Aku (Bahagian 2)
Assalamualaikum kepada semua Fiksyen Shasha, Akir disini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada admin Fiksyen Shasha kerana telah menyiarkan kisah saya ini. Kepada pembaca sekalian saya juga ingin memohon maaf sekiranya berlaku apa-apa kesilapan dalam cerita saya ini dan diharap para pembaca bersabar. Ini adalah sambungan daripada kisah yang lepas, ini adalah link pada kisah yang sebelum ini
( http://fiksyenshasha.com/aku/ )
Selepas kejadian dimana aku telah diludah pada bahagian muka dan dimana aku telah ternampak seekor pocong ketika aku pulang dari bermaln bersama sepupuku. Aku mulai menyedari sesautu yang pelik terhadap diriku.
Malam itu aku sedang menonton TV diruang tamu. Angah berada dibaliknya dan ibu juga sudah tidur awal kerana kepenatan selepas mencuci pinggan mangkuk di dapur. Kalau tak silap aku sedang menonton rancangan Gerak Khas di TV2 kira-kira jam 10 malam.
“hmmmmm ~ hmmm mmmm ~~~” tiba-tiba telinga aku tertangkap seakan bunyi humming, aku hanya berfikir itu mungkin suara angah yang sedang berada di biliknya jadi aku tidak hirau kan suara tersebut. Aku teruskan menatap kaca mataku terhadap paparan skrin di TV.
“mmm.. hoi!” aku tersentak apabila suara itu seolah memanggil aku. Aku cuba mengintai ditingkap rumah dan melihat ke luar tapi tiada apa-apa yang aku dapat lihat cuma gelap malam.
“hoi keluar”
Aku mendengar suara tersebut, kali ini aku sendiri sudah tidak senang lalu aku mengambil keputusan untuk keluar dari rumah dan mencari suara tersebut. Aku keluar secara senyap kerana aku tidak mahu ibu atau angah sedar akan perkara yang aku ingin lakukan. Arwah abah sendiri pernah berpesan jangan keluar dari rumah selepas jam 10 malam. Tapi oleh kerana aku ingin kepastian aku ikutkan kata hatiku.
Aku membuka pintu rumah perlahan-lahan dan aku berjalan keluar. Rumah aku ni diluar berlantaikan kayu cuma dihadapan sedikit adalah tangga batu. Aku menuruni anak tangga itu dan melihat sekeliling kawasan rumah.
“hoi, kat sini.. atas ni..”
Setelah mendengar suara tersebut aku berpalingkan tubuh aku ke belakang dan melihat diatas atap rumah. Apa aku yang aku nampak sekarang adalah seekor pontianak! Dia duduk bersimpuh di atas atap rumah dan memandang aku ke bawah sambil tersenyum melihatkan giginya yang kelihatan berdarah. Mukanya pucat lesi putih kebiruan dan berlebam-lebam. Rambutnya lurus dan panjang.
“oh rupanya betul kau dapat lihat aku” dia bertanya kepada aku.
Aku menoleh kepala aku ke arah lain
“jangan nak berlakon la budak, aku tahu kau dah nampak aku hieeee”
Tubuh aku secara tiba-tiba menjadi sejuk dan kaku. Aku kuatkan juga diri ini untuk kembali ke dalam rumah namun sekarang apa yang aku tengok apa yang di ada didepan pintu masuk rumah aku adalah pocong yang aku nampak tempoh hari. Pontianak tersebut masih berada di tempatnya dan pocong tersebut berada di depan pintu. Ya Allah ujian apakah ini yang Kau berikan kepada ku. Aku diam membisu setelah aku cuba untuk menjerit meminta pertolongan tapi hampa. Kemudian aku dengar suara berbisik.
“akir.. bacalah surah Al-Fatihah dan Al-Nas” aku tahu suara tersebut. Itu adalah suara Syafiq!
Entah bagaimana aku mendapat keberanian dan aku mula membaca Al-Fatihah, lancar sahaja bacaanku tapi apabila aku mula membaca Al-Nas aku tidak dapat membaca dengan betul. Aku gagap mungkin kerana aku belum menghafal lagi. Aku memejamkan mata dan meningatkan kembali bacaan tersebut.
“ikut lah bacaanku”
Aku menganguk dan Syafiq mula mengajarkan aku bacaan Al-Nas. Aku buka mata perlahan dan mahluk dua ekor tersebut masih berada di hadapan aku. Pocong tersebut mula bergerak ke arah ku. Bukan melompat atau bergolek tetapi seolah-olah melayang berlahan ke arah aku apabila dia sudah dekat..
“adik!!”
Pocong serta pontianak tersebut hilang dan ibu berjalan ke arah aku. Aku memeluk ibu.
“adik buat apa kat luar ni. Jangan main kat luar, tak ingat ke pesan abah dulu?”
“maaf mak. Adik dengar suara macam panggil adik je tadi”
“mana ada orang kat luar ni. Dah masuk tidur esok sekolah”
Aku hanya akur dengan arahan ibu dan segara masuk ke dalam rumah.
Malam itu aku tidur Syafiq datang menemui aku. Aku dibawa ke suatu tempat yang tidak dapat aku pasti dimanakah aku berada.
Di situ kawasannya agak hutan namun tidak sama seperti hutan dimana aku bertemu dengan nenek kebayan itu. Di kawasan hutan itu Syafiq memegang tanganku mungkin takut aku berlepas dan berlari-lari di kawasan itu. Kemudian kami tiba di kawasan tasik dan ada air terjun di situ. Sungguh indah, ingin sahaja aku terjun ke dalam sungai tersebut tapi Syafiq memegang aku erat seolah tidak membenarkan aku berbuat demikian. Aku dibawa menaiki batu bertangga, aku hanya mengikut sahaja setiap langkah yang Syafiq ambil. Kemudian hampir di bahagian tengah itu ada gua.
Apabila dibawah aku tidak nampak akan gua terbabit kerana ianya disebalik air terjun.
“marilah..” Syafiq menjemput aku masuk ke dalam gua tersebut. Aku melangkahkan kaki untuk masuk bersama.
Didalam gua tersebut dapat aku lihat hanyalah batu-batu, sungguh sejuk didalam, hampir aku mengigil, juga ada obor api yang menerangi gua tersebut. Aku berjalan lagi ke dalam ada terdapat batu besar dihadapan aku. Kami naik batu tersebut dan disitu terdapat Al-Quran.
“akir, duduklah”
Aku duduk, hanya akur. Kini Syafiq berada dihadapan di tengah ada Al-Quran dan dia hanya tersenyum.
“Syafiq, saya nak tanya.. apa tujuan syafiq membawa saya ke sini?”
“hmm.. aku hanya menjalankan tugasku Akir”
“tugas? Tugas apa?”
“tugas aku adalah untuk melindungi kamu. Biar aku ceritakan”
“baiklah”
“aku tahu sukar untuk kamu untuk menerima ini semua. Tapi percayalah semua ini adalah ketentuan dari Allah. Datuk kamu juga adalah sabahat aku. Kami sentiasa bersama , kerap juga dia ke sini untuk meminta bantuan daripadaku apabila dia sudah buntu. Selepas dia meninggal, dia ada berpesan untuk menjaga anak-anak dan cucunya. Dia menyedari anak-anaknya tidaklah baik semuanya, ada yang mengamalkan ilmu yang tidak elok dan berpesong daripada jalan kebenaran.
“maksud Syafiq.. pak cik saya ke?”
“ya..”
“yang mana satu”
“lambat laun kamu pasti akan tahu”
Aku hanya mengeluh panjang. Memang sukar untuk aku hadap benda ini semua.
“kamu pandai mengaji?”
Aku memandang ke muka Syafiq dan tunduk lalu mengelengkan kepala.
“tak apa, aku boleh ajarkan” Syafiq meletakkan tangannya ke kepala aku.
Keesokkan harinya aku pergi ke sekolah dengan biasa menaiki basikal. Aku belajar di kelas dan kira-kira jam 10 pagi adalah waktu rehat, aku makan dikantin bersama kawan-kawanku. Selepas selesai makan perut aku tiba-tiba memulas kesakitan. Tidak dapat aku tahan.
“wey korang. Aku tak tahan ni nak ke tandas”
Aku berlari sambil mendengar sahaja kawan-kawan ketawakan aku. Apa yang lucu pun aku sendiri tak tahu. Aku pergi ke arah tandas yang berada berhampiran surau. Tandas tersebut jarang ada pelajar yang guna jadi tidak lah aku risau jika ada budak lain yang cuba tendang pintu tandas nanti. Aku dah serik pintu tandas kena tendang dengan budak lain. Apa lah yang mereka fikirkan sampai sanggup buat macam tu.
Aku memilih untuk masuk ke tandas tengah sebab tandas tu nampak bersih daripada 2 yang lain. Aku membuka seluar dan mula melepaskan hajat besar. Saat aku mula melepaskan hajat aku berasa lain macam. Bulu roma aku tegak.
“psst psst”
Aku mula diam dan jantung mula berdegup kencang, aku harap itu adalah pelajar dan saja nak kenakan aku.
“busuknya tahi kau budak woi!”
Aku segara mengangkat kepala ku ke arah atas siling. Disitu aku lihat seekor.. entah la aku sendiri tidak tahu apakah jembalang tersebut. Tapi tubuhnya biru dengan mata hitam berdarah dan duduk ala-ala spiderman mencangkung di dinding. Mungkin boleh dikatakan benda itu iras-iras JU-ON hantu Jepun. D***h dari matanya mengalir dan jatuh ke muka aku.
“hihihihihihihihihihi”
Benda tu ketawakan aku yang mula tergopah-gopah mencuci punggungku tapi kerana ketakutkan aku tak cuci dengan bersih pun dan segara memakai seluar dan berlari keluar. Tapi apa kan daya aku terpaksa teruskan kelas dengan gatal-gatal. Agak lucu bila aku teringatkan kembali kejadian itu dan langsung aku tidak terfikir untuk ke tandas lain. Dibiarkan sahaja p******g ku bersemut sampailah habis waktu sekolah dan aku pulang ke rumah dan segara mandi cucikan tubuhku hinggalah waktu malam aku tidur dan aku berada di gua Syafiq.
Aku berlari ke arah Syafiq. Aku menceritakan detik cemas aku lalui hari itu. Aku ingatkan dia akan membantu aku tapi Syafiq gelak.
“ahahahaha! Padan muka kamu Akir”
“alahh sampai hati gelakkan saya. Kalaulah saya boleh ada bola api macam Syafiq kan best. Saya baling je dekat syaitan tu pagi tadi!”
Syafiq hanya gelak kecil dan senyum.
“Akir betul nak ke bola api macam Syafiq ada?”
“mestilah nak!”
Pantas aku menganguk kerana aku betul-betul nakkan bola api tersebut.
“boleh. Tapi Akir, nanti aku mungkin tidak dapat bertemu kamu buat seketika”
“hah? Syafiq nak ke mana?”
“ada perkara yang aku perlu selesaikan”
Syafiq menadah tangan dan membacakan sesuatu kemudian dia metetakan tangannya ke kepala aku dan mengusap lembut ubun-ubun kepala aku.
“sekiranya nanti kamu berada dalam masalah. Sebutlah nama Allah dan gemgamlah tangan kamu dan bayangkan seolah-olah bebola api ada bersama kamu”
“hm baiklah..”
Kira-kira setahun lebih Syafiq hilang entah ke mana dan selama itu lah aku terpaksa mengadap segala gangguan sendiri. Pandangan aku juga semakin aktif melihat benda-benda ghaib yang berada di persekitaran aku. Di sekolah.. dirumah walaupun saat aku bermain bersama-sama kawan.
Petang itu, selepas selesai bermain. Aku pulang ke rumah, apabila aku masuk aku tengok ibu sedang meludah-ludah
“pergi! Pergi! Syaitan!”
Aku sudah tahu itu pasti nenak puaka tersebut. Dah tekaan aku tepat.
Perasaan marah tidak dapat aku tahan lagi., aku mula menyebut nama Allah dan mengengam tangan aku dan baling gengaman aku ke arah nenek yang cuba untuk menganggu ibu. Tapi nenek tersebut kuat. Tidak seperti hantu-hantu yang lain yang pasti akan hilang selepas aku berbuat seperti yang diajarkan Syafiq.
“aku lapar! Jangan sampai aku makan anak kau!”
Kata-kata nenek tersebut buatkan aku tergaman. Aku mengeletar ketakutkan.
Mujurlah saat itu azan magrib mula berkumandang dan nenek tersebut hilang. Untuk pengetahuan, saat itu aku mula tinggal berdua dengan ibu kerana angah menyambung pelajarannya juga. Kakak sulung aku pula masuk maktab perguruan dan sudah bertunang ketika iu. Saat aku lalui bersama ibu berdua sangat-sangat mencabar. Walaupun jiran-jiran sentiasa datang melawat kami tapi mereka tidak tahu apa-apa yang berjadi.
Ibu sudah tahu akan Syafiq. Malam itu aku berborak dengan ibu. Entah kenapa ibu kelihatan termenung sahaja. Aku mula bertanya.
Apa yang ibu bagitahu adalah. Dia sebenarnya sudah lama mengidap penyakit sawannya. Maklumlah kami orang kampung apabila orang kampung tahu tentang sawan ibu mereka mula menganggap ibu terkena buatan orang. Abah juga termakan dengan kata-kata mereka lalu abah membawa ibu berjumpa dengan dukun-dukun, bomoh dan sebagainya.
Abah hanya mengikut sahaja hinggalah satu hari dia dicadangkan untuk berjumpa seorang bomoh, abah pergi berjumpa bomoh tersebut dan menceritakan tentang penyakit ibu.
“baiklah, aku mahu kamu membawakan sepinggan pulut kuning dengan telur rebus. Datang malam jumaat ke rumah aku dan bawa orang rumah kamu ke sini”
“baiklah Tok Moh”
Tiba hari yang ditetapkan abah membawa segala persiapan dan membawa ibu ke rumah bomoh terbabit.
Disana bomoh tersebut dia sudah siap sedia dengan barang-barangnya iaitu kemenyan dan beberapa gelas air. Dia mula membakar kemenyan tersebut dan memerah buah limau nipis kedalam bekas kemenyan. Asap mulai banyak. Ibu disuruh berbaring. Bomoh tersebut kemudian membaca jampi serapah dan dan asap kemenyan disapu pada luaran badan ibu.
“tulis nama orang perempuan kamu ini di kertas ini dengan tulisan jawi”
“baik”
Abah mengambil kertas dan pensel yang diberi oleh tok bomoh tersebut dan menulis nama ibu di dalam tulisan jawi lalu diberi kepada tok bomoh tersebut. Tok bomoh itu mengambil kertas dan membakarnya lalu diletakkan dalam bekas kemenyan. Lalu dia meminta barang yang dipesan, pulut serta telur rebus. Dia mengambil makanan tersebut dan membawanya masuk ke dalam satu bilik rumahnya bersama-sama bekas kemenyan lalu di keluar.
Dia membaca ayat-ayat kedalam botol air yang dia sediakan lalu diberikan kepada abah dan malam itu segalanya telah selesai.
Apabila dirumah dan hendak tidur ibu meminum air yang dijampi seperti yang dipesan. Ibu tidur..
Ibu bermimpi dia berada di kawasan hutan yang berkampung dan berjalan disekeliling kawasan yang hanya terdapat rumput-rumput yang panjang. Ibu teruskan berjalan hinggalah dia terjumpa sebuah pokok yang sangat besar.
“burrrpppp” bunyi seakan orang sendawa kekenyangan dari atas pokok tersebut kemudian ibu berpaling ke atas dan ibu melihat seorang nenek kebayan yang terapung.
Dek kerana ketakutan ibu mula berlari menyelamatkan diri. Nenek itu hanya mengilai
“tungguuuuu hieeeeeee”
Ibu teruskan berlari tetapi nasib malang kerana ibu tersepak sesuatu dan jatuh, tumit kaki ibu berdarah.
Nenek itu kini sudah berada di hadapan dan bergerak menghampiri itu lalu dia merangkak dan mengeluarkan lidahnya, menjilat luka di kaki. Kemudia melompat dan menindih badan ibu. Ibu mengelupur cuba melepaskan dirinya.
“yang, bangun yang! Kenapa ni?”
Abah mengoncang badan ibu, abah yang sedang tidur terganggu kerana ibu mula mengacau.
Ibu membuka mata dan bangun, dilap peluh yang mengalir di mukanya.
“abang, saya rasa tak sedap hati lah”
“kenapa~
“saya mimpi hantu kejar saya lepas tu tindih saya”
“mainan tidur je kot. Awak ambillah wuduk dan tidur di ruang tamu’
“hm baik la” ibu akur dengan arahan abah.
Sejak mimpi tersebut ibu sering mengacau di dalam tidurnya. Kadang-kadang menjerit tak tentu hala. Oleh kerana tidak sanggup melihat ibu berkeadaa begitu abah nekad untuk kembali tertemu bomoh yang terakhir merawat ibu. Nasib tidak berpihak kerana bomoh tersebut sudah berpindah.
Atas nasihat daripada kakak abah. Abah tertemu seorang ustaz dan membawa ibu bersama.
Rawatan dimulai akan tetapi ustaz tersebut tidak dapat berbuat apa-apa kerana benda tersebut sudah terikat dengan ibu. Barulah mereka sedar bahawa bomoh tersebut bukanlah merawat tapi memindahkan belaannya kepada ibu! Ustaz hanya mampu menjauhkan benda tersebut daripada dekat dengan ibu.
Tahun 2006.
Kakak sulung sudah berkahwin. Angah pula masih belajar. Abang iparku buat sementara tinggal di rumah aku.
Pagi itu hari cuti. Aku masih di bilik tidur kerana hari tersebut cuti. Kakak ketika itu sedang praktikal dan tidak dapat balik ke rumah tetapi abang iparku tetap tinggal di rumah kerana mahu menjaga ibu juga sebab kesihatan ibu makin teruk. Pagi itu ibu membeli makanan seperti biasa tapi haritu ibu gopoh-gopoh berlari ke rumah. Aku di bilik dapat mendengar hentak kaki ibu berlari ke dapur kemudian menampar pintu bilik abang ipar aku. Aku ke dapur kerana bunyi bising tersebut.
“wey bodoh! Pergi kau! Pergi! Jangan ganggu!”
Bilik abang aku terkunci dari dalam kemudian aku dengar bunyi motor. Aku meningtai di tingkap dan melihat abang ipar aku pergi melarikan diri. Aku tidak salahkan abang ipar berbuat demikian mungkin kerana dia takut. Aku berkata kepada ibu yang semua dah okay.
Ibu bagitahu nenek itu berbisik berkata yang dia akan ganggu abang ipar aku ketika di kedai sebentar tadi.
Tahun 2007..
Aku di darjah 6. Tahun ini aku bakal mengadapi UPSR. Tahun ini juga Syafiq kembali bertemu aku. Namun berkhabarannya kali ini membuat aku risau,
Dia berkata bahawa dugaan aku makin berat sekarang. Sudahlah aku sibuk dengan ulangkaji dan kata-katanya itu sering bermain di fikiran ku.
Kira-kira April. Ibu jatuh di bilik air dan menyebabkan kakinya mula membengkak namun dia hanya diamkan. Dia berbuat begitu kerana tidak mahu susahkan kakak yang muka bekerja di sekolah dibawah bayu. Jauh dari kami yang tinggal di pantai timur ini. Angah pula praktikal ketika itu di sebuah hotel. Perginya pagi baliknya malam hari.
Kaki ibu semakin membengkak dan timbut nanah. Ibu mengerang kesakitan. Apabila angah pulang dia akan menyapu ubat dikaki ibu.
Tetapi setiap kali ubat disapu pada luka tersebut syaitan tersebut. Nenak puaka itu akan menjilat ubat tersebut. Sukar untuk aku bagitahu angah dan kakak akan hal itu. Sedangkan ibu juga menyuruh aku untuk rahsiakan.
Sampai ibu semakin teruk. Kakak kembali ke rumah dan ibu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan ibu ditahan di wad.
Sekitar bulan Jun. Ibu masuk di wad. Doktor pakar mengatakan bahawa kaki ibu semakin teruk dan perlu d******g kerana takut akan melarat ke bahagian lain, ibu ada diabetes jadi perkara seperti itu normal bagi doktor dan disebabkan faktor ibu lewat mendapatkan rawatan.
Aku pergi melawat ibu. Ibu semakin tak sihat. Hanya berbaring dan tak bercakap. Ketika itu jugalah aku nampak nenek itu menjilat kaki ibu dan cuba untuk membuka balutan kaki ibu. Ibu hanya mengerang kesakitan.
Disebabkan aku hanya tinggal seorang di rumah sebab angah pulang lambat dan kakak dihospital menjaga ibu. Aku disuruh tinggal bersama sepupuku.
Aku pergi ke rumah sepupuku membawa beberapa pakaian pagi itu. Aku duduk diluar rumah sepupuku beseorangan kemudian Syafiq muncul dan mukanya kelihatan sedih.
“kenapa muka kamu sedih je Syafiq?”
“akir… bertabahlah.. setiap yang hidup pasti akan pergi menghadap Penciptanya”
“apa maksud kamu?
Belum sempat Syafiq membalas pertanyaan aku. Mak su datang kepada ku..
“Akir.. mak dah takde”
“eh.. memang lah mak kat hospitalkan. Rumah takde orang”
“bukan.. mak akir.. dah takde”
Saat itu barulah aku mengerti apa makna “takde: mak su masuk kedalam.. aku saat itu tanpa aku sedari air mata membasahi diri. Tak pernah aku berasa kosong dalam hidup aku.. kekosangan yang aku rasa itu menjadikan aku sebak. Cuba menahan air mata dari terus keluar..
Terasa baru sahaja aku bersama-sama ibu. Berborak dengannya.. detik bersama ibu bermain di fikiranku seperti filem pendek dan tamat begitu sahaja.
Aku bertanya pada diriku.. apakah yang akan aku lakukan sekarang? Tanpa seorang ayah dan sekarang tanpa seorang ibu. Dunia menjadi gelap seketika.
Disini sahaja yang dapat aku kongsikan buat masa ini. Di lain waktu akan aku ceritakan apakah yang akan berlaku kepada aku.
Al-fatihah kepada ibu. Semoga tenang di sana.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Al fatihah bt ibu Akir.
Al-fatihah
Alfatihah pada ibu akir..moga rohnya dicucuri rahmat..amin..
Semoga Akir terus kuat menjalani hari2 yg mendatang..cepat2 post story baru..hihi
Ak xleh byang budak umo 12 tahun hilang mak ..? ak ni pun masih duduk bawah ketiak mak lagi
Sedihny part hujung ni..alfatihah utk ibu akir
Al fatihah. Btw saya pon batch upsr 2007. Xleh imagine lah camne awak hadapi semua tu during that time. Sedih sangat
Alfatihah untuk ibu awak.