Hi korang, thank you pada admin FS yang tak jemu2 menyiarkan kisah aku. Kali ni Piza nak bawa korang baca kisah aku yang seterusnya. Sebelum tu aku nak bagitau gambar Kellie’s Castle, aku dh hantar ke admin FS. Kalau admin sudi siarkan untuk tatapan korang dapatlah korang tengok. Sebenarnya banyak gambar kat situ yang aku ambil guna kamera telefon ada entiti, tapi yang aku ceritakan 3 sahaja. Ada gambar yang tak dapat aku nak tunjuk sebab pendrive yang simpan gambar tu, aku cari tak jumpa. So gambar2 yang ada jelah dapat aku tunjukan. Ok tanpa buang masa aku nak kongsi cerita yang seterusnya.
Seperti sedia maklum, aku memang banyak lalui kisah2 seram. Aku sendiri pun tak tau kenapa. Dan kawan2 yang aku kenal pun kebanyakan jenis yang mata boleh nampak hantu. Kalau boleh tak nak tersermpak pun dengan benda ni. Bukan apa, sebab bila dah nampak jadi terkejut. yang terkejut tu, aku tak suka sebenarnaya. Ok ni kisah aku dengan Azie juga. Aku dengan Azie memang kami rapat. Selalu pergi shopping, berjalan, riadah berdua. Dah rapat la katakan.
Kami berdua ni, suka pergi ke tempat yang ada air. Maksudnya laut, air terjun, kolam air panas atau tasik. Rasa macam tenang je ada kat tempat2 macam tu. Ada satu petang tu, kami plan nak pergi mandi kat air terjun Sungai Gabai. Masing2 packing lah baju siap2 nak pergi sana. Jalan nak pergi sana, biasalah, nama pun kawasan air terjun. Jalan pun sunyi, lorong pun kecik, kiri kanan hutan. Sampai je sana, kami terus mandi manda tak ingat dunia. Rupanya dah lewat petang dah nak senja tapi orang masih ramai. Sebab tu kami tak sedar hari dah lewat.
Lepas bersihkan diri, kami pun plan untuk terus balik ke rumah. Perjalanan balik tu, waktu maghrib. OK nak bagitau di rumah kami duduk tu, ada kakak Azie yang tengah pregnant anak sulung dengan abang ipar dia. Lepas beri salam kami pun masuk rumah, terus masuk ke bilik. Tiba2 kakak Azie maki hamun dalam rumah, cakap macam2 perkataan. Aku dengan Azie ingat kakak dia ni, bergaduh dengan laki dia, jadi kami buat tak tau jelah.
Tetiba, pintu bilik kami ada orang ketuk. Azie buka pintu. Rupanya abang ipar dia yang ketuk. Abang dia tanya aku dengan Azie. “korang pergi mana tadi?? siapa yang korang bawa balik?” kita orang pun pelik. Siapa pulak? Mana ada sesiapa. Pastu abang dia cakap, korang pergi tengok luar sekarang. Aku dengan Azie pergilah depan pintu nak tengok siapa dia, yang kakak Azie duduk dalam bilik, still lagi maki hamun marah2 tak sudah2.
Rupanya yang di luar tu ada cik pon ikut kami balik. Tapi cik pon tu tak boleh masuk dalam rumah. Berdiri kat depan rumah je. Kita orang tutup pintu. Kakak Azie keluar bilik marah2 kami sebab bawa balik benda tu. Mana kami nak tau, benda tu yang follow. Kakak Azie ni, dia ni ada 1 tabiat, kalau dia ternampak hantu, dia akan marah maki2 hantu tu. Sebab apa dia maki? Sebab dia terkejut tengok muka benda tu.
Terpaksalah kami tahan telinga kena bebel hari tu. Benda yang kat luar tu, lama juga dia duduk kat luar tu, agaknya tunggu kita orang untuk hantar dia balik kot, banyak cantik muka dia. Datang tak dijemput, baliklah sendiri. Dalam pukul 10 kami menghendap, benda tu dah tiada kat depan rumah. Mungkin dah balik la kot, penat tunggu kami. hahahahaha Tu lah kisahnya. Pasni kalau korang pergi mana2 sebelum maghrib kalau boleh, elakkanlah ada di luar. Kisah pertama ni habis, aku nak sambung kisah yang kedua sekali jalan senang. Sebab kisah pendek2 je ni.
Kisah kedua – Bukit Belacan
Sesiapa yang duduk area Ampang mesti korang pernah dengar tempat ni. Tempat ni selalu orang bikin shooting drama waktu siang atau buat video klip. Tapi waktu malam, tempat ni penuh dengan kereta parking di bahu jalan. Terutama kerete yang aku panggil kereta rosak. Sebab apa aku panggil kereta rosak?? Sebab lelaki perempuan duduk dalam kereta, beromen dalam tu. Hahahahaaa…
Kebanyakan yang lepak kat situ budak2 muda yang datang dengan kawan2. Situ salah satu tempat yang damai dengan suasana bukit. Masing2 buat hal sendiri, sambil borak2, ada juga peniaga buat kedai makan kat situ. Best tau makan Char kutiew kerang dengan kangkung ala2 steambot kat situ. Geng motor, geng kereta, termasuk aku dengan kawan2 aku, kami suka lepak situ tengok keindahan malam. Actually depan permandangan malam yang cantik tu, memang hutanlah. Atas bukit kan cantik. Nampak semua permandangan bandaraya KL. Yang tak pernah pergi, bila korang dapat pergi, mesti korang teruja tengok suasana malam di situ.
Nasib baik masa kami pergi dapat parking. Macam yang aku cakap tadilah, parking kat tepi jalan depan hutan. Betul2 pulak sederet aku parking nak tengok keindahan malam, ada sebatang pokok. Kali ni aku bukan berdua dengan Azie. Kali ni bertiga. Ada sorang lagi kawan kami ikut, aku gelarkan dia Mimi. Mimi ni kawan kepada kakak Azie. Tapi dia sebaya dengan kita orang. Kadang2 bila Mimi datang KL kami selalu bawa dia ikut kami melepak.
Kami melepak sambil borak2 kosong di sana. Macam2 la yang kami borakkan. Jam dah pukul 12 lebih. Ntah macam mana kita orang tercerita bab hantu. Mimi ni tak tau apa2. Sebab dia tak pernah nampak apa2. Sebabkan dia nak tau cerita hantu, so kami pun rancaklah bercerita. Ceritalah macam2. Macam mana nak kenal hantu baik denagan yang jahat. Kami terangkan kat Mimi. Kami pun berceritalah ikut pengalaman kami. Kalau bayang hitam jahat, kalau bayang putih baik. Maksud kita orang, yang baik ni, tak ganggu orang. Tapi tak semua yang putih baik ye, kadang2 cik Pon ke, kak Lang ke, diorang pun berupa kepulan asap yang putih kalau diorang tengah bergerak. Macam asap atau kabuslah senang kat.
Bergelak2 kita orang cerita, Azie cakap dengan kita orang. Nampak tak pokok tu bergoyang? Dahhhh sudahhhh. Aku dengan Azie cakap. Hitam lahhhh wei jom kita balik. Agaknya nak suruh kita balik ni. Kami kelam-kabut nak balik sebab tak nak benda tu pandang kita orang. Kalau benda tu pandang kita orang, macam2 boleh jadi. Tu yang aku dengan Azie takut sangat. Kita orang terus balik ke rumah.
Sampai rumah, nak turun kereta baru aku sedar, sandal aku tertinggal kat sana. Maklumlah sambil2 borak2 kat sana, aku sorang duduk dalam kereta mengadap diorang, selipar pulak aku tanggalkan, kaki kat kereta. Diorang pulak duduk kat besi jalan tu. Aku ajak Azie patah balik pergi sana, nak ambil sandal. Kalau tak macam mana aku nak jalan masuk rumah. Dahlah rumah flat tingkat 4. Azie cakap tak payahlah, beli baru jeklah. Tak baik patah balik, kita dah selamat sampai kata dia. Senang jek dia cakap, tu sandal kesayangan aku tu. Nak tak nak, aku berlari mencicit berkaki ayam naik ke rumah. Besok paginya aku pergi ke sana. Nasib baik sandal aku ada kat sana. Selamat duit aku hehehehee.
Tu jekla kisah aku. Nak kata seram sangat tu idakla kome. Tapi yang pastinya cerita aku ni habis tak bersambung. Next time aku cerita pengalaman yang lain pulak. Tq sudi baca kisah2 seram dari aku.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Ayah aku baru nak ajak gi Sungai Gabai mandi Air terjun minggu depan.hmm harap harap x kena ganggu dengan cik pon ke cik Langsir ke encik Poc .
pergi je mandi manda.. Tapi jangan balik time tengah maghrib. Sebelum maghrib keluar dari kawasan air terjun tu.
ha Az…ikut ape yg sentap cakap
Mmg bahaya…
Dok kt hutan sungai smpi mgrb2 pastu kena plak ade org pregnnt…
Jgn sonok sgt smpi x ingt hari mgrb ke, tgh mlm ke…
Beringat2 tu penting…
betul tu. Tak boleh seronok sangat.
btol tu kak
haha.. ye jugak, dtg tak berjemput pastu mintak hantar balik
tah sape2 dia tumpang balik agaknya malam tu
tau2 dah hilang.. Ntah hilang ikut orang lain atau hilang balik heehehehee
bosan ar citer piza hut ni a.k.a Sentap Hati Mak Kau ni….kau karang panjang2 macam2 jadi ni, iyer ke tak betul jadi ni? ker imaginasi kau jer nak jadi penulis skrip tak kesampaian…kau lukis jer la lenkali..senang sikit
Dah tau kau bosan.. tak payahlah kau membaca cerita aku.. kalau kau bagus sangat, kau karang cerita kau sendiri. cakap macam good2.
aku tak baca pun..cukup ler baca sekali 2 cerita kau dulu2….imaginasi jer lebey kau ni..haha, rajin pulak komen2 kat setiap cerita kau..konon hepi la ramai peminat…kau ingat kelab menulis ke kat sini
Dia ni mmg kuat imaginasi je..konon ada kelebihan..padahal kuat berangan..budak2 tggi meja boleh la ko kencing..
kan…aku rasa kisah kedua tu macam tiada guna dia tulis
admin …. mana gambar???
Cerita no 2 tu bukan kat Bukit Belacan kan? Bukit Belacan tu area sungai macam Gabai, mana bole nampak KL. Setahu aku yang bole nampak KL kat Ampang bukit menara tinjau tu.
Dulu duduk KL kawan2 panggil situ bukit ampang dengan bukit belacan. Nama yang sama katanya. Kt ni bukan orang KL so bertahun2 kerja di KL kawan2 panggil macam tu. I follow jekla sebab kawan2 orang Kl.
Bukan bukit belacan yg atas bukit tu bukit ampang…bukit belacan tu ade air terjun..
maaf lah kalau salah, kt pun bukan orang ampang. Kawan2 cakap bukit belacan dan bukit ampang tempat yang sama. sebab tu letak bukit belacan.
gitu aje….seram bebenor ITE kome tu
Not bad
aq pernah gak berada dlm hutan time hiking…kol 7.30 baru sampai bawah…takut la juga..Alhamdulillah xde ape jadi