally and physically untuk kami berdua. Betul kata warga FS bahawasanya “mereka” sudah pun berada dalam rumah aku. Macam mana aku tahu?

Suami aku mula sibuk dengan kerja maklumlah nak raya banyak job masuk. Bila suami bekerja ertinya aku berseorangan di rumah. Malam tidur seperti biasa, walaupun tidur sorang; aku tetap tidur dekat side sendiri. Side suami aku tak kacau sebab aku jenis tidur setempat.Tengah sedap tidur aku di kejutkan dengan bunyi kilat. Kuat gila bunyi dia sambung menyambung pulak tu. Boleh rasa yang rumah aku bergegar setiap kali kilat sambar menyambar. Dalam masa yang sama aku dengar bunyi “Aakkkk…Akkkk.Aaakkkkkk… Aaakkkkkkkk” diselangi dengan “Tikkk..Tikkk..Tikkkk!.

Huish bunyi macam hantu ju-on dan orang ketap gigi. Aku cuba toleh side suami aku. Korang tahu aku nampak apa?

Lelaki tak berbaju warna kulit coklat gelap dan botak tengah baring sebelah aku, mulut ternganga sambil keluarkan bunyi hantu ju-on dan ketap gigi! Terjegil bijik mata aku, aku tahu aku bukan bermimpi ataupun mamai sebab jelas sangat! Takut tak payah cakap. Jantung punya degup Usain Bolt boleh kalah. Dia perasan aku dah tahu kehadiran dia, dia toleh kan kepala dia ke arah aku sambil bukak mulut dia besar-besar macam nak makan aku! Macam zombie lapar tu kau tahu. Tapi dia static dekat tempat tu je, kepala je yang bergerak macam nak terkam aku.

Ya Allah, masa tu nasib tak jatuh katil je.

Aku nak bergerak pun tak boleh sebab badan macam keras. Kaku. Nak baca apa pun ke laut. Lidah kelu. Aku cuma fikir Allah. Dalam hati aku “Allah, Allah, Allah.”

Tiba-tiba kilat bunyi kuat gila, dalam lintasan cahaya kilat tu terus makhluk yang menyerupai lelaki sebelah aku tu hilang.

Aku apa lagi, cuba gerakkan badan aku. Berjaya! Aku terus bangun berlari tidur luar sambil bukak TV sampai tertidur. Nasib esoknya Sabtu.

Aku terbangun pun dalam jam 3:00 petang. Gila lama aku tidur. Tu pun sebab rasa badan aku digoncang macam ada orang kejutkan. Aku bukak mata, aik bila masa aku switch off TV? Aku tengok sekeliling, rumah aku bersepah betul! Dalam hati aku semua segala sumpah seranah melayu cina india matsaleh aku sebut! Sakit hati kau tahu bangun-bangun rumah bersepah. Dah berani betul dorang ni buat kacau dalam rumah! Aku cuba nak bangun, tak larat weh. Setiap sudut dalam rumah tu berpusing-pusing. Lepas tu tak semena-mena aku dengar suara suami aku dari dapur.

“You baring je, badan panas tu. Ni i ada buatkan bubur. Yang bersepah ni biar i kemaskan.”

Aku pelik, suami aku supposedly balik lusa. Mungkin dia punya shooting habis awal. Tapi aku takde masa nak fikir sebab sakit kepala menguasai aku! Suami aku tolong aku untuk duduk. Aku tak bukak mata sebab setiap kali bukak semua imej berpusing-pusing.

“Ni minum air. Dah kering dah bibir tu. Lepas tu makan.”

Aku ikut je apa yang suami aku cakap. Bila dia cakap, “aaa…” aku fahamlah dia suruh bukak mulut untuk aku makan. Bila bubur masuk dalam mulut, aku rasa macam nasi tu keras. Macam beras campur air je dan macam berpasir sikit texture dia. Aku marah lah suami aku. Marah-marah telan jugak.

“You ni agak-agaklah. Ni bubur ke, beras campur air je? Tengah sakit kepala macam ni nak main-main pulak!”

Suami aku jawab, “You rasa?”

Bila dia cakap tu, suara dia dah berubah. Masa tu bulu roma meremang dan sel-sel otak dah mula bergabung memaksa aku untuk bukak mata. Astaghirullah al azim, yang dekat depan aku ni bukan suami aku! Ni makhluk yang baring sebelah aku malam tadi! Aku kalau pundi kencing tak kuat, basah dah kerusi tu aku kencingkan. Aku terus kaku dalam keadaan duduk tu. Denyutan dekat kepala makin kuat, rasa nak meletup kepala masa tu. Mana satu nak layan pun aku tak tahu. Bila dah macam tu, lelaki tu boleh cakap, “dah tahu ke? Takut?” Gila tak takut?! Lepas tu dia berdiri and buat mulut yang macam zombie nak makan orang tu. Aku jerit gila bab* punya sambil pejam mata.

Apa yang disuapkan dalam mulut aku pun aku tak tahu.

Tiba-tiba aku dengar azan dari TV. Bukak mata, elok je tak pening. Tengok sekeliling, rumah elok tak bersepah. Tengok jam baru jam 1:00 lebih. Maknanya baru Zuhur. Ya Allah tadi tu semua mimpi. Terus aku bangun, mandi, solat, pergi rumah mak mertua aku. Parents aku dekat JB. So, mertua aku dekat je, dekat Klang. Aku ceritakan semuanya dekat mertua aku. Diorang terkejut kenapa baru bagitahu sekarang. So, aku tumpang bermalam dekat rumah tu dan suami aku, ya the real one datang sini lepas shooting dia selesai. Suami aku suruh stay je dulu rumah parents dia dan suruh aku ambik AL dan MC memandangkan aku demam. Aku pun turutkan je. Nasib dapat MC dua hari dan AL aku lulus. Dan nasib jugak aku punya AL masih banyak. Haha, off topic pulak. Sorry, sorry.

Macam aku cakap tadi, aku demam. Panas je badan. Demam terkejut mak mertua aku cakap. So, sepanjang dekat rumah mertua aku, mertua aku bagi aku air bacaan Yaasin untuk pulihkan semangat aku dan bagi sebotol untuk bawak balik rumah, spray setiap sudut. Aku kalau boleh tak nak dah duduk rumah tu semenjak dia kacau sampai dalam mimpi tu. Tapi nak buat macam mana? Takkan nak pindah terus.

Start dari situ, suami aku ambik air Yaasin yang mak dia bagi dan spray setiap sudut rumah, azan setiap penjuru rumah. Hari-hari dia buat. Dia pulak stop untuk ambik job dulu sebab nak selesaikan masalah misteri rumah kitaorang ni. Kitaorang pun panggil orang surau buat baca-baca sikit. Doa selamat eh orang panggil?

Lepas dari buat semua tu, gangguan dalam rumah dah tak ada, cuma kena ganggu 3:45 a.m tu balik. Aku hairan betul, liat benar diorang ni. Tak dapat masuk dalam, kacau dari luar pun jadi. Ketuk-ketuk tingkap bilik, menangis, anjing menyalak. Bagi aku itu semua okay lagi daripada siap baring sebelah aku. Itu betul-betul buat aku demam dan lemah semangat. Tapi semua ni hanya sementara.

Seminggu lepas doa selamat, aku dengan suami pergi jemput parents aku dekat JB. Abi aku ni macam boleh sense benda halus. Sampai je depan rumah kitaorang, mengucap panjang dia.

“Asttaghirullah al azim. Ya Allah. Patutlah. Banyak rupanya dekat luar; tunggu masa je nak masuk.”

Aku, suami dengan mama dah pucat. Cepat-cepat Abi suruh kitaorang masuk. Masa Abi nak lock pagar depan sambil tu, dia boleh cakap, “aku tahu korang banyak. Tapi anak dan menantu aku tak kacau korang semua. Aku mintak korang semua pergi jauh dari sini.” Fuhhh, masa tu goosebumps weh!

Mungkin makhluk tu semua rasa tercabar, dia mula balik kacau dalam rumah. Macam yang aku cakap, semua hanya sementara.

Gangguan dia bermula balik dengan ganggu hubungan aku dengan suami. Kau bayangkan bila aku dengan suami aku, aku boleh nampak bayang lelaki botak berbunyi ju-on tu. Tak ke p****g? Hampir hari-hari (maklumlah orang dah kawhin). Masa ni aku sendiri dah benci dekat suami aku, suami aku pulak fed-up agaknya. Tak kerja, melepak dengan kawan-kawan sampai 2-3 pagi. Kadang-kadang aku sendiri tak tahu yang baring sebelah aku tu suami aku ke tak yang balik tengah malam tu suami aku ke bukan. Kalau aku pergi kerja, parents dengan suami aku dekat rumah. Dorang cerita, time maghrib sayup je dengar benda tu menangis. Hari-hari sepanjang waktu senja sampai habis azan maghrib. Itu belum yang Abi dengan suami aku kena kencing berdarah. Aku pulak lebam-lebam dekat badan. Mama asyik mimpi pocong nak masuk rumah. Parents dan mertua aku dalam masa yang sama usaha carikan ustaz untuk bersihkan rumah.

Alhamdulillah, ada ustaz boleh tolong kami. Tak perlulah aku ceritakan proses pembersihan rumah. Cuma aku nak share-kan apa yang ustaz tu cakap:

(1) Memang banyak dorang semua tu dekat luar rumah. Bukan dekat floor aku je. Tapi dorang lagi suka dekat rumah yang jarang ada orang. Semua tu datang dari kawasan hutan yang kena tebang (yang aku ceritakan sebelum ni). Kiranya dorang punya rumah kena kacau, nak kena cari rumah baru.

(2) Ada jantan tu berkenan dengan aku sebab selalu sorang-sorang dekat rumah. Sampai dia menyerupai suami aku. Sampai dia buat suami aku tak ada nafsu dekat aku dah. Well jujur aku cakap, ada keretakan rumah tangga sikit. Actually banyak since si lelaki berbunyi ju-on tu muncul dalam rumah. Banyak macam-macam weh. Antaranya, aku jadi kurang ajar dekat suami aku, aku benci tengok muka dia, aku naikkan suara dekat suami aku. Suami aku pulak, dia punya “adik” taknak naik everytime kitaorang nak intercourse, cakap aku bagi dia makan lauk basi, marah-marah parents aku. Alhamdulillah parents aku tak kecil hati sebab boleh nampak yang suami aku tu bukan diri dia. Kiranya yang ju-on ni paling kuat antara yang mengacau dan dia lah si jantan suka dekat aku.

(3) Yang pocong, benda duk ketuk-ketuk tingkap bilik, menangis bagai tu sebenarnya nak masuk dalam rumah. Dorang ni jenis mintak izin nak masuk.

(4) Ustaz pesan supaya pasang ayat suci al Quran dekat dalam rumah memandangkan aku dan suami jarang ada dekat rumah. Dia suruh beli radio kecik yang ada bacaan ayat suci al Quran.

(5) Kalau boleh pindahlah cari rumah lain. Sebabnya dia nampak kondo yang aku duduk ni, the whole condominium suram.

Okaylah, setakat ni aku dapat kongsikan pengalaman seram aku. Sekarang aku dan suami duduk dekat rumah mertua sementara nak dapatkan rumah baru. Semenjak apa yang jadi aku dah tak berani sangat duduk situ even tho’ parents dan suami aku ada.

Aku mintak maaf kalau sharing aku kali ni macam berterabur, sebab entah… kalau boleh nak lupakan semua tu. Terima kasih buat yang memberi nasihat kepada aku dan suami. Aku hargai sangat. Kepada adik yang cakap kita berjiran tu, boleh jadilah dik. Mungkin iya, mungkin tidak. Mungkin suasana lokasi kediaman kita hampir sama. Mungkin mahkluk-mahkluk halus a.k.a syaitan/jin memang menggunakan modus operandi yang sama untuk sesatkan kita.

Wallahua’lam

Bini Orang

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 2.7]

20 thoughts on “3:45 a.m – Gangguan Berakhir”

  1. Jahatnya lelaki ju on tu. Alhamdulillah akak dah sihat dah sekarang.dah takde pape kacau dh. Inilah cerita yg kita nak. Sbb bebaru ni admin post crita kurang

    Reply
  2. Awk ni mcm superb je hehe sbb slalu beradu je..haha sbb tu benda tu suda syiokk maauu try sbb sedap..hehe tgk gamba ckt..mana tau kite leh try..

    Reply
  3. Ohhh sebab ni la admin pon malas nk up cerita byk agaknya.. sebab ada manusia yg suka leave comment2 mcm ni kt cerita org…

    Reply
  4. Kalau boleh pindahlah cari rumah lain. Sebabnya dia nampak kondo yang aku duduk ni, the whole condominium suram.

    kondo mne tu yunk.. iols ingat2 lupa cter u ni dlu tp mmg penah baca

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.