Basement KLIA

Assalamualaikum.Ku perkenalkan diriku sebagai Farah.Terdetik untukku berkongsi pengalaman sepanjang bertugas sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan tanah air.

Kerjaku kadang2 membuatkan ku pulang sehingga lewat malam.walaupun syarikat penerbangan tempat ku bertugas menyediakan pengangkutan, Tapi aku lebih senang untuk memandu sendiri ke KLIA kerana jarak rumahku hanya 15 minit dari KLIA iaitu Taman Mawar di Salak tinggi.

Sudah 2 tahun aku bertugas sebagai pramugari.pelbagai cerita seram pernah ku dengar mengenai KLIA.maklum dulu tapaknya adalah tempat orang asli.sehingga kini masih Ada penempatan orang asli dikelolakan oleh JHEOA di sekitar sepang.

Kisah bermula pada pagi itu aku kena call up untuk flight destinasi singkat.Mungkin ada crew yg MC jadi pramugari/pramugara yang standby akan dipanggil untuk mengantikan tempat crew tersebut.tugas Hari tu ku laksanakan seperti biasa.maklum cuma penerbangan dalam negeri yang tidak memerlukan aku untuk nite stop di mana2.

Tugas ku berakhir agak lewat malam…oh ya, aku datang bertugas dengan memandu sendiri ke KLIA dan pagi tadi lot parking agak penuh. Terpaksalah aku parking di bahagian agak jauh dari kebiasaan iaitu di basement.

Kelisa kuning ku parking di basement letak kereta di bangunan bertentangan dengan klia  iaitu bangunan MTB.

Aku tiada pilihan dan terpaksa meletakkan kereta di tempat yang agak lengang. Cuma ada beberapa buah kereta disitu.

Jam menunjukkan  pukul 2 pagi. Aku melangkah malas kepenatan menuju ke kereta dengan menarik bag troliku.Malam itu menyengat sejuk dengan penghawa dingin menusuk hingga ke tulang sum2.aku melangkah longlai dan menekan lif ke basement.

Tatkala pintu lift basement terbuka aku memandang ke arah keretaku.jauh.dan hanya tinggal beberapa sisa kereta di basement itu.ada lampu basement berkelip m**i dan tutup seperti lampu diskotik.aduhai…lemahnya..aku menarik bag ku sunyi..cuma terdengar bunyi detak kasut dan troliku memecah hening basement itu.tatkala beberapa langkah menuju kereta, ku dengar  bunyi Tak Tak Tak sepatu tumit tinggi. Ya! Ada org di belakangku.

Aku menoleh, dan tiada apa yang kelhatan.Aku berjalan lagi.tak Tak tak.bunyi sama.aku mempercepatkan langkahku agar segera sampai ke kereta.jaraknya kurang lebih 50meter.Ya Allah dugaan apa ini…bunyi sepatu tumit tinggi ku Dan bunyi sepatu tumit tinggi yang mengekori ku kedengaran sama.apakah aku salah atau sedang berilusi atas sebab kepenatan.

Aku masih belum cacat pendengaran.aku berhenti.menoleh.tiada siapa.tetapi ekor mata ku melihat bayang hitam melintas.Ketika itu aku seperti diperhatikan oleh seseorang.

Mulutku mula melantun ayat kursi.seperti ada hilaian ketawa sayup kedengaran.aku seperti terpaku seketika…apakah ini ya Allah?.aku segera mempercepatkan langkahku.tas tangan ku buka mencari kunci.Ah..bimbang dan celaru mula menguasai diri.

Bahuku rasa ditepuk,aku tak mengendahkannya. aku kumpulan segala sisa kekuatan yang ada.ku buka kereta ku dan kucampak beg troli ku di samping tempat duduk penumpang di sebelahku.aku mengambil nafas seketika.tanda bersyukur aku sudah di dalam kereta.ku membuka dashboard mengeluarkan cd ayat Al quran.tenang seketika…aku Mula memanaskan enjin kereta Dan ingin segera meluru keluar Dari basement itu….tatkala kelisaku meluncur membelok ke arah luar basement, kulihat ada satu susuk tubuh lengkap berpakaian seragam pramugari merah zaman dahulu berdiri di satu sudut.aku bertahan dan menenangkan diriku agar semuanya terkawal.

Tiba-tiba susuk itu melayang menerpa ke arah sisi keretaku.Wajahnya mengerikan dan ia merenungku tajam.

Aku betul-betul tak terdaya lagi dan cuma memandang ke depan..alhamdulillah gangguan itu terhenti di situ.aku memandu ke arah tempat yang agak ramai kelompok pemandu teksi di aras bawah bangunan KLIA.

Berhenti seketika, ku kira bila ada sekumpulan pemandu teksi di situ membuatku lega.tetapi mataku masih lagi memandang ke arah pokok yang merimbun di tepi bangunan parking itu.Kulihat susuk tadi masih berada di situ.apakah yang harus ku lakukan?ku capai handphone Nokia butterfly ku.dan segera mendail nombor teman lelakiku.

Dia menjawab bagai org yang baru bangun dari lena.aku menyuruh dia segera ke KLIA .waktu itu aku belum lagi berani membuka pintu keretaku walaupun ada  pemandu teksi di depan sedang berborak dan merokok.

Aku  penat ya Allah. Aku memandang lagi ke rimbunan pokok tadi. Ia hilang dan ku mengucap syukur.Apakah ilusiku atau kebenaran?Ia betul-betul nyata hadir tadi.

Setengah jam kemudian telefon ku berbunyi dan ku lihat kereta teman lelaki ku di belakang.

Malam itu kereta ku dipandu pulang oleh adiknya dan aku dihantar pulang oleh teman lelakiku.

Tiba di diperkarangan rumah, teman lelaki bertanya.Aku cuma menjawab penat dan tak untuk memandu pulang.

Aku masuk ke rumah yang aku cuma tinggal sendirian.

Rasa lega sedikit bila berada di dalam rumah.Aku fikirkan kejadian seram tadi berakhir begitu saja.

Ketika aku mandi membersihkan diri, lampu bilik air dimatikan dan dihidupkan seseorang dari luar..ya Allah.apakah dugaanMu Kali ini.

Ah persetankan.ku segera membersih sisa buih di tubuhku segera ku capai tuala.dan membalut tubuh serta rambutku.ku membuka Laci Dan memainkan CD ayat quran.gema ayat kuran menyelinap ke ruang kamarku.

Tiba-tiba grill jendela di bahagian boleh dibuka yang di solex seperti digegar seseorang dengan kuat.

Ia ditambah lagi dengan hilaian dan  tawa , membuatku semakin takut..tubuhku yang masih basah kubalut dengan toto dan aku  berkelubung. Semakin deras grill itu di gegar dan hilaian tawa itu bergema diluar..berlawanan dengan pantulan ayat suci alquran yg ku putarkan.Aku cuma mampu memejam mata…aku rasakan malam itu begitu panjang…..wajah di basement parking tadi Kembali muncul dalam benakku.

Lembaga itu lengkap berseragam pramugari merah seperti seragam orang dulu-dulu. Matanya menjengil dan lidahnya sedikit terkeluar. Hanya itu mampu ku gambarkan.

Tiba-tiba sayup kejauhan kedengaran azan,tubuhku masih basah.ku buka selimutku perlahan.untuk pengetahuan pembaca, tatkala aku diganggu aku sedang datang h**d. Mungkin juga ini jadi penyebab aku diekori oleh makhluk itu.

Itu sahaja kisah dariku. Maaf andai pengalamanku ini agak membosankan kalian kerana aku bukan penulis yg bagus..tetapi wajah ngeri, detak kasut, tepukan dibahu ku,serta hilaian dan gegaran pada grill rumahku itu menyeramkan aku .

Keesokan harinya aku bertemu ustaz untuk memulihkan semangatku setelah kejadian itu.

Aku  rela menaiki pengangkutan yang disediakan oleh pihak penerbangan daripada memandu sendiri ke KLIA..kejadian berlaku pada sekitar 2003.setelah menikah dengan teman lelakiku, aku telah berhenti dan membuka perniagaan sendiri.KLIA sesungguhnya menyimpan seribu satu cerita dan misteri……

Farah Dayana

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 10 Average: 5]

14 thoughts on “Basement KLIA”

  1. Penulisan “old school” – ejaan penuh dan jalan cerita yg teratur. Senang faham. Kita yang membaca pon berdiri bulu roma 👍🏼👍🏼

    Reply
  2. kecut perut baca cerita ni. nasib baik lah sekarang ni saya dah jarang travel.
    dulunya saya tak pernah ada perasaan takut bila berjalan sendirian.
    sejak banyak membaca FS ni buatkan saya cuak sepanjang masa.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.