Akak Ipar

Salam. Aku memang peminat setia fs ni. Selalu bc jugak la crita dalam ni. So ari ni tergerak hati aku nk citejugak. Tapi bukan pasal aku. Pasal kak ipar yang dulu penah kena gangguan benda tu. Aku org sarawak so kebiasaan nya sarawak memang banyak kepercayaan n mitos mitos nye. N xkurang jugak perkahwinan campur.

Abg aku berkahwin dengan org iban . So mix blood iban laa.
Cerita nya bermula, kak ipar aku pernah keguguran anak pertama. Masa dia ngah mengandung tu selalu jugak dia dikacau benda tapi xpernah pun nk cerita kt kami or suami dia. Sebab dia ingat benda tu karut. Sampai la 1 ari dia balik tengah malam sebab dia dok sorang kat umah dia tapi yang peliknya makanan atas meja semua habis.

Konon nya nk makan lepas solat ishak. Nak mkn je sume dah abis padahal xde kucing xde org. Kalo fikir logik mesti bersepahkan kalo kucing makan. Haa lupe msa ni dia dok umah sewa memandangkan malas nk ulang alik sebab mengandungkan. So decide sewa umah. Back to story, dia teruss pack barang balik umah kami. Balik seperti biasa cm xde ape berlaku. So esok nya dia cerita.. Masa otw balik kat belakang dia terdengar bunyi sendawa. Jalan dia nak lalu tu memang sunyi aku penah pegi dan kalo sorang2 memang seram laa.. Dan malam tu dia cerita jugak msa tengah tido dia selalu nampak macam abang aku nak dtg kt dia tapi dia nampak abg aku tido sebelah dia. Kejadian ni banyak kali jadi tp dia xpenah cite sampai la kes sendawa tu baru kami tau semuanya.

Kisahnya xberakhir situ je abang aku decide bawak pg jumpaa pakcik aku yang boleh berubatkan orang. Pakcik aku bagi air yassin untuk dia minum. Malam tu dia minum n lepas minum tu katanya nk rehat. Tengah dia rehat tu sesorang dia rasa perut dia cam ada orang goncang. Dia terus bleeding teruk n bawak g hospital. Paham paham la kalo hospital kerajaan kan.. Malam tu org ramai so dia pn lambat nak kena cuci untuk buang sume lah. Dia keguguran. Bila semua dah settle pukul 2 pagi balik umah seperti biasa.

Abang aku pon solat malam tu. Abg aku nampak benda hitam rambut mengerbang mata merah macam marah berdiri kt depan bilik dia. Dan malam tu jugak aku mimpi bawak budak tu tapi datang pontianak ambik budak tu siap ckp ” budak ni aku punya jgn pernah nak ganggu” dalam mimpi tu aku bg dia budak tu dan dia pergi. Akak aku sakit tapi dah berubat semua alhamdulilah. Sekarang dah 2 anak. Tunggu sambungan anak buah aku diganggu pulak. Ni anak dia.. Maaf la kalo hasil karya ni bosan tapi kalo berdepan memang terasa jugak seramnya.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *