Abang Cik

Abang Cik

Kisah ini tak seram tapi mistik dan tidak panjang sebab aku tak berapa pandai nak cerita ni. Benda ni tentang abang cik yang sudah meninggal dunia. Abang cik tidak special seperti mata yang tidak berhijab. Tetapi abang cik suka bermimpi dan mimpi itu selalunya menjadi nyata.

Benda bermula dengan kematian atuk. Beberapa minggu sebelum atuk pergi. Abang cik mimpi pergi ikut atuk lawat satu kawasan rumah yang kecil. Rumah papan tu cantik macam rumah tradisional melayu lama. Tetapi rumah tu kecil macam pondok pun ada. Abang cik kata rumah tu banyak dan salah satunya ada nama Atuk. Atuk masuk dalam rumah tu tapi abang cik tak boleh. Abang cik hanya boleh tinjau melalui pintu saja. Mimpi sama ni berulang beberapa hari. Sampai la hari tu abang cik peluk atuk lama sangat. Aku dan family pun hairan dengan karenah abang cik. Tak lama kemudian atuk pun pergi meninggalkan kami untuk selamanya.

Lepas tu abang cik bermimpi pulak pasal banjir. Kiri kanan kereta kami dinaiki air bah kuning. Makin lama makin tinggi. Mujur kereta kami tak tenggelam. Mimpi abang cik beralutan beberapa malam. Hingga aku nampak wajah abang cik peluh dan berkerut masa tidur. Bila dia terjaga  dan tidur semula dia akan mimpi benda yang sama. Dia kata dia sangat takut. Takut jika ada benda tak baik terjadi kepada kami sekeluarga. Tak lama tu hujan turun lebat dan Kelantan di landa banjir sangat teruk. Saudara mara kami di sana menjadi mangsa. Mujurlah kami tidak pulang melawat mereka pada waktu itu. Sedangkan baru saja mak dan ayah ada bercakap mahu ke rumah mak long.

Tak lama tu abang cik mimpi pula bertemu dengan nenek. Dalam mimpi tu nenek tidak cakap apa-apa. Nenek bertelekung putih datang dan peluk abang cik erat-erat. Memandangkan abang cik adalah cucu kesayangan nenek dan atuk. Mimpi ini juga beralutan. Abang cik tak sedap hati lalu dia ajak kami semua pulang ke kampung jenguk nenek. Lepas beberapa hari nenek pergi meninggalkan kami dalam pangkuan mak su dan abang cik.

Abang cik juga mimpi pasal putting beliung yang melanda rumah kami. Kata abang cik putting beliung tu ada kecil dan besar. Ada di merata ceruk kawasan bendang kami. Tak lama selepas mimpi tu, kawasan rumah kami yang dikelilingi bendang dilanda putting beliung. Mujurlah puting beliung tu tak lah besar mana walaupun bumbung di hadapan rumah roboh.

Abang cik pernah bermimpi di belah pulau pinang ditenggelami bah. Hingga jambatan pulau pinang hanya nampak tengahnya saja. Pernah juga abang cik mimpi ombak besar melanda. Ombak hitam tu hempas satu Bandar hingga tak ada apa-apa yang tinggal. Mimpi ombak hitam ni menghantui abang cik setiap malam tanpa henti. Segala mimpi tu buat abang cik diserang anxiety. Tak lama kemudian abang cik jatuh sakit. Dia tak lalu makan, dan jadi kurus. Di hari-hari akhirnya abang cik ada cakap dia mimpi pasal d***h dan raja-raja, mimpi tu sangat membimbangkan dia. Dia selalu berpesan kepada aku dan keluarga supaya selalu jaga diri, rajin belajar dan bela nasib keluarga. Dia pesan jangan lemah, jangan jadi pemalas dan teruskan pengajian aku sampai habis. Maaf pasal raja-raja tu aku takut nak cerita. Benda sensitive.

Selepas seminggu abang cik meninggalkan kami selepas solat subuh di hari jumaat. Mimpi-mimpi abang cik sering menjadi nyata. Nak percaya takut rosak akidah dan tak percaya pulak hermmm.. Bagi aku kelebihan abang cik dapat menakutkan. Ketakutan tu makan diri abang cik sendiri dan kini aku pula ketakutan bila teringat mimpi abang cik. Adakah mimpi-mimpi di hari terakhirnya itu akan nyata atau Cuma mainan. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah minta diberi kekuatan dan perlindungan.
Setakat ni saja coretan aku. Maaf kalau pendek. Terima kasih admin FS.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]
Ahmad

6 thoughts on “Abang Cik”

  1. Mg roh abang chik dicucuei rahmat dan di tempatkan dlm golongan hambaNya yg beriman dan dikasihi Allah Aamiin3. Al Fatihah buat abg chik anda

    Reply
  2. cite la pasal d***h dan raja2 tu
    klu takot nk cite detail awak boleh ubah sikit cite tu
    untuk elak kan sensitiviti yg akan timbul

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.