#Adlis: KALAM UNTUK ALISHA

Hai pembaca FS, aku dhia( bukan nama sebenar) berusia 29 tahun. Cerita yang aku kongsikan bukan cerita seram. Cerita ini lebih kepada kemanusian.

Februari 2013
Aku selamat di ijabkabulkan dengan suami tercinta. Tak lama selepas kami berkahwin aku disahkan hamil, bunting pelamin kata orang tua-tua. Hujung bulan 30.10.2013, aku selamat melahirkan seorang puteri yang diberi nama Nur Dhia Alisha. Due date aku sepatut nya bulan 11, tapi itula awal pulak sikecil ni nak keluar. Aku melahirkan Alisha melalui pembedahan kerana terdapat beberapa komplikasi yang tidak dapt di elakkan. Demi menyelamatkan ibu dan anak, kelahiran secara pembedahan adalah jalan nya.

30.10.2013, Rabu (1.00am)
Aku disorong ke dewan pembedahan kerana semasa di dewan saringan nurse tak dapat kesan denyutan jantung anak ku. Pembedahan ‘emergency’ harus dilakukan secepat mungkin.
Pembedahan dijalanakan dan selamat tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah.
———————————————————————————————
Nurse: Puan..tengok ni anak puan, lelaki ke perempuan ni?
Aku dalam keadaan separa sedar disebabkan ubat bius aku menjawab.
Aku: Perempuan nurse.

Semasa kami bertentang mata, pandangan Alisha sangat lain..yea tersangat lain. Pandangan yang macam ingin menyampaikan sesuatu, pandangan yang macam tidak mau melepaskan tatapan muka bondanya. Dalam hati ku terdetik “Kenapa anak ku memandangku sedemikian rupa? Pelik sangat”. Aku hanya sedapkan hati, mungkin tiada apa-apa. Ya Allah permudahkan lah urusan bersalin ku.
Aku selamat menjalani pembedahan dan telah ditukar ke wad biasa. Suami menanti dengan kegembiraan yang terpancar di wajah nya.
Suami: Alisha sama macam muka mama.
Aku : Kann..bibir pun sama..hehe.
Suami: Kuat betul suara dia menangis. Abang angkat lepas tu azankan dia..diam je dia..tengok muka abang tak berkedip. Abang letak je nangis balik.Pandai betul.
Aku: Bila Alisha boleh keluar wad baby?
Suami: Tak tau la..Alisha kena masuk ICU dulu sebab dia macam tertelan najis. Doktor nak check dulu.

Aku dan suami teruskan berbual pasal Alisha. Tapi kegembiraan kami tak lama. Doktor panggil suami aku dan mengatakan Alisha perlu dihantar ke NICU (wad yang paling kritikal). Katanya ada masalah pada paru-paru. Suami tidak memberitahu pada aku, mungkin takut bini nya tidak kuat memandangkan aku masih lemah disebabkan pembedahan tersebut.

31.10.2013, Khamis
Tiba-tiba suami memberitahu berita penting, yea..tersangat penting.
Suami : B..abang nak cakap ni..Alisha ada masalah paru-paru, Doktor dah bagi ubat dos yang kedua tinggi, kalau tak jalan juga terpaksa bagi yang paling tinggi la.
Aku: Aikk.bukan ke Alisha tak ada pape..Tertelan najis je kan.
Suami : ……….

31.10.2013, Khamis-Asar
Doktor memanggil suami ku..5minit berlalu..10minit belalu..
Suami: B jom kite pergi tengok Alisha..Takut tak sempat.
Aku: Apa yang tak sempat nya?
Suami: Alisha da tenat..Doktor da bagi ubat dos yang paling tinggi pun masih tak ada respon.
Aku: What?????

Menangis la kami suami isteri. Walaupun suami ku menahan tangis nya. Tetapi getaran suara nya menasihatiku masih dapat kukenal. Ada tangisan jernih yang keluar daripada tubir matanya.
Pergilah kami berdua ke wad Alisha iaitu wad kanak-kanak (NICU), suami menolak wheelchair aku. Tangis ku memang sudah tidak dapat dibendung lagi. Kenapa Ya Allah..kenapa aku..Aku tak kuat Ya ALLAH…Setibanya di wad.

Inikah anak yang baru aku lahirkan? Berselirat dengan wayar dibatang tubuh nya. Kesian nya pada tubuh si kecil ini. Ku pegang tangan nya kecil. Terdetik di hatiku “Ya Allah kau sembuhkan lah sakit anak ku ini, andai dia memilih untuk ke syurga Mu , maka Kau ambillah anak ku ini secepat nya. Jangan dibiarkan badan dan jasad ini terseksa lama menanggung sakit.”
Nurse: Puan nak dukung anak puan tak?
Aku: Bolehkah nurse? Kalau boleh saya nak dukung dia.

Nurse membuka semua wayar kecuali wayar oksigen. Dan aku terus mengangkat anakku persis bayi yang sedang menangis laparkan susu.
Aku: Anak ibu kuat kan..Ibu sayang anak ibu tau.
Aku memeluk Alisha. Pelukan yang penuh dengan kasih sayang. Suami ku memulakan bacaan yassin. Aku hanya mampu menikmati wajah anak syurga itu. Tetapi kenikmaatan itu hanya sekejap sahaja. Apabila nurse menyuruh aku meletakkan kembali Alisah. Selang beberapa minit, seorang doktor lelaki datang menghampiri kami berdua.
Doktor: Puan, Encik. Setelah meneliti report untuk dos yang terakhir tadi. Anak puan dan encik masih tidak menunjukkan tanda-tanda yang positif. Paru-paru nya tidak dapat mengepam oksigen ke otak dengan baik. Paru-paru nya seperti tidak dapat berfungsi walaupun kite dah ‘support’ dengan ubat.

Maafkan saya yea, saya terpaksa cakap ,kalau anak puan hidup pun, hidup nya hanya bergantung pada mesin oksigen ini. So macam mana keputusan puan dan encik.
Keadaan ketika itu sangat tegang dan tertekan bagi aku. Aku harus memilih hidup dan m**i anakku. Ya Allah…aku tak kuat. Aku menangis semahunya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling ku.
Suami: Kite lepaskan Alisha yea B. Biar dia tenang kat sana. Kesian dia macam ni. Dicucuk sana sini. Lagipun dia kecil lagi. BERSIH tanpa dosa. Esok-esok kat akhirat dia tunggu kite.
Aku mengganguk dalam keterpaksaan. Ya..aku tidak boleh penting kan diri sendiri. Yang menanggung sakit nya anak ku. Bukan aku. Aku tak boleh kejam.
Aku: B lepaskan dia.
Suami: Doktor kami lepaskan dia.
Doktor: Encik dan puan beruntung dapat anak syurga. Tiket untuk encik dan puan. Sementar lagi saya arahkan nurse untuk buka wayar oksigen anak encik dan puan. Dan dia akan ‘pergi’ la.
Suami: Kami faham doktor.

Aku dan suami mengambil kesempatan untuk bersama Alisha sebelum dia ‘pergi’ meninggalkan kami. Suami ku meneruskan bacaan Yassin denga suara yang menahan sebak.
Aku: Alisha anak ibu..pergilah sayang. Ibu redha anak ibu pergi. Ibu tak nak anak ibu sakit lama-lama.
Tangan anak ku bergerak memberi respon selepas aku meredhakan pemergian nya. Nurse datang membuka wayar oksigen dan tak lama lepas itu.
Tuttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt

Ya..anakku sudah pergi meninggalkan kami. Pergi untuk selama-lamanya. Pergi menghadap sang pencipta pada hari khamis malam jumaat.

31.10.2013,Khamis-Malam
Arwah Alisha dibawa balik ke kampung sebelah suami selepas semua procedure selesai. Aku masih lagi menangis dan sedih. Yala..anak yang selama 9bulan ku gendong ke sana sini sudah tiada. Malam itu aku meminta suami ku jangan tinggalkan aku, temankan aku di wad. Memang tak boleh memandangkan masa melawat sudah tamat. Atas budi bicara pihak hospital, mereka memindahkan aku ke bilik 1 orang/ 1 bilik (bilik aku sekarang 4 orang/1 bilik) untuk memberi ruang kepada kami.

Terima kasih doktor dan nurse HSA. Aku sangat menghargai apa yang kalian lakukan.
Suami ku meminta untuk discharge awal memandangkan arwah anakku akan dikebumikan esok,pagi jumaat. Malam tu doktor datang dan periksa luka pembedahan ku, dan katanya ‘esok boleh keluar tapi dengan syarat awak kena pastikan luka awak sentiasa kering’.
Kami tidur-tidur ayam je malam tu..masih lagi terbayangkan cerita petang tadi. Sungguh aku tak sangka diduga sebegini rupa oleh Allah.

1.11.2013,Jumaat-Pagi
Doktor: Puan, saya nak buka pelekat luka puan yea.
Aku: Okay.
———————————————————————————————
Doktor: Okay puan, semuanya nampak okay. Puan pastikan puan makan ubat tahan sakit dan beberapa ubat yang kami bekalkan nanti. Ubat puan nanti ambil di meja pendaftaran selepas siap settlekan bil. Pastikan suntikan untuk cairkan d***h diambil 2kali/hari. Pagi dan Malam. (Suntikan ni nurse kampung suami yang buat. Aku tak berani nak cucuk walaupun di badan sendiri).
Aku: Baik doktor.
———————————————————————————————
Selepas suamiku siap membayar bil dan proses keluar wad selesai, maka bergerak la kami ke kampung suami ku. Air mata masih lagi menemani ku. Entah kenapa senang sangat air mata ku keluar, seolah-olah tidak dapat dikawal lagi.
Sampai di perkarangan rumah keluarga suami, kelihatan orang sudah ramai. Ahli keluarga ku pun sudah sampai. Aku masuk ke dalam rumah dan melihat pembaringan anakku yang dibentang kain kafan. Anak ku tiada dipembaringan kerana sedang dimandikan. Wangian kapur barus menjadi wangian utama pada hari ini.

Anankku sudah siap dimandikan dan dikafankan, mukanya sahaja yang kelihatan. Dan aku diberi peluang yang terakhir untuk melihat wajah sang penghuni syurga. Ku ambil, ku dakap erat ke dada. Ku cium wajah itu.’ Ibu sayang awak sayang…Tunggu ibu di sana yea’. Tiada lagi kata-kata, hanya air mata berjujuran jatuh satu per satu.. Suami mendukung anak kami dan berlalu ke tanah perkuburan. Aku?..Aku masuk dalam bilik untuk berehat. Kepala ni da berat sangat, berdeyut je..mungkin kerana terlalu lama menangis.

Malam pertama selepas pengebumian arwah anakku. Aku terjaga di tengah malam, mata pun masih lagi berpinar-pinar. Aku terjaga keran terasa lenguh di bahagian betis ke bawah. Dah kejut suami tapi tak sedar pulak dia. Masa ni la aku terpandang susuk tubuh bayi umur lingkungan 5,6 bulan sedang merangkak ke hulu ke hilir. Aku terdiam. Bukan takut tetapi lebih kepada keliru. Adakah ini anak aku?

Tapi kenapa cepat sangat dia membesar? Bukan kah baru pagi tadi dia disemadikan?
Aku menoleh untuk mengejutkan suami ku.
Aku: Bang..bangun..tu tengok tu Alisha tengah merangkak tu..
Suami: Mana ada..dah pergi tidur. (Dalam mamai-mamai)
Aku menoleh semula ke tempat bayi merangkak. Memang tak ada apa-apa..tapi tadi mata aku nampak bayi tengah merangkak. Pakai baju serba putih. Ya..mata aku tak salah.

———————————————————————————————
Esok nya selepas mendengar ceritaku, suami meminta air daripada ustaz untuk menenangkan hati dan menguatkan dalaman ku.
Hari-hari berpantang ku dipenuhi dengan air mata. Sudah penat suami dan keluarga ku serta keluarga mertua menasihatiku. Aku berpantang di kampung suami memandangkan kampung orang tua ku jauh nun di pantai timur sana. Mereka takut aku meroyan. Ya..aku hampir meroyan.
Dua minggu aku asyik menangis, sensitive tahap dewa. Mujurla ada suami yang sentiasa menjaga ku.
———————————————————————————————
Selepas aku habis pantang suami ku buka cerita. Rupa-rupanya suami ku pernah bermimpi mengendong seorang bayi ke kubur. Tapi dia tak nak ingat mengenai mimpi tersebut, takut menjadi kenyataan. Rupa-rupanya mimipi itu menjadi petanda yang arwah akan tinggalkan kami.
Aku juga mendapat petanda, aku merasakan anak ku ini hidup nya tak lama. Tapi aku buat tak tahu je..yela mungkin mainan perasaan. Lagi pun, ibu mana nak anak nya ‘pergi’.
Maka hidup la kami berdua seperti sebelum ini. Barang-barang arwah aku da siap-siap simpan. Tak nak mengimbau lagi kenangan lalu. Hanya bantal dan tilam yang arwah guna masa nak kafan je yang menjadi peneman ku. Itu je la barang yang aku beli dipakai oleh arwah. Ada yang aku sedekahkan, ada yang aku sendiri guna.
———————————————————————————————
22 May 2015, Jumaat
Aku selamat melahirkan seorang puteri yang sihat walafiat, dan sekarang 22 May 2017 puteri ku yang ke dua ini sudah berusia 2 tahun. Tetapi kenangan bersama arwah Alisha masih terpahat buat selamanya.
Al-Fatihah anak ku Alisah.

-TAMAT-

Adlis

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

16 thoughts on “#Adlis: KALAM UNTUK ALISHA”

  1. Assalamualaikum sis..kisah sis hampir sme mcm kisah sy n arwah ank..cuma arwah ank sy skit jnis jntung xsempurna..:-) :-)…arwah pegi mse umo 27 ari..tp idop arwah byk d spital brbnding d cc sy..n yes,lpas arwah pegi,bl d pk2 blik ape yg sy pnah mmpi kn,mgkn 1 ptnda yg xmgkn kite nk mengiyakn bhwasanya ianya 1 ptnjuk..xjgk nk mnafikan..tp ye..bru prsan lpas arwah pegi d mn sy mmpi,sy mlhir kn ank kembar..tp slh sorg dr kmbar m**i..:-) :-)…n jgk brg kperkuan arwah,lgsg sy xesaited nk berbelanja..sdgkn sy thu sy bkal mlahirkn sorg puteri…d mn ank sulong laki..sptt nye msti srnok kn..tp allah mgkn da bg ptnjuk awl utk kami bhwasanya arwah xlme ngn kami..n d saat dpt tw arwah skit n dktr bgthu yg skit jnis arwah mmg xde rwtan lg kt mlaysia n kmgkinan arwah akn ‘pegi’ trlebih awl,sy org yg plg2 sgt trase…sbb klhiran arwah sgt2 d nntikan..tp,2,3 ari lpas dktr bgthu mcm tu,sy brdoa..istighfar…mtk allah kuat kn sy yg msih dlm pntang..kwn2,sdre mra,adk brdik,xpnh brhenti bg kata smngat utk sy..n alhamdulillah..sy kuat…n sy jgk pnah mngungkapkan kata “ya allah..jika sihat adlh baik utk ank ku nur dhiya’ hana,shat kn la die..kiranya kau lbih mmilih nur dhiya’ hana utk bersamaMu terlebih dhulu,kau ambil la..aku redho sbgai sorg ibu yg pnah mngdungkn dia…”…arwah ank sy pn brgntung pd oksigen…alhamdulillah..arwah pegi dgn sgt tenang..wjah mse d kfan kn,lgsg xpucat…tersenyum…mcm org tdo..n arwah ade tnda wrna merah d bhgian mata kiri..tp,kuasa allah…mse pkai kafan,muka arwah bersih..berseri..xpnah tgk muka arwah berseri mcm tu spnjang idop die…klo ikt kn arwah skgni da umo 10bln..tp alhamdulillah…kuasa allah…skgni sy hamil 7bln ..sy pohon,mn2 yg trbaca komen sy,doakn kn sy n bby slmt..sht…sbb sy btul2 rndukn arwah..:-) 🙂 :-)…

    #nurdhiya’hana
    #21/07/2016-17/08/2016

    Reply
    • Ya Allah kak..akak di duga lagi berat. Da sempat pelihara 27 hari. Macam-macam kenangan dengan si kecil tu. Xpe kak..esok2 akak bahagia tengok arwah berlari-lari di taman Allah.

      Semoga next baby sihat2 saja. Banyakkan selawat la kak. Minta dilindungi. Doa ibu ni mujarab.

      Reply
  2. Innalillahwainnailaihirojiun.
    Sedih sgt cerita ni.
    Tetiba teringat arwah kembar yg sempat di dunia selama 20hari duduk dkt icu. Sy duduk dekat icu 2bulan. Sy pernah terfikir mcm mana keadaan Mak sy masa dpt tahu anak kecil dia meninggal.
    Mak-Mak semuaa memang hebat!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.