Akibat Suka Mencuba

Assalamulikum admin FS dan warga fs sekalian.
Cerita ni berdasarkan pengalaman aku sendiri dan moga menjadi iktibar kepada semua. Maaf kalau cerita aku ni tak berapa nak seram.

Cerita bermula dalam tahun 2009, dipendekan cerita saja ye. Aku ni seorang yang suka mencuba. Satu hari ni kawan baik aku ajak aku main satu permainan yang memanggil roh orang m**i/hantu, disebabkan sekarang kitorang tgh form 3, jadi cikgu bagi kelonggaran study kat sekolah sampai ke petang. Di sini bermula episode hitam dalam hidup aku. so korang jangan la memandai main benda- macam ni.

Kami 5 sahabat stay sampai pkul 5 semata – mata nak main mainan tu je dan semestinya akulah yang menjadi mangsa untuk mendermakan d***h bagi melengkapkan permaianan tu. Tengah kitorang memuja dan tanye soalan, kitorang disergah suara garau dari luar kelas banggunan lama sekolah aku tu.Berterabur semua lari macam kambing baru lepas dari kandang.banggunan tu dan tak digunakan kelas2 kat situ dijadikan stor. Oh lupa benda tu kitorang tak sempat hantar balik tau, barang mainan tu pun kitorang tak sempat nak kutip sebab terkejut punye pasal.

Pada malam tu, lepas selesai solat maghrib aku mula sambung study. Meja study menghadap ke tingkap dan tembus bilik adik aku. adik aku boleh tengok bilik aku, aku boleh tgok bilik adik aku melalui tingkap tu. Untuk pengetahuan bilik adik aku tu sambung baru so tingkap tu kami biar je.

Tengah aku study tu aku perasan kelibat budak lalu laju dari pintu bilik ke almari baju adik aku. Aku dah pelik sebab adik aku ni takut gelap, tapi kenapa malam ni berani sangat. Dari dalam bilik sambil gelak2 aku cakap “ eh adik berani pulak kau ambik barang dalam gelap tu tak takut ke” ‘ adik aku tu’tak menyahut.

Terus aku keluar bilik, eh.. eh.. adik aku elok je belajar matematik dengan mak aku kat ruang tamu, laju betul budak ni berjalan, aku pun dengan muka selamber tanye dia ada masuk bilik tak. Then jawapan yang aku dapat hampa dia xbangun langsung dari tadi sebab keje dia banyak sangat. Jeng jeng so siapa yang aku nampak dalam bilik tu tadi.

Aku ingat benda tu berakhir kat situ je, tak dia sambung lagi. Malam tu aku tido awal dari selalu sebab sakit kepala menyerang, sakit yang teramat mata aku jadi kabur sebabkan sakit. Pukul 2.45 Am aku terjaga sebab dengar perempuan menangis. memang aku ni jenis kalau bunyi pelik2, aku akan cari punca bunyi tu. Selidik punye selidik bunyi tu datang dari arah pintu depan.

Korang tau ape aku nampak ye aku nampak perempuan tunduk pandang lantai tengah kendong anak. Perempuan menangis betul2 depan pintu rumah aku. Yang aku ingat dia ulang ckp benda ni je.Tolong bagi aku masuk.. tolong bagi aku masuk, lepas tu dia ketawa nyaring, then terus aku tak ingat ape2 sedar2 aku ada atas katil je.

Mama aku kata dia nampak aku tak sedar diri luar pintu rumah ( bukan dalam rumah k kat luar rumah)keluarga aku ada bawak pergi berubat. Orang tu cakap aku Cuma terkejut. Terkejut la kau sampai luar pintu rumah aku dibawaknya.

Sejak kejadian tu, hidup aku dah tak tenteram cik ponti, cik langsuir menjadi peneman setia, setiap hari ada saja yang memerhati. Lagi satu sekolah aku ni unik sedikit okey, sebab ape tau setiap kali ada peperiksaan penting tak kira la PMR or SPM mesti akan ada kejadian histeria.

Dan setiap kali benda ni berlaku aku akan sentiasa nampak benda2 tu menggangu budak yang kena histeria. Ada satu hari tu, kawan aku ni (mmg selalu kena histeria) tiba2 menangis masa tu kami dalam dewan sekolah ada acara ape entah aku tak ingat.

Semua pelajar kena join dalam dewan, kawan aku ni just bagi nama Y la ye. Y ni duduk dekat dengan pintu dewan pintu no 4 dan aku pulak duduk dekat pintu belakang sekali, pintu no 9. Memang rutin kalau ada function dalam dewan aku and the geng akan duduk kat belakang sekali. Berbalik kawan aku yang Y tadi dia menangis mula2 slow pastu lama2 kuat, kuat last sekali dia gelak memang riuh rendah jadi dewan tu .

masa sebelum benda tu kacau kawan aku dia dah tegur aku dulu. Kau pikir la. Ada ke patut dia bisik kat telinga aku, nak tak kawan dengan dia.aku just cakap dalam hati aku taknak pergi jauh2 jangan kacau aku. Tau dia jawab ape, tak pelah nenek cari cucu yang nak kawan dengan nenek, terus zasss berdesup angin sejuk lalu.

Tau2 aku nampak dia dekat , Ya Allah rupa dia. Tu nasib aku tak tengok masa dia ckp dengan aku, okey aku cuba terangkan la mcm mana rupa dia, dia tua bongkok, pakai baju panjang warna putih kecoklatan mcm kena tanah tau kan mcm mana, rambut dia mengerbang, mata dia sbelah kosong tak ada bola mata, mulut dia penuh air liur campur d***h.cuba bayangkan betapa lajunya dia berjalan. Dia tengok aku sambil sengih, sumpah rasa nak terajang kawan depan aku punye takut. Lepas dia sengih tu mula aku tercium bau hanyir, sangat2 hanyir tuhan je yang tau.

Start dari situ aku mula nmpak semua benda . Semua yang menggangu budak2 yang kena histeria. Jangan kata nampak sahaja, bau, ape yang benda tu cakap pun aku boleh dengar, hijab aku telah terbuka. Sejak kejadian tu ape yang akan terjadi, atau ape yang terjadi. apa yang ganggu budak2 histeria ni aku akan tau, aku akan nampak. Sampaikan kalau ada kejadian histeria aku akan rasa dulu. Aku akan menangis dan termenung panjang lepas tu akan kedengaran la budak2 sekolah menjerit kena histeria.

Pernah sekali ibu bapa aku bawah aku berubat untuk tutup hijab aku, tapi tak bertahan lama sebulan lebih je hidup aku aman lepas tu hijab aku terbuka semula. Untuk pengetahuan semua “budak” tu masih menggangu aku lagi sehingga sekarang, dan satu lagi suara garau yang pernah sergah kitorang dulu tu sebenarnya bukan suara manusia. Sebab lepas kena sergah tu kawan aku nama Eddie sempat toleh kebelakang ape yang dia nmpak makhluk tinggi gelap berbulu mata merah. Barang2 yang kami main hilang macam tu je sampai sekarang tak jumpa.

PS: mohon korang2 adik2 jangan main benda2 puja atau memanggil ni. Benda macam ni bukan benda maianan ingat sebelum terkena.
In shaa allah ada kesempatan aku akan cerita kisah kedua pulak nanti.

 

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3]

14 thoughts on “Akibat Suka Mencuba”

  1. common sense la benda ni totally mess ur life kalau xpandai htr balik bila diseru…jgnla cube2…teringin pun jgn, tahan kan je…when it comes to ur life, da xde erti aman da nak oiii…

    Reply
  2. I’ll immediately grab your rss as I can not find your email subscription link or e-newsletter service. Do you have any? Please let me know in order that I could subscribe. Thanks.

    Reply
  3. rasa mcm nak jmpa orang ni…kalo penulis ada baca comment ni,sila la komen2 kat sini ye…orang2 macam ni patot kita jmpa..

    Reply
  4. Jangan lupa buat solat taubat. Memuja2 benda selain Allah ni. Boleh jatuh syirik. Nak pula main benda2 macam ni.

    Sekadar pesanan dan peringatan bersama. Tq. ?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.