Assalamualaikum para pembaca tegar FS. Aku taktau lah cerita aku ni seram tahap ke berapa, tapi nak jugak share stori ni dgn korang semua. Aku warning awal2, kisah ni agak panjang.
Kisah ni bukan pasal aku, tapi adik lelaki aku. Aku kenalkan adik aku ni sebagai Zam. Zam sama je macam manusia normal yang lain, takde pun special sixth sense semua tu. Tapi Zam ni KADANG-KADANG ada je MAKHLUK yang dia nampak.
Mula2 waktu dia kecik2 dulu. Waktu tu umur dia dalam darjah 4 macam tu. Pagi tu kami kejut dia macam biasa suruh dia pergi sekolah. (Rumah kami ni kecik je, jadi Zam memang akan tidur di ruang tamu sebab bilik tak cukup). Tiba2 Zam lari masuk bilik ibu ayah, sambil nangis2. Dia cakap, dia nampak bayang2 perempuan berambut panjang dekat dlm tv. Mata merah menyala, tgh duk usha dia. (Sbb tv tu bertutup so boleh la nampak pantulan tu).
Aku ingat tu trick dia la kan sebab taknak pergi sekolah. Tp bila aku tengok dia demam, so kira boleh la percaya cerita dia tu. Beberapa tahun lps tu, kami pindah rumah. Even rumah tu besar la daripada sebelum ni, tapi si Zam tetap nak tidur di ruang tamu. Agaknya da sebati dgn jiwa dia la kot. Time ni Zam dah masuk sekolah menengah.
Benda yang sama jadi lagi. Bezanya kali ni Zam nampak dengan clearnya makhluk tersebut. BerBUNGKUS katanya. Zam nampak pun melalui pantulan dari tv. Kali ni nak lari ke bilik ibu dan ayah, Zam kena dan wajib melintas bilik aku. Haa pantulan makhluk bungkus a.k.a pocong tu sebenarnya dari depan bilik aku lah. Waktu Zam lintas tu, Zam kata memang makhluk tu tgh pandang dia dgn muka yg bengis. (Makhluk tu pandang guna mata ke? Pocong ada mata ke?…hmm taktau2. Ini Zam yg cerita).
As usual, aku tetap fikir yg Zam ni autaaa je lebih sebab nak ponteng sekolah. Tapi…hmmm dia demam pulak lepastu. Nak taknak, maka aku pun percaya la. Takkan la boleh main seru2 pulak demam tu kan.
Bila dah besar, Zam dapat sambung study dekat politenik Kulim. Tak ingat pulak nama politeknik tu. Zam dgn kawan2 dia menyewa rumah dekat satu kawasan perumahan yang nama perumahan tersebut berkaitan dgn nama2 sayuran. Taktau la sayur apa nama rumah dia tu. Jeng..jeng..jeng..
Ada satu hari tu, Zam and the geng rancang nak pergi satu kawasan membeli belah yg famous dekat Perlis. Sebelum tu, diorang singgah dulu dekat Alor Setar, rumah member diorang, Ali. Nak melawat la kot. Zam kata sebelah rumah Ali ada satu rumah kosong. Ali bagitau, dulu orang dalam rumah tu susah nak m**i, MEMBELA katanya. Tapi diorg tak percaya. Ali pesan juga dgn diorg, dekat tempat famous tu nanti, jangan sesekali layan orang yg jual minyak wangi dan lotion2 badan (yg jenis main tarik2 org suruh testing tu). Pon diorg tak layan sgt pesanan Ali tu sbb ingat Ali main2.
Sampai di tempat tersebut, diorg jalankan aktiviti mcm biasa, membeli dan blah. Malangnya, salah seorang drpd mereka, Amir namanya, jadi mangsa mat2 lotion tu. Lepas kena calit dengan lotion tu, Amir jadi macam org dungu. Dia diam je sepanjang perjalanan sampailah diorg balik ke rumah sayur diorang tu. Zam dah lama perasan perubahan Amir tu, cuma Zam fikir mungkin Amir penat.
Malam tu dlm pukul 2 ke 3 pagi, Zam still baiki laptop customer dia.(Zam buat part time baiki laptop sambil belajar). Kawan2 lain semua dah tidur. Zam on webcam dekat laptop tu sbb nak tengok webcam tu function or tak. Waktu tu Zam mengucap panjang, betul2 sebelah dia ada satu makhluk tengah mencangkuk sambil mata makhluk tu pandang dia. Zam tengok semuanya melalui webcam tu.
Untuk pengetahuan korang semua, Zam pernah ceritakan kisah dia dgn makhluk cangkuk tu, Amir dan jugak Ali dekat aku dulu. Dan kisah tu saling berkait. Tapi aku dah lupa. Ini pun aku paksa dia ceritakan balik kejadian tu. Oklah..terima kasih sebab baca..
-kakak kepada Zam-
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Ape citer si Amir tu plak…?
Alaaa tergantunggg
hambik kau admin bagi cerita tegantung.. ye la sblum ni kan kondem cerita dh berzaman lamanya.. nah!! segar dari ladang
Duhhh dah menarik dah ni . Plis la bg habissssssss , rasa mcm kentut tak lawas ni
Myb sbb nak terberak.. g berak dlu… hahahaah nnti kakak zam sambung cerita..
aduhhhhh….sambung laaaa..igt drama melayu Suri hati Mr Pilot ker..
apeee nieee.minyak dagu tu ape citeee
la tergantung…pastu pendek plak citenye..mne de panjang..adeh