Anak ranjer
Assalamualaikum, okay ni first time saya tuliskan kisah mengenai hutan dalam fs (fiksyen shasha). Sebelum tu, saya kenalkan diri saya terlebih dahulu, nama saya korang just panggil wie. Umur saya 20 masih anak muda.
Maaf saya cuma gelarkan diri saya sebagai “AKU” dalam cerita. Supaya mudah untuk saya tuliskan cerita.
Ceritanya mula terjadi kat pahang (lokasi dirahsiakan sbb kebun bapak aku woi) dipahang tempat tinggal aku dan kebun ayah aku beli. aku bukan anak jati ye, kawe ore klate!
Okay start. masa tu ayah aku suruh aku tolong tengokkan getah dia, kalau korang duduk kampung atuk nenek kau ada kebun getah, korang akan tahu kebun getah ni tuan dia kena selalu jaga bersihkan semak samun bila pokok tu belum boleh ditoreh lagi, bila dah boleh toreh tuannya tak payah dtg jaga dah sebab dah mula ulang alik toreh. okay masa ni family aku balik kampung kota bharu kelantan, aku tak ikut sebab raya je aku suka balik,
sebelum family aku bertolak hari khamis, ayah aku dia ada pesan hari jumaat ni lepas solat pergi kebun tengok tengokkan sikit, dan kalau korang nak tahu kebun ayah aku ni dalam hutan bukan mcm kebun yang lain berdekatan dengan rumah orang, aku pun okay je sbb lama dah tak masuk hutan, masa ayah aku ranjer dulu, (sekarang dah bersara) kalau dia ditugaskan jaga hutan simpan kawasan raub kawasan karak or jerantut dan hutan lain lain yg ada dalam pahang ni, ayah aku dia akan bawa aku sekali kononnya nak curah ilmu la katakan, aku mmg sentiasa ikut. walaupun masih sekolah rendah, so ilmu hutan ni mmg dah ada dalam diri aku, banyak kisah kena usik time aku ikut ayah aku masuk hutan dulu. nanti aku cerita dalam episod lain, yang ni episod aku alami dgn man member aku….
Pada jumaat yang dingin cuaca suram awan bagaikan nak hujan, aku call member aku man, seusia dengan aku. Man ni ayah dia guru silat dan dia pun sama hobi dengan ayah dia dari kecik lagi ayah dia dah ajar silat, sebelum pergi jemput man, aku siap siap sediakan apa yang patut sebab aku nak masuk hutan nun jauh disana. Aku pun taktahu kenapa kebun dalam hutan ni jugak ayah aku nak tanam getah haih hidup segan m**i takmau. aku cuma sediakan, bilah untuk keselamatan aku sbb ni hutan tebal kalau korang tengok dari luar mesti tak jangka ada kebun katsitu.
Ayah aku sebelum dia gerak ke kelantan, dia ada pesan “hati hati g, ajok saing (kawan) ”. Yaa mmg aku nak ajak kawan sebab aku pun takut nak masuk hutan sorang-sorang. lagipun last aku masuk kawasan kebun ni masa belum ada tanam getah lagi dan seingat aku masa tu aku form3. Entah jalan dia aku igt lagi tak simpang masuk selok belok dia aku tk berapa igt, tapi hutan ni aku tahu dkt mana sbb berdekatan dgn gunung cuma simpang masuk kebun jelah aku lupa. Berbekalkan bilah di pingang, kasut ranjer ayah aku, oh ya aku bawak pajero ayah aku.
“Assalamualaikum” aku bagi salam
“Wasalam”
Man bukak pintu
“Oh mu beruk bila balik? “
Aku : “Mari ikut aku jap”
Man : “Mana natang aku ada kerja ni”
Aku : kerja menda
Man : layan tumblr
Aku : natangg, marilah teman aku jap
Man : bilaa?
Aku : Skrg lah
Man : ye tau sekarang tapi g mana bodo g mana!
Aku : ha ni ayah aku suruh aku g kebun jap
Man : kebun hujung kampung sana ?
Aku : iyelah kebun mana lagi
Man : weh situ keras
Aku : lek ah kata anak guru silat (aku try cabar )
Man : hah mmg lah natang, tapi penunggu hutan ni bukan mcm hantu biasa, dasyat dia lain macam.
Aku : ye natang aku tahu. Sbb tu aku ajak mu
Man : berat mu ni. hah sabar aku bersiap jap.
Aku : hah aku nunggu luar deras sikit
*
Untuk pengetahuan korang semua penunggu hutan ni dasyat sikit dari hantu biasa kita dengar, contohnya pontianak. Pocong, langsuir, hantu raya, tapi dkt hutan rimba ni, penunggu dia sangat sangat bahaya. Sbb tu nak masuk hutan nak hiking semua kena ada ilmu hutan supaya benda benda ni tak boleh sesatkan korang atau ragut nyawa korang.
“Wehhh jomm”
Sergah man dari store rumah dia
Aku : dah mari mari
Man: asal mu yang kena g lawat kebun
Aku : bapak aku balik kampung
Man : oooo
*pukul 11 setiba nya kami di bawah gunung, ha kebun bukan atas gunung sana ye, cuma kawasan tepi pergunungan, tapi kena juga daki sikit sikit sbb nak kedalam. Tetiba pula muka senyum. Dalamperjalanan tadi, bukan main dia masam sbb tak dapat layan tumblr hahahahahaha.
Tapi senyum dia ni lain mcm pulak, haih kena rasuk ke mamat ni “WOI Kena rasuk ke senyum sorang bakpe natang” sergah aku pada Man.
Man : dok takde apa aura dia lain mcm dah mari mari , betul ke ni jalan naik?
Aku : hm ye kot rasanya aku lama tak naik, jom lah mu lead aku ikut belakang
Man : ha okay baca “doa”
Selesai baca apa yang patut, kami mulakan dengan langkah kanan. Tapi dengan tiba-tiba bulu roma aku meremang pula, maybe lama tak masuk hutan kot. Pujuk aku dalam hati. Tapi yang aku hairankan, Man ni sengeh sengeh je macam ada yang tidak kena. Selama 20 minit kemudian, kami tak jumpa pun kebun ayah aku. Aku dah rasa lain mcm dan rasa tak sedap hati.
Tetiba Man bersuara
“Series lah ni kebun pak mu”
“Iye ah aku rasa sini kot” jelasku penuh konfiden.
“Hah try jalan dalam lagi” balas man lagi. Aku pun iye kan aje tapi lepas 5minit tu srs aku cakap yang ni segala bulu aku meremang tahap dewa. Aku dengar bunyi alunan serunai silat. Tahu kan mcm mana bunyi dia. Alah bunyi lagu orang silat tulah time orang nak buka bunga silat mesti ada alunan dia ha gitulah aku dengar sayup sayup je aku try tanya man
“Man mu dengar?”
“Aku dengar” Man mengiyakan
Tetiba pula man bukak bunga silat. Hanat betul terkejut aku, “mu tepi sikit” kata man kat aku. Suara dia mcm orang sedang naik angin pulak. Aku ke tepi lah ikut cakap dia kang aku tak dgr, aku pulak disilat nya. mujur man buka bunga je ingatkan nak silat bawa aku lawan. Selesai bunga, lepastu dia duduk bersila. Selepas tu, alunan serunai tadi hilang pelahan lahan. Aku hanya mampu tengok sbb aku tak tahu kenapa dia buat mcm tu, lepas dia bangun man ajak aku jalan cari kebun lagi. Aku tanya “bakpe mu bersilat bagai ni”
“Jakgi aku cerita kita jalan lagi”
Selang berapa langkah, dengar bunyi harimau pula tapi Man berkeras nak masuk jugak. Aku diam je walaupun dah mula takuit tapi Man pun mcm rilax je. Krakkkk krakk krakk! Bunyi ranting kayu reput seperti dipijak beramai-ramai. Hah yang ni bunyi dia mcm pesta pijak kayu pun ada. Aku diam je sbb aku tengok keliling tak de apa apa pun padahal bunyi tu keliling kitorang berdua. Man bersuara “keluar lah wahai jelmaan hutan, aku dgn belang sedia menentang kau tanpa rasa takut” aikkkkk nama aku bukan belang. Soal aku dalam hati yang masih blur blur ayamm.. Tak lama lepastu bunyi tu senyap
“ weh mari turun sek dia panggil geng lah” ajak Man. Aku angguk dan turun perlahan lahan
Man bersuara lagi, “mu jangan pandang belakang” aku pun diam je jalan mcm biasa. Bila tiba dekat satu port kitorang jumpa air terjun.
“eh tadi takde pun air terjun” aku tanya man
“ aku dari tadi nampak, tadi dia bagi aku je nampak skrg mu jugak nampak, tadi masa naik aku dah nampak dah tapi aku diam je sbb mu mcm tk nampak. Lagipun aku agak dah ni bukan air terjun alam kita sbb aku nampak 4 perempuan berkain batik, kebun ayah mu ni mana ada air terjun kan” balas man lagi,
“ha yelah takde air terjun kt sini, tapi mana perempuan tadi? “ soal aku, “
gila mu, bila mu dah nampak mu tknok balik doh, perempuan td semua cantik” Man menjelaskan,
Patut sengeh sengeh nampak puteri bunian rupanya mamat ni. yelah mmg cantik pun orang bunian kan, bila sampai kt kereta kitorang tak terus start kereta balik. Kitorang baca doa apa yang patut dulu, siap doa kitorang ontheway balik singah warung pakteh sampuk, hahahah nama dia pakteh tapi dia ni pandai ubatkan orang kena sampuk, jadi aku panggil pakteh sampuk…
“Hah mana kamu lama tak nampak bila balik” tanya pakteh sambil nak tulis oder
“ cuti pakteh sebab tu balik”
“Mu dari mana nok ke mana ni pakai luar ranjer ni dgn bilah kt pingang segala ni nok ikut pokmu jadi ranjer ko”
“Ayah balik kelantan pokteh, dia suruh harini tengok tengok kan kebun dia sbb tu pakai gini”
“Ooh deras oder nok tutup doh ni jumaat jap lagi”
“Awal sangat tutup nya. Hah te panas se”
“Kamu man” soal pakteh
“Saya air suam je pakteh, hurm intan cucu pakteh mana”?
Ceh patut senyap dari tadi mata tengah mengatal usha cucu orang rupanya
“Dia balik kampung dah cuti” jawab pakteh sambil berlalu pergi.
Aku start tanya man soalan yang aku rasa nak tanya dari tadi.
Aku : weh man tadi mu bersilat bagai bakpe lama tk bersilat ke mu, bunyi serunai terus bersilat bagai
Man : oh tadi, ada makhluk ni lagak pendekar ngan aku, sek dia tengah bersilat kita mari kacau, sbb tu bunyi serunai tadi
Aku : ohh sek dia mcm mana aku tk nampak aku dengar bunyi serunai je tp tak nampak mana makhluk tu
Man : situ kampung dia. Sbb tu mula naik tadi rasa meremang je kan. Hah sek dia ni mcm pahlawan melayu dulu tp baju sek dia semua hitam berkeris kt pingang mcm mu tp mu bilah sembelih ayam bukan keris hahaha “ cehh mamat ni
Aku : hah lepastu mu buka bunga silat buat menda?
Man : sbb aku dengar bunyi alunan tu aku buka nak bg dorang tahu aku nampak dorang dan aku ada ilmu silat dgn penjaga aku (harimau belang), lepastu masa aku bersila diorang dh hilang dah dari pandangan sbb tu bunyi serunai tu hilang, lepas aku ajak jalan lagi, kan bunyi ranting kayu dipijak pijak tu kan, ha dorang dah ajak sek sek dia lg ramai. Aku taktakut aku cabar sek dia td mu dengarkan tadi?
Aku : hah dengar dengar (jawab aku dgn mata tak berkelip sbb syok cerita man ni yelah dia je nampak aku taknampak)
Man : lepastu lepas aku cabar diorang, diorang pun pelahan lahan hilang, sbb tu aku ajak mu turun takut naik lagi. Lagi ramai sek dia sbb gunung ni sek dia hok jaga, sbb sini banyak istana dan wilayah sek dia, diorang ni pahlawan sini”
“Ohhh gitu” jawab aku, “ hah ni air” pakteh sampai, aku mula meneguk air pakteh buat ni entah sedap tidak biasanya manis mcm letak sekilo gula
“ pakteh bakpe berdiri sini” tanya aku sbb org tua ni berdiri tengok aku mcm tk pernah nampak lama sangat je padahal baru tak jumpa sebulan dua
“ deraslah aku nok ambik cawan nok tutup doh ni mu lambat sangat” nak tersembur keluar balik air aku minum tadi
“Owohh Haa kiro pakteh kiro” man senyap sbb kekasih hati dia takde tak guna punya man spanar hahahahahahahahahah
balik tu aku hantar man dulu baru aku balik rumah mandi kang jemput dia balik solat jumaat…………
*
Hari ahad family aku balik, sbb isnin adik aku dah start sekolah , aku rahsia kan pasal ni takut ayah aku tahu aku tak tengok kebun dia. ayah aku tanya mcm mana kebun dia. Aku kata dah tengok tak ada apa apa pun. Hahahahahahah derhaka betul padahal tak jumpa. kang buat nya ayah aku pergi melawat minggu depan habis getah dia kena sondol dek b**i hutan tak pasal aku kena sumpah jadi batu sbb menipu hahahahhaa. Sampai sini saje kisah aku dan man spanar kena ganggu.
Ohh ya pasal penunggu rimba mcm cerita di kebun ayah aku tu. Tak semua org pergi kena ya. mungkin tu rezeki aku dgn man spanar. Yelah man ni orang kuat silat mungkin pahlawan tu rasa tercabar kot nak “test” man.
Okay ni aku nak share sikit ilmu hutan
1 : bila berdua dengan kawan bila dalam hutan, kalau nampak dia jalan laju panggil 3 kali, kalau dia tetap jalan tanpa pandang kau, abaikan tu penunggu hutan yang menyamar jd kawan kau. Penunggu hutan ni dia boleh menyamar dr segi fizikal, sbb tu ramai org disesatkan, ada satu kes budak sesat sbb ikut kawan dia last last dia sesat
2 : jangan panggil dgn nama sebenar. korang bila berdua, nanti bila jarak kau jauh tinggalkan member kau kt belakang takut ada menda panggil nama kau dgn nama betul, bila kau sahut panggilan tu padahal benda lain yg panggil kau igt kawan kau yang panggil, mungkin kau akan disesatkan, pernah jd kat kawan bapak aku diorang 5 org masuk hutan salah sorang terpanggil nama kawan dia dgn nama betul, sampai satu masa tu diorang berpecah cari kayu untuk buat ungun api, tiba ayah aku terdengar ada “suara” panggil kawan dia yg duduk sebelah dia masa tu tgh pasang kemah, kawan dia ni sahutlah terus kena sampuk berlari lari dalam hutan nasib dapat tangkap sbb lagipun diorang ramai
3 : jangan sebut nama binatang buas. kalau boleh jgn disebut contohnya “tempat ni ada harimau tak eh” JANGAN!
4 : hormat sikit mmg nama hutan, tapi ada penjaganya ingat tu, jaga tingkah laku mcm kau pergi rumah org ingat tempat tu semua ada penghuni
5 : jangan mencarut nanti ditimpa bala
6 : nampak menda pelik pelik jangan tegur seeloknya biarkan, ABAIKAN
7 : kalau hutan tu sunyi lain macam, mcm bunyi burung burung pun tak ada senang kata sunyi je hanya bunyi tapak kaki kau je, ingat tu kau dah masuk tempat dia seeloknya jaga tingkah laku JANGAN CAKAP BESAR bila kt dalam hutan…
Sekian dari aku anak ranjer. Assalamualaikum
Best👍
Pening pale baca dialek klntn.. lain kali, translate skali baru fhm
sek tu sekolah ke
Sek (set) tu geng atau member
Sek tu maksudnya geng
Hahaha sedap panggil org natang, perkongsian cerita menarik. Trima ksh utk tips, amat membantu jika nak ke tmpt yg x pernah kita pergi. Harap dpt share pngalaman lain utk akn dtg
pengalaman penulis sangat berharga harap para Editor Admin bantu lah penulis olah cerita..
best ah..thanks untuk tips
Satu lagi arwah nenek aku pesan setiap kali teman dia menoreh dlm kebun getah dikelilingi hutan dan kebun getah yang lain:
Apabila menyahut panggilan orang lain, jangan jawab “Ya” atau apa-apa yang biasa kita guna. Khuatir makhluk lain yang menjawab bagi pihak kita.
Arwah nenek selalunya akan jawab begini “Uuk, Uuk” … hihi pandai-pandailah kau bayangkan bunyinya. Dia akan buat begitu berulang kali sehinggalah dia nampak aku dah jumpa dia.
Tips no 1 tu betul. Ayah aku sendiri pernah terkena. Nasib baik dia kata cepat dia sedar dan berhenti follow kawan dia. Rupanya dah tersesat.
Best citer sambung lagi yer mesti byk kisah2 lain kan?
Tak perlu cerita dalam bentuk dialog. Cerita dah best, part dialog tu nak tengok tumbler la, natang beruk la buat putuh angin nak baca. Anyway, tq for ur story.
Best. Dialog tak apa cuma sertakan terjemahannya. Boleh jugak belajar.
Best, citer la lg
1 : bila berdua dengan kawan bila dalam hutan, kalau nampak dia jalan laju panggil 3 kali, kalau dia tetap jalan tanpa pandang kau, abaikan tu penunggu hutan yang menyamar jd kawan kau. Penunggu hutan ni dia boleh menyamar dr segi fizikal, sbb tu ramai org disesatkan, ada satu kes budak sesat sbb ikut kawan dia last last dia sesat
AKU NAK TNYA YANG NI.
lepas kita panggil dia dia tak kelih tngok kita kan so benda ni penunggu. so kita akan biaq dia jalan kan ? so lani mana member kita ? kita tetap tak nampak kan mmber kita sebab kita biaq penunggu tu jalan ? member ada kat sebelah kita jugak ka mcm mana ? kita tak nampak member kita. so mcm mana kita nak cari member kita ? sebab penunggu tu dah blah kita panggey dia tak menyaut mmg sah dah dia penunggu. yg member kita ni dah takdak dari pandangan mcm mana ? dari haritu aku baca aku dok terpikiaq. please boh jawapan bg habeh. jawab buang sat. aku tak paham. sorry la kalau rasa soalan aku kasaq. sbb aku mmg laguni
Aha…perlukan jawapan
Ni kat jelu raub ke bro?