Ada Yang Selalu Mengikut Anie

Hai FS dan pembaca Fs. Saya Anie. Macam mana nak mulakan ek. Hehehe. Kisah ni bermula masa umur saya 16 tahun. Start umur 16 tahun tu memang ada benda yang ikut Anie(boleh dikatakan jaga Anie jugak la) Malam tu Anie tido awal sikit dari biasa sebab biasa jumaat ada kokurikulum. Memang Anie penat sangat sangat berkawat bomba tambah lagi dengam cuaca panas terik. So Anie tido dalam pukul 12 lebih macam tu.

Anie biasa tido memang guna Night lamp yg tak brapa terang sangat. Coz Anie rabun. Kalau gelap nak pegi toilet memang susah nak cari spek. So lepas Anie cuci muka cuci kaki, Anie masuk bilik and tido. Tak lama lepas tu Anie rasa ada orang goyang badan Anie. Macam ‘dia’ terdesak nak suruh Anie bangun. Anie masa tu separuh sedar. Belum lagi tido smpai tak sedar dunia. Lepas tu Anie pusing dengan mata anie yg separuh terbuka, Anie nampak benda tu berdiri tegak dan hitam. Anie tak nampak sangat rupa dia mcm mana coz anie kan rabun.

Lepas tu Anie baru teringat, stiap kali anie nak masuk tido, anie mmg lock pintu. Sebab anie tido guna panty ngn singlet je. Tak nak nanti ayah ke abg tetiba masuk. Lagipun jenis anie kalau study mmg x suka org ganggu. Anie nak suasana senyap je. Lepas tu Anie terkejut bangun terus benda tu hilang. Anie terus buka pintu turun bawah dapatkan mak anie. Anie cakap ada ‘orang’ kat bilik anie. Lepas tu mak naik kat bilik anie check almari bawah katil mmg takde pape. So mlm tu anie sambung tido ngn mak anie.

Lepas tu lama anie tak kena ganggu ngn benda tu lepas mak anie renjis Holy water kat bilik anie. Lepas anie habis sekolah, umur 20 annie kahwin dan pindah ikut husband. Masa tu anie dan husband kat rumah kitorg sendiri sampai satu masa tu anie bawa husband tinggal dengan mak dia sebab Anie tak sampai hati tengok mak mentua tinggal sorg2 dengan adik ipar anie yg kurang upaya.

So lepas anie dan husband berbincang, anie dan husband pun pindah kat rumah mak mentua. Selepas sebulan anie kat sana, anie dapat tahu anie pregnant 3 bulan. Lepas anie inform husband, anie inform mak mentua. Sejak anie inform mak mentua yg anie pregnant, mak mentua trus berubah sebab dia menaruh harapan yang anie akan bekerja. Btw, anie pernah keguguran sebab penat bekerja.

So husband tak nak anie kerja sampai la anie dh bersalin nanti. Start dari tu mak mentua anie memang suruh anie buat keja berat seperti angkat air dalam baldi utk siram bunga. Bersihkan spider web kat siling rumah. Cuci pakaian(guna tangan tau) Lama anie bertahan. Sampai la satu masa husband dapat tahu dari jiran yg anie slalu buat keja berat. Husband trus bawa pindah rumah. Masa tu mak mentua anie memaki hamun anie dan baby dalam perut. Masa kitorg pindah, anie 6 months pregnant.

Masa kitorg sampai kat rumah lama kitorg, anie ternampak kelibat dekat balcony. Anie ingat mungkin sebab anie penat dan mental anie terganggu sebab mak mentua anie sanggup memaki hamun baby yg dlm perut annie masa tu. So anie ignore je benda tu. Keesokkan hari husband pegi kerja tinggal la anie sorg diri kat rumah. Lepas husband turun keja, anie sambung tido balik. Dalam pukul 11 mcm tu anie bangun n terus mandi.

Lepas anie mandi anie pegi dapur, disitu anie ternampak lagi benda tu. Kali ni dia tak hilang. Dia berdiri facing dinding. Guna baju biasa je. Cuma kaki je tak sentuh lantai. Masa tu anie rasa macam nak pitam tapi annie kuatkan diri terus call husband. Sementara tunggu husband sampai anie rehat kat bilik. Husband sampai je terus masuk bilik dia cakap dia pun nampak benda tu kat belakang pintu.

Husband nasihat ignore jer benda tu. Jangan kacau. Mungkin dia nak tumpang je. So anie ikutkan je. Keesokan hari sperti biasa husband turun keja, abg ipar anie call cakap mak mentua masuk icu sebab kena serang sakit jantung. Anie hairan selama ni tak pernah mak mentua anie kena sakit jantung. So anie inform husband.

Husband cakap dia otw balik rumah untuk ambik anie. Masa anie tngah bersiap, anie nampak lagi benda tu. Tapi kali ni dia bagi nmpak muka dia dari tepi. Rupa benda tu memang sebijik macam muka anie dari tepi. Tapi anie ignore je dan focus nak bersiap lawat mak mentua. Lepas tu husband call cakap doctor cakap mak mentua mcm dh takde harapan lagi. So anie berharap dalam hati utk panjangkan lagi umur mak mentua anie.

Benda tu masih lagi berdiri kat teluk dinding dengan badannya separuh berpusing. Lepas tu husband smpai ambik anie. Anie jln terus tanpa peduli benda tu. Smpai je hospital doctor cakap dia dh stable. Ok. Kita skip pasal hospital ni ya. Coz mak mentua anie masih lagi dipanjangkan umur.

Lepas brapa hari kejadian tu, anie jalankan rutin anie seperti biasa. Shari lepas appt clinic anie, anie nmpak lagi benda tu. Kali tu dia tunjuk muka dia. Memang sebijik muka anie. Cuma kaki dia tak sentuh lantai. Anie terus pengsan. Bangun je anie dh kat hospital. Anie crita ngn husband. Tp husband cakap x mungkin benda tu seiras muka anie.

Lepas anie stable, anie discharge. Brapa bulan kemudian, anie selamat bersalin. Bila sampai rumah, anie nmpak lagi benda yg menyerupai anie tu kat balcony rumah. Lepas berapa bulan anie bersalin, jiran anie pula komplen baby anie bising slalu nangis. Anie trus minta maaf and tak tahu la nak buat mcm mana kalau baby dah nak nangis. Tak kan nak tutup mulut baby kot. Anie ni bukan kejam sangat smpai nak buat mcm tu skali.

Sebab ktorg tinggal kat apartment. Apartment pun baru lagi. Kalau kat ruang tamu, mungkin bising juga la kalau dengar dari jiran sebelah baby nangis. So apa yg anie mampu cakap, hanyalah minta maaf. Selang berapa hari tu husband cakap jiran sebelah tu excident patah kaki. Anie tringat juga “benda” tu haritu. Sebab sesiapa yang jahat dgn anie, memang ada mala menimpa diorg.

Anie tak tahu samada ini kebetulan, atau sebab benda yg menyerupai anie tu yg jaga anie. Tapi kata hati anie kuat cakap benda tu protect anie. Sampai sekarang anie dah ada anak dua org, benda tu still ada. Sesiapa yg lukakan or sakitlan hati anie, mmg diaorg akan ditimpa musibah selepas brapa hari. Stiap kali org yg jahat kat anie ditimpa musibah, benda ti semakin dekat dengan anie.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Anie

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 5]

12 thoughts on “Ada Yang Selalu Mengikut Anie”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.