Air Mandian Jenazah Tersisa

Assalammualaikum, selama ni aku menjadi silent reader sahaja dalam laman Fiksyen Shasha ni. Tapi hari ni terdetik nak share pengalaman yang pernah aku lalui.

Aku zaim. Semuanya bermula ketika aku berumur 13 tahun. Arwah datuk meninggal dunia di kampung. Kami sekeluarga pun balik ke kampung datuk.

Di kampung cuma nenek dan datuk sahaja yang tinggal di rumah. Pada hari meninggalnya Datuk, semua pakcik pakcik dan makcik balik ke rumah untuk sama-sama menguruskan jenazah arwah datuk.

Jenazah datuk selamat sampai ke rumah yang dihantar dari hospital. Setelah menunggu beberapa jam, urusan memandikan jenazah terus dilakukan.

Ianya dibuat di bahagian dapur. Ini kerana terdapat satu kawasan dapur yang luas sedikit, dan air mandian akan jatuh terus ke bawah rumah.

Selesai memandikan, akhirnya jenazah dikebumikan. Ketika ini tiada apa-apa yang pelik yang berlaku.

Cuma ketika hendak pulang ke rumah, tiba-tiba satu perasaan pelik muncul pada diriku. Ianya seperti perasaan ada sesuatu benda yang tertinggal di tapak perkuburan.

Aku cuba berfikir apa bendalah yang tertinggal. Tapi aku tak tahu.

Akhirnya aku biarkan sahaja perasaan itu berlalu begitu sahaja.

Malam itu, kami sekeluarga masih lagi di rumah. Majlis bacaan yassin dan tahlil arwah diadakan selepas solat isyak. Selesai majlis tahlil, dan tetamu semuanya balik ke rumah masing-masing lebih kurang jam 11 malam.

Disebabkan ramai saudara mara di rumah, aku tidur di ruang tamu bersama sepupu yang lain.

Malam itu, aku tertidur kira-kira pukul 12:30 malam.

Dan, aku bermimpi malam itu aku didatangi oleh arwah datuk. Arwah datuk berpakaian lengkap berkafan. Kafan datuk kotor disebabkan bekas-bekas tanah.

Akan tetapi apa yang lebih menakutkan aku adalah, muka datuk. Ku lihat muka datuk dipenuhi ulat-ulat besar dan kecil. Amat menyeramkan.

Datuk datang perlahan-lahan ke arahku dan seperti membisikkan sesuatu. Suaranya sayup sayup kedengaran.

Aku dalam mimpiku ketika itu sudah merasa amat takut dan seperti ingin terkencing.

Datuk perlahan-lahan datang ke arahku dan membisikkan, ” tolong buangkan, tolong buangkan. tolong buangkan”.

Aku takut bukan kepalang, hingga  terkencing dalam seluar, aku terbangun.

Aku cepat-cepat pergi ke tandas untuk uruskan apa yang perlu.

Dalam perjalanan aku ke tandas yang terletak di dapur, keadaan gelap . Aku kembali ke tempat tidurku dan mengambil handphone.

Aku jadikan cahaya handphone untuk menyuluh tempat aku berjalan.

Belum sempat aku masuk ke tandas, aku terdengar ada orang minum air. yang peliknya bunyi menghirup air itu sangat kuat. Takkan ada manusia biasa yang menghirup sekuat itu.

Aku cari cari dari mana datangnya bunyi itu, aku menyuluh menggunakan handphone dan tersuluh di kawasan tempat arwah datuk dimandikan siang tadi.

Di celah-celah papan lantai, aku ternampak satu makhluk hitam, berbulu sedang menghirup air di bawah. Ya, itu air takungan mandian jenazah.

Aku takut bukan kepalang, seperti hendak pengsan, tiba-tiba makhluk di bawah tadi melihat tepat ke arahku dan mendengus dengan kuat “hsssshhhh! ”

dup!Aku rebah ke lantai…

“Zaim,zaim,bangun”

Aku bangun dan ku lihat keluargaku di sekelilingku.

Mereka memberitahu yang aku mengigau dan tidur di luar pintu di berandah rumah.

Aku bangun dan memberitahu semuanya pada ibu bapa ku dan pakcik-pakcikku. Aku beritahu mengenai mimpi, dan juga makluk yang aku jumpa di bawah rumah.

Rupa-rupanya, keluargaku terlupa untuk membuangg air tadahan mandian jenazah yang berada di bawah rumah. Dan ada makhluk yang meninumnya malam tadi. Mungkin sebab itulah datuk muncul dalam mimpi dan kata “tolong buangkan.”

Pengalaman ini memang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila, ini kerana rupa buruk makluk di berkenaan masih lagi berlegar-legar di kepalaku , terutamanya ketika menghadiri hari pengebumian.

Itu sahaja kisah dariku. Terima kasih kerana sudi membaca.

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]
Irwan

8 thoughts on “Air Mandian Jenazah Tersisa”

  1. mungkin bukan cp, boleh jadi pengalaman hampir serupa atau kebetulan sebab semua proses memandikan jenazah semua sama, jadi berkemungkinan ada jin/syaitan yang minum air mandian tersebut sekiranya bertakung atau tidak dibuang.
    Wallahualam.

    Reply
  2. citer sblm ni xde ayat tolong buang tolong buang tu…mungkin dia nak betulkan citer balik kot sebab sebelum ni ada coment ckp tu saka atuk dia yg slurrp slurrp minum air tu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.