5 Tahun Tinggal Di Rumah Berhantu

Kami pernah tinggal di rumah yang berhantu selama 5 tahun.
Ketika saya Darjah 2, ayah saya dipindah kan ke Selangor, jadi kami sekeluarga pun berpindah sekali. Ayah saya berjaya mencari sebuah rumah teres dua tingkat yang disewakan murah.

Malam pertama kami di rumah baru, mak saya bermimpi ada seorang perempuan cina sedang menangis di tepi keranda sambil membakar kertas sembahyang. Keesokan harinya, tuan rumah datang melawat kami. Mak saya terkejut sebab dia lah perempuan yang mak saya mimpikan semalam.

Rupa-rupanya suaminya telah meninggal di rumah itu, dan menurut kepercayaan orang cina, rumah itu tidak bertuah setelah ada kematian. Suaminya pula mewariskan rumah itu kepada 2 orang anaknya yang masih kecil, jadi dia tidak boleh menjual rumah itu. Jadi disewakan kepada orang lain dan hasil sewa dia membayar rumah sewa yang dia duduki selepas berpindah. Tetapi penyewanya sering berpindah atau lari, tiada penyewa yang mahu tinggal selepas 3 bulan. Kata jiran sebelah, ada benda yang menganggu mereka.

Sejak berpindah ke rumah itu, adik saya sering mengigau seperti menjerit, bercakap, berjalan dlm tidur, berpusing atas katil 360 darjah seperti kayuh basikal. Pernah sekali, dia sedang tidur di bilik dan tiba-tiba bangun dan mula naik tangga. Kemudian cuba memanjat balkoni tangga untuk terjun dari tingkat atas. Nasib baik abang saya perasan dan menarik dia sebelum dia sempat terjun. Kejadian ini berlaku banyak kali.

Rumah ini ada 4 bilik, satu bilik kecil di tingkat bawah, 3 bilik tidur di tingkat atas. Bilik bawah ini dijadikan bilik baju dan bilik solat. Ada tandas di antara bilik ni dan dapur, kami selalu ambil wuduk di situ. Suatu hari, saya ambil wuduk di situ dan ternampak kelibat budak lalu di depan tandas dan masuk ke dalam bilik bawah. Mula2 saya ingatkan adik2, tetapi selepas selesai mandi, adik2 saya lihat semuanya di ruang tamu. Tiada siapa dalam bilik bawah.

Ruang tamu kami pula mengadap dapur. Pernah sekali, saya sedang menonton tv dan terpandang dapur. Ada tangan berwarna hitam sedang melambai saya dari dapur. Masalahnya, tangan itu melambai dari atas peti ais yang terletak betul2 sebelah pintu dapur. Seperti biasa, saya buat tidak tahu saja. Malam seterusnya saya masuk ke dapur untuk minum air.

Usai minum, saya berpaling ke arah pintu dapur dan ternampak lembaga budak kecil berwarna hitam sedang bertenggek atas peti ais. Cepat2 saya keluar dan sambung menonton tv. Sebenarnya kami dah biasa nampak kelibat budak kecil berwarna hitam naik turun tangga, masuk bilik, lari depan pintu, menjenguk kami dari balkoni tangga dan sebagainya.

Di ruang tamu ada sebuah lukisan minyak yang sangat besar, bertemakan hutan, air terjun dan 2 ekor rusa. Kami tak dapat tanggalkan sebab telah dilekat kuat pada dinding. Abang saya pernah beritahu yang pada waktu malam, lukisan itu akan hidup. Air terjun dalam lukisan itu akan mengalir dan pokok-pokok bergoyang ditiup angin. Kadang-kadang, dia nampak mata rusa itu bergerak mengekori orang.

Tandas di bilik master bedroom adalah tempat yang paling seram dalam rumah itu. Cuma ayah saja yang berani menggunakan tandas itu. Ini pelik kerana walaupun tandas itu besar dan cerah dengan cahaya matahari, kami selalu rasa ada seseorang memerhati kami dalam tandas itu. Kami semua berpendapat yang suami tuan rumah meninggal di situ.

Kami bertahan selama 5 tahun di rumah itu. Mak selalu minta berpindah tetapi ayah suruh bersabar kerana rumah lain mahal sangat sewanya. Tuan rumah tak pernah naik kan sewa kerana kami sahaja yang mahu tinggal di rumah itu walaupon diganggu. Ayah ikhtiar baca yassin setiap minggu, tapi kami masih nampak bayang-bayang budak hitam.

Setelah 5 tahun ayah dipindahkan ke Kedah. Kami semua rasa lega kerana dapat meninggalkan rumah itu.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

24 thoughts on “5 Tahun Tinggal Di Rumah Berhantu”

  1. ADMIN BODO GI PUBLISH BALIK APAHAL? POSE KE TAK NI B**I? KENYANG SANGAT KE SAMPAI PUBLISH BALIK CERITA LAMA

    ADOI BEBAL LA ADMIN

    Reply
  2. Budak SPM Victim 2k17 ni dah melampau. Sekarang pandai tiru nama orang lain untuk buat onar.

    Mohon bertabahlah pengkritik Fs…

    Minta admin tapis dulu comment lepas ni. Mohon pakai email yang betul ke. Subscriber je ke boleh komen. Sebab dah melampau dah bahalol sekor ni.

    Reply
  3. Kisah ni dh pnh published kan tp tajuk lain rasanya..xpe la, sekurang2nya org yg x pnh baca lg blh baca lak..yg dh pnh baca tu skip je la..

    Reply
  4. Klu dh pernah baca dok diam² sudahhh… org lain yg blm baca citer ni, boleh juga baca… ko fikir admin nk bg ko sorg baca je ke PANDAI!!!

    Reply
  5. Mungkin si pencarut tak kisah sebab dia rasa orang tak tau siapa dia…But Dun wory Allah tahu..mohon takut balasan Dia..

    Reply
  6. admin x bole block ke orang yg biadap dan suka mencarut tu? aku rasa die ni otak da x betul la…asyik cakap kotor..biadap pulak tu…cer kau tulis cerita..nk gak tgk org lain kecam kau

    Reply
  7. aku syorkan kalau nak comment, admin tetapkan untuk log in fb supaya org mcm spm victim 2k17 lebih beradap. manusia yg lahir dr rahim manusia, rasa2 tak ada la yg buruk sngt akhlaknya mcm dia. kecuali dia jenis manusia yg lahir dari rahim hasil perselingkuhan antara manusia dan binatang atau hasil perselingkuhan jin dan binatang.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.