Akibat Rancangan Seram

Salam untuk semua pembaca FS. Dah lama sangat aku jadi ‘silent reader’ di FS ni jadi hari ni aku rajin nak berkongsi pengalaman dengan pembaca semua. Kisah ini bertunjangkan kepada sebuah rancangan seram yang sering aku ikuti melalui siaran radio dari seberang tambak. Aku pasti ada di antara pembaca semua yang juga meminati rancangan seram ni. Rancangan ni akan ke udara setiap hari kecuali hari minggu bermula jam 12 tengah malam sehingga ke pukul 2 pagi. Rancangan ni adalah platform kepada pendengar-pendengar setia radio tersebut untuk berkongsi cerita-cerita seram mereka di mana DJ tersebut akan membacakan kisah-kisah seram yang di hantar dan diselang seli dengan bunyi efek yang menakutkan.

Sebenarnya aku memang dah lama tahu kewujudan rancangan ini cuma aku tidak mengikutinya disebabkan waktu itu aku masih belajar dan sewaktu belajar aku memang jaga dengan apa yang aku dengar dan ikuti sebab aku percaya ia mempengaruhi otak kita dalam menghadam ilmu-ilmu yang kita tuntut. Oleh itu sebaik sahaja mula bekerja aku mula mengikuti rancangan ini dengan lebih tetap dan konsisten.

Dah banyak kali sebenarnya dj rancangan tersebut memberitahu pendengar supaya jangan percaya dan terikut ikut dengan apa yang di dengar dalam rancangan tersebut. Tapi aku betul-betul tak faham apa maksud dia sehinggalah bila peristiwa menyeramkan ini terjadi. Setiap kali mendengar cerita yang disampaikan dalam rancangan tersebut ia akan sentiasa bermain dalam fikiran aku. Setiap cerita akan meninggalkan kesan yang begitu mendalam sehingga aku sentiasa teringat-ingat, dan membayangkan setiap babak dalam kisah yang diceritakan. Aku jadi ‘obses’ dan ‘seronok’ sebab aku percaya bulat-bulat bahawa apa yang diceritakan itu adalah kisah benar.

Pengalaman ini berlaku pada tahun 2015 apabila tahap obsess aku dengan rancangan tersebut betul-betul kritikal. Setiap pagi aku akan berjaga untuk mendengar rancangan ni dan esoknya aku akan kongsi kisah –kisah yang aku rasa menarik dengan ibu aku. Ibu aku ni jenis yang lemah semangat. Setiap kali aku kongsi cerita seram dengan dia , dia akan cakap dengan aku, “dengarlah cerita seram banyak-banyak, nanti ‘benda-benda’ tu datang menempel kat badan tu baru tau.” Itu lah bentuk ugutan yang selalu aku dengar tapi sememangnya ia tidak mendatangkan kesan langsung. Pada malam hari di mana aku berkongsi cerita dengan ibu aku mengenai kisah seorang pendengar rancangan tersebut yang telah kerasukan, aku diminta oleh ibu untuk menghantarnya ke rumah nenek sebelah ibu yang tinggal tidak jauh dari dari rumah kami.

Kami pulang agak lewat iaitu sekitar pukul 10.05 malam. Semasa di dalam kereta emosi ibu sebenarnya dalam keadaan tidak stabil. Sesuatu telah berlaku semasa di rumah nenek dan ibu pulang dalam keadaan yang marah. Tambahan pula, sejak petang lagi ibu sudah tak berapa sihat. Dia mengadu sakit kepala, badannya bisa-bisa dan suhu badannya meningkat. Oleh itu, dalam keadaan tak sihat dan emosi marah yang membuak-buak, aku memandu pulang sambil di temani dengan suara leteran ibu terhadap orang yang membuatkan dia marah.

Dan yang pasti orang itu bukan aku. Sebaik sahaja sampai di rumah, ibu terus masuk ke bilik dan berbaring. Sebelum itu dia mengingatkan aku untuk mengejutkan dia sekiranya dia tertidur sebab dia masih belum solat isyak. Aku hanya mengiakan dan terus asyik melayan siaran televisyen perlawanan JDT vs Felda United yang aku dah rakam terlebih awal.

Lebih kurang 20 minit selepas itu, aku terdengar bunyi dengkuran yang kuat dari dalam bilik ibu. Dengkuran itu menjadi luar biasa bila ia ku andalkan ia sebagai ‘terlalu kuat’ untuk seorang wanita awal 50 an. Aku merendahkan level suara di tv dan mula memasang telinga. Dengkuran tersebut berhenti dan di gantikan dengan suara orang berbual. Ibu bercakap di telefon? Rasanya tidak sebab telefon bimbit ibu ada di atas kabinet yang menempatkan peti televisyen. Tiba- tiba ibu ketawa. Kuat dan nyaring. Aku terus pusingkan kepala dan memandang ke bilik ibu. Beberapa saat selepas itu, adik lelaki bongsu aku keluar dari bilik sebelah. Aku hampir lupa yang dia ada di rumah kerana cuti semester di universiti. Dia memandang ke arah bilik ibu dan kemudian ke arah aku dan bertanya, “Ibu kenapa?” Aku gelengkankepala dan adik aku terus menapak ke bilik ibu. Aku menurutinya dari belakang.

Sebaik sahaja pintu bilik ibu terbuka, aku lihat ibu sedang baring menghadap ke dinding. Matanya terpejam, kepalanya menyentuhi dinding dan ibu sedang mengomel sesuatu yang aku tak dapat tangkap maksudnya. Aku naik ke atas katil dan duduk di sebelah ibu. Aku menyentuh dahinya, panas. Aku beranggapan kepanasan akibat demam menyebabkan ibu meracau tetapi adik aku dapat menangkap sesuatu yang lain. Dia sentuh kepala ibu, membaca sesuatu dan terus dia menarik aku keluar dari bilik. “Kak, adik nak panggil abah. Akak jaga ibu”. Belum sempat dia bergerak aku dah cengkam lengan dia dan bertanya kenapa. “Ada benda kat ibu”. Dan dia terus pergi memanggil abah yang ketika itu sedang berada di masjid. Waktu tu abah aku sedang terlibat dengan program kuliah perdana di masjid di kawasan kami.

Sepanjang pemergian adik aku, aku duduk dengan ibu. Aku percaya ibu aku meracau hanya kerana dia demam dan badan dia panas. Tapi sangkaan aku tu tergugat bila ibu sudah mula ketawa mengilai-ngilai menyebabkan bulu roma aku naik semua. Dah la aku dan ibu berdua sahaja waktu tu. Nak tinggalkan ibu dan lari ke ruang tamu rumah memang aku tak sampai hati sebab aku tahu kalau aku berada di tempat ibu sekarang pun ibu tentu takkan tinggalkan aku keseorangan berhadapan dengan makhluk yang mula dah ambil alih tubuh ibu tu. Apa kaitan rancangan seram yang dengar selalu tu dengan keadaan ibu sekarang?

Semasa ibu sedang meracau-racau, mengilai dan kadang kala mengongoi, ibu atau makhluk tu ada menyebut pasal aku! Mula- mula ibu cakap (sambil mata terpejam) “tu ha Uda! (Uda tu maksudnya aku lah) Kat kereta Uda tu, banyakkk… kat atas bumbung, kat tayar, kat stereng, kat bonet. Penuh sangat tu..” Aku termanggu dengan kata-kata itu lantas mulut aku ringan bertanya, “ada apa bu?” .Ibu mnjawab tapi kali ni suaranya berubah. Bukan suara ibu. “ Kan kau panggil aku? Tiap-tiap malam kau panggil aku. Asal pukul 12 tengah malam je kau panggil aku. Tu semua tu benda yang kau panggil la… hihihihi” . Berderau d***h aku dengan kata-kata ibu. Ni mesti maksud dia rancangan seram yang aku dengar tiap-tiap malam tu!

Diringkaskan cerita, tak lama selepas tu jiran aku datang. Rupanya adik aku panggil jiran aku untuk temankan aku di rumah dengan ibu sebelum dia keluar untuk panggil abah. Sebaik sahaja jiran aku masuk ke bilik, dia memberitahu aku bahawa ada orang datang rumah aku. Orang tu berdiri di pintu pagar. Jiran aku tak mengenali perempuan tersebut dan dia suruh aku keluar untuk lihat samada aku kenal atau tidak. (Waktu tu jiran aku tu tak tahu keadaan ibu yang sebenar. Dia sangka ibu hanya demam biasa) Dalam keadaan kalut dan takut aku menjenguk ke luar. Malangnya aku tak nampak sesiapa sebelum aku sedar aku nampak seseorang berdiri di tepi kereta aku dalam garaj kereta. Seorang wanita berjubah putih yang sangat besar dan tinggi. Ketinggiannya hampir menyentuh bumbung garaj. Dan yang paling menakutkan bila sebahagian besar badannya di tutupi oleh rambutnya yang menggerbang.

Aku terkaku sekejap dan tersedar bila lampu kereta abah aku dan bunyi motor adik aku memasuki perkarangan rumah. Bila aku toleh semula ke garaj kereta, susuk tubuh wanita tadi hilang. Abah dan adik pulang bersama seorang lelaki Indonesia yang berbadan kecil dan rendah. Nampak macam orang biasa. Aku mula faham yang lelaki itu di bawa oleh abah untuk mengubati ibu apabila dia meminta aku mengambil semangkuk air. Dari poketnya, dia mengeluarkan beberapa biji limau kasturi yang di p****g lalu diperah ke dalam mangkuk yang berisi air.

Gaya lelaki tersebut langsung tak seperti orang yang mempunyai ilmu. Dari mula dia memasuki rumah kami, dia hanya tersenyum dan kelihatan sangat tenang. Aku Nampak dia membacakan sesuatu semasa dia memerah limau kedalam mangkuk tersebut. Selepas itu dia beralih ke bahagian kaki ibu. Dengan perlahan dia meminta izin dari abah sebelum dia memegang ibu jari kaki ibu. Dengan perlahan dia mula berdialog dengan makhluk yang ada dalam badan ibu. Dan itu lah kali pertama aku melihat orang yang kerasukan sedang di rawat. Selama ini aku hanya mendengar dari rancangan seram tersebut tapi kali ni ‘real’ depan mata. Jadi, ini lah dialog antara lelaki tersebut dengan ibu aku:

Lelaki: Siapa ni?
Ibu hanya diam. Setelah beberapa kali ditanya makhluk tu menjawab.
Ibu: Aku tak buat apa-apa la. Aku tak sakitkan dia pun. Aku nak kawan je.
Lelaki: Keluarlah. Pergi balik.
Ibu: Ye lah. Tapi cakap dengan anak dia, jangan suka panggil-panggil.
Berdezupppp! Kena setepek ke muka aku! Aku faham maksud dia! Lelaki tu tengok kearah aku sambil senyum.
Lelaki: Ye lah. Nanti aku cakap. Pergi balik. Bawa sekali kawan-kawan kau tu.
Ibu : Itu bukan kawan-kawan aku. Kau halaulah diorang sendiri.

Lelaki tersebut membaca sesuatu. Agak lama. Sebelum dia memberitahu kami yang semuanya dah selesai. Tiba- tiba ibu bersuara meminta air. Abah terus membawa lelaki tersebut keluar ke ruang tamu. Semasa aku memberi ibu minum (mata ibu masih terpejam dan sentiasa terpejam sepanjang proses rawatan mungkin dia betul-betul tak larat akibat demam) aku bertanya kepad ibu,samada makhluk-makhluk yang ada di kereta aku seperti yang di beritahu oleh ibu pada awal tadi masih ada ataupun tidak. Ibu berkata, benda-benda tu semua dah lari.

Ada seorang seorang lelaki pendek membawa kayu dan menghambat makhluk-makhluk tu sampai bertemparan mereka lari. Ada yang terbang, ada yang meloncat-loncat dan ada yang mengesot. Huiii! Seriau aku dengar. Aku yakin ibu Nampak lelaki yang mengubat ibu itu yang menghambat makhluk-makhluk tersebut. Setelah ibu agak tenang, aku keluar ke ruang tamu untuk bertanya kepada lelaki yang mengubat ibu.

Menurut jawapan Cik Pendek (panggilan aku untuknya setelah diperkenalkan oleh abah), keadaan ibu lemah disebabkan demam dan emosi yang terganggu (ingat lagi tak aku cakap yang ibu aku marah-marah masa dalam kereta), oleh itu ada mahkluk yang menumpang ikut kami balik semasa kami. Cik

Pendek beritahu lagi, makhluk tu adalah jin betina yang tinggal di simpang Taman Dot Dot Dot… memang kami lalu simpang tu tadi dan itu juga memang laluan aku tiap-tiap pagi ke tempat kerja. Cik Pendek cakap, jin betina tu tak ganas dan dia kata dia jin Islam. Sebab tu aku dengar tadi Cik Pendek cakap baik-baik je dengan jin tu masa proses rawatan. Dia cakap lembut je suruh jin tu keluar. Jin tu pun tiada niat jahat dan mudah je untuk meminta dia keluar dari badan itu. Apa yang menyeramkan aku bila Cik Pendek describe figure jin tu sebagai besar, berjubah lusuh putih, tinggi dan rambut menggerbang menutup separuh badan.

Sama seperti yang aku nampak bawah garaj kereta tadi. Bila aku Tanya pasal makhuk-makhluk yang banyak menumpang dalam kereta aku seperti apa yang ibu aku cakap tu, Cik Pendek kata benda tu semua adalah benda-benda yang tinggal di setiap selekoh jalan yang aku lalu tadi. Jalan yang aku guna balik dari rumah nenek aku ada tujuh selekoh tajam. Kiri kanannya adalah ladang sawit. Bila makhluk tu Nampak ibu aku dah kena tumpang dengan jin, mereka ni pun join sekaki saja-saja nak tengok. Sebelum balik Cik Pendek sempat pesan pada aku, jangan taksub sangat dengan cerita-cerita seram. Dia kata setiap kali kita dok cerita pasal dia, dia akan suka dan tumpang sekaki dengar dengan kita.

Berdasarkan pengalaman tu aku belajar banyak perkara. Pertama, aku masih lagi dengar kisah seram Cuma aku tak taksub. Bila dengar atau baca aku lebih suka ambil pengajaran untuk belajar respek setiap benda di muka bumi samada yang ghaib atau nyata. Aku juga lebih pandai nilai samada kisah yang aku dengar tu betul atau rekaan semata-mata. Sebab tu dj tu cakap jangan mudah percaya dan terikut-ikut. Dia dah pesan tapi aku yang tak faham. Sekarang baru aku faham. Aku juga mula dapat tahu yang adik bongsu aku tu rupanya bukan ‘kosong’. Ok lah. Sampai di sini saja dulu. Terima kasih sebab sudi baca dan jumpa lagi pada pengalaman yang lain pula.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Anum

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.8]

35 thoughts on “Akibat Rancangan Seram”

  1. Sama la peminat rancangan tu jugak
    Alhamdulillah. Setakat ni tak de pape.
    Cuma tu lah benda2 camni x boleh nak taksub sangat.

    Reply
  2. Kan DJ KC dah pesan…haha. Buatlah macam aku, dengar guna headfon. Lagi feel dan Insha Allah sound effect takkan kuat macam memanggil manggil. Kau sorang je dengar…hehe

    Reply
    • jentayu..mana tau kite sorang je dgr….mungkin kita rasa kite sorg je dgr sbb guna headfone tapi sebenarnya ada yang join sekali…hihihihihihihi

      Reply
  3. Haaa…?????!!!!!
    Kay bye…
    Pasni nk kena stop dlu kot bace FS ni…
    Lately ni pon mcm dh ade unsur2 kena ‘ngorat’ dah ni…
    Huhuhuhuuu…

    Reply
    • alamak kak yulie..bila baca komen kak yulie ni teringat plak kat diri sendiri…selalunya umah sy ni ada jer dgr bunyi org dok heret² perabot bagai dr umah atas…tp sy abaikan jer…tp skdr perabot jer la..xder plak bunyi guli…tp mggu lepas time dok tgk Running Man…ada pulak bunyi perabot² tu…pakej dgn bunyi guli sekali…mula² mcm sebijik² jer gulinya..tp makin sy nk dgr betul² makin galak plak bunyinya..dah mcm org atas main tuju guli pulak…huhu..kena stop kejap la baca FS ni…allahu…

      Reply
    • Akk dh 3x bile maghrib tu kecoh sket Sat g ade yg menegur…
      Yg ketok dindingnye…yg dok sound sssyyyy nye…yg bunyiknye…
      Pastu bebaru ni blk kg anak yg kecik TERBERTEMBUNG ngan lembaga berbulu mse dok lari2 sensorg kt hall depan yg ktorg jarang gune…
      Time tu nk maghrib…
      Pastu ade gak bbrpa ‘teguran’ kecil yg akk x bape pasti atau mcm mls nk pikir mendalam sgt mcm bau/bunyik/lintasan…
      Huhuhuhuuu…

      Reply
      • Tu la kita kena gak. . Paling teruk suara org dengus macam marah terus meremang satu badan. . Huhu tak cukup smlm bau bunga melur ya Allah kuatt bau dia. . Tapi tu la degil nak gak baca FS nie. .

        Tertanya gak admin FS x de kena pape gangguan ke ?

        Huhu

        Reply
      • Haha… samalah kite.. sya pn bru je berehat baca fs 2 hari… ni bru kmbali…

        Di sbbkn “kerja” pembaikan dan pengubahsuaian y sdag berlansng tnpa di ketahui oleh saya sndiri dmana d tgh2 mlm berlaku pemaku2an dia dindng dan peralihan perabot oleh “jiran” tersbut…

        Reply
  4. Suke sgt dengar MJ12 sambil study. Kalau x dgr sehari mcm x de feel nk study. Sampai satu hari romate tepuk belakang cakap
    “Dah dah la dengar cerita Seram tu” sambil senyum.
    Padahal dengar pakai earphone plus slow je sebab sound effect die tu kengkadang menakutkan jugak.

    Reply
  5. hahaha , dia ckp nie mcm kene stepek kat muka , aku suke tngok cite seram berulang kali , suke baca cerita hantu kat FS dan dari semua pelusuk.. hahaha aku suke bukak youtube dengar kisah2 seram .. pastu nak tido malam rasa mcm dok perati, bila pergi berubat ngan seorang imam , imam tuu ckp ada yang perhati , tapi tak kacau , padan laaaaaa pon ! sejak2 nie jea aku dah jarang mimpi hantu-hantu niee..

    baru malam tadik aku mimpi david beckham (ini aku mimp banyak kali pon aku rela) ! hahahahaahhahahaha

    Reply
  6. aku pun suka dengar kat youtube tapi bermusim la. bila tiba musim rajin melayan mj12, mesti berlaku gangguan atau lintasan kat dlm rumah. lepas tu aku stop dengar sbb benda ni ketara sngt berlaku bila aku dengar rancangan tu. tu yg layan fs jer… jadi la…

    Reply
  7. kalau aku kan, lepas baca or dengar cerita seram mesti aku tengok running man. pastu malam tu aku mimpi running man la. hahah. husband pesan jangan suka tengok cerita hantu. mereka suka tau. haa jaga jaga. jangan pandang belakang !!

    Reply
  8. Errr.. nmpk gaya lps ni kena kurangkn la aktiviti membaca kisah² seram atau dgr kisah² seram.. sbb sy ni pun jenis taksub juga bila membaca siap membayangkn situasi sebenar… lps tu siap cerita balik kt mak n adik.. harap² xde la yg menumpang mendengar sepanjang sy hidup ni…

    Reply
    • hahaha, same LA kita, sy pnh kne 2kli, mse tgh bce fs mmg sllu kerap LA, sgup brjge mlm smte2 nk bace fs ni, mse 2 dlm blik, pntu blik mmg brknci ar..tp bila Time baca mgkin trllu khayal kot, trus bdntum pintu blik mcm org hempas pntu kuat2, hah apa ag…trplnting LA nfon, trus tarik selimut tdo, xtgk dh pntu blik cmne, pg esknye bru cek pntu, tp pntu ok je bknci…tp jantung mse 2 mmg laju la brdnyut kencang,

      Reply
  9. MJ12 tu memg seriau sikit lau dgar bunyinya.husband sampai marah x bagi dengar.dia cakap nak tengok tv sampai sok pagi pon x per tapi x mau dengar rancangan tu dalam umah…

    Reply
  10. betul tu. saya sejak2 membaca kt FS ni selalu sgt kul 2 3 pagi terjaga.pastu rasa serem serem. mcm ade yg memerhati. rase takot walo seben ade sebelah. wuuuuuu

    Reply
  11. pernah dulu taksub mj12, hari hari layan kt utube.. pernah 1 malam nampak ade susuk hitam tepi penjuru dapur. m**i suis lampu berlari masuk bilik.. start tu stop dah.

    Reply
  12. Aku tak la taksub…tapi aku suka cite2 seram nih…Kalo nak tgk movie pon mesti nak tgk cite2 seram…Cite2 FS ni pon seblom tido aku selalu baca…Kdng2 ada gak la yg tiba2 ada hembusan angin kat telinga aku.Then aku bkn la jenis berani sgt pon.Cuma aku percaya benda2 camni wujud.As long as kita tak berckp besar,insha Allah takde apa2 yg berlaku…Insha Allah…Benda2 camtu pon makhluk Allah gak…Tp aku tak nak la berkwn dgn dorang…Nnt lain la plak cite nya…

    Reply
  13. Aku pon sma juga. Suka dengar MJ12, tapi dengar kat utube waktu siang. tu pon dah seram. Sampai offiemate aku marah. Hahahaha. Alhamdulillah setakat ni tak ada apa-apa pelik berlaku.

    Reply
  14. sy baru 3 hari layan FS. seram2 tu mmg ade dr semalam lg tp buat dunno je. sekali pg td pkul 8 rse nk tido, tido la. husband pun join skali tido sbb beliau balik keje pkul 1pagi mlm td xckup rehat dh bngun subuh awal plak. bace komen korang bru tringat sy mamai mse tido pg td asek tjage kjut husband ckap takut2 pdahal dalam mamai. cumanya tiap kali tjage tu rase ade yang main2 kat kaki. husband kan tido sama. persoalannya bila dah sedar betul sekarang ni siapa yang main kaki sy smp sy jage banyak kali and kenapa dalam mamai pun sy boleh cakap takut takut. hahahah! ?

    Reply
  15. penah lah dengar kisah mcm nie dekat mj.
    aku pun selalu dengar mj tapi sejak dengar kesah mcm nie dengar dekat youtube jer tue pn dekat ofis..naj dengar dekat rumah laki tak bg sebb die penakut sikit.

    Reply
  16. sejak layan FS ni mmg selalu sgt tersedar mlm2 esp jam 3 pagi TEPAT..

    bila tanya kawan2 diorg kata “Haaa Tuhan bg petunjuk utk ko bgn solat tahajud, btuah la jadi org terpilih ni senang bgn tdo mlm”

    ramai kawan ak ckp mcm tu tapi ak plk fikir sebaliknya…. kalau dh hari2 jam 3 pagi tepat ak tsedar plus asik bunyi aneh2,…. ak mmg fikir something dh ni.

    ape2 pun ak tetap waspada. jgn terlalu takut atau berani. buat biasa. lps tu cuba skip sehari dua x bc FS or ape2 cter seram.

    Reply
  17. Aku ok je layan fs hari2 . Husband aku offshore . Sorg2 dekat rumah . Anak xde lagi . Aku punya tahap boleh layan fs jela . Kalau sampai nak dengar misteri jam 12 tu memang idok lerr hahahahahaha . Tp alhamdulillah . Xde ape2 gangguan . Jgn taksub sgt dgn sesuatu bnda tu . Sebelum tido or selepas baca fs , aku baca surah2 ruqyah ni . Alhamdulillah . Xde ape2 laa .

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.