Akak Nasi Lemak

Hai. Pertama sekali terima kasih pada admin sebab sudi siarkan kisah yang aku tulis ni. Aku ni anak bongsu, tak pernah duduk asrama sampailah aku habis SPM. Ditakdirkan aku ditawarkan masuk ke sebuah kolej di Melaka. Mula-mula masa orentasi, kami ditempatkan di block lain asrama siswi, tapi lepas habis orentasi, dapat pulak asrama di block lain. So terpaksalah angkut balik segala barang beg-beg besar dan baldi bagai tu ke block baru.

Pertama kali aku jejak kaki dekat kawasan block baru asrama aku, aku dah rasa semacam. Susana suram yang amat. Dengan bangunan yang kelihatan usang, aku cakap dalam hati, hmm redha jelah. Nak buat macam mana. Sampai je block tu aku semak nama aku, okay, kena duduk tingkat 4. Dengan menggagahkan diri, aku pun pikul segala barang aku naik tingkat 4, takde lift. Guna kudrat sendiri. Dua tiga kali juga aku ulang turun naik tangga angkut barang sikit2. Penat jangan cakap lah, tapi semua orang pun alami ape yang aku sedang lalui ni, so, peduli kan jelah.

Aku cerita dari awal ni sebab banyak kisah2 misteri yang aku alami sepanjang aku belajar kat sini, ni kira macam intro lah sikit aku nak bagi gambaran keadaan tempat aku tinggal. Okay back to story, aku melangkah masuk ke dalam bilik aku, aku pilih bilik paling kecik yang boleh dok dua orang je. Ada satu katil double, dua locker. Kiranya pihak kolej bagi apartment kat kami, satu rumah ada 3 bilik, ada bilik boleh dok 4 orang, tiga orang n dua orang.

Sampai malam, aku kira satu rumah tu cuma ada 6 orang. 2 orang bilik aku, 2 bilik tengah, 2 lagi bilik bertentangan dengan bilik aku. Jadi ada 3 lagi katil kosong. Kami pun berkenalan lah malam tu. Dan seingat aku, tingkat 4 semuanya junior, so semua budak sem 1 akan duduk tingkat 4, without senior. Okay skip bab budak2 rumah dulu. Terus kepada kejadian pertama yang berlaku.

Masa tu aku sem satu, ada sorang kakak ni lah yang rajin datang block aku dan jual nasi lemak. Aku panggil akak nasi lemak sebab nasi lemak dia memang sedap. Selain tu dia ada jual roti john. So petang2 (bukan tiap petang, dalam seminggu adalah dua tiga kali dia jual) dia akan jerit “dekk, nak nasi lemak tak, roti john ada, nugget ada”. Dia jerit macam tu je satu bangunan boleh dengar.

Disebabkan aku dok tingkat 4, kadang2 jelah dapat makan nasi lemak dia kalau ada rezeki aku lah, sebab selalunya kat tingkat bawah lagi dah habis dah. Jadi, untuk pastikan aku dapat nasi lemak pada hari berikutnya, aku dengan budak rumah minta nombor telefon akak nasi lemak untuk buat tempahan dulu sebelum dia datang, jadi dapatlah aku merasa sebab dia dah asingkan nasi lemak kami. Lama jugak lah akak tu jual nasi lemak kat block asrama aku sampai lah satu peristiwa ni berlaku nak dekat akhir2 sem tu.

One day, macam biasa akak nasi lemak naik tingkat 4, aku dan budak umah memang dah order siap2. So, kitaorang pun ambil pada dia nasi lemak tu, then tiba2 akak tu tanya, “rumah nombor 45 mana ye?”. Aku pun tunjuk lah, “tu”. Rumah tu bertentangan je dengan rumah aku (panggil rumah je senang). Lepas tu akak nasi lemak cakap, “ouhh okay, diaorang ada tempah nasi lemak kat akak, 8 bungkus”.

Terbeliak jugak biji mata aku bila akak nasi lemak cakap macam tu. Aku pun buat muka pelik, adalah 3,4 orang lagi budak rumah lain pun buat muka pelik.. Lalu aku pun bersuara, “erm kak, setahu saya, mana ada orang duduk kat rumah tu kak. Tu stor lah. Banyak barang je dalam tu”. Tiba giliran akak tu pulak buat muka pelik. Dia kata,”ehh adalah, dorang pernah beli nasi lemak akak. Akak pernah ketuk pintu rumah dorang dan hulur nasi lemak. Ni dorang siap order lagi 8 bungkus nasi lemak. Tengok plastik ni, akak tulis nombor rumah 45, (sambil tunjuk plastik merah yang ada 8 bungkus nasi lemak dan ada nombor 45 kat plastik tu. Tak syak lagi)”.

“Ehh akak salah dengar kot. Rumah 43, 44, 45, 46 takde orang kak. Kosong. Mungkin 42 kot?”. Aku cuba dapatkan kepastian, tapi akak nasi lemak kata “tak, akak dapat call dari sorang budak kata rumah 45, rumah yang ni kan?”. Sambil dia tunjuk rumah tu. Aku angguk, kemudian dia sambung lagi. Dia cakap, “betul. Rumah ni akak pernah bagi nasi lemak kat sorang budak perempuan. Masa tu dia beli dua bungkus”. Dengan muka pucat dia cakap pada aku. Aku pun diam jelah nak kata ape lagi.

Memang sepanjang sem aku duduk situ rumah tu memang tak berpenghuni, bukan aku tak pernah bukak tutup pintu rumah tu, ada je sebab kalau aku nak tukar barang2 macam meja belajar yang tak elok kat bilik aku tu dengan barang yang ada dalam rumah store depan tu. Sejak tu, akak nasi lemak tak meniaga lagi. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin dia takut ke ape, kempunan aku nak makan nasi lemak dia lagi. Hmm. Okay tu je yang berlaku sepanjang sem satu aku kat sana. Tu cuma permulaan aje. Banyak benda pelik cuma aku belum perasan je lagi. Hehe.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]
Mawar

17 thoughts on “Akak Nasi Lemak”

  1. Fenin gak ler mikir. Agaknya Akak Nasik Lemak tu sajer nak beramah tamah dengan dek non dek non tu. Errr tapi tak gaklah kannnnn! Sebabb kita makcik makcik ni, kalau dah pernah pergi ke, dah penah anto brg ke sesuatu tempat, kita akan cakap, “akak nak ke sana pulak”. Ataupun hakak tu mmg terbyk makan semut. Ngeh ngeh ngeh……tetiba mak plak yang serabut dengan statement ko dek non.

    Reply
  2. bercakap psl hantu makcik karipap ni…rasa nak share story aku lak…tapi karipap bukan karipap biasa…yg cheesedale selit dalam baru seram yeehaa…!!!

    Reply
  3. akak tu ckp pernah antar rumah no.45….tp apasal p tanya lagi ko? takkan la lupa terus…

    lagi satu..dia dah tak antar nasi lemak…awat tak call tanya dia jer, no phone kan ada? haishh…tu pun jadi masalah…tanya la sebab apa…

    Reply
  4. alah betul la, mana tau kot2 ada 2-3 hari senior lepak umah no.45 tu, overnight nak kemas barang2, pengurusan suruh kemas, sebab kemasukan pelajar baru, atau ada apa2 aktiviti melibatkan persatuan nak simpan barang sementara atau apa2.

    kann..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.