Assalammualaikum peminat FS sekalian . Firstly thanks admin sebab sudi share story saya ni . Nama aku Kenit (bukan nama sebenar) aku nak story satu kisah yang pernah aku alami masa zaman sekolah menengah .
Masa aku form1 aku start kena kacau dengan benda2 yang sesetengah manusia boleh nampak. Ok story dia macam ni. Ada akak senior ni dia baru balik dari kem sekolah tak silap aku lah masa dekat kem tu dia terambik something tak sepatutnya atau tertegur sesuatu ke apa aku lupa lah then benda tu ikut lah dia balik sampai ke rumah. Ok ni part dekat sekolah.
Macam biasa lah kan sebelum masuk kelas mesti ada pengumumman kan ok settel je semua masuk kelas time tu tak jadi apa2 lagi belajar macam biasa then tetbie kecoh dari block C, block senior yang benda tu ikut dia balik. Sekolah aku ni ada empat block, aku block A kira berhadapan dengan block C. Masa part kecoh2 tu semua keluar nak tengok apa jadi, dah tak fikir cikgu tengah mengajar haha yelah masa tu aku dikategori budak nakal haha guest what?
Akak senior tu dia panjat balkoni nak terjun kebawah weh tingkat 4 kot. Time tu aku taktahu lagi yg akak senior tu kena rasuk so semua tertanya “kenapa weh ? Apasal weh ?” then bila semua kecoh muncul lah pemberita mulut ke mulut kata akak senior tu kena rasuk. Pastu bunyi loceng rehat semua p rehat , akak senior tu tak silap aku kena bawa p surau dia pengsan kot (tak ingat lah) aku ingat keadaan dah reda rupanya ada lagi, batch aku pula kena rasuk (eh semua orang dia nak test ke apa) aku gelarkan dia As( bukan nama sebenar).
As ni elok je jalan depan aku sbb dia pun geng budak nakal juga hehe pastu tetibe dia terduduk tepi pintu dewan, aku and geng aku kebetulan lalu depan As ni pun bhenti lah ( aku memang suka menyibuk) geng si As ni tanya “As kau asal”? Tetibe mata dia berubah, terbeliak macam nak terkeluar biji mata tudung ke depan macam orang tak terurus duduk terkangkang(naseb dia pakai seluar PJ) dia meracau macam kepanasan. Member dia dah syak ni mesti kena rasuk so kawan As panggil lah ustaz. Dah lah tengah rehat taktahu nak cari kemana. Bunyi je loceng masuk kelas semua masuk kelas ( taktahu apa jadi dekat As).
Setengah jam lepas rehat tu tetibe penolong kanan buat pengumumman ” Kepada pelajar yang lemah semangat sila berkumpul di surau”. So penuh lah surau dengan pelajar2 yang lemah semangat (actly budak tak lemah semangat pun ada je sbb nak tak nak belajar punya pasal hehe). Semua tertanya kenapa kena masuk surau bagai rupanya ada sorang lagi pelajar kena rasuk haish. Kteowg taktahu nak salah kan akak senior yang first kena rasuk ke apa sbb akak2 senior lain kata dia lah punca nya .
Sekian sudah dari saya , thanks sebab sudi baca sory if ada berbelit sikit saya ni taktahu sangat nak taip2 macam ni hehe . If ada sokongan saya akan story lagi kisah2 menarik. Banyak juga saya alami.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Cerita ko best cume tgh2 seronok nak layan tup tup dh abes..hehehehe boleh try citer baru lak k
pendek sgt
#cumel