AKIBAT ‘GHOST PRANK’

Assalamualaikum kepada semua pembaca setia Fiksyen Shasha. Terima kasih kepada admin FS kerana menyiarkan cerita aku ini.Korang memang the best. Aku cadangkan korang terbit buku hasil cerita-cerita kat FS ni. Mesti laku kerasss….

Selepas aku mengeshare pengalaman aku buat pertama kali di FS ni yang bertajuk ‘Akibat Mengular‘, sambutan agak menggalakkan menyebabkan aku rasa aku ada bakat dalam menulis haha. Kali ini aku nak share pengalaman kedua aku pula yang sememangnya berlaku pada diri aku, insan yang lemah ini.

Ok, kita turn back time kepada 7 tahun yang lepas. Nama aku Danial, aku pelajar di sebuah Politeknik di negeri Kedah belajar dalam jurusan yang rahsia. Kena rahsia sebab nanti orang tahu haha. Aku seorang lelaki berumur 20 tahun ketika itu. Aku duduk menyewa dengan rakan-rakan se-politeknik aku yang lain seramai 6 orang termasuk aku. Kawan aku yang lain bernama Man, Hakim, Tahir, Epol, dan Awie (Bukan nama sebenar). Semuanya lelaki dan berumur 20 tahun ketika itu. Kami memang rapat dan perangai gila-gila. Semua orang memiliki motosikal masing-masing.

Rumah yang kami sewa adalah rumah kampung di tanah lot di sebuah kampung berdekatan dengan poli tempat kami belajar. Dinding rumah dibuat daripada batu bata dan berbumbung zink. Rumah kami berjiran dengan sebuah rumah family di sebelah kanan, yang berjarak antara 10 kaki dari rumah kami. Di sebelah kiri pula kawasan belukar. Jeng jeng jeng. Kawasan kampung ini memang akan ‘m**i’ tepat pukul 10 malam di mana tiada kenderaan atau pun manusia yang lalu lalang dan kawasannya pula agak gelap. Tapi rumah kami tiada gangguan selama kami tinggal di situ. Sewa pun murah RM 300 je. Kami memang suka rumah sewa ni sebab ada ‘porch’ yang luas tempat kami baiki moto dan main badminton.

Al-kisahnya, kehadiran kami yang menyewa di rumah sewa itu tidak disenangi oleh jiran kami, Pak Hashim dan penduduk kampung lain kerana kami selalu buat bising dan bunyi motosikal Awie yang ibarat guruh berdentum akibat memasang ekzos YY Pang di motosikal Honda EX5 nya. Tapi kami sekawan agak ramah dan selalu bertegur sapa dengan penduduk kampung, dan membantu kenduri-kendara dikampung tersebut (sebab nak makan free) tapi jarang sekali ke surau haha.

Pada suatu hari, bertarikh 14 Oktober, tarikh itu merupakan tarikh keramat dan juga tarikh hari jadi seorang housemate kami, Epol. Akibat dah bosan dengan sambutan merenjis dengan tepung dan disulami dengan beberapa biji telur, kami serumah kecuali Epol merancang untuk membuat sambutan hari jadi yang berlainan bagi Epol pada malam itu. Ya, dengan membuat ‘Ghost Prank’. Epol ni seorang yang agak penakut dan hantu yang paling ditakutinya adalah hantu Cong cong Pocong…

Tepat pukul 9.00 malam selepas makan malam kami (Nasi dan telur dadar), kami semua melepak di ruang tamu, di ruang tamu ada satu sofa buruk dan sebuah Tv diletakkan diatas lantai. Sofa tersebut diletakkan membelakangi cermin tingkap nako di belakangnya. Kami duduk beramai-ramai di situ dan memulakan rancangan kami. Kami mula bercerita mengenai hantu pocong dengan dimulakan dengan Hakim untuk sengaja menakut-nakutkan Epol.

Hakim: Korang tahu tak, aku dengan bapak aku dulu pernah kena kacau dengan pocong la masa kitorang nak balik dari kebun kitorang. (Cerita rekaan Hakim)

Epol: Hang jangan dok buat pasai nak bukak cerita hantu cekelat Hacks tu. Aku takmau dengaq.

Aku: Ala lekla Pol.. Kita ramai nak takut apa?

Hakim: Masa tu kitorang pergi kebun sebelah petang. Dah selesai berkebun aku ngan bapak aku bersiap la nak balik dalam Maghrib macam tu. Kami naik moto, lalu la satu kubur lama. Tiba-tiba cong cong melompat cross the road!.. Heee seram aku.. (Hakim membongak)

Aku: Perghhh.. seram la dengan cong cong ni kan (Menambah ketakutan Epol)

Epol hanya mampu senyap sambil layan drama TV3 di televisyen. Kami yang lain menahan ketawa dan berpandangan antara satu sama lain untuk memulakan rancangan besar kami. Jam di telefon Nokia Sabun sudah menunjukkan pukul 10.50 malam. Awie memulakan rancangan besar kami.

Awie: Woi, aku lapaq la.

Aku: Kau ni wie, tadi melahap bukan main. Ambik portion telur aku. Takkan lapar lagi?

Awie: Hang tengok la perut aku besaq mana. Woi jom pi beli beger yahudi tu. (Digelar beger yahudi sebab harga mahal dan penjual sombong)

Man: Jom! Kawey pom sero lapa gop. Cepuuu (Epul) mari etek gi beli beger. (Man asal Kelantan)

Epul: Malaih la aku. Aku nak rilek mesej awek aku. Satgi dia nak call. Hangpa pi la…

Setelah puas dipaksa, akhirnya Epol mengalah dan mengikut Awie dan Man untuk membeli beger di Kedai Beger Yahudi. Dari jauh kedengaran ekzos moto Awie yang pergi meninggalkan rumah sewa kami bersama dengan moto Epul dibonceng oleh Man. Aku, Hakim dan Tahir tersenyum. Cantekk, lets do this! Kami bergegas dapatkan selimut aku yang berwarna putih tapi bercorak bunga-bunga di dalam bilik. Kami balut Tahir dengan selimut putih tu sebab badan Tahir ni kecil, jadi muat la selimut tu kalau nak dibanding dengan badan aku dengan Hakim yang sado ni.

Setelah dibalut badan Tahir, kami tacapkan tepung di mukanya agar kelihatan lebih real memegang watak sebagai Pocong. Tahir kemudian bersembunyi di dalam bilik Epol. Kami menemani Tahir dan plan macam mana nak kenakan si Epol ni. Kami tutup semua lampu rumah hanya lampu tandas menerangi rumah sewa kami. Jam 11.30 malam Epol, Awie dan Man pulang. Aku dan Hakim berlari masuk ke dalam bilik kami. Usai mereka park motosikal mereka, mereka pun membuka pintu untuk masuk ke rumah.

Epol: Awat gelap semacam ja. Pakat tidoq habeh dahka. Beger sapa nak makan?

Awie: Tidoq dah kot depa, takpun tengah bergayut dengan awek memasing (Man menahan gelak)

Epol masuk ke rumah tanpa bersangka buruk terhadap kami. Dia ingat kami tidak tahu yang esok Hari jadinya. Epol bergegas untuk ke biliknya untuk menelefon aweknya. Sesampainya dia di bilik. Dia buka pintu. Belum sempat dia membuka lampu bilik, terkejut beruk dibuatnya apabila ternampak sosok pocong (Tahir) di atas tilamnya sedang baring sambil senyum ke arahnya. Handphonenya terbaling ke arah pocong tersebut dan dia berlari menuju ke arah ruang tamu sambil terpekik memangggil nama-nama kami.

Kami semua keluar dari bilik kami dan bergegas untuk ketawakan Epol yang ketakutan. Pocong (Tahir) pun melompat-lompat keluar dari bilik Epol ke ruang tamu sambil ketawa terkekek-kekek.

Epol: Kurang hajaq hampa noo. Buat aku macam ni..hahaha (Epol ketawa dalam ketakutan)

Kami: Happy Birthday Epol! sambil sambung ketawa..

Sedang kami seronok ketawakan Epol. Tiba-tiba… ‘Gedegang’.. Kami terdengar satu objek jatuh di atas bumbung zink kami dan benda tu kemudian bergolek di atas bumbung dan akhirnya, ‘Gedebup’ jatuh ke tanah. Hilai tawa kami tadi terhenti, kami berpandangan antara satu sama lain. Rumah masih gelap, kerana kami belum ‘On’ kan lampu rumah.

Tiba-tiba, kami terdengar bunyi, ‘Dup, Dup,Dup, Dup’ . Keadaan menjadi sunyi dan seram. Kami semua berhimpit ke arah dinding disebelah TV. Masing-masing memandang antara satu sama lain. Dengan tidak semena-mena, kami ternampak kelibat satu sosok putih yang amat tinggi dan besar melompat-lompat diluar cermin tingkap nako belakang sofa kami. Sah sosok itu adalah pocong!! Kami semua jadi kaku. Tidak bergerak dan menutup muka kami. Sosok itu berhenti melompat tepat di hadapan cermin tingkap itu dan memusingkan badannya menghadap kami.

‘Benda’ itu membongkokkan badannya yang tinggi lalu menjenguk kami di dalam rumah sambil mendengus. Aku terlihat mukanya yang hitam berkedut serta matanya putih ke dalam merenung tajam. Lama juga benda tu menjenguk ke dalam rumah. Sampai aku rasa nak terkencing. Aku tengok Epol dah menggigil dan meronta macam orang gila. Tapi seorang pun tak berani bersuara apatah lagi nak azan ke halau benda tu ke huhuhu.

Tiba-tiba kami dengar suara seorang lelaki bertempik. “Woi! Balikla! Jangan kacau orang la!”. Ya itu suara Pak Hashim! bisik hatiku. Terus pocong tu melompat dan beredar dari tingkap rumah kami dan menghilang. Baru aku dapat dengar tangisan Awie yang aku rasa dah terkencing dalam seluar masa tu. (Tapi tak mengaku). Selepas beberapa minit. terdengar lagi suara lelaki menjerit “Lainkali hampa hingaq la lagi malam-malam macam tadi”. Suara Pak Hashim menambah lagi.

Selepas suara Pak Hashim kedengaran kali kedua tu. Aku memberanikan diri bangun dan membuka lampu ruang tamu. Kami semua rasa lega. Kami semua bangun dari tempat itu dan mengucap ‘Alhamdulillah’. Epol masih trauma. Cepat-cepat aku pergi tutup tingkap nako dan kami semua berlari masuk tidur di dalam bilik Awie di depan rumah. Malam tu kami tidur berhimpit-himpit dan tidak tutup lampu. Sebelum tidur, Epol sempat berkata:

Epol: Tula hampa, aku dah kata, jangan main-main dengan benda tu. Hampa memang buat naya la kat aku. Henpon aku kat dalam bilik aku. Awek aku nak call wish birthday aku. La ni sapa nak ambik henpon aku?

Tahir: Sorry Pol, aku tak sangka jadi macam ni. Sorry Pol main-main. Esok pagi la hang call awek hang balik. Takpun hang mesej awek hang guna henpon Awie tu kata esok call. Kita tidoq la jom.

Usai kami meminta maaf dekat Epol dan membaca doa tak henti-henti kami pun tertidur. Esoknya kami beramai-ramai pergi ke rumah Pak Hashim untuk meminta maaf dan berterima kasih. Pak Hashim berkata dia terjaga dari tidur sebab kami ketawa dengan kuat. Dan kemudian dia dengar bunyi berdentum. Dia ingat kami ni dah tak terkawal sampai main baling-baling mercun. Dia jenguk keluar tingkap rumah dia. Dia pun terkejut tengok pocong setinggi itu.

Sejak dari hari itu kami dah tak buat bising di rumah sewa kami. Bunyi gitar dan speaker Altec Langsing Hakim juga sudah tidak kedengaran menjelang malam tiba. Kami belajar menghormati jiran, benda ghaib, rakan-rakan dan diri sendiri. Tapi nakal masih ada. haha. Beger yahudi pun kami sudah tak beli. Sebab mahal dan tak sedap.

Sudah tujuh tahun aku rasa berlalu benda ni. Kalau ada pembaca yang rasa koranglah watak-watak dalam cerita ni, pandai-pandailah hampa jangan cari aku haha.

Sekian. Adios. Assalam. Thank You

#DANIAL

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 10 Average: 4.9]

20 thoughts on “AKIBAT ‘GHOST PRANK’”

  1. poli kedah.. sama la kita… tp sy senior… hehe… kg mana tu yerk?? hehe… xbrani la dgn si cekelat ni… aritu mse ada gmbr si cekelat ni viral kat FB mmg seram kot… yg ada org amek gmbr dia duduk atas jln raya… sape tgk??

    Reply
  2. mmg encik pocong ni jga la mnjd keseraman aku tahap tinggi jika nk di bandingkn dengn setan2 lain..

    Terbaik bro! Sila episodkn cerite anda!

    Reply
  3. Masa diploma duk hostel Riviera Apartment, coursemate yg duk rumah lain buat prank, tutup lampu pastu duk tgh rumah bersila dlm gelap sbb nak takutkan housemate die (lain course) yg belum balik. Sok pagi, bangun tdo, sebelah katil die ada titis2 d***h sampai ke tingkap kat hall pastu hilang. Rumah plak kat tgkat 5. Pastu die serik dah nak kenakan housemate die. Biasa lepak kat rumah kitorg, kalau nak balik rumah sendiri, siap ajak kitorg sbb takut kalau housemate belum balik.

    Reply
  4. aku paling x suka budaya prank ni laa.. bagi aku x kelakar langsung. mcm hanat! Sbb tujuan nak bodohkan org tp sbnrnya bleh bwk maut. byk lg hiburan ats dunia ni. X payah la nak prank bagai.

    Reply
  5. Betui punye seram citer ni..kalau ak ade dlm rumah tu eyymokk rase terkincit terkencing semua la..dh dpn mata jenguk pulak tu..hahahhahaha silap2 jerkah dek pak hashim terus tumbang

    Reply
  6. Hampa jgn la dok buat men2 benda ni. Aku igt lg 9 tahun lepas masa form 5. masa tu hujung minggu so xda prep.time malam sebelum light off, budak-budak dorm aku dok acah-acah buat cerita hantu. Depa buat mcm cerita seekers kt ntv7 tu. ada yang jd pocong, ada yang amik kain ikat kat kayu bg terbang dan byk lagi. elok lepas tu time bacaan Al-Mulk, angin tiba2 kencang macam ada taufan yang lalu. langsir tepi tingkap tu tak payah cakap la, berkibar dengan lajunya. tak pernah aku tgk langsir tu berkibar sebegitu dahsyat. macam tak masuk akal pon ada. pintu dorm pula seperti dihempas oleh orang dengan kuatnya. suma time tu kecut perut, dari dok baca main-main terus baca Al-Mulk sungguh-sungguh. Elok lepas habis ja baca, keadaan kembali normal dan selang beberapa minit member dorm sebelah selaku ketua badar mai dorm kami. Dia kata ” tu la hampa, tadi dok seronok sangat. ni dia baru bagi peringatan ja. lepas ni toksah dok buat dah bnda lagutu noh”. sekian

    Reply
  7. Kalau waktu maghrib saya dah taknak main-main lagi dah,saya tahu benda tu memang suka orang yang main-main waktu maghrib.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.