Evie membetulkan tanda nama yang tersemat dibelah kanan uniform. Setelah memastikan mekapnya tidak tercela dimana-mana bahagian wajahnya, Evie menarik bag tariknya keluar dari bilik menuju ke depan pintu dan menyarung kasut tinggi. Hari ini, Flight Evie menuju ke timur tengah. Evie mengeluh sedikit kerana Evie sepatutnya bercuti namun dia dipanggil bertugas menggantikan pramugari yang jatuh sakit sebelum penerbangan.
Evie ditugaskan bekerja dibahagian kabin diekor pesawat. Manakala Jasmine, rakan krew Evie ditugaskan dibahagian Galley di zon yang sama. Penerbangan berjalan dengan lancar. Evie berjalan untuk memeriksa penumpang dan tiba-tiba seorang perempuan berumur dalam lingkungan 40an memegang tangan Evie. Evie tersentak. Tangannya yang sejuk dan pucat menggengam pergelangan tangan Evie. Perempuan itu merenung Evie sebelum tersengih secara perlahan. Sengihan yang belum pernah Evie lihat seumur hidupnya. Senyuman menakutkan.
‘Ye puan, boleh saya bantu?’
Tiada jawapan. Perempuan tersebut masih dengan ekspresi yang sama. Evie kemudian memegang tangan perempuan tersebut dan melepaskan genggaman tangan. Evie memberikan senyuman kepada perempuan misteri tersebut dan berlalu pergi meneruskan tugasnya. Biarpun terasa pelik namun Evie tidak menghiraukan kejadian tersebut.
Evie berada diruangan Galley dan sedang menikmati makanan krew berseorangan. Jasmine berehat ditempat rehat krew (crew bunk). Selesai makan, Evie membersihkan sisa makanan.
Tap..tapp..tapp..
Evie tersentak. Dia berdiri kaku cuba untuk mendengar semula. Bunyi yang sama berulang. Cuma bunyi tersebut datang dari atas kepala. Dari bumbung kapal. Bunyi tapak kaki orang berjalan sambil menghentak. Bunyi yang Evie dengar sangat jelas! Mana mungkin orang berjalan atas bumbung kapal. Evie pantas menyambung membersihkan sisa makanan beliau dan terus keluar dari Galley. Dia tidak mahu tunggu lebih lama. Sepanjang bertugas sebagai pramugari selama 3 tahun, dia sedar pelbagai kisah misteri telah berlaku dalam kapal terbang. Lagi-lagi yang melibatkan kapal lama. Evie berharap flight kali ini cepat sampai ke destinasi.
Penerbangan Evie selamat sampai ke destinasi. Setelah selesai semua, semua krew dibawa ke hotel dan setelah diberikan bilik hotel setiap sorang, Evie yang kepenatan terus mengambil keputusan untuk mandi dan terus masuk tidur. Sewaktu sedang dibuai lena, Evie terjaga mendengar bunyi ketukan pintu. Ketukan yang perlahan dan tidak memaksa namun cukup untuk membuatkan Evie terjaga. Dengan mamai dan sedikit perasaan marah, Evie lantas membuka pintu tanpa memeriksa dahulu menerusi lubang pintu. Evie terkedu. Perempuan yang memegang tangan Evie sewaktu dalam flight kini ada didepan matanya. Perempuan tersebut memakai jubah berwarna hitam. Rambut melepasi paras dada. Matanya seperti bercelak tebal. Menakutkan. Itu yang terlintas dalam fikiran Evie. Evie yang masih mamai hanya memandang kaku.
Tiba-tiba kepala perempuan tua itu menyenget ke kiri secara perlahan. Bibirnya pula ikut sama menyengih secara perlahan menampakkan barisan gigi. Evie mula merasakan ada sesuatu yang tak kena namun dia masih disitu. Kakinya seperti dipaku. Peluh mula membasahi dahi Evie apabila perempuan misteri itu mula mengoyangkan badannya kedepan dan kebelakang dengan ekspresi muka yang masih sama. Evie menjerit dan mengumpul kekuatan untuk berganjak dan terus menutup pintu dengan cepat dan kuat. Perempuan itu masih menggoyangkan badannya menyebabkan kepalanya menghentak pintu berulang kali namun perempuan misteri itu tetap tidak berhenti. Evie menangis sambil berselubung dalam selimut sehinggalah bunyi pintu menghilang dan Evie tertidur tanpa sedar.
Keesokan hari, Evie memujuk Jasmine untuk membenarkan Evie menumpang dibilik hotelnya. Jasmine bersetuju namun tidak bertanya lebih lanjut dan menganggap Evie hanya kebosanan. Malam pun tiba. Walaupun berasa lega mempunyai teman tidur namun Evie masih berada dalam keadaan gementar risau sekiranya gangguan tersebut tidak berhenti. Ketika Jasmine sedang mandi, Evie bervideo-call dengan ibunya. Kedudukan Evie ketika itu membelakangkan katil. Dihadapannya adalah langsir yang menutupi cermin balkoni. Niatnya mahu menceritakan kejadian misteri yang berlaku tetapi Evie mematikan niatnya agar ibunya tidak berasa bimbang. Setelah bersembang dengan ibunya, Evie meminta diri untuk masuk tidur.
Tiba-tiba, langsir terselak dibahagian bawah seperti ada angin meniup menampakkan kaki berwarna pucat, berkuku kelabu dan tompokan d***h kering sedang berdiri diluar balkoni. Jari-jemari kaki misteri tersebut bergerak-gerak. Evie tersentak. Tangannya mula mengigil. Iphone milik Evie nyaris terlepas dari tangan. Evie tidak berani menyelak langsir untuk melihat siapakah pemilik kaki tersebut. Evie yakin, itu adalah perempuan yang menganggu dia sejak semalam.
‘Okay ibu. Selamat malam!’
Evie mematikan iphone miliknya dan terus melompat keatas katil. Evie memanggil nama Jasmine berulang kali. Jasmine yang sedang berendam didalam tub mandi tidak dapat mendengar suara Evie kerana dia memakai earphone dan mendengar lagu. Evie putus asa dan kembali diam membatu berselubung dalam selimut.
‘Tokkkkk…tokkkkk….tokkkk…’
Bunyi ketukan cermin balkoni kedengaran. Perempuan misteri itu meminta untuk masuk. Evie menyumpah seranah.
4 Hari Lepas
‘Nak, ambillah loket ni. Hadiah sebab layan makcik dengan baik’
‘Ala makcik, segan saya. Ni kan dah memang tugas saya. Terima kasih ya makcik. Cantik sangat!’ Evie membalas sambil menerima loket tersebut. Tanpa Evie sedari, loket tersebut adalah warisan saka dari makcik tersebut. Dia menyerahkan kepada Evie kerana tiada waris yang mahu menerima. Tiada jalan lain, makcik itu memilih orang yang akan mewarisi saka tersebut secara rawak. Kebetulan Evie yang bekerja di zon makcik tersebut duduk, jadi dia memutuskan menyerahkan kepada Evie.
Evie berasa lega selepas Jasmine keluar dari bilik air. Evie menangis dan menceritakan semua yang terjadi. Jasmine yang sudah mula berasa ketakutan mencadangkan Evie untuk membuang loket yang diterimanya. Keesokan hari, Flight Evie akan kembali pulang ke tanah air. Sewaktu berjalan di airport, Evie membuang loket itu kedalam tong sampah dan berharap segala gangguan berhenti setakat itu. Flight Evie berjalan lancar. Tiada gangguan lagi. Evie berasa amat lega. Setelah sampai ke tanah air, Evie memandu pulang kerumahnya dan ketika dia membuka pintu apartment, Evie menjerit sekuat hati dan hampir pengsan.
Loket berwarna biru yang dibuang Evie ada diatas meja bersama perempuan berjubah hitam.
Sedang menyeringai.
Hai semua! Dah lama tak buat cerita pasal aircraft ghost. Aku dah tak kerja as pramugari so tak dapat dah kongsikan cerita-cerita yang dapat dari krew yang lain. Yang atas ni paling latest. Sedikit reminder yang aku dah selit dekat post-post sebelum ni, kadang-kadang tuan saka ni dia nak buang saka so dia tinggalkan je dalam kapal terbang. Kadang-kadang dia bagi je kat siapa-siapa. So beringatlah. Jangan mudah terima barang dari strangers dekat airport. Kalau dia tak bagi saka, dia bagi dadah. Kalau kena tangkap? Selamat menjalani kehidupan dipenjara.
Selingan since dah takdapat tulis cerita hantu atas kapal, korang tahu tak kisah MH653? MH653 ni kapal Malaysia Airlines yang terhempas dekat Tanjung Kupang, Kampung Ladang, Johor pada 4 Disember tahun 1977. Kapal tu kena hijacked sebelum terhempas sebab ada kejadian tembak menembak dalam kapal. Semua yang ada dalam kapal meninggal dunia. Salah seorang yang meninggal tu ialah Menteri, Datuk Seri Ali bin Ahmad. Boleh google cerita pasal MH653 ni untuk maklumat lebih lanjut. Banyak kisah misteri yang jadi lepas kapal ni terhempas antaranya roh penumpang ketuk pintu rumah malam-malam mintak tolong atau mintak pulangkan barang (orang curi barang penumpang dikawasan kemalangan) jeritan suara orang menangis dekat kawasan yang terhempas dan macam-macam lagi. Boleh google ok?
Coffee or Tea?
N
Penah baca kisah lps kpl terbang tu terhempas. Katanya sebelum polis sampai org2 sekitar situ pegi tgk dulu. Diorg jumpa myt berselerakn. Tp bila tgk ada duit & brg2 bertaburan diorg jd gelap mata. Katanya flight tu jgk bw matawang pelbagai negara. Org2 yg smpai tu rembat dulu. Tak lama lps tu diorg mula kena gangguan roh penumpang2 yg m**i tu minta pulangkn blk apa yg diorg ambil.
” tiba – tiba kepala perempuan tua meyenget secara perlahan.bibir nya ikut meyengih ” sampai aku terikut hahahahah aku lak rase seram..
kekdng dekat hotel pun ade org tgl kawan aku penah kene bg tahu yang keje dekat hotel tue die bolah senyum dan ckp minggu lepas ade org……. dok mgkin die tingal kot..hawaw betol .
kau cite apa peah ? aku tak paham lah. ayat tu kasi susun & eja betul betul dulu baru post k.
sebok je ko
i wna coffee sayang.. kasi kaw yea!! paling best kopi tongkat ali.. alallaaaa syg ne, takjan tak tau.. kn dlm kapal ni sejukkkkk.. hmmm…
i wna coffee sayang.. kasi kaw yea!! paling best kopi tongkat ali.. alallaaaa syg ne, takkan tak tau.. kn dlm kapal ni sejukkkkk.. hmmm…
teringat masa geng sajat jadi stewardess dulu. selalu juga kena kacau. bukan dgn hantu tp dengan pilot2 hot. pernah juga kena kacau dgn passenger korea. hensem, muka ala2 choi si won belum gosok gigi. geram je
Dengan rakus sekali aku membaca nya. Sambil goyang2 kn badan kekiri kekanan kedepan kebelakang 😈
Perrgh… boleh wat filem ni, .. tp for sure kene mintak restu and/or permission dulu dgn banyak pihak. Thnks N, for sharing a remarkable story.
i rasa macam kenal penulis cerita Aircraft Ghost ni. Noratikaidris kan? airline from Riyadh Saudi Arabia kan?
Hello. Nope bukan. I bukan Noratika idris 😌
Seram sngat
Seram weyhhh….
That is really horrible…(bout the ghost)
besttt sis N . kalau ada cerita sambung lg tau
Sy pernah baca pasal kapal terbang terhempas tahun 1977 tu. Sendiri pun belum lahir lg masa tu.