#Adii- Kampungku di Nilai, Negeri Sembilan

Assalamualaikum pembaca setia Fiksyen Shasha. Newbie here, aku interested baca orang lain punya cerita, so aku rasa nak jugak buka cerita tentang pengalaman misteri yang berlaku di kampung aku yang terletak di Nilai. Meh sini dekat-dekat sikit.

#Pengalaman 1

Ni pengalaman kakak sedara aku dekat Nilai. Kakak sedara aku duduk di kampong, bersebelahan dengan rumah arwah nenek aku. Kakak sedara aku ni tinggal dengan parents lagi, waktu dia kecil pun arwah nenek aku yang jaga masa tu. Dekat kampung aku tu, ada satu selekoh di mana tepi tu ada sebuah kolam terbiar dengan rumah usang yang memang dah lama tak berpenghuni. Adalah dengar ura-ura yang selekoh tu ‘haunted’ sedari dulu sampailah sekarang. Akak saudara aku, Ija (bukan nama sebenar) bekerja di Pekan Nilai. Nak dijadikan cerita, Ija kena overtime sehingga jam 10 malam sebab Mart tak cukup juruwang. Tapi Ija, lepas balik kerja, dia lepak dengan kawan-kawan, makan. Lepas tu karaoke lagi, sampailah pukul 2-3 pagi macam tu (sebab esoknya cuti). Well, jiwa muda waktu tu.

Ija balik naik kereta. Sampai selekoh nak naik ke rumah tu, dia rasa tak sedap hati bila terhidu bau wangi yang amat sangat. Tak berapa lama lepas tu, bau wangi tadi terus berubah kepada bau bangkai. Bau yang membuatkan kau rasa macam nak muntah hijau. Ija tekup muka dengan tangan. Sampai perkarangan rumah arwah nenek aku, bau tadi terus hilang dan dia nampak Mak Lang aku (mak kepada Ija) tengah tunggu dia depan pintu rumah (macam tahu-tahu je anak dia nak balik).

Usai parking kereta dekat perkarangan rumah, Ija terus mematikan enjin kereta, sebab tak nak fikirkan punca bau yang misteri tu datang dari mana. Ija pun cepat-cepat keluar dari kereta dan bagi salam dekat Mak Lang aku ni.

MakLang: Waalaikumusalam, kau seorang je?
Ija: Ha,ah.
MakLang: tu belakang kau tadi tu siapa? Tak ajak dia masuk?

Terbeliak biji mata dia bila mak dia cakap ada ‘orang’ dekat belakang seat dia. Dia toleh belakang perlahan-lahan nak tengok ‘benda’ tu ada lagi ke tak. Ternyata ‘benda’ tu dah tak ada. Cepat-cepat mereka tutup pintu, lepas tu masuk tidur. Mak Lang aku ada cakap, ‘benda’ tu pakai kain putih dengan rambut panjang. So, aku rasa adalah sesuatu yang biasalah kalau hantu menyerupai paras macam tu. Aku syak dia tumpang Ija ketika selekoh nak masuk ke kampong halaman aku tu.

#Pengalaman 2

Ni pengalaman kedua terjadi dekat Mak Ngah aku pulak. Dia duduk di kampung, di mana tapak rumah arwah nenek aku sekarang. Dia renovated rumah tu bagi cantiklah, so bahagian dapur tu agak terbuka, sebab dinding hanya gunakan jaring. Boleh nampak dalam dan luar.

Nak dipendekkan cerita, waktu tu pukul 3-4 pagi. Mak Ngah aku tengah goreng kuih nak jual awal pagi esok di pekan. Tengah dia menggoreng tu, sajalah tengok-tengok rumah jiran belakang. Jiran belakang tu rumah dia ada satu pangkin (tempat duduk yang panjang dekat balkoni). Well, nama pun berjiran, so kenalah tengok-tengokkan suasana rumah jiran belakang, depan, kiri dan kanan, kan? Hoho. Okay, back on track. Sambil Mak Ngah aku menggoreng, dia tengok depan rumah jiran belakang. Bila Mak Ngah aku tengok betul-betul dekat pangkin tu, dia nampak ada ‘benda’ tengah duduk sambil swing kaki. Itu tak apa. Masalahnya, susuk tubuh ni tak berkepala! Cuba kau bayangkan, ‘tubuh’ macam tu tengah lepak sambil swing kaki dekat pangkin. Apa kau rasa? Apatah lagi orang yang tengok dengan mata kepala dia sendiri.

Mak Ngah aku dah cakap awal-awal dah, “aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. Aku tengah kerja cari rezeki ni.”

Mak Ngah aku kira hati dia memang kentallah. Dia boleh habis goreng kuih, lepas tu tengok jam, dekat nak azan subuh dah. Mak Ngah aku pun siap-siap pergi mandi, nak solat subuh. Sebelum masuk dalam, Mak Ngah aku tengok balik dekat rumah jiran belakang. ‘Benda’ tu dah tak ada. Meremang wei time aku tulis ni!

#Pengalaman 3

Ini pengalaman yang terjadi dekat parents aku. Lokasi di kampong akulah, dekat Nilai. Aku ingat lagi, malam tu adalah malam raya. So, ibu ayah aku pergi hidupkan pelita. Tapi benda ni terjadi waktu pukul sembilan malam macam tu. Well, macam biasa, keliling kampong aku tu memang gelaplah. Hanya bersuluhkan pemetik api je time tu. Sedang cari port mana pelita kena pacak, tiba-tiba ada orang berlari laju sebelah mak ayah aku. Terperanjat diorang, sebab memang macam ada orang berlari. ‘Orang’ tu tinggi (sangat tinggi), lepas tu tercungap-cungap waktu berlari. Apa lagi, mak ayah aku terus cabutlah lepas ‘benda’ tu berlari sebelah diorang.

Keesokan paginya, mak ayah aku nak pergi cabut pelita. Alang-alang tu, diorang pun pergi semula ke tempat kejadian malam tadi. Nak tengok apa jadilah. Diorang tengok pokok pisang dekat situ tumbang macam ken- langgar dengan gajah. Tapi semalam, ‘benda’ tu yang lalu dekat situ. Kalau orang, takkan pokok pisang tumbang macam tu sekali. Kan? See… pelik, sebab masih tak tahu apa yang langgar pokok pisang tu. Mak aku cakap, yang pasti, ‘benda’ tu memang sangat besar.

#Pengalaman 4

Okay, lokasi yang sama, ya. Dekat kampung aku di Nilai lagi. Ini pengalaman sepupu aku. Means anak Mak Ngah akulah. Dekat bilik dia ada bilik mandi. Bilik mandi tu dia share dengan kakak dia. So, sepupu aku ni aku namakan Ash. Ash ni duduk bilik lepas habis dia study. So, lepas study, mestilah penat, kan?Lepas Ash guna tandas, dia tutup daun pintu tandas. Dia pun siap nak masuk tidur, tutup lampu, lepas tu tarik selimut dan tidur. Dia ingat lagi, pukul 12 lebih macam tu terbangun nak pergi buang air kecil. Sebelum nak bangkit tu, dia tengok ada ‘benda’ dekat bucu pintu tandas. ‘Benda’ tu seolah-olah tengah merenung ke arah dia. Ash memang meremang habis waktu tu. Baca apa-apa yang patut, lepas tu dia terus berselubung satu badan. Tak lama lepas tu, bilik Ash bergema dengan suara hilaian Pontianak. Ash mula tekup telinga sebab tak mampu nak dengar ‘benda’ tu mengilai. Habis semua surah dia baca. Lepas beberapa saat, bunyi tu hilang.

Dia ingat benda tu dah lari dah, tetapi tanggapan Ash meleset. Bila dia intai dari selimut, dia nampak benda tu ada dekat atas dada dia, tengah nak menghempap dia. Sesak nafas Ash. Ayat Kursi memang tak pernah putus-putus baca, menangis-nangis dia sambil baca ayat Kursi tu. Mata dia masih lagi tertancap pada ‘benda’ yang ada dekat atas dada dia tu. Dia pejamkan mata sambil baca surah Al-Fatihah. Selang 1-2 minit lepas bergelut dengan hempapan ‘benda’ tu, gangguan tu hilang. Terus dada dia terasa semakin lapang dan ringan. Terus keluar bilik, tidur dekat surau sampai ke subuh. Waktu subuh Pak Ngah aku nak solat, dia kejutkan Ash suruh solat subuh sekali. Lepas solat, Pak Ngaj aku soal siasatlah, kenapa tidur dekat surau? Dia pun bagitahu semuanya. Pak Ngah aku buat baca-baca Yaasin. Lepas dari tu, tak ada lagi kejadian-kejadian pelik yang berlaku dekat rumah tu. Semuanya kembali normal.

So, ni pengalaman orang yang berlaku dekat kampung aku, Nilai. Kampung aku ni, waktu tengah malam memang seram sikit. Aku pun tak tahulah. Pengalaman aku? Nanti aku sambung. Pengalaman aku dekat kampung Sri Menanti, Kuala Pilah (Negeri Sembilan). Hopefully bolehlah admin FS publish cerita ni.

Akhir kata, terima kasih kerana membaca.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

tinggi: 180cm berat: 90kg ada sepasang mata hitam, kulit coklat cadbury, seorang pemerhati dan hati yang baik.
rate (4 / 16)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

106 Comments on "#Adii- Kampungku di Nilai, Negeri Sembilan"

avatar
Ratna
rate :
     

Yang part Ash tu memang scary. Adik bongsu pernah kena macam ni. Tak silap baru balik memancin dan terlelap. Azan maghrib dia terjaga dan ternampak makhluk mata bulat rambut kusut masai tengah tenung dia. Makhluk tu ada kat pinggang dia tak silap. Memang dia tak boleh gerak.

Bebulu halus
rate :
     

Pncritaan smpoi. Aq mdh phm. Good job

#Maira
rate :
     

Ringkas. Padat & senang difahami. Tahniah Mr.Cadbury. hihi Maira tunggu next story okay.

7.5/10

Manchego
rate :
     

.

Zuri
rate :
     

please sambung.

eagleye

seramnya…hbs la aq…dh la duk nilai pastu blk kja mlm pulak tu…😂😂😂

maroo zain
rate :
     

😀

rvinv92
rate :
     

serammm.. tak dpt bayangkan tengok dlm selimut benda tu ada sekali.. uishhhh

wpDiscuz