Air Terjun

Seperti yang pernah aku kisahkan di dalam Kucing Hitam, aku dulunya tinggal dan bekerja di hutan tebal keningau. Jadi perkara seperti berkhemah di dalam hutan, bermalam di dalam hutan, ikut kawan-kawan berburu di dalam hutan adalah perkara biasa bagiku. Lagi pun masa tu umur muda lagi…masih di awal 20an semua benda nak di cuba. Di tambah pula berkawan dengan rakan-rakan yang pelbagai kaum dan etnik menambahkan lagi pengalaman selama beberapa tahun aku bekerja di sana.

Untuk makluman, disebabkan kilang papan tersebut majoriti menggunakan tenaga buruh indonesia yang berasal dari Timor maka automatik aku pun ikut lasak seperti merekašŸ¤£. Majoriti mereka beragama kristian. Rakyat tempatan yang bekerja di sana boleh di kira dengan jari. Kawan-kawan sebaya yang Timor ni aku agak rapat sikit dengan beberapa orang. Kita gunakan saja nama samaran. Jadi lumrah bila setiap hujung tahun sebelum Krismas kilang tempatku bekerja akan tutup operasi selama 7 hari. Bos pun orang Cina asal Melaka. Jadi semua balik semenanjung.

1996…disember beberapa hari sebelum krismas, aku, Luli, John, Charles dan Karl merancang untuk berkhemah di dalam hutan. Yang cantiknya lokasi ni memang biasa kami pergi. Ada air terjun yang amat memukau. Bila sudah set masa dan hari kami bersedia semua persiapan. Rancangan asal bermalam untuk 2 malam. Jadi bawa khemah, kain baju, dan alat memasak sedikit. So simple perkakas masak. Hanya parang, garam, aji no moto dan beras. Itu saja. Sebab selalunya semua beras dan ikan yang akan di pancing akan di masak di dalam buluh. Seperti masak lemang tu. Memang wangi beras dan ikan yang di masak dalam buluh.

Harinya pun tiba. Berjalanlah kami berlima kedalam hutan dengan penuh semangatnya. Mulanya semua agak bising. Bila lepas 40 minit perjalanan semua senyap. Yang terdengar hanya nafas masing masing turun naik bukit. Genap sejam perjalanan dengan berjalan kaki kami pun sampai selepas menuruni lembah curam, panjat batu besar. Air terjun betul-betul di sebalik batu besar ni. Masing-masing teruja bila dah dengar bunyi air terjun. Kami naik ke muara. Bina khemah. Semua dah tahu tugas masing-masing tanpa perlu di arah. Tak sampai setengah jam semua dah siap. Sebenarnya ekspedisi. kali ni ada sedikit kerisauan yang bermain di kepalaku dalam diam.

Semasa semua sibuk siapkan tugas masing-masing tadi aku dah mula terasa tak sedap hati. Rasa di perhatikan. Aduh! Kenapa pula kali ni. Ketusku dalam hati. Selama ni ok saja kami kerap ke sini.
” ko dah kenapa? ” Luli cuit bahuku. Dia ni memang antara yang rapat denganku antara kami semua. Dia juga jenis suka memerhati perangai orang. ” takda apalah. Penat kut?” Aku menjawab malas dan terus duduk atas tanah. Luli ikut duduk. Tiba-tiba dengar suara Karl dan yang lain-lain menjerit nama kami berdua dari arah air terjun. Kami berdua bangun. Sebaik berdiri di tebing aku tepuk dahi! Mana taknya semua yang berada di dalam air tengah berenang keasyikan semua berb***l!! Merah padam mukaku.
” woi korang tahu tak ni tempat orang? Yang korang kurang ajar semua dah kenapa? ” sia sia saja suaraku melawan deru air terjun. Luli ikut terjun ke dalam air.

Tapi sebelum sempat dia buka seluar dalam aku sempat tahan geleng kepala. Dia sengih angkat bahu dan terjun. Semua bersuka ria lupa diri. Semakin resah di buatnya. Tak jadi joint mereka bermandi manda. Dalam masa yang sama. Aku yang duduk di tebing sungai semakin kerap pandang ke belakang. Bulu roma tiba-tiba naik. Buat tak tau saja. Selesai mandi, kami berjemaah siapkan makan tengahari yang mungkin merangkap makan malam sebab sudah hampir jam 4 petang. Sempat juga Charles mancing ikan tadi. Bab mancing kami serah pada dia. Dapat la ikan 4 ekor. Ikan talapia segar. Disebabkan hanya aku seorang saja yang beragama Islam, solat asar, magrib dan.isyak aku buat sendiri. Mereka semua faham, tempat sejadahku mereka sediakan, lapik dengan daun pisang. Semua senyap bila aku solat. Ini saja yang aku respek, yang aku tak suka hari ni hanya bab mandi tadi. Hatiku berdebar tak berhenti mulai tengahari tadi tanpa sebab. Walau hatiku terdetik. KAMI TELAH MELAKUKAN KESALAHAN. Hmmm….

Habis solat, semua berkumpul di depan unggun api. John mula membuka cerita seram. Awalnya cerita lawak. Last part jadi seram. Ini yang aku tak minat. Fikiran menerawang entah ke mana-mana. Semua khusyuk dengar John bercerita. Tak sedar jam telah menunjukkan jam 11 malam. Semua pakat tidur.

Tak tahan gigitan nyamuk aku tbangun…tengok jam tangan, jam 1.20 pagi. Sejuk menusuk ke tulang hitam. Bara unggun api masih ada. Aku bangun duduk di luar khemah. Yang lain sedang lena di ulit intan. Sepi dan sunyi sungguh. Hanya bunyi cengkerik menemani bersama bunyi air terjun. Cuit cuit bara api menyala semula. Tiba-tiba bulu tengkuk tegak berdiri. Pantas ku pandang ke belakang. Tiada apa. Jantung degup kencang. Baca ayat Kursi. Kumat kamit mulutku. Mata meliar pandang ke depan. Di sebabkan lokasi kami ni di curam aku spontan pandang ke atas. Atas sana jalan besar. Tiba-tiba terlihat bebola api melantun 3 biji berderet berbaris. Automatik aku berdiri, gosok mata cuba pastikan. Bebola api itu berulang ulang seperti tahu aku sedang perhatikan. Perlahan-lahan aku masuk ke dalam khemah, tarik kaki Luli perlahan. Terpisat dia bangun. Ku letak jari telunjuk ke bibir. Dia angguk faham. Ikut keluar. Luli ikut terkejut. Bebola tadi masih di situ melakukan aksi yang sama. Serentak terdengar bunyi bagaikan orang berlari dari dalam semak di sekeliling kami. Spontan Luli masuk khemah dan kejutkan semua. Suasana jadi kelam kabut. Semua muka tak berdarah. Kucuba tenangkan diri.
” inilah padahnya bila kamu semua melakukan apa yang tak patut tengahari tadi.” Semua pandang aku dengan pandangan serba salah.
” habis macam mana ni?” Karl bertanya.
” apa lagi, kita semua berjaga malam ni….esok pagi matahari terbit kita balik…” tegasku.

Sepanjang malam itu sampai ke pagi kami bagaikan di dera dengan bermacam bunyi di sekeliling. Aksi bebola api tadi hanya aku dengan Luli yang tengok. Kami diam saja tak mahu cerita nanti lagi huru hara semua. Esok paginya, tengah aku solat subuh, semua duduk belakang aku. Aku tergelak bila selesai solat bagi salam. Masing-masing pucat lesi. Pantas kami kemaskan khemah. Padamkan bara api. Lapar semua di lupa. Memang niat nak keluar segera dari tempat tu. Sampailah ke jalan besar dan ke rumah kongsi semua senyap sepi. Takda gelak ketawa lagi. Esoknya semua demam…aku sorang je yang tak kena demam terkejut. Heboh juga sekejap parents dorang tanya aku apa yang berlaku….anak-anak pakat demam hahaha…aku mampu cakap saja…biasalah…tidur hutan hehehe..
kejadian tu aku dan rakan rakan terus berhenti ke air terjun tu lagi.

Hantar kissah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]
Fozan Hadi

1 thought on “Air Terjun”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.