3:45am (seram)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Thank you FS sebab sudi post cerita aku ni. Cerita ni betul-betul terjadi dekat aku tau, and it is up to you guys to believe it or not and yes please aku perlukan padangan korang dengan apa yang terjadi ni.

Kejadian seram ni dah jadi dekat aku dalam bulan 3 ni jugak lah and semalam baru kena jugak. Kus semangat!! Benda ni semua jadi bila ada pihak auhthority tebang hutan belakang rumah aku. Okay, meh sini aku cerita kawasan perumahan aku. Aku dengan suami aku duduk condo area Cheras, kitaorang duduk tingkat 20 and dapat view KL. Bukan setakat view KL, jerat Cina & India pun nampak which is 500m je jarak dari rumah aku. So memang nampak gila lah perkuburan tu except Jerat Cina sebab dia macam nun 3km tapi dari view rumah aku boleh nampak. Macam selak langsir bilik confirm lah view aku first hutan, second Jerat India and kalau toleh kanan sikit macam 135 darjah kau nampak Jerat Cina and toleh sikit lagi nampak KLCC etc. Boleh gambarkan tak?

Suami aku kerja production so jarang nak nampak dia dekat rumah kalau time dia tak ada job 2 3 bulan jugak lah dia duduk je kat rumah, katanya nak rehat kalau tak job tak putus-putus masuk. Alhamdulillah rezeki kitaorang. Kalau job dah panggil hambik kau terkontang kanting aku sorang-sorang dekat rumah 5pagi keluar 12/1/2/3 pagi nanti baru balik tu pun nak kena keluar awal pagi balik. Itu belum kerja luar kawasan pulak berminggu-minggu aku kena tinggal. Siapa yang kerja production maybe boleh faham kot working hours suami aku ni macam mana. Aku pun kerja tapi 9-6pm lah – keluar rumah jam 730am sampai 730pm. Aku bagitahu ni sebab nak korang gambarkan bila je dalam rumah aku tu ada penghuninya manusia. So rumah tu weekend je hidup dengan TV, dapur berasap semua.

Gangguan pertama terjadi dekat aku bila suami aku kerja luar kawasan, so aku sorang je dekat rumah ni. Malam tu macam biasa lah, balik rumah mandi, iron tudung then minum milo dengan nestum terus aku tidur. Aku jenis tidur tutup lampu tau and tingkap aku bukak sebab bahang dia lain macam tapi langsir tutup lah. Punya lena aku tengah tidur, tepat jam 345am aku tersedar; tahu sebab check jam dekat phone. Masa tu tidur terlentang tau, yang aku terbangun terkejut gila yang mata terus bukak besar tu. Hahahhaha. Kau tahu kenapa mata aku terbukak besar? First sebab aku dengar anjing menyalak yang sayup-sayup tu kau tahu; second aku dengar perempuan nangis sendu betul dia nangis. Fuhh aku apa lagi, tarik selimut selubung lah. Baca ayat kursi termasuk al fatihah. Baca al fatihah termasuk ayat kursi. Aku tak sure berapa lama aku duk repeat baca salah sampai aku sendiri tertidur. Esoknya aku call suami aku tak dapat, aku whatsapp dia bagitahu benda yang jadi dekat aku tapi tak ada respond! *facepalm

The next day, aku ingat dah tak ada gangguan dah. Still tidur tutup lampu and tingkap bukak. Tepat 345am aku akan terbangun. Macam biasa, anjing menyalak sayup; tapi kali ni lain wehhhhhh dia nangis then mcm jari ke kuku panjang dia ke dok gesek dekat grill besi tingkap tu. Banyak kali weh- “tinggg, tinggg, tiinggg, tinggg” lebih kurang macam tu lah bunyi dia. Takut dia tak payah cakap lah, terus aku capai lampu kat side table terus aku on. Tak tahu jam berapa aku tertidur. Start dari tu, aku dah tak bukak tingkap bilik aku kecuali pagi masa aku nak bersiap-siap pergi kerja. Before gerak kerja aku tutup balik. Bila aku tutup tingkap kan, dia knock tingkap masa aku tidur; and yes benda ni semua jadi tepat 345am.

Ada satu weekend tu, aku tidur petang lah kan. Semua kerja dekat rumah dah settle, so nak rehat je lah. Aku tidur tutup pintu bilik, masa aku tidur tu; pergh macam-macam aku dengar orang bukak pitntu bilik sebelah. Duk bukak tutup bukak tutup. Stress aku. Belum lagi dia buat tarik kerusi meja makan, tapi bunyi je bila aku check tak kena tarik pun. Nak kata orang atas, level 20 ni dah paling atas dah. Then bila aku bangun, takde pulak dia nak buat bising semua. Bila malam, macam biasa 345am anjing menyalak dan ketukan kat tingkap. Macam mintak izin nak masuk gitu. Aku malas layan, aku sambung tidur balik. Rasa tak takut sebab tutup tingkap and bukak lampu tidur. Esoknya suami aku balik, aku cerita semua dekat dia masa dinner (suami ada baru nak masak); macam biasa lelaki kan mana nak pernah percaya benda macam ni. Dia boleh cakap “You mamai kot sayang”, rasa nak maki tapi takpe biar dia rasa sendiri. hahhaa

So bermula lah episod suami aku pulak yang duduk sorang dekat rumah, tengah aku kerja dia suruh balik half day. Hahhaha! Kau tahu sebab apa? Sebab dia duk main game dalam bilik then bilik sebelah (bilik iron) punya pintu duk bukak tutup bukak tutup. Dia mula-mula tak syak apa-apa pun, dia cuma ingat tu angin sebab pintu tu memang problem sikit. 2 3 kali okay dah. Bila dah banyak kali dia cuba tutup pintu tu kuat-kuat and tolak kuat acah-acah macam nak siasat betul ke angin; takde pulak pintu tu terbukak. Yang membuat dia suruh aku balik tu, masa dia nak tutup pintu dia nampak macam body figure dekat belakang langsir bilik tu. Angin takde ni, tingkap pun tak bukak; tapi body figure tu cantik je terbentuk dekat belakang langsir. Hahhaha, aku tulis pun seram weh apatah lagi laki aku yang nampak. Tu lah bini cakap tak percaya. End up aku tak balik pun. Malamnya masa tidur timing yang sama 345am dia dengar benda tu knocking tingkap bilik kitaorg and aku pun terjaga. Terus aku cakap dekat dia, aku terjaga sebab nightmare. Ada tiga ekor pocong dekat luar rumah macam nak masuk siap macam nak tengok dalam rumah ada orang ke tak. Muka diaorang? Hitam, texture kulit macam kulit kayu and mata dorang besar. Hmmm.

3 hari je suami aku dekat rumah, lepas tu dia start kerja balik. Tidur sorang balik. Semalam masa nak tidur macam biasa aku baca 3qul & al fatihah. Tengah aku baca tu, pergh ada satu suara yang macam berbisik ikut apa aku baca. Terus tunggang langgang aku punya surah. Bila aku stop baca, betul-betul kat tepi telinga aku bunyi nafas lega yang macam kau tarik nafas panjang then hembus. Masa nak terlelap pulak, dia bisik apa entah kat telinga aku. Aku tak faham, so aku ambik bantal tutup telinga aku then tertidur sampai pagi.

So far itu yang terjadi dekat aku since authority tebang hutan belakang tu sikit-sikit. Korang rasa sebab apa eh rumah aku yang kena ganggu?

Sorry kalau tak seram tulis berterabur, just nak share and pendapat je.

Thanks.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 5]
BiniOrang

32 thoughts on “3:45am (seram)”

  1. Minta suami panggil perawat Islam.
    1. Mula2 halau semua entiti yg ada dlm rumah.
    2. Minta perawat pagar rumah.

    Pastikan semua dh berjaya kluar baru pagar rumah. Jgn benarkan walau 1 entiti terperangkap kerana lepas pagar, entiti yg xk dpt kluar akan melakukan gangguan dek kepanasan.

    Reply
  2. First root cause da tau, lepas tebang pokok blkng rumah, basically jin2 ni punya rumah da kna clear.Second, diorg dtg mengganggu umah puan, kononnya nk masuk rumah puan.Sebenarnya, bkn ketuk pintu nk masuk, diorg da mmg ada kt dlm umah puan tu pun, bukti tgk dy kacau pintu bilik.Third, solusi terbaik adalah daripada tuan rumah sendiri, iaitu puan laki bini.Hak puan adalah rumahnya, mahal2 byr dgn cukai apa semua, senang2 nk tumpang.Kuatkan amal ibadah dan fahami setiap ayat pendinding yg dibaca.Kalau dengar sahaja, baca Audzubillah minas syaiton nirrojim.Kalau nampak figure, jerit kuat -Aku melaknat kau dengan laknat Allah swt 3x., pengalamn peribadi dripada ibu sy sendiri, ibi sy jenis xkuat smgt, slps sy ajarkn, Alhamdulillah berjumpa sekali dgn makhluk ini dy baca kuat2, dgn izin Allah hilang terus.Benarlah daripada ajaran Nabi kita.Satu petua nak kurg rasa takut, ialah kita kena igt kiri kanan kita ada malaikat, walaupun hnya mencatat amal, tp at least ad temankn, 2 malaikat pulak tu.Selain itu, jumpa perawat islam.Bagaimana rumah penghuni yg lain xkena kacau ke? Klu rmi kena pnggil la team perawat Islam.Semoga dibantu oleh Allah swt amiin.

    Reply
    • Aku setuju.. ikhtiar yg paling first sbnrnya dtg dr tuan punya rmh sndiri.. seelok2nya, bacalh al quran tiap kali lps solat fardhu.. dh alang2 ko trbangun 345am tu, apakata ko solat taubat pastu trus solat tahajud n sambung dgn solat hajat.. smntara nk tunggu subuh, baca al quran.. kalau tk jln jgk, bukak mp3 org2 selawat atau memuji2 nama Allah.. ikut pngalaman aku la, kalau bukak mp3 org baca ruqyah.. bnda tu mcm nk fight jer.. tp bila bukak asma ul husna or selawat.. dia mcm tk thn.. then kalau ada pluang, sila panggil perawat Islam untuk ikhtiarkn apapa yg patut.. itu kalau ikut pngalaman aku la.. aku prcaya, geng2 yg lain dlm FS ni pun ada nasihat2 bernas yg ko boleh ikut..

      Reply
    • Betultu setuju bangat.. Rasulullah saw dah tinggalkan amalan yg sepatutnya kita buat..contoh sebelum masuk rumah yg xde org kat dalam, bagi salam utk diri sendiri.. Baca bismillah kemudian ucap Assalamualaina waala ibadillahissolihiin

      Reply
    • Saya suka cadangan solusi ni. Lagi satu, surah al baqarah tu sebenarnya satu senjata yang sangat-sangat berkesan untuk menangani masalah gangguan dalam rumah ni. Yg dalam rumah akan keluar dan yang kat luar tak dapat masuk. Cuba lah buat. Tiap2 hari tau. InsyaAllah…

      Reply
  3. scarynye,.mnde tu dah bagi hint tu nk stay sama. Cuci la rumah tu. pnggil org yg pandai. aku pn tgl sorg jgk. Bab2 bunyi2 ni, pernah tanye brader rumah atas, kot2 anak dia ke main2 perabut tgh malam,. dia buat muka pelik. aku pn dah faham la bukan anak dia yg main,. so far sekali jek pernah kena. bunyi2 tu dah biasa. aku x ganggu kau, kau jangan ganggu aku. keluar masuk rumah selalu lah amalkan ayatul qursi. masuk rumah bagi as salamualaina……. sbb rumah xde org kn. Dari time nak maghrib, jgn biar pintu and tingkap terbuka. bahayoooo…Siang xpe. sekian

    Reply
  4. terima kasih buat komen2 yg bagi nasihat ape yg perlu buat bila facing bende cmni. at least kita pun leh amek pengajaran dr cerita ni kan…bole jgk amalkan bila “terrrrkena” nnt.tp mintak sisihlah….

    Reply
  5. Termasuk sunnah, menutup pintu-pintu di awal waktu maghrib sambil menyebut nama Allah ta’ala

    Dalil perbuatan ini adalah hadits Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu ketika beliau menyampaikan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

    «إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ –أَوْ أَمْسـيتُمْ– فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ، فَإنَّ الشيطَانَ يَنْتَشـر حِينَئِذٍ، فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنَ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ، وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ، وَاذْكُرُوا اسْمَ اللّهِ، فَإنَّ الشيطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَاباً مُغْلَقاً»

    Jika masuk awal malam –atau beliau mengatakan: jika kalian memasuki waktu petang- maka tahanlah anak-anak kalian dari keluar rumah karena setan sedang berkeliaran pada saat itu. Jika sudah lewat sesaat dari awal malam, bolehlah kalian lepaskan anak-anak kalian. Tutuplah pintu-pintu dan sebutlah nama Allah karena setan tidak bisa membuka pintu yang tertutup” (HR. Al-Bukhari no. 3304 dan Muslim no. 2012).

    Reply
  6. Paling pantang betul kalau jenis suami kita cerita benda2 camni, dia tak mau percaya..
    Alasan dia, imaginasi, mamai, perasaan..

    Bila dah kena diri sendiri baru dia tau..
    Elok panggil Ustaz atau pengamal perubatan tolong bersihkan rumah tu..
    Mungkin sebab hutan tu dah ditebang, makhluk2 ni takde tempat nak tinggal dah..

    Reply
  7. Baik panggil ustaz ke, atau buat la apa2 tindakan cepat2. Takut dbiarkan lama2 nanti melarat jadi serious pulak.

    Reply
  8. i punya experience takde la se scary yours tapi anak 1 akan bangung pukul 3 nangis2 tunjuk atas almari, panggil ustaz dia cakap takde pape tapi dia “bersihkan” rumah pakai garam kasar and lada hitam, and suruh suami sambung buat (every maghrib, for three days and tak boleh vacuum or sapu garam and lada hitam tu). first night buat, suami azan time maghrib, then kiteorg prepare nk solat jemaah, anak biar tgk tv dekat living room, suami takbir je, bunyi pintu kena hempas kuat gila! i tak kusyuk sembahyang takut anak jadi pape, tp bila habis solat takde pintu yg tertutup pun.

    pastu sambung ruqyah kat darussyifa juga, ustaz tu ckp takde pape, cuma dia pesan, nk tdo, kita baca, 3 qul, al fatihah and ayat kursi. time baca tu kena niat dijauhkan benda2 tak elok and minta protection dari allah, dia cakap kalau kita tak niat, dia mcm kita baca tilawah je. sambil baca tu sapu dekat satu badan.

    alhamdulillah dah one year plus takde pape, cuma now 2-3 hari anak asyik la sebut hantu and tunjuk kat dapur, adoiiii

    Reply
  9. Kes tebang hutan..hmm ingt masa Aku dok boarding school Dulu. Blakng Asrama Aku hutan. Asrama Aku punya history pun boleh tahan. Tambah plak daerah tempt Aku study daerah hitam zaman komunis. Alkisah hutan blkng Asrama kn tebang. Bilik Aku Di tingkat 2. Then mlm Tu Aku terjga pukul 2.45 pg, aku perasan pintu bilik aku terbukak Luas. Aku bangun nk tutup pintu. Ms tngah dkat pintu Tu, angin bertiup kuat tiba2 Aku dengar sayup 2 suara orang bc yassin beramai2. Aku cpt2 tutup pintu then selubung bwh selimut. Esoknya, gempar satu asrama bila Ada sorang asramawati yg duduk Di tingkat bawah nmpak makhluk halus kul 1++ pagi td. Die on the way nk pergi toilet. Ms jln kt koridor, dia lalu dkt pintu blkng Asrama mnghadap hutan yg dtebang Tu, pintu Tu bergrill. Tiba2 die nmpak Ada mcm Kain putih melekap dkt grill Tu n Kain Tu berkibar2. Die ingt itu cadar yg ditiup angin Dr ampaian. Bila die stare btul2 die nmpk rambut menggerbang 2 Dan mulut bnda2 tu terbukak seolah2 menjerit pd die tnpa suara. Apa lg kecoh penghuni Aras bawah terus pakat2 bc yassin ( Tu Aku terdengar ms nk tutup pintu pagi Tu) lepas Tu mula la rentetan asrama Aku in ganggu Dan nak dijadikan cerita plak, budak asrama sebelah pulak main spirit of coin sehari dia sebelum Tu yg akhirnya membuatkan ketua warden Aku seorang ustaz, mengamuk kat surau. Aku ingt ayat ustaz tu, ‘susah payah saya ‘pagar’ tempt ni utk keselamatan awak, senng2 awak panggil ‘dia’ masuk. Dia mmg tengah cr tempt. Rumah die da kn tebang! Awak jemput die dtg sini! Roboh Dah ‘pagar’ Tu!!!

    Reply
  10. lps solat isyak,,bt solat hajat kemudian bt solat witir lps tu bykkn brzikir n amalkn zikir ( bismillah 7 * pendinding diri )bca al quran.kelebihan surah al fatihah,ayat 3 Qul serta ayat kursi byk keistimewaannya serta kita wajib memahami setiap makna yg dlm ayat2 tersebut..awk pn bole amalkn solat tahajjud dan brdoa mintak prtolongan dgn Allah..insyaallah mujarab..ada hikmah knp ianya semua trjd.☺ *sekadar perkongsian ilmu*

    Reply
  11. Rumah tu jarang ada penguhuni kan,wlupn sis tidur situ tapi bilik lain kosong. Rumah/bilik yg kosong lebih 3 hari mmg ada penghuni lain. Cuba sis buat,sblm p kerja tu pasang ruqyah dgn ayat suci lain. Biarkan berpasang,kalau 24jam berpasang laagi ok. Dalam bilik sis pn sis buatlah. Selalu jenguk2 bilik lain yg kosong n sblm tidur ambik wudu. Klu masih ada jg gangguan sis panggil la ustaz2 yg arif pasal pkra bgini.

    Reply
  12. Sewajarnya panggil lah ustaz yg pandai berubat ni. Sebab hutan tu kan dah kena tebang jadi diorang dah hilang rumah. Jadi cadangan aku panggil ustaz

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.