#AhmadAkhlaqen – Jalan Pulang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Fiksyen Shasha kerana sanggup menyiarkan kisahku yang tidak seberapa ini.

Aku bukanlah seorang penulis yang hebat lagi pandai berkata sastera. Aku hanya ingin berkongsi kisah seram, misteri, dan pengajaran yang pernah hadir di dalam hidupku ketika meniti rona-rona Casablanca dunia.

Sebelum bermula, aku perkenalkan dahulu diri si pengembara pemotret penglipurlara ini. Aku #AhmadAkhlaqen, salah seorang hamba ciptaanNya yang sedang berkelana berpujangga mencari kedamaian dan menafsir mimpi. Seperti insan yang lain, aku juga mempunyai rimbunan kisah seram yang sentiasa menemaniku di sepanjang kedewasaan ini.

Firasatku mengatakan bahawa Fiksyen Shasha adalah sebuah platform terbaik untukku memanifestasikan semula kejadian itu. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani aku gertak 10 jari-jemari untuk mencoret kisah lampauku ini.

AKU

Aku adalah seorang penglipurlara yang baru sahaja berjinak di dalam bidang penulisan. Coretan ini adalah berkisarkan daripada kisah sebenar yang pernah berlaku di dalam hidupku. Ia adalah sebuah cebisan sejarah yang banyak mengajarku tentang erti dan matlamat hidup sebagai seorang hamba kepada tuhannya, seorang anak kepada orang tuanya, seorang murid kepada gurunya, dan seorang insan kepada insan yang lain.

Aku adalah seorang yang penuh dengan persoalan. Persoalan itu kadangkala tidak terjangkau dek akal. Naskhah JALAN PULANG adalah signifikasi permulaan kepada kematangan hidupku.

Aku adalah seorang anak kepada pasangan penjawat awam yang pernah terjerumus ke kancah maksiat dan ke lembah dosa yang paling dalam iaitu Syirik kepada Allah SWT.

Terserlah sedikit kenakalan pada diri ini sewaktu di melalui proses pembesaran dahulu. Walaupun begitu, aku dikurniakan dengan akal yang cerdas dan celik di dalam bidang akademik. Bukan aku mendabik dada tetapi itu adalah hakikat kurniaan akal yang telah diberikan oleh tuhan si pemilik jagat raya ini.

Masihku ingat lagi. Tahunnya adalah 2003, tahun yang genting bagi seorang pelajar tingkatan 5. Tahun yang bakal menentukan masa depan dan hala tuju empunya diri. Tahun itu adalah tahun di mana aku menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hasil daripada usaha yang gigih aku telah memperolehi keputusan yang cemerlang bagi peperiksaan itu.

Aku ditawarkan biasiswa penuh daripada sebuah syarikat korporat untuk melanjutkan pengajian di luar negara dalam bidang akaun akan tetapi aku yang pada ketika itu masih mentah telah menolak peluang itu dengan semudahnya atas alasan belum bersedia untuk ke luar negara. Aku dihentam teruk dan dicerca sehingga ke dasar paling bangsat oleh abah dan mama kerana menolak tawaran tersebut. Aku hanya memilih untuk menyambung pengajian di dalam negara.

Aku ditawarkan kursus pengajian akaun di sebuah universiti awam dalam negeri Selangor. Ketika berada di semester keempat, aku telah terjebak dan terpengaruh dengan dunia muzik gelap. Gelap ertinya hilang pudar dari tona muzik biasa. Aku terjebak ke dalam kancah Black Metal.

Aku tidak menyalahkan sesiapa kerana itu adalah jalan yang dipilih olehku sendiri. Pada peringkat permulaan aku hanya mendengar lagu dan menonton muzik video daripada kumpulan black metal antarabangsa seperti Mayhem, Deicide, Emperor, Immortal, Burzum, Gorgoroth, dan Dimmu Borgir.

Tidak kurang juga dengan kumpulan tempatan seperti BismiIblyss, Dark Nirrajim, AsSahar, Sil Khannaz, Daarchlea, dan Hayagriva. Aku menjadi bersemangat apabila mendengar irama yang maha keras dan maha bingit itu. Aku menjadi ketagih. Ketagih dengan melodi yang seram dan penuh melankolik. Aku aktif menghadiri gig dan majlis-majlis berunsurkan kesyaitanan yang dianjurkan oleh kumpulan muzik dan komuniti black metal tempatan. Arak menjadi minuman pengkhayal minda. Whisky, Vodka, Bir, Champagne, Tequila, dan Wain adalah pemanis mulutku. Gadis-gadis gothik dan black metal menjadi pemuas nafsuku. Parti liar, seks bebas, dan keseronokan berhibur sudah menjadi rutin harian.

Walaubagaimanapun aku belum pernah lagi terjebak dengan aktiviti penyalahgunaan dadah. Kesan daripada gaya hidup yang terumbang-ambing itu telah menjejaskan pelajaranku. Hampir selalu aku memonteng kelas. Bahkan tugasan yang sepatutnya dihantar pada pensyarah langsung tidakku pedulikan. Surat amaran daripada universiti akhirnya sampai ke tangan abah dan mama.

Mereka berdua terkejut dengan perubahan yang telah terjadi pada diriku. Aku hanya memekakkan telinga apabila mendengar ceramah tazkirah daripada mereka. Aku mengambil keputusan untuk menangguhkan pengajian kerana tiada komitmen untuk menuntut ilmu. Cadangan itu menambahkan lagi kekecewaan mereka. Mereka sangat kecewa. Kecewa kerana anak yang diharapkan mula berpaling tadah daripada amanat yang diberikan.

Mereka tidak tahu bahawa aku bukan lagi Ahmad Akhlaqen yang mereka kenali. Aku bukan lagi anak yang mendengar kata. Aku bukan lagi anak yang boleh diharapkan. Aku sudah menjadi insan lain. Insan yang tiada identiti diri. Kerana terlalu sayangkan anak ini, mereka terpaksa mengalah dengan tindakanku itu. Penangguhan pengajianku diluluskan oleh pihak universiti. Aku diberikan cuti penangguhan selama 2 semester atas alasan tekanan perasaan. Aku gembira kerana satu beban telah hilang dari hidup ini.

Cuti yang ada dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Aku mula serius mendalami ilmu dan pengetahuan tentang dunia gelap. Buku-buku kesyaitanan karya penulis barat menjadi santapan minda. Begitu juga dengan majalah dan zine daripada luar negara. Aku sanggup menghabiskan masa dan wang demi sebuah ilmu sesat. Di leherku terkalung kemas rantai berbentuk salib terbalik dan berbentuk pentagram. Alis mataku bercelak hitam sepanjang masa. Pakaian seragam harianku harus berwarna hitam dan bercorakkan tengkorak, pentagram, syaitan, ataupun salib terbalik.

Pada satu hari ketika aku berada di sebuah gig dan khusyuk melayani persembahan kumpulan Daarchlea, aku telah disapa oleh seorang lelaki melayu yang pada hemahku berusia dalam lingkungan 40an. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Pharduka Ifrit dan dia mengajakku untuk lepak bersamanya sejurus gig itu tamat. Hasil daripada perkenalan itu dia mempelawaku untuk menyertai komuniti gelapnya. Ia adalah sebuah komuniti black metal melayu yang mempunyai jaringan dengan komuniti black metal di Singapura, Indonesia, dan Thailand. Diterangkan prosedur dan kelebihan sekiranya aku berada di dalam komunitinya. Pantas aku bersetuju tanpa berfikir panjang.

RITUAL SYAITAN

Pharduka Ifrit bertindak sebagai GODFATHER di dalam komuniti tersebut. Aku diwajibkan untuk menghadiri ritual kemasukan sebagai tanda persaudaraan dan sumpah setia kepada dirinya serta iblis. Ritual itu dilakukan pada malam Jumaat di sebuah pantai yang agak damai dan tenang suasananya. Dia membawa sebotol besar cecair pekat berwarna merah bersamanya.

Aku tahu bahawa cecair itu adalah d***h kambing jantan hitam yang telah dikorbankan. Ia berdasarkan daripada pembacaanku di dalam buku The Satanic Rituals suatu ketika dahulu. Aku berserta 8 orang lagi ahli baru bakal menjalani ritual yang bersejarah ini bersama-sama. Aku sangat teruja kerana bakal menjadi salah seorang pengikut black metal yang diiktiraf di dalam komuniti ini. Kami semua berpegangan tangan dan membuat bulatan mengelilingi Pharduka Ifrit. Pembantunya yang dikenali dengan nama Iblissisalam berada di luar bulatan itu. Kami memejamkan mata, fikiran dikosongkan lalu Pharduka Ifrit mula membaca mantera pemujaan untuk ritual itu.

“Sang silang hitam sang silang alam, anak-anakmu datang menyembah.
6 purnama 6 keturunan 6 dunia gelap kami susuri, datanglah engkau si silang hitam.

9 korban 9 d***h 9 anak tunduk menyembah.

Sang silang hitam sang silang alam, anak-anakmu datang memuji.
6 purnama 6 keturunan 6 dunia gelap kami jejaki, datanglah engkau si silang hitam.

9 korban 9 d***h 9 anak tunduk bersaksi.

Sang silang hitam sang silang alam, anak-anakmu ingin bertemu, anak-anakmu ingin berkenal, anak-anakmu ingin direstu, aku Pharduka Ifrit persembahkan korbanku kepadamu.

9 korban 9 d***h 9 anak tunduk berserah.
9 korban 9 d***h 9 anak tunduk padamu.
9 korban 9 d***h 9 anak tunduk perintahmu.”

Usai selesai bacaan mantera, pembantunya telah menoreh lengan kiri kami dengan pisaunya. Seorang demi seorang ditoreh lengannya. Apa yang pelik adalah kami sedikit pun tidak berasa sakit dengan torehan pisau itu. D***h kami yang pekat itu ditadah ke dalam sebuah mangkuk tembaga. Mangkuk yang hampir penuh dengan d***h itu kemudiannya dicampur pula dengan d***h kambing jantan hitam yang dibawa oleh Pharduka Ifrit. Kami semua dipaksa untuk meminum d***h itu sebagai tanda persaudaraan, tanda setia kepada kumpulan, dan tanda kesyukuran kepada iblis dan syaitan. Sebelum meminum d***h itu kami diwajibkan untuk membaca kalimah “BISMIIBLIS QAWIATAN WAL SYAITANI SIDDIQ AL KHALID”
(Dengan nama Iblis yang berkuasa dan Syaitan teman yang abadi).

Aku hampir sahaja termuntah akibat bau hanyir d***h yang begitu kuat. Demi sebuah persaudaraan aku meneguknya sepantas mungkin. Rasa mual dan hanyir melekat di dalam mulut dan tekakku. Ketika itu fikiranku berasa tenang, aku seperti melayang-layang ke udara. Aku juga berasa kosong. Kosong seperti sesuatu yang berat telah hilang dari jiwa yang selalu memberontak ini. Tak lama kemudian seluruh badanku terasa panas. Panasnya seperti dipanggang di dalam ketuhar pemanggang. Ada dikalangan kami yang berlari terjun ke dalam air untuk menghilangkan kepanasan itu tetapi aku hanya bertahan sambil terbaring kepanasan di situ. Pharduka Ifrit dan Iblisisalam hanya bergelak ketawa melihatkan keadaan kami semua.

“Hahahahahahaā€¦Bermula dari saat ini kamu semua adalah adik beradik sedarah sebapa, adik dan abang, abang dan kakak, adik dan kakak, dan anak daripada satu bapa iaitu Azazil. Panas itu adalah panas api daripada keturunan kamu semua. Api d***h bapa kita semua iaitu Azazil.” Terang Pharduka Ifrit sambil ketawa melihat gelagat kami yang sedang menahan kepanasan.

Hampir setengah jam kemudian kami telah pulih seperti sediakala. Ketika itu aku ternampak kelibat 3 lembaga berjubah hitam berada di sekeliling kami. Tingginya di dalam anggaran 7 kaki. Aku mendekati Pharduka Ifrit dan bertanyakan tentang gerangan lembaga itu tetapi dia menafikan akan kewujudan lembaga itu. Lembaga hitam itu terus berada di situ sehinggalah ke sesi penamat ritual. Penamat ritual itu adalah pesta seks bebas bersama dengan kesemua ahli-ahli baru. Di dalam kumpulan kami terdapat 5 orang gadis dan 4 orang pemuda termasuk diriku yang telah bersumpah setia untuk menjaga dan melindungi sesama kami selagi hayat dikandung badan. Kesemuanya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kini kami semua bukan lagi beragama Islam. Kami adalah manusia yang berfahaman freethinker. Kami bebas melakukan apa sahaja yang kami inginkan. Tiada lagi tuhan ataupun agama yang tersemat di hati kami. Aku tidak lagi mengenali siapa tuhanku dan agama asalku. Hidupku dipenuhi dengan noda maksiat siang dan malam. Setiap ahli yang telah mengangkat sumpah diberikan nama gelarannya tersendiri. Aku digelar Naftaharim dan tugasku adalah untuk merekrut ahli-ahli baru ke dalam komuniti ini. Aku dengan beberapa ahli lain dengan beraninya masuk ke sekolah-sekolah (menengah) dan mula menyebarkan ideologi gelap kami. Sasaran kami adalah pelajar-pelajar yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kami sanggup menyelusup masuk dan menyamar sebagai fasilitator motivasi demi mencapai hasrat itu. Untuk menguatkan lagi dakwah gelap ini, kami mengajak mereka untuk menghadiri kuliah sahsiah diri di luar waktu sekolah. Semua perbelanjaan makan, minum, dan perbelanjaan untuk hiburan ditanggung sepenuhnya oleh GRAND MASTER komuniti. Komuniti kami semakin berkembang melalui penyertaan daripada remaja-remaja yang masih di bangku sekolah. Melihat daripada kesungguhanku dalam memperkasakan komuniti ini, Pharduka Ifrit telah menaikkan pangkatku kepada taraf Guardian. Aku diberikan gaji yang cukup lumayan. Tugasku hanya perlu memantau keselamatan dan pengurusan setiap ahli yang bernaung di bawah komuniti ini. Aku harus memastikan tiada ancaman daripada pihak berkuasa terutamanya daripada pihak Jabatan Agama Islam kerana mereka adalah musuh kami yang nyata.

3 PUAKA BERJUBAH HITAM

Semenjak dinaikkan pangkat aku seringkali mengalami peristiwa-peristiwa seram dan mengerikan. Aku selalu ternampak pelbagai jenis makhluk menyeramkan seperti pontianak, langsuir, pocong, mayat yang hancur berkecai, toyol, penanggal, hantu raya, dan pelbagai lagi spesies hantu puaka yang wujud secara nyata di alam ghaib. Aku ketakutan dan tertekan sepanjang masa. Pernah satu ketika aku terpaksa menumpang tidur di rumah Pharduka Ifrit akibat tidak tertanggung dengan gangguan-gangguan seram tersebut. Hampir setiap masa aku melihat jelmaan mereka semua. Ada yang berdiri di tengah jalan, bergayut di atas lampu trafik, bertenggek di atas bahu manusia, sehinggakan di dalam mangkuk jamban pun mereka memunculkan diri. Itu belum dikira lagi dengan kewujudan penempatan orang bunian yang berselirat memenuhi ruangan di sekitar perumahanku. Aku boleh katakan bahawa makhluk-makhluk ghaib ini terdiri daripada pelbagai spesies dan bentuk. Sehinggakan pada satu tahap aku agak sukar untuk membezakan manusia sebenar dengan manusia jelmaan. Ada juga hantu puaka yang berbentuk seperti manusia. Mereka kelihatan 100% seperti kita dan tiada cacat celanya. Begitu juga dengan Orang Bunian. Aku mendapatkan nasihat daripada Pharduka Ifrit berkenaan dengan masalah yang sedang aku alami itu. Menurutnya, aku adalah insan yang terpilih kerana dapat melihat kewujudan mereka secara nyata. Dia menyuruhku untuk sentiasa melafazkan zikir “YA IBLIS YA SALAM” supaya hati sentiasa tenang. Setiap nasihatnya aku turuti. Apa yang merungsingkan adalah semakin kerap aku berzikir semakin bertambah bilangan hantu puaka yang hadir di sekelilingku. Aku buntu dan semakin buntu. Kejadian yang paling mengerikan dan menyeramkan akhirnya menjengah hidupku. Pada suatu hari ketika aku sedang bersendirian di dalam rumah, 3 lembaga berjubah hitam yang pernah aku lihat pada sesi ritual kemasukan dahulu tiba-tiba sahaja muncul dan berdiri mengelilingiku. Mata mereka kelihatan seperti api yang sedang terbakar. Di sisi pinggang mereka tersemat sebilah pedang panjang dan rantai yang besar. Akibat ketakutan aku terus melafazkan zikir “Ya Iblis Ya Salam” berulang kali tetapi malangnya perbuatan tersebut hanya mengundang gelak ketawa daripada mereka bertiga.

“Anakku Akhlaqenā€¦”

“Err. Macam mana kau tahu namaku?”

“Aku dihantar oleh bapamu untuk membantumu. Kami akan membantumu.”

“Bapa?”

“Moyang kamu yang juga bapa kamu. Raja Azazil.”

“Raja Azazil?”

“Mahukah kamu mengikut kami?”

“Ke mana? Korang ni siapa? Kamu ni siapa?”

“Aku, mereka, dan mereka adalah malaikat. Namaku Arahzaab. Mereka berdua adalah pembantuku.”

“Malaikat Arahzaab?”

Aku tidaklah sebodoh itu untuk mempercayai bahawa mereka semua adalah malaikat. Mana mungkin malaikat berkonspirasi dengan Azazil. Aku yakin mereka mungkin iblis yang ingin mempermainkanku.

“Kita pernah bersua sebelum ini. Masihkah kau ingat?”

“Ya aku ingat. Kamu bertiga yang muncul pada malam ritual dahulu bukan?”

“Ya.”

“Kami datang kerana arahan daripada Raja Azazil.”

“Bolehkah kau terangkan arahan apakah itu?”

Aku menjadi seram sejuk, bulu roma merinding, tetapi dalam masa yang sama aku masih dapat mengawal emosi dan ketakutan ini daripada terus membelenggu diri. Renungan mata mereka cukup menyeramkan. Andaikata renungan seekor langsuir ataupun pontianak sudah cukup menakutkan inikan pula renungan daripada 3 ekor iblis yang berada di hadapanku.
Aku cuba untuk mengingati tuhan. Cubaan tersebut gagal segagalnya. Apa yang terlintas di dalam kepalaku adalah “IBLIS itu Tuhanku”.

“Raja Azazil berkehendakkan kamu.”

“Kenapa denganku?”

“Kau manusia terpilih selepas Abu Zahari dan Syeikh Ilyas.”

2 nama manusia tersebut masih menjadi persoalan kepadaku sehingga ke hari ini. Apa yang pasti daripada nama tersebut aku dapat rungkaikan bahawa mereka adalah beragama Islam.

“Terpilih bagaimana wahai Arahzaab?”

“Terpilih ke syurga. Syurga para insan yang mentaati Raja Azazil.”

“Syurga?”

“Ya Syurga.”

“Bukankah kita semua akan ke neraka? Bagaimana pula kita boleh ke syurga?” Soalku kehairanan kerana daripada ilmu yang telah dipelajari, setiap anak keturunan iblis, pengikut-pengikutnya, dan penyembahnya akan diheret olehnya ke dalam neraka. Neraka adalah tempat bersuka ria bagi kami semua.

“Syurga itu banyak jenisnya. Ada syurga neraka. Ada syurga dunia. Ada syurga barzakh. Ada syurga Masyar. Kita akan ke syurga dunia.”

“Biar betul? Sekiranya aku tidak ingin pergi ke sana?”

“Ini jemputan khas daripada Raja Azazil. Bersiaplah kamu wahai Akhlaqen.”

ALAM IBLIS

Dalam tempoh beberapa minit sahaja aku telah berada di sebuah padang hijau yang luasnya saujana mata memandang. Terdapat sebuah tasik besar di situ dan airnya berwarna hijau gelap. Bunga teratai dan bunga kiambang memenuhi permukaan tasik itu. Aku sedang menunggang kuda hitam bersama dengan Arahzaab sambil diiringi 2 ekor pembantunya itu. Di kiriku tersusun kemas tengkorak dan rangka tulang manusia, manakala di kananku pula terdapat sebuah jambatan kecil yang diperbuat daripada batu kristal berwarna biru firus. Aku ternampak sebuah istana hitam yang dikelilingi oleh menara-menara yang tinggi dan ia terletak tidak jauh di hadapanku. Bentuk istana dan menara-menara itu saling tak tumpah seperti bentuk logo animasi Walt Disney ataupun istana Kremlin di Rusia. Di hadapan istana itu terdapat puluhan lembaga berjubah hitam yang sedang berkawal sambil memegang tombak. Ketika kuda kami menghampiri pintu gerbang istana, seorang lelaki memberhentikan kami. Aku tidak dapat memastikan samada lelaki itu adalah seorang manusia betul ataupun manusia jelmaan semata-mata.

“Siapa dia?” Soal lelaki tersebut.

“Tetamu khas kepada Yang Maha Mulia.”

“Anak keturunan Adam bukan boleh sewenangnya lalu di sini.” Lelaki itu bersuara sambil merenungku dengan penuh keraguan.

“Dia tetamu khas kepada Yang Maha Mulia. Ketepi kamu.” Arahzaab menepis tangan lelaki itu dengan pedangnya. Kami menyambung perjalanan masuk ke laluan istana itu.

Ketika menyusur masuk ke perkarangan istana aku ternampak ramai manusia yang berada di situ. Mereka semua berpakaian seperti orang Gipsi. Mereka kelihatan seperti orang Arab. Di situ timbul persoalan. Siapakah mereka semua dan adakah mereka adalah iblis yang hanya menjelma menjadi manusia? Aku biarkan sahaja persoalan itu bermain di minda. Kelihatan juga banyak makhluk yang berwajah seperti binatang berbadan manusia sedang mengasah pedang dan kelengkapan perang. Apa yang pasti mereka semua boleh berkomunikasi seperti manusia.

“Arahzaab, berapa lama lagi kita akan sampai?”

“Tak lama. Kamu jangan bimbang.”

Entah kenapa kepalaku tiba-tiba sahaja terasa begitu sakit seperti dihempap sebiji batu besar. Ketika itu terdengarlah sebuah jeritan yang kuat lagi maha dasyat memanggil namaku. Gegendang telingaku hampir pecah akibat jeritan itu.

“Akhlaqen ibni Adam!”

Kesemua makhluk yang berada di laluan perkarangan istana itu terdiam seribu bahasa. Arahzaab juga memberhentikan kudanya.

“Arahzaab. Namaku dipanggil tadi. Kamu dengar?”

“Diam. Yang Maha Mulia di atas sana sedang bertitah.”

“Bertitah? Apa titahnya?”

“Diam.”

Aku tidak mendengar sebarang suara ataupun bunyi ketika itu. Aku memandang kawasan sekeliling. Kesemua makhluk di situ termasuklah manusia yang berpakaian Gipsi itu menggangguk kepala, menadah tangan seperti berdoa, dan membuat pergerakan badan yang agak ganjil. Arahzaab dan pembantunya pula terhenjut-henjut di atas kuda seperti orang yang sedang kemabukan arak.

“Arahzaab. Kamu kenapa?”

“Diam.”

Tiba-tiba kuda yang sedang kami tunggangi itu berjalan semula menuju ke dalam istana. Beberapa ekor naga hitam terbang berkeliaran di dalam istana itu. Di kiri dan kananku terdapat banyak bilik seperti sel kurungan di penjara. Di dalamnya terdapat pelbagai jenis hantu puaka yang dikurung di situ. Mereka diikat, dirantai dan dikumpulkan setempat. Terdengar jelas rintihan, raungan, jeritan, dan rayuan daripada penghuni-penghuni di dalam sel itu. Kami naik pula ke tingkat seterusnya iaitu ke tingkat dua. Di situ terdapat beberapa ekor lembaga berjubah hitam yang berbentuk sama seperti Arahzaab sedang duduk di atas kerusi panjang di dalam dewan besar di situ. Dewan tersebut adalah sebuah gereja pemujaan. Di bahagian mimbar gereja tergantung sebuah simbol besar yang mengeluarkan cahaya merah menyala. Simbol itu berbentuk bintang berbucu 6. Di bawah bintang itu dilingkari dengan perkataan yang tidak diketahui bahasanya, manakala di bahagian atas pula mempunyai lambang 2 tanduk kambing yang panjang.

“Arahzaab, berapa lama lagi kita akan sampai? Tempat apakah ini?”

“Sebentar sahaja lagi. Ini tempat kita semua mendapatkan keredhaan daripada Raja Azazil.”

Kami naik pula ke tingkat tiga. Di situ terpapar bayangan-bayangan imej seperti siaran video. Pada firasatku tempat itu adalah pusat kawalan ataupun pusat pemantauan yang menunjukkan aktiviti yang sedang berlaku di dunia kita. Mataku tertancap akan bayangan seorang bomoh siam dan seorang perawat Islam yang sedang bersiap sedia untuk bertempur sesama mereka. Di pihak bomoh siam jelas kelihatan 2 ekor hantu raya sedang mendengar arahan daripada bomoh itu. Tak lama kemudian mereka keluar melalui pintu tingkap rumah bomoh itu dan mula bergerak menuju ke rumah perawat Islam itu. Dalam masa yang sama seorang jin Islam yang berpakaian serba putih berada di sebelah perawat Islam itu. Jin itu sedang menantikan kedatangan 2 ekor hantu raya itu. Di tabir lain aku melihat pula bayangan seorang wanita India yang sedang ditikam oleh beberapa orang lelaki. Dia m**i di situ akibat kesan tikaman yang bertubi-tubi di bahagian dadanya. Aku juga melihat bayangan seorang pemuda yang sedang melakukan maksiat dengan pasangannya di kawasan air terjun yang tidak diketahui lokasi sebenarnya.

Suasana di tingkat empat sangat berbeza kerana persekitarannya adalah sebuah hutan yang tebal dan luas. Di dalamnya terdapat pelbagai makhluk aneh yang bermacam-macam rupa dan saiz. Ada yang cantik dan ada yang buruk. Di bahagian atasnya terdapat sekelubung awan hitam sedang berarak memayungi kami.

Kami terus naik ke tingkat seterusnya iaitu tingkat tujuh. Tingkat kelima dan keenam hanyalah sebuah ruang yang kosong dan gelap. Tiada sebarang makhluk ataupun binaan yang berada di situ.

Suasana persekitaran di tingkat tujuh adalah seperti di kawasan balairong seri istana negara tetapi di dalam versi gelap dan suram. Di dalamnya terdapat sebuah singgahsana besar dan berkilauan dengan batu permata serta emas. Kuda yang kami tunggangi ditahan sekali lagi oleh beberapa orang manusia gergasi yang berkawal di situ. Saiz mereka adalah seperti saiz sebuah tren monorel. Mereka berkepala botak, berkulit merah jambu, dan berpakaian lengkap seperti golongan kesatria.

“Siapakah keturunan Adam ini?”

“Dia adalah tetamu khas kepada Yang Maha Mulia. Izinkan aku maju ke depan.” Jawab Arahzaab dalam keadaan tenang.

“Silakan wahai tetamu khas keturunan Adam.” Manusia gergasi itu menunduk hormat kepadaku sambil memberi isyarat kepada pengawal lain agar membenarkan kami melalui kawasan itu.

Ketika melepasi pengawal-pengawal gergasi itu, aku ternampak beberapa ekor makhluk yang memakai mahkota dan persalinan raja tetapi tidak berjasad sedang duduk memerhatikanku. Barangkali mereka adalah golongan kerabat Raja Azazil ataupun raja-raja iblis yang lain.

“Di sini hamba persembahkan tetamu tuanku.” Kata Arahzaab sambil memimpin tanganku ke arah singgahsana itu. Raja Azazil terlindung di sebalik kain penghadang yang berada di situ.

Aku berdiri di hadapan Raja Azazil dengan perasaan takut dan seram. Kain penghadang mula dinaikkan. Ketika itu terzahir jelas wajah seekor raja iblis yang telah wujud sebelum kewujudan Nabi Adam as. Aku tidak dapat memberikan gambaran sebenar akan rupanya itu atas faktor keselamatan. Apa yang aku boleh katakan adalah seekor jin yang tua. Tersangat tua. Dia bukan berwajah seperti manusia, fizikalnya bukan seperti manusia, dan kulitnya berwarna hitam pucat tidak berseri. Dia mengenakan regalia yang bertatahkan berlian dan batu zamrud.

“Jadi engkaulah anak keturunan Adam yang menjadi pengikutku?”

“Ya saya tuanku.”

“Siapa tuhanmu?”

“Aku terlupaā€¦” Terkebil-kebil aku menjawab soalan yang cukup berat itu. Sesungguhnya aku memang terlupa siapa tuhan dan apa agama asalku ketika itu.

“TERLUPA! Kamu terlupa akan tuhanmu? Sedangkan aku mempunyai tuhan yang satu. Inikan engkau makhluk yang hina terlupa akan tuhanmu?”

“Jujur aku terlupa.”

“Apa agamamu?”

“Juga terlupa.”

“Memang benar keturunan Adam hanya mendatangkan kerosakan di atas alam ini. Di manakah terletaknya tauhidmu?”

“Aku tak tahu.”

“Kamu tahu. Allah itu tuhan yang satu. Dia tuhan kami, Dia tuhan seluruh alam dan Dia adalah pemilik semua makhluk. Engkau pula boleh terlupakan Dia?”

“Aku terlupa kerana telah meminum d***h itu.”

“Akhlaqen Akhlaqen Akhlaqen. Kamu tahu kenapa aku ingin ketemu denganmu?”

“Tidak.”

“Adalah kamu kenal dan tahu akan sejarah hidupku?”

“Tahu.”

“Aku jelaskan semula. Akulah Azazil. Satu-satunya jin yang pernah menjadi imam kepada semua malaikat di alam atas. Aku pernah menguasai bumi. Pernah bersujud puluhan ribuan tahun kepadaNya. Akan tetapi, kemunculan moyangmu iaitu Adam telah membinasakan diriku!”

Tonasi suara yang kasar ditambah pula dengan renungan matanya yang hitam pekat itu membuatkan jantungku berdegup kencang. Aku hanya tertunduk diam seribu bahasa.

“Kamu tahu. Kerana Adam aku terjatuh. Aku terjatuh ke bumi. Aku hilang maruah. Aku dihinakan oleh seluruh makhluk dari alam atas! Kerana moyangmu aku berada di sini. Kerana moyangmu aku bersumpah untuk menyesatkan dan melalaikan keturunannya sehingga ke hari pengakhiran kelak! Kerana dia aku menjadi raja Iblis. Walaupun dia juga terjatuh ke bumi tetapi masih belum terlunas dendamku padanya. Aku api, dicipta daripada api. Kamu? Tanah semata-mata. Mana yang lebih mulia? Kamu atau aku?”

Raja Azazil benar-benar berdendam dengan Nabi Adam dan seluruh keturunannya termasuklah aku. Aku semakin takut kerana aku yakin bahawa hanya aku seorang sahaja manusia yang berada di situ pada waktu itu. Aku bimbang sekiranya diapa-apakan olehnya. Dia mendengus dengan kuat sehingga terbit asap hitam dari kedua belah lubang hidungnya itu.

“Maafkanku tuankuā€¦”

“Akhlaqen, aku tidak menyalahkanmu. Engkau adalah hambaku. Engkau adalah keturunan Adam yang mempunyai hubungan denganku.”

“Terima kasih wahai Raja Azazilā€¦”

“Aku sahaja ingin berkenalan dengan lebih rapat denganmu. Jangan takut padaku. Engkau tetamuku.” Dia mempersilakanku untuk duduk di sebelahnya. Sekarang aku duduk di sebelah Azazil. Ya. Azazil raja Iblis.

“Tuanku. Jikalau tuanku tak keberatanā€¦”

“Apa dia Akhlaqen?”

“Kita berada di mana sekarang ini?”

“Di dunia. Di bumi.”

“Di mana tuanku?”

“Di sebuah kawasan yang jauh daripada penempatan anak cucu cicit Adam.”

“Di Segitiga Bermuda?”

“Bukan. Itu kawasan pemerintahanku. Di sini kawasan kediamanku. Usah disoal lagi soalan sebegitu.”

“Baiklah tuanku.”

Teori bahawa pusat kuasa dan pemerintahan jin adalah di kawasan Segitiga Bermuda adalah benar. Sehingga kini aku masih kabur dengan lokasi istana Raja Azazil ini.

Aku diberikan santapan yang mewah dan lazat. Beberapa orang wanita yang berpakaian Gipsi menjadi penghibur di istana beliau ketika itu.

“Tuanku, adakah mereka semua ini manusia yang sebenar ataupun sekadar manusia jelmaan?”

“Tiada keturunan Adam di sini kecuali dirimu seorang.”

“Tuanku, selain daripada tuanku, siapakah lagi yang menjadi raja? Maksudku raja-raja jin ataupun bangsa seperti tuanku?”

“Kamu banyak bersoal. Mengapa?”

“Ilmu tuankuā€¦”

“Aku berbangsa Iblis. Salah satu bangsa terawal daripada kalangan jin bernasab Jaan. Daripada bangsa inilah lahirnya bangsa-bangsa iblis yang lain. Adapun begitu mereka semua berada di bawah takhluk kuasaku. Kami yang teragung, tiada bangsa lain yang mendahului kami.”

“Tuanku, adakah Iblis mempunyai pegangan agama?”

“Kamu ingin berbicara denganku mengenai agama? Sedangkan kamu sendiri terlupa akan tuhan dan agamamu? Akhlaqen, kami adalah kafir. Kami tidak memerlukan sebarang agama. Taurat, Injil, Zabur, dan Quran hanyalah pegangan untuk keturunanmu.” Angkuh dan berbaur ego jawapannya itu.

“Bagaimana pula dengan tuhan?”

“Telahku terangkan pada awal tadi bahawa Allah itu tuhanku, Dia tuhan segala makhlukNya. Aku, kamu, mereka, dan seluruh isi di alam ini adalah milikNya. Walaubagaimanapun aku ingkar padaNya.”

“Arahzaab!” Dia menjerit memanggil Arahzaab yang ketika itu sedang berdiri di hujung balairong seri itu.

“Ya Yang Maha Mulia. Kenapa?”

“Hantarkan dia pulang ke tempat asalnya sekarang.”

“Tuanku ingin aku pulang sekarang?”

“Nanti kita ketemu lagi. Apa yang kamu lihat di dunia kamu itu hanyalah anak cucuku. Jangan sesekali bimbang. Mereka hanya ingin mengenali kamu.”

“Tapi tuankuā€¦Aku diganggu sepanjang masa. Tiada ketenteraman di jiwa. Bantu diriku tuanku.” Rayuku sambil mengharapkan gangguan-gangguan daripada hantu puaka itu tidak berulang lagi.

“Kamu harus kental wahai Akhlaqen. Andai terjadi sesuatu, seru sahaja nama Arahzaab.”

“Ingat Akhlaqen. Kita akan ketemu lagi. Arahzaab!”

Aku kini berada di dalam bilikku. Tiada lagi Arahzaab dan 2 ekor pembantunya. Mereka hilang dan ghaib sesudah menghantar aku pulang. Tiada lagi Raja Azazil yang duduk bersebelahan denganku. Aku teringat akan kata-katanya tadi. Allah itu tuhan yang satu. Adakah Dia itu tuhan yang pernah aku sembah sebelum ini?

Aku akan menyambung kisah seterusnya di coretan yang lain. Kisah di atas adalah permulaan kepada setiap kejadian ngeri yang bakal berlaku di dalam hidupku selepas itu. Andaikata aku terkasar bahasa ataupun telah terlukakan hati pembaca-pembaca semua, diharapkan diampunkan segala butir kata dan maksud di dalam kisah ini. Aku hanya berkongsi kisah hidupku yang penuh dengan contengan yang kotor lagi hina ini. InsyaAllah kita akan bertemu lagi. Salam sayang daripadaku, #AhmadAkhlaqen untuk pembaca-pembaca semua. Assalamualaikum WBT.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

Ahmad Akhlaqen

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.8]

143 thoughts on “#AhmadAkhlaqen – Jalan Pulang”

  1. Cerita yang menarik, cuma kalau boleh tapis sikit mentera-mentera dan kaedah pemujaan secara detail. Takut nanti ada yang terikut-ikut pulak

    Reply
  2. MasyaAllah adakah cerita ini benar? penulis berjumpa dengan Raja iblis? tapi sesungguhnya tiada yang berlaku tanpa izin Allah. Allahuakbar

    Reply
  3. ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR……………….. Pengalaman yg padat. Allah Swt mgizinkankan kamu berjumpa dgn raja iblis laknatullah. Ada hikmah disebaliknya…. Aku insaf šŸ™

    Reply
  4. xperlu mrkh utk kisah ni. ckup mginsafkan kite sbg umat islam. ssgungguhnya Iblis laknatullah tu mmg wujud dan sedang ktawa mlihat anak Adam smakin sesat.

    Reply
    • cpt….jgn tangguh sambung cpt….aq ni dh rasa seperti ditarik tp tidak bertali,dn bemda apa yg ditarik juga menjadi tanda tnya???jd teruskn…jgn buat aq ter tnyaĀ²

      Reply
  5. kalau pengalaman sebenar… baguslah… tapi part mentera tu kalau boleh sensored sikit… kot2 ada yang mengamalkan nanti payah pulak…

    bahaya jugak black metal ni… membawa kepada penyembahan Iblis… bertuah lah ko bertemu Iblis… Nabi SAW bertemu iblis pun Allah SWT yang arahkan iblis pergi mengadap….

    kat mana lah agak2nyer tempat dia yer…??

    Satu lagi…?? ko berkomunikasi dengan Iblis tu dalama bahasa melayu ker…??

    Reply
  6. Assalamualaikum penulis.
    Semoga terus diberkati Allah.
    Satu cerita yang teramat berat kandungannya.
    Boleh menimbulkan kecelaruan dan kekeliruan.
    Sesiapa yang masih keliru silalah merujuk kepada alim ulama.
    Jika ini cerita benar, maka saudara penulis perlu membantu gerakan Islam menentang golongan sesat 666 ini.
    Jika ini hanya rekaan, maka saudara memang hebat dan banyak ilmu mengenai Azazil, the fallen angel.

    Tapi bagi saya sukar untuk sesiapa sekalipun memalsukan cerita begini sebab ini adalah berkaitan pegangan akidah.

    Harap tuan diberi curahan dan limpahan hidayah dariNya dan terbuka pintu taubat nasuha untuk saudara.

    Markah: 9/10 (paling tinggi aku rate)

    Reply
      • Kalau cerita ini benar,
        penulis harus membantu para pejuang Islam akhir zaman
        seperti yang kita tahu Dajjal akan dibantu oleh Iblis untuk menyesatkan manusia akhir zaman.
        Sebab tu aku cakap benda ni terlalu berat….jika benar..
        jika tidak benar..aku tak tahu betapa beraninya penulis ni buat cerita macam ini.
        sudah pasti dia akan dicari, dan diburu oleh gerakan-gerakan yang mendukung Iblis

        Reply
  7. Murung aku baca cite nie. xpenah aku tpikir manusia biasa blh jmp raja iblis dan masuk dunia iblis…. masyaAllah. Dorang mmg wujud!! takuttt.. takut tjebak dalam kesesatan krn dorang šŸ™

    Reply
  8. Mmg pada era awal 2000an kecoh pasal black metal. Akhbar2 arus perdana masa tu banyak dedahkan psl black metal, seks bebas, puja iblis dan perekrutan ahli. Aku tak tau ni kisah benar atau fiksyen. Andai benar, ia memang pendedahan yg berani

    Reply
  9. Penulisan yang baik. Tapi tu lah mentera2 tu buat aku baca skip2. Banyak kali along the way mengucap syahadah. Takut terbatal Islam aku. Bahaya wehhhh. Dah laa dengan nyata mensyirikkan Allah mentera2 tu. Cam manalah kau menulisnya.

    Otherwise admin, kamu orang tapis laa dulu mentera2 tu. Terlintas plak ni agenda penulis nak rekrut orang baru ke hahaha. Moga2 lintasan tu tak betul. Nauzubillahi min zaalik.

    Reply
  10. Allahu Akbar….betul2 menakutkan kisah hidup ko dik….
    Satu perkongsian yg cukup menginsafkan..
    Jangan lupa sambung..hakak tunggu..

    Reply
  11. Allah ,,,,meremang bulu baca…sgt best bro…plezz smbung cpt2…cume bab mentera tu aku skip..tkot plak nak baca…hahahha… 10/10

    Reply
  12. Terbaik.bro.mantera jgn publish okay. Hidayah itu milik Allah. hang carila, sudah ketemu cahayaNya, hang istiqamahla. xsemua terpilih macam hang ni. Moga Allah pelihara keturunan Adam dari bisikan syaitan laknatullah.

    Reply
  13. weii sian iblis pon ngaku Allah tu tuhan dia.. cuma dia ingkar sebab ego dia..kita yang manusia biasa ni pon masih malas nak letak dahi kat bawah.. part mantera zikir kau semua aku skip baca sebab aku mmg dah diajar dari kecik kalau baca cerita part yg berbaur mcm memuja skip terus baca dalam hati pon jangan.. sebab mak aku peminat cite2 antu.. buku antu besepah2 gn aku tejebak dari start pandai membaca..

    Reply
  14. lancar je penulisan ni. best baca. cuma nk minta satu je,admin FS tlg edit balik part mantera & seangkatan dgnnya tu. Tolong.. Aku minta sgt2.

    Reply
  15. tak tau aku camna nak gambarkan perasaan bila baca cerita ni.
    jalan cerita menarik.
    susunan bahasa cantik, senang difahami.
    tapi aku jadi gugup bila baca part mentera, nama2 ahli blackmetal, nama pengikut, dan zikir2 nama saitonn tu. errrrrrrrrrrr
    nice story bro.. sgt menarik. ku tunggu episod akan datang!
    9.8/10
    ** singkongggggggg, mana kau? hehe

    Reply
  16. Saya harap awak ikhlas dalam menceritakan pengalaman awak.kenapa mantera tu ditulis macam detail.bahaya tau kalau org lain baca dan ikut.Semoga Allah swt beri awak Perlindungan.Allah swt Maha Mengetahui.

    Reply
    • bukan dia sahaja yg dpt lindungan nya, tp kita semua, sebab bila awak kata “ikhlas” dlm penulisan dia, I feel like something yg betul2 buka mata, I bca berulang kali crta nya, n its not end there, it just began… hopely utk sesiapa yg belum bca crta ni fully,bila smpai bacaan mantera tu, skip lh, manalah tau si ahmad ni nak rekrut ahli lagi. guardian kot n di beri paymnt yg lumayan..duit seringgit pun kita mpa at jln kta ambi. and kau rsa apa? try utk positif thnking, tp tulah dunia dh akhir zaman, nak tmbah ahli utk kedatangan dajjal.. wallahu.. kan.. so kita nantikan come back dia. .hahahaha..

      Reply
  17. Wowwww!!! Seorg manusia biasa dpt menjadi tetamu raja iblis!! Hairan juga dlm bnykĀ² umat manusia, kenapa kamu yg jd tetamunya.. selain kamu, agakĀ² manusia lain pernah x jmpa dia? Btw, cerita sgt menarik.. jln cerita terperinci dan mudah difahami.. sila sambung secepat yg boleh..

    Reply
  18. Aku baca separuh je.. lepastu aku stop

    Sorry la beb.. aku dah lama bermuzik.. I was a metal musician itself.. ko ni pun, agak2 la nak berfiksyen .. jadi fitnah tau tak…

    Daarchlea.. silkhannaz..black metal? .. oh please..

    Aku tak tau la apa yg ko cuba nak buktikan.. situasi2 mcm ko cakap tu tak wujud pun.. minum d***h kambing..seks bebas… lol..

    Sudah2 la mengarut.. tak halang kalau ko nak acah2 jadi penulis..tapi masalahnya khayalan ko ni sedikit sebanyak dah memfitnah orang, mencalarkan kredibiliti pemuzik haluan kiri.. stop all this nonsense..ko dgn mastika sama je.. nak tarik reader.. ambil kesempatan atas benda yg orang tak berapa tahu..mmg muzik mcm ni tak ramai yg minat…jadi amat mudah untuk orang mcm kau manipulate benda ni..

    Last.. aku tak rasa ko ni metalheads pun dulu.. sbb apa yg kau cerita ni tak wujud.. karut segala karut..melainkan fitnah orang dgn khayalan kau.

    Reply
      • Haha…bukan masalah kronik atau x,.. aku pun ada band sendiri.. turun gig bagai.. aku nak mengesahkan perkara2 mcm ni tak wujud langsung dalam komuniti metal tempatan. Korang mmg suka layan fiksyen kan.. layan n percaya la…tapi ..knp penulis…hati2 la dgn penulisan anda tu.. jgn ghairah sgt buat cerita bukan bukan.. haih..semoga kau bertaubat atas fitnah2 kau..

        Malas nak cakap lebih2 dah..better I stop here. Wise man speaks no more. ?

        Reply
    • Tp kan..ms aku sekolah thn mcm Aqhlaken ni mmg ada dengaq psl minum drh kambing bagai..aku pun suka jugak baca zine2 yg diedarkan percuma kt skolah..maybe hg sklh kt town, sbb tu feel kurang

      Reply
      • Aku pun pernah baca zine tu sambil tergelak gelak. Kehkeh.. aku sekolah kampung jugak.. hehe… zine tu pun sama je mcm penulis ni,, andaian sendiri …khayalan sendiri..instead of datang tgk sendiri betul ke benda tu ada berlaku dalam komuniti.. harap jelas. Kthxbye

        Reply
    • bapak ahh, akhirnya ada jugak org yg sama pemikiran mcm aku. hahahah even satanic gereja pun takde sampai mcm ni, dorg pun worship dengan setan jugak. ini melayu kalau cerita bab2 setan mcm minum ketum.

      Reply
      • hehe…kan..hanya yang tau je yang tau…yang tak tau tu yang mudah percaya dan kena tipu.. lepastu susah nak accept hard fact yg aku cakap benda ni tak wujud dalam komuniti metal tempatan..

        aku tak nafikan golongan kewujudan penyembah syaitan ni dalam komuniti freemason or illuminati macam tu…tapi untuk metal scene, siap petik nama local band lagi…hahahah…kelakar..

        Reply
        • TAK tau x bermakna x wujud broā€¦. bnda ni tlalu luas. mybe ko taklah tlalu spesial smpai bnda2 hardcore mcm nie ko akn tahu.. bnda2 ni mmg wujudā€¦ ko xtau tu part koā€¦

          Reply
        • ni bermakna ko level bese2 jer… n kawan2 ko pon same… blkg tabir, yg deep2 ko xtau…. xsampai ke pgetahuan ko…. sian ko rs cam tcabar kot blh xtau. chillex. jgn gelakkan org. bnda nie mmg wujud bro.

          Reply
        • benda ni wujud. tapi dibuat secara diam dan sulit. pengikut level biasa macam lu takkan tahu. kalau dorang macam penulis ni skalipun, dorang akan pilih2 org tuk dedahkan kegiatan dorang. tgk gaya lu pun dah tahu sejenis yg xblh simpan rahsia. apatah lg akn jd pgikut setia. jd lu ke belakang punya orang.

          Reply
          • Aku pun taknak jd mcm cite khayalan author ni.. akidah tetap kena jaga

            Bukan la rasa tercabar..lebih kepada nak jaga kredibiliti..

            Terpulang kat korang la korang yg tak tau..aku tau..?

    • bro….benda ni benda real….sy sendiri pnh berjumpa bekas geng minum d***h kambing ni…
      hidayah milik Allah bro…banyak benda kat dunia ni yang kita x taw…better banyak bertanya dari menjawab…

      Reply
      • well known band kot author petik( those band dah ade life,family). metal scene musician, diorang just enjoy atas stage je wehh. xde buat sembah setan ke apa. benda2 yg akhlaken tulis ni jadi bila kalangan sembah setan ni ambik kesempatan masa gig-gig ni berlangsung ( read; akhlaken rekrut budak kt sekolah atas tiket sebagai motivator/sahsiah diri. so does pharduka ifrit dtg gig rekrut budak, bukan musician yg rekrut) . kenapa bila kantoi, those metalscene band dipersalahkan ?????? last musician metal scene xsalah.

        hanya engkau yang tentukan jalan hidup kau, sama ada kau berjuang untuk terus hidup atau sesat dilema sendiri

        Reply
        • Aku ditawarkan kursus pengajian akaun di sebuah universiti awam dalam negeri Selangor. Ketika berada di semester keempat, aku telah terjebak dan terpengaruh dengan dunia muzik gelap. Gelap ertinya hilang pudar dari tona muzik biasa. Aku terjebak ke dalam kancah Black Metal. Aku tidak menyalahkan sesiapa kerana itu adalah jalan yang dipilih olehku sendiri. Pada peringkat permulaan aku hanya mendengar lagu dan menonton muzik video daripada kumpulan black metal antarabangsa seperti Mayhem, Deicide, Emperor, Immortal, Burzum, Gorgoroth, dan Dimmu Borgir. Tidak kurang juga dengan kumpulan tempatan seperti BismiIblyss, Dark Nirrajim, AsSahar, Sil Khannaz, Daarchlea, dan Hayagriva. Aku menjadi bersemangat apabila mendengar irama yang maha keras dan maha bingit itu. Aku menjadi ketagih. Ketagih dengan melodi yang seram dan penuh melankolik.

          aku x nampak pun penulis salahkan band2 tu..

          Reply
  19. Aq pernah jumpa golongan black metal ni kt PD. Aq duk sn dulu meremang ms jumpa terkejut sbb kt kete kancil die ade lambang salib terbalik. Driver n co driver due2 dress up cam black metal. Tp dah tua driver tu, lelaki dengan baju hitam n rambut mengerbang.

    Reply
  20. YaAllah…semoga kturunan kita semua dijauhkan dari semua ni.Allahuakhbar…Bc Alkahfi hari2 korang2..adik2 akak…xdpt satu surah, baca ayat 1-10,100-110 pun xper.tgk kesan dia pd diri kita.klau boleh bc 40 hr bturut2..korang akan rs kesan dia.try search ceramah Ust Wadi Annuar.dia ad ckp psl Alkahfi ni.thnks pnulis.tulisan anda mmbuka mata hati.cpt2 smbung

    Reply
  21. Pembongkaran akhir zaman, berkenaan illuminati dan sgl mcm secret society, dan konspirasi teori boleh jadi serampang dua mata, juga penulisan begini. Sbg membuka mata manusia akhir zaman, juga boleh jadi digunakan iblis dan syaitan utk merekrut lebih ramai ke dalam kancah syirik dan maksiat dgn reverse psychology.

    Maka berhati2 lah. Jgn mudah tertipu artikel2, video2 akhir zaman ni. Cukup sekadar melazimi agama sesuai perintahNya, dan mengikut setiap jejak NabiNya.

    Reply
  22. Saya hairan bila penulis boleh keluar dari kumpulan penyembahan syaitan tu.. Sebab once dah masuk, there’s no way to turn back. Saya bagi contoh kumpulan illuminati. Kumpulan ini pun menyembah syaitan dan once bila dah masuk , payah nak keluar, unless you fake your death.. Mereka akan cari anda sampai ke lubang cacing.. So, if tibe2 dapat email from Illuminati ke apa, just ignore je, ok lenkali..By the way, rumors mengatakan kumpulan illuminati dah bubar itu tak benar.. Sampai sekarang Illuminati wujud dan tetap menjadi kumpulan rahsia sehingga kini.. begitu juga Freemason yang melibatkan golongan tertinggi ketua kepala sesebuah negara..

    Reply
  23. Kamu tahu. Allah itu tuhan yang satu. Dia tuhan kami, Dia tuhan seluruh alam dan Dia adalah pemilik semua makhluk. Engkau pula boleh terlupakan Dia?ā€

    Sangat sebak bila baca part ni.. ya Allah.. sedihhh.. :(.. bkn sedih sbb apa.. ktua iblis ckp mcm tu dkt anak adam.. ..

    **cerita ni sgt menarik, nnti sambung lagi ye..

    Reply
  24. Dah dijangka akan ada macam2 tindak balas n respon dari pembaca. harap penulis kuatkan semangat dan teruskan menulis untuk sambungan seterusnya. pengajaran dan iktibar yang nak diberikan kpd pembaca tu lebih penting…

    Reply
  25. Aku percaya penulis nak sampaikan sesuatu yang positif. Aku tunggu next story. Semoga dipermudahkan segalaNya. Allah , byk kali aku berzikir dan sebut kalimah Allah bila baca cerita penulis.

    Reply
  26. ada banyak benda yg tak dapat manusia fikirkan. mustahil bagi manusia biasa, tak mustahil bagi Allah swt. sebab Allah Maha Berkuasa, Maha Agung.

    cerita ni betul atau tak, letak tepi dahulu. yang penting pembaca Fiksyen Shasha ambil pengajaran, yang baik tu simpan molek2, yang buruk tu buanh jauh2.

    kepada penulis, nice sharing! sangat deep. Iblis pun mengaku Allah swt itu tuhan yang Maha Esa, sedangkan kita yg hanya bstatus manusia biasa & hina?

    part ayat puja memuja tu, memang sy skip habis & ucap 2 kalimah syahadah. mana la tau tiba2 Allah tarik nyawa kita, sedangkan last perkataan yang terlintas d fikiran/hati kita ni ayat memuja iblis. hihi

    btw. satu benda yg saya perasan bila baca komen2 d atas. ramai rupanya tukang komen ni orang yang baik2. contoh macam #juriFS 2 . siapa lagi ya? tak ingat la. haha.

    Reply
  27. ada banyak benda yg tak dapat manusia fikirkan. mustahil bagi manusia biasa, tak mustahil bagi Allah swt. sebab Allah Maha Berkuasa, Maha Agung.

    cerita ni betul atau tak, letak tepi dahulu. yang penting pembaca Fiksyen Shasha ambil pengajaran, yang baik tu simpan molek2, yang buruk tu buanh jauh2.

    kepada penulis, nice sharing! sangat deep. Iblis pun mengaku Allah swt itu tuhan yang Maha Esa, sedangkan kita yg hanya bstatus manusia biasa & hina?

    part ayat puja memuja tu, memang sy skip habis & ucap 2 kalimah syahadah. mana la tau tiba2 Allah tarik nyawa kita, sedangkan last perkataan yang terlintas d fikiran/hati kita ni ayat memuja iblis. hihi

    assalamualaikum.

    Reply
  28. Weyh akhlaqen, aq nk thu.. btul ke yg kau tulis ni.. kau alami sendri? Xleh aq nk byg… aq hrp kau da kembali kpd Allah…

    Reply
  29. Admin mohon edit mantera tu.. Takut yg membaca terkeluar akidah. Istighfar byk2 sy baca ni. Nauzubillahhiminzalik. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yg dikasihi serta mendapat perlindungan dari Allah.

    Reply
  30. ā€œKamu banyak bersoal. Mengapa?ā€

    ā€œIlmu tuankuā€¦ā€

    – ntah kenapa nenek rasa lucu perbualan kamu ni cu…uhuk2..

    Reply
  31. Elok aku baca secara santai jadi serius bile bercerita mengenai kisah agama. Berdebar weyh. Lagi seram dari cerita hantu. Mohon lepasnya jangan keluarkan mantera. Bahaya. Apa pun kami menugu sambungannya nanti.

    Reply
  32. “Bukankah AKU telah perintahkan kamu wahai anak Adam,supaya kmu jangan menyembah syaitan.

    Sesungguhnya syaitan it adalah musuh yang bagi kamu.Maka jadikanlah dia sebagai musuh”

    Reply
  33. Hebat. Klau tgk fakta mcm btol. Wallahu a’lam. Xmsthil azazil blh ckp melayu psl azazil aslnya bkn calang2..ktua dikalangan para malaikat tu..kira jin yg tahap profesional juga la..bila sebut ketua dh tntu ianya melebihi yg lain dari segala segi sbb tu dia dilantik ktua..bkn stkt bhs mlayu smua bahasa dia tau..cuma yg nmpk kebodohannya simpan dendam smpai sggup mntk Allah pnjgkan umo semata krn dendam smpai snggup msuk neraka krn dendam pd ank cucu adam..kelemahannya xmampu trima hakikat bhw manusia sebaik2 ciptaan..byk pengajaran yg kita dpt ambil dari citer ni

    Reply
  34. Azazil pn siap ngaku yg segala yg ada smuanya milik Allah..tp krn dendam dia nekad brpaling pd Allah satu2 Tuhannya yg tiada sekutu bg-Nya…dia nk hasut mnsia nk sesatkan mnsusia krn nk lunaskan dendam sdgkan dia sndiri xpenah nafikan Allah itu Tuhannya yg mnciptakan dia sndiri…yg mnsia je xnmpk mn satu Tuhan yg benar sbb dh disesatkan olh konco2 azazil ni

    Reply
  35. Ini bkn cite betul pn. Lebih pada pembacaan beliau je dan diolah balik. Aku baca pn tau ni fiksyen je. Ayat “kisah benar” tu just nk bg feel kt org yg bace aje.

    Member2 black, tau la. Yg x tau tu, feel aje la mcm kisah benar

    Reply
  36. Semoga kita dilindungi dari perkara2 yang sebegini. Sekiranya kisah ini benar, mmg patut kita rsau, kerana ini melibatkan akidah. Pelbagai pihak perlu bersama2 dlm menghapuskn kemungkaran ini. Sekiranya fiksyen smata2..wajar di ambik iktibar. Tidak mustahil perkara sebegini telah berlaku atau sedang berlaku. Menyembah syaitan adalah perkara yg amat bertentangan dgn agama islam. Bahkan agama lain juga turut menentang.
    Subhanaallah Allahuakbar.
    Mohon admin atau penulis tapis mantera2 atau ayat2 yg blh mengelirukan yg boleh mempengaruhi akidah.

    Reply
  37. Ada sesiapa boleh jawab kenapa kena guna d***h kambing hitam jantan?cina pun percaya kalau nak tengok hantu, guna air mata anjing hitam sapu kat mata..memang haiwan yang berwarna hitam ni sesuai untuk semua perkara yang melibatkan alam astral ke?cewah..pandai pulak aku guna perkataan astral..kah3..

    Reply
  38. macam mabuk ketum je gamaknye…melayu kalau cite bab setan, habis msg ajinomoto knorr pasti sedap semua taruk terlebih…

    tapi kudos atas pengisian tu…kalau la penulis tulis dia masuk freemason/illuminati ke mesti tak kena kecam macam ni..

    Teringat dialog dalam movie kak limah ” black metal tu tak salah…………….sambung”

    Reply
  39. Ko patutnya jgn tulis bismiliblis bla bla bla tu..buat pbaca trbaca ko dpt dosa..bodoh b**i…xpyh nk skema sgt dlm pnulisan bjaga2..ko la iblisnya azazil nya..mula2 mgajar org mnyeru dri segi tulisan lama2 mnjadi2…bodoh

    Reply
  40. KahhKahhaKahh citer paling BodoH!! Agak2 pun nak menipuu WOII!! bnyak tengok movie fantasi ko ni..nk juga ckap ko budak pandai spm dpat blaja luar negara bagaii.. Kurang kasih sayang ko nii HqhahahggH

    Reply
  41. Cerita menarik, boleh di filem kan.. tapi makin lama baca, makin sangsi pengalaman penulis, tapi bagus la tiada sambungan.. mungkin akan lebih kepada fiksyen yang senang difahami..

    Reply
  42. Sungguh keciwe cerita ni berakhir dalam keadaan tergantung. Dah lebih 5 tahun berlalu. SapeĀ² yg beranak thn 2017 dah sekolah dah anknya. Aku rasa Akhlaqen dah kembali ke rahmatullah.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.