Assalamualaikum buat semua pembaca FS. Terima kasih kepada admin sebab sudi siarkan cerita aku. Kisah yang bakal aku ceritakan ini berlaku masa aku bersekolah di sebuah sekolah berasrama. Dimana? Biarlah menjadi rahsia.
OK. Kejadian ini berlaku begini. Kebiasaanya selepas solat isyak berjemaah, semua pelajar mesti kena pergi kelas prep malam. Nak dijadikan cerita, selepas sahaja kami semua solat isyak, 1 kawasan skolah kami blackout. Dengar kata, cikgu bagitahu yang 1 bandar pon blackout. Maknanya bukan kawasan sekolah dan asrama kami sahajalah. Jadi warden yang bertugas malam tu pon bagitahu yang klas prep dibatalkan, dan semua pelajar mesti naik ke dorm masing2 dan tidur. Aku pon naiklah ke dorm aku bersama- sama dengan kawan2 ku yg lain. Ada la sorg kawan aku ni. Dorm dia tingkat atas skali, tapi malam tu dia tak nak tidur kat dorm dia. Katanya nak tidur dengan aku.
Aku pon ok kan jelah. Tengah2 takde api tu, kami pon buat lah hal masing2. Aku dan kawan2 ku yg lain berborak2 kosong jelah mengenangkan kerja sekolah yg tak siap siang tadi. Dalam dorm aku tu bercampur2 lah dr tingkatan 1 smpai lah tingkatan 5. Masa tu aku tingkatan 2. Ade la kakak senior tu, aku gelarkan dia kak Ani, dia boleh pulak main kejar2 dengan sorg kakak ni, aku gelarkan dia Bibi. Si Ani ni tgkatan 4 dan si Bibi ni tgkatan 3. Si Bibi ni mempunyai rambut yg sangat lah lawa iaitu lurus panjang dan tebal. Memang idaman lah katakan. Tak ade kaitan pon.. Sorry! Ha, kebetulan susunan katil dalam dorm tu mcm segi empat.
Tiap penjuru akn ada 2 katil double decker. Ruangan tengah dorm kami adalah loker2. Si Ani dan Bibi ni pon galak la berlari2 berkejaran mengelilingi loker2 tu. Aku dengan kawan2ku yang lain buat tak tahu jelah. Pastu tengah syok2 diaorang berlari tu, si Ani duk kejar si Bibi, lepas tu aku nampak macam si Ani ni terlanggar sesuatu. Dalam kesamaran malam tu, aku nampak mcm dia terlanggar lepas tu bdan dia kebelakang mcm nk trjatuh. Serentak lepas tu, dia pon cakap la dekat si Bibi ni. Akak dah mengantuk la. Akak nak tidur. Terus si Ani ni panjat katil dia yg belah atas dan baring. Kami semua tak ade la nak syak wasangka apa2 kan, so biarlah dia tidur. Dalam beberapa jam lepas tu, elektrik dah ada smula. Memandangkan dah larut malam, jadinya ramailah yg dah tidur kecuali aku dgn kawan aku yg menumpang bilik aku ni.
Aku gelarkan dia Delly lah ye. Katil aku belah atas, masa dah ada elektrik tu, lampu2 jalan pun dah ade lah maksudnya. Kebetulan kepala katil aku mghadap tingkap. Aku pun ralik la berborak2 dgn si Delly ni sedangkan org lain semua dah nyenyak. Aku pulak gatal pergi main bayang2 pakai lampu jalan tu. Sengaja buat2 bentuk lah apa lah. Si Delly ni pon layan lah gila aku ni. Tengah syok2 main bayang2 tu, tertiba aku teringat yang kata org2 tua, tak baik main bayang2 ni. Terus aku berhenti main, lepastu aku tipu la si Delly ni cakap aku dah mengantuk dan nak tidur. Dia pun redha je lah.
Aku rasa baru beberapa minit, tak sampai sejam rasanya kami terlelap, akak2 senior kejutkan kami bangun dan mintak tolong kami bacakan yaasin. Masa bangun tu memang tingtong la kepala, tak tahu apa. Akak2 tu cakap yang si Ani ni kena sampuk. Aku cuak la. Kami pun bangun belaka dan ambil yaasin lalu duduk di dalam bulatan dan mula membaca yaasin. Aku agak waktu tu dalam 3 pagi lebih kurang. Aku dalam keadaan mamai pun baca laa yaasin. Aku tengok budak2 lain duduk rapat antara satu sama lain, mungkin sebab takut. Aku ni tak lah berani, tapi sebab aku yg paling last bangun, aku pun duduk la jauh sikit dari yg lain.
Si Ani ni aku tgk kejap ketawa, kejap menangis. Mata takyah cakap lah, merah mcm ape je. Aku ni memang mengantok ya amat tahap boleh tidur berdiri jika diizinkan. Aku pon baca la yaasin beramai2 dgn yg lain dengan mata yg tertutup. Tiba2 bacaanku salah, serta merta si Ani ni gelak punya kuat sambil cakap “hahah… Baca pun salah!!”. Mau tak terbuka luas biji mata aku. Terbang melayang terus rasa mengantuk tadi. Dengan mata yg buntang, aku meneruskan bacaan yaasin tersebut. Memandangkan aku dduk jauh sikit dari yg lain, belakang aku adalah katil. Katil tu pulak bergantunglah baju sekolah yg telah siap digosok rapi.
Tiba2 si Ani ni cakap takut2, sampai ketar2 lah badan dia. Kawan2 dia yg lain duk tenangkan dia cakap tak ada apa2 pun. Tiba2 si Ani ni tunjuk katil belakang aku tadi seraya berkata “takut… Takut.. “. Lepas tu kawan dia pun pujuklah dengan berkata “tak ada pape lah… Takut apa…Tu kan baju sekolah aku.. “. Lepas tu jawapan si Ani ni buat aku hilang jantung. Katanya “eiii… Takkan lah baju sekolah ada rambut.. “. Serentak lepas dia cakap camtu, terus dia mengilai2 ketawa. Semua yg ada dalam dorm tu bertempiaran lari kecuali aku. Kaki aku tak berdaya nak bangun. Budak2 ni semua lari kearah aku dan merempuh aku. Sakit? Antara sakit dan takut, takut lebih menguasai. Bila semua dah berlari keluar dorm, barulah kaki aku ni ada kekuatan nak bangun dan lari keluar dari dorm tu.
Tak lama lepas tu warden pun sampai dan si Ani dapat ditenangkan dan dipulihkan. Setelah selesai semuanya, kami pun tidurlah semula. Keesokan paginya semua bersiap2 nak pergi ke sekolah. Masa tengah bersiap2 tu, aku dengarlah yang dorg ni semua duk mengomel luka la, sakit la, tercabut la.. Aku pon tanya la kenapa. Dorg semua tunjuk part2 badan dorg yg cedera. Aku punya lah terkejut dan pelik. Ada yg cedera siku smpai berdarah2, ada yg tercabut kuku kaki berdarah, luka kt lengan lah, lebam kt kaki lah. Mungkin disebabkan kejadian semalam.
Aku pun cek la jugak badan aku kot2 ada yg tercedera sebab kalau nak kira, dorg semua kan rempuh aku mase bertempiaran lari tu. Tapi Alhamdulillah syukur sebab kat badan aku langsung tak ada kesan apa2 mahupun lebam. Tapi dorg semua tu kenapa ye? Atau sebab dorg lari ketakutan sebab tu kena cakar? Setahu aku si Ani pon takdelah mengganas ke apa. Dia cuma gelak2 dan nangis2 gitu je. Ada kaitan ke dengan bayang2 yg kami main malam kejadian tu?
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
x faham..ape kaitan ngan bayang2?