HAJI ZAKARIA

KETURUNAN KE 4
HAJI ZAKARIA
(Tulang Khinzir Kain Kuning)

Kisah kali ini adalah di melaka juga dan terima kasih pada pembaca yang meminati cerita saya . Kali ini cerita dari keturunan ke 4 yang menetap di luar kampung pantai .
#east : Lagenda Imam Hafiz

Kelihatan suasana agak sunggul di kampung pantai . Perginya seorang imam yang terbilang Haji Taufiq iaitu ayah kepada zakaria. Haji Zakaria sesekali terlihat mengesat air mata , amanat ayahanda tersemat di hati , ajaran ayahnya tersemat di dada . Terlihat peluh dingin di dahi Haji Taufiq itulah tanda syurga buat nya . Haji Zakaria melangkah pergi mengiringi ibunda nya yang sudah tua . Imam Zakaria adalah keturunan ke empat Imam Hafiz. Haji Zakaria menetap tidak jauh dari kampung pantai. Haji Taufiq mempunyai 4 orang anak yang kesemua nya menetap berlainan negeri.

Haji Zakaria adalah anak yang ke 2 . Zahir, Zamri dan juga Zulaikha sudah berhijrah ke negeri yang berlainan dan tinggal lah Haji Zakaria yang kadang kala menjenguk rumah turun temurun Imam Hafiz . Rumah mereka masih di pantai cuma berlainan kampung. Rumah Imam Hafiz masih utuh dan di duduki keturunan yang lain. Haji Zakaria menjumpai satu kitab dari peninggalan Imam Hafiz yang tersembunyi di bilik Ayah nya Imam Taufiq. Haji Zakaria merupakan orang yang amat di segani . Tingkah laku nya, budi bahasa nya dalam menyelesaikan kes di antara penduduk kampung amat amat mengagumkan mereka. Jin Islam kenalan Imam Hafiz turut menjumpai Haji Zakaria.

Mengajar tentang islam dari beliau kecil lagi mungkin Jin Islam itu boleh nampak kebolehan zakaria dari kecil. Memiliki mata berwarna agak pelik sedikit mungkin kerana memiliki keturunan berdarah arab .

Haji Zakaria mempunyai 2 orang anak murid iaitu Salim dan Firdaus . Berbanding kisah Imam Hafiz yang mempelajari Ilmu Silat Kalimah Purba , tapi Haji Zakaria tidak minat dan tidak berani kerana jika tersilap langkah mempelajari silat itu akidah boleh terpesong jika tersalah pembawakan. Haji Zakaria hanya mempelajari silat seni pendekar 7 malam semasa belajar di sekolah pondok kelantan . Langkah seni silat yang amat berbeza, tapi menjadi pilihan Haji Zakaria kerana keunikan gelaran .

Malam itu langkah silat lincah itu terlihat di persembahkan oleh dua anak muridnya iaitu salim dan firdaus. Gerak langkah yang lembut tapi tangkas di persembahkan sesekali terdengar Haji Zakaria menjerkah memarahi salim kerana bertindak keras terhadap firdaus. Selesailah sudah latihan silat , mereka meminta izin untuk pulang. Kelihatan pohon bergoyang, Haji Zakaria tersenyum dan dia tahu sebentar lagi Adam pasti hadir. Haji Zakaria bersiap dan duduk di beranda rumah menanti hadirnya Adam .

“Assalammualaikum Haji Zakaria ” kata Adam
“Waalaikummussalam Adam ” sambung Haji Zakaria
“Apa khabar ? . Dah lama kita tak jumpa , maaf la minggu lepas pulang ke kampung halaman . Alhamdulilah ada dua tiga orang sudi nak menetap kat pulau tu . Tak la saya sunyi sangat ” kata Adam tersenyum .
“Alhamdulilah tambah kumpulan kita nanti kalau nak buat tadarus ke” kata zakaria .
Zakaria dan Adam berbual sehinggalah Zakaria meminta izin untuk masuk tidur terlebih dahulu .
Sedang Haji Zakaria tidur tiba tiba pintunya di ketuk kuat .
“Assalammualaikum Haji oo Haji .” katanya
“Waalaikummusalam oh malik , kenapa tergesa gesa macam nak tercabut pintu di buatnya ” kata Haji Zakaria
“Haji cepat haji , leha anak pak karim kena rasuk . Menjerit jerit kat rumah tu . Cepat Haji ” gesa Malik
“Astagfirullahalazim . Baiklah kamu pergi dulu . Saya pergi bersiap nanti saya menyusul ” kata Haji zakaria .

Haji Zakaria bersiap dan mula melangkah. Waktu Haji berjalan, terlihat beberapa kelibat tapi Haji tak menghiraukan sebab Haji ingin cepat sampai ke rumah karim. Di perkarangan luar rumah Karim, Haji Zakaria ternampak tiga lembaga betul betul duduk di atas bumbung rumah. Haji Zakaria dapat merasakan dirinya umpama di tolak ke belakang supaya tidak jejakkan kaki ke rumah karim. Haji Zakaria tetap tenang , setiap langkahan di iringi ucapan Tiada Kuasa Selain Allah SWT. Tolakan sebentar tadi kuat di rasakan kian lemah, ketiga tiga makhluk bertempiaran lari menyelamatkan diri . Mungkin dia tahu Haji Zakaria bukan tandingan mereka .

Haji Zakaria melangkah masuk ke rumah, Leha duduk bersila dengan rambut menutupi wajah nya . Terlihat mata yang merah di sebalik intaian rambutnya. Haji Zakaria duduk di hadapan nya .

“Siapa kau ?  Apa tujuan engkau ke mari ” tegas Kata Makhluk itu
“Aku Haji Zakaria , kenapa kamu ganggu budak ni . Dia tak bersalah , apa yang kamu mahu ” tutur Haji Zakaria lembut .
“Argh Tuan aku tak nak keluarga ni hidup bahagia , Tuan aku nak dia m**i ” kata Makhluk itu
“Apa salah budak ni pada kamu ? . Apa nama kamu ? Apa Agama Mu? ” soal Haji Zakaria
“Nama aku Taliqh , Aku tidak beragama . Mereka susahkan tuan aku ” jerit Makhluk itu
“Aku tanya kamu baik baik , kamu nak keluar tak dari tubuh budak ni ? ” soal Haji Zakaria lembut
“Tidak ! . Aku Tak mahu ! ” jerit makhluk itu

Haji Zakaria hanya tersenyum. Haji Zakaria bercakap dengan Malik. Bacakan kalimah laillahaillallah dengan orang lain. Tujuannya adalah mengepung makhluk itu dari terlepas, saat kalimah itu berkumandang Leha tak senang duduk , menggeliat ke kiri ke kanan sambil berkata panas panas .

“Kamu panas ? . Kalau panas keluar lah dari tubuh itu ” senyum Haji Zakaria .
“Tidak ! . Aku tak mahu ” jerit nya

Senyum Haji Zakaria bertukar serius tatkala Makhluk itu menolak cara untuk keluar dari tubuh dengan cara baik. Baiklah jika itu yang kau minta bisik Haji Zakaria .

Dengan ungkapan Bismillahirahmanirahim sambil menggerakkan tangan kanan dari atas kepala hingga ke hujung kaki , kelihatan badan Leha umpama bergetar menahan sakit. Di ulang beberapa kali, Makhluk dalam badan Leha tetap tidak mahu keluar sehingga la Haji Zakaria membaca yang bererti
“innallaha sa yubtiluh(yubtiluhu)
“sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya“
Surah Yunus Ayat 10:81

Kelihatan kepulan asap keluar perlahan lahan dari mulut Leha, serta merta Leha pengsan dan mulutnya mengeluarkan sesuatu .

Haji Zakaria mengajak Karim turun ke bawah rumah , untuk menunjukkan sesuatu . Tepat di bawah tiang rumah , Haji Zakaria menyuruh Karim menggali selepas saja selesai membacakan doa . Kelihatan kain kuning terkeluar dari tanah dan Haji Zakaria berkata

” Usah di buka kain itu. Pemilik menggunakan d***h anjing hitam, tulang b**i dan juga tanah kubur . Untuk mengganggu kamu sekeluarga . Berikan kain itu pada ku ” kata Haji Zakaria .
“Allahuakbar kenapa kejam sangat buat keluarga kami begini ” kata Karim mengeluh sambil menyerah bungkusan .

Haji Zakaria membaca ayat Al Quran dan mencampakkan ke atas tanah, sekelip mata api membakar bungkusan itu dan tamat lah gangguan di runah karim .

“Kamu kaya karim dan anak pun cantik. Mungkin ada yang iri hati dengan kamu , bersabarlah usah di balas apa oranh buat pada kita. Yakin Allah SWT itu maha adil ” kata Haji Zakaria berjalan perlahan meninggalkan rumah Karim. Karim menangis dan bersyukur kerana Allah SWT hadirkan Haji Zakaria untuk membantu diri nya.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

East

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]

4 thoughts on “HAJI ZAKARIA”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.