Adik-Beradik Busuk Hati

Assalammualaikum. Terima kasih lah kalau admin approve. Ok, nama aku Zena ( confirm2 bukan nama sebenar ) aku berumur 21 tahun. Sorry ye aku guna panggilan aku supaya aku semangat nak cerita macam mana aku cerita pada kawan-kawan aku. Kisah ni bukan pengalaman aku tetapi pengalaman kakak angkat aku. Aku share kisah ni supaya kau orang berjaga-jaga walau di mana sekalipun kau orang berada. Nama kakak angkat aku ni Emma. Kak Emma dengan aku memang rapat, kerja pun sama iaitu sebagai pengawal keselamatan di salah sebuah hospital di Pahang, aku tak nak mention daerah mana nanti kantoi. Huhu. Okay dah cukup intro.

Kisah dia macam ni. Kak Emma ni dah kahwin ada dua orang anak. Dia tinggal of course lah dengan husband dan anak anak dia tetapi ada adik kepada suami dia yang menumpang. Suami dia kahwin dengan Kak Emma sebab nak balas dendam pada arwah ayah kak Emma dan sebab harta. Mereka berkahwin tanpa ada dan atas dasar cinta tetapi kerana paksaan keluarga. Dia tak pernah kenal suami dia dan suami dia tak pernah kenal dia. Dari awal perkahwinan hingga sekarang dah 8 tahun berkahwin kak Emma sembunyi luka dalam diam. Suami dia tak pernah nak layan dia macam yang sepatutnya isteri dilayan.

Arwah ayah kak Emma ni dulu pegawai polis, dia paksa suami kak Emma kahwin dengan kak Emma sebab pernah ternampak suami dia tumpangkan kak Emma balik rumah. Ayah kak Emma dah salah faham sebab tu ayah dia paksa jugak suami dia kahwin dengan kak Emma ni. Lepas arwah ayah dia meninggal, arwah ayah dia ada agihkan harta untuk anak anak termasuk kak Emma. Hasil dari agihan kak Emma dapat tanah dan duit cash Rm18 k. Tak tahu lah kenapa bila dengan suami dia, dia jadi macam orang bodoh, bagi semua duit tu pada suami dia. Tak tahu ke mana dan lekat pada apa kesemua duit tu habis ditelan suami dia.

Dia musykil. Dia pun check lah handfone suami dia. Nak tahu apa dia jumpa? Dia jumpa mesej perempuan berkeping-keping dan gambar perempuan dalam handfone suami dia. Dia sangat-sangat terkejut sebab suami dia ni seorang pendiam, rupa-rupanya diam-diam ubi berisi. Dia nak kan kak emma sebab harta dan nak balas dendam pada arwah ayah kak emma. Lupa nak bagitau kak emma dah takde mak masa dia sekolah lagi. So tinggal dia dengan adik beradik dia tak silap 5 orang. Tapi yang aku kenal seorang saja kakak dia.

Bermulalah kisah dia diganggu makhluk halus. Mula mula dia dengar bunyi seretan kain pukul 3 pagi. Dia memang pelik, pukul 3 pagi siapa nak buat kerja di luar rumah? Dia malas nak fikir dia tengok dekat tingkap, masa dia intai intai dekat tingkap dari situ dia boleh nampak bayang hitam pekat dekat tepi dinding rumah dia. Dia terus cabut masuk dalam bilik dan berselubung dengan selimut sampai pagi. Masa tu suami dia tak balik rumah lagi dan dah menjadi kebiasaan suami dia balik pagi, tak tahu apa dia buat dekat luar. Selepas kejadian tu dia tak pernah nampak cuma kerap dengar bunyi. Tepi tingkap, ketuk pintu dan bunyi air dalam bilik air pukul 3,4 pagi walhal suami masih belum balik lagi.

Ada suatu hari tu dia tak datang kerja, saya tanya dia melalui whatsapp. “Kak, kenapa tak datang kerja?”. Dia reply kata. “Dik, kak sakit dik” cara dia whatsapp merintih macam tu buat saya tak sedap hati. Kemudian hari demi hari dia kerap tak datang kerja gara-gara sakit dalam perut yang teramat sangat. Dia pernah berguling-guling dalam pos pengawal sebab terlalu tak tahan dengan sakit tu. Kak Emma memang seorang yang sangat happy go lucky boleh bertukar menjadi seorang yang sangat murung dan sering bersedih. Dia dah tak tahan jadi dia ambil keputusan untuk pindah rumah. Cari punya cari akhirnya dia dapat satu rumah yang berdekatan dengan tempat kerja. Barang semua dah angkut bawak pergi rumah baru tetapi setiap kali nak masuk rumah tu dia akan sakit!

Makin lama makin pelik akhirnya kakak dia, nama Zaleha bawak dia pergi berubat. Puas berubat sana sini akhirnya dapat tahu orang yang buat dia adalah adik suami dia yang menumpang rumah lama dia sebelum ni! Masa tu aku betul-betul terkejut dan rasa marah yang teramat sangat. Akhirnya dapat tahu punca sebenar dia tak nak kak Emma pindah sebab sebelum ni kak Emma yang tanggung dia. Kau orang bayangkan adik suami dia pernah pinjam amanah ikhtiar melalui dia dan bila dah lulus adik ipar dia lari macam tu je kemudian dia yang kena habiskan bayaran pinjaman yang adik ipar dia pinjam. Suami dia tak usah kata lah takkan percaya pada dia mesti lebih dan sebelah kan adik dia.

Okay lah, apa apa pun semoga menjadi pengajaran bagi kita yang belum kena. Maaf, cerita aku tak seram. Tak apa, lain kali aku akan cerita kisah pengalaman aku sendiri jadi guard di Hospital kalau admin publish cerita ni. Mohon doakn kak Emma moga dia sembuh dari penyakit yang di alami. Amin

Zena

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

11 thoughts on “Adik-Beradik Busuk Hati”

  1. Jap.. macam mna tau suami dia kawin dengan emma tu atas dasar dendam? Lagi satu.. dia pindah rumah tanpa pengetahuan suami ke? Apa kesudahan lepas emma jumpa gambar wanita lain dalam phone suaminya? Cerita ni tergantung sangat lah dik

    Reply
  2. Cerita byk tergantung. Kata tak penah kenal tapi ayah kak emma nampak suami kak emma tumpangkan dia. Menda la. Mcm mana bleh tahu kawen sebab harta? Kan ko bagitau dia dipaksa kawen oleh ayah kak emma. Bab suami kak emma pun cerita tak clear, muncul lak watak si adik ipar yg buat onar. Watak muncul mengejut lak tu terus sampi part klimaks buat sihir. Dah tu jgn kelam kabut sgt ko nak story. Rilex la. Takkan hilang FS ni dari radar. Still bole sent bila ko dah lengkapkan story ko tu.

    Reply
    • adoiiiiii… betul la ckp ko Rumorsss… Admin pun approve la cite yg best sket…. cite dia byk yg x berkaitan dgn tajuk…. dah tajuk cite la btl2 pasal kes adik beradik… ni masuk dendam dgn ayah la dgn pompuan dlm hp suami la… adoiiiii confuse

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.