Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih FS sebab sudi terima dan publish cite aku ni. Ini kisah aku sendiri. Aku sebenarnya tak tahu macam mana aku nak mulakan cerita ni uhuhu. Nama aku ye, cukuplah dengan nama Angah ye, sebab ramai yang pangil aku Angah.
Kisah aku bermula semasa aku form 5, masa tu aku tak tahu yang aku dapat tengok entiti nie dan aku juga diberi kelebihan untuk berubat orang yang kena kacau. Masa tu aku ni tak tahu aku boleh berubat semua. Alah boleh dikatakan aku ni jenis yang endah tak endah apa yang aku tengok aku just buat tak tahu. Aku pon tak pasti betul ke yang aku nampak dan tengok. Sebab aku fikir tu mainan mata je kot, kahh.
Sebelum ni aku pernah lah juga mimpi pasal hamba Allah yang datang bagi ayat2 Al-Quran time2 subuh, aku baca je la, lepas tu aku tido balik. Dah tu bangun nak baca balik aku dah tak ingat, entoh la. Orang tua cakap kalau mimpi macam tu kena terus amik garam isap (orang tua yang ade ilmu berubat la). Pernah dulu masa tu adik bongsu aku baru lahir, dia nangis punyalha kuat macam sakit orang pukul. Aku masa tu tido teman umie. Hamba Allah nie datang cakap, “kalau kau xnak adik kau nangis, kau baca ni”.
Aku ikut dia baca terus adik aku senyap (masa ni aku tengah mamai aku ikut je baca). Dah baca macam biasa aku tido balik. Bangun tu memang dah tak ingat apa aku baca. Hamba Allah nie aku tak tahu siapa. Kalau diikutkan sampai umo aku 26 nie pon rasa Hamba Allah nie sentiasa pantau. Aku ceritakan pulak pasal aku berubat orang yang kena sampuk.
CERITA PUTERI DAN HULU BALANG
Masa kejadian nie, aku dah kerja dah di tutt jadi aku duduk rumah sewa dan bercampur dengan bebudak kerja macam2. Sepanjang aku duduk sin,i aku tak pernah lagi diganggu tapi kawan2 aku yang lain memang kuat lah kena. Aku kat depan rumah je selalu tengok benda alah tu. Ade pendek, panjang dan lagi lah. Yang teruk muka pon aku dah tengok ALLAHUUU!! Bergetar jantung.
Nak dijadikan cerita, member aku nie dia keluar pergi mana entah, aku abis kerja duduk bilik je lah. Baru balik kerja ingat nak baring je. Tapi aku dah rasa macam ada yang tak kena je. Biasalah kan aku memang buat tak tahu je la sebab aku pon bukan yakin dengan diri aku nie. Lara je banyak huhu. Aku borak dengan member satu bilik aku. Tetiba pintu kena ketuk dengan member aku si Ida (bukan nama sebenar) panggil aku, “Angah cepat angah”, cemas dengan pucatnya muka. Aku tanya kenapa? Dia cakap, “kawan kita dah tak betol dah. Asyik sebut mak dia je sambil kacip gigi”.
Aku yang separuh siap nie cecepat pakai leklok. Aku masuk bilik dia sorang nak check masa tu aku dah baca ayat untuk lindung diri. Lupa nak cakap rumah yang aku sewa nie ade 3 bilik. Aku duduk master room siap ada toilet dan 2 member aku dan bilik kedua tu sebelah je dan yang ketiga nie kat dapur. Jadi member aku yang kena tu duk bilik kat dapur. Aku masuk bilik tu aku duduk aku tak pandang pon cermin depan aku tu aku tunduk je tengok si Ayu nie. Si Ida tu dah tak berani nak masuk. Duk dalam bilik aku. Jadi aku hadap la sensorang.
Aku tanya dia, “kau nak apa?”. Dia jawab nak mak dia. Kejap2 tengok bawah, kejap2 tengok aku. Dengan mata merah bulat sume. Aku kuatkan lah hati. Tak kuat memang dengan aku2 sekali kena, kahh. Aku keluar sebab bilik tu sempit kan. Nak mintak si Ida nie tolong aku angkatkan si Ayu ni letak ruang tamu. Sekali sesoranng dia je angkat si Ayu tu. Aku gelak tengok dia angkat dan hempas si Ayu macam tu je. Si Ida ni spesis tak betul. Berani dalam takut. Dia cakap tak boleh tahan nak tunggu aku duk dalam bilik dia dengan Ayu baik dia angkat sesorang. Penakut sangat hahaha.
Ok, bermulalah aku bersilat dengan dia. Member aku si Ida tolong aku perhati si Ayu nie takut dia terajang tv kat luar tu huhu. Dah tu aku suruh kak Nisa (bukan nama sebenar ye) bacakan yassin. Aku bacalah surah2 yang aku tahu. Mula aku berinteraksi dengan benda tu. Aku tanya macam mana jumpa. Benda tu cakap selisih depan rumah masa si Ayu jalan nak balik rumah. Aku tanya lagi kenapa kacau dia. Masa nie dia dengan muka tersenyum manisnya, mata tertutup, tangan macam menari gitu dia cakap, “dah aku suka dia”. Meremang beb bulu tengkok.
Member aku yang baca yassin dah menggigil dah. Aku rilex lagi. Aku tanya, “kau tahu dia baca apa tu!!” sambil tunjuk dekat kak Nisa tengah baca yassin. Benda alah tu cakap, “uhh dia baca apa”. Memang degil. Aku teringat ada 1 ayat dalam Yassin tu (maaf aku lupa, jahilnya aku) terus menjerit dah tu tanya lagi, “kau sapa?!”. Dia jawab, “aku puteri gua tu”. Sekali si Ayu bukak mata sambil ketap bibir pandang dekat tingkap. Aku pandang yang dia pandang Allahuurabi! Tak tau nak cerita. Aku cepat2 jerkah suh jangan kacau apa semua. Senyum je dia pandang aku. Beb masa aku taip nie aku dah panas, sejuk dah.
Aku usaha lagi. Baca ayatul kursi dan ulang sampai 3x. Terus dia muntah dan keluarkan macam mihun yang pekat. Aku ambik pakai tangan. Baca2 semua aku buang depan pagar je, sebab tu kawasan dia. Ingat aku nak buang kelaut ke, jauh beb huhu. Last tu dia pon dah ok. Call mak dia semua dan mak dia bawak pergi berubat balik sebab tak cakap pun yang aku dah tolong. Dia balik cerita yang pakcik tu cakap dedua dah dibuang yang depan rumah dan dekat sungai. Pakcik tu cakap suruh terima kasih dengan aku bukan dengan dia. Aku diam je.
Aku tahu ada yang nak disampaikan untuk aku tapi aku buat tak tahu je. Aku insan yang banyak kekurangannye. Aku pernah cuba buang melalui seorang ustaz, tapi nantilah aku cerita sebab ada lagi cerita nanti aku sambung ye, tu pun kalau ada yang nak baca aku sambung. Penat jari hahaha. Gurau. Pape pon tq korang sudi baca.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Kaut muntah pakai tgn jer…????
Eerrrkkkk…
Muntah anak akak pon akk kemerinding loya inikan plak muntah kengkwn…
Tabahler ko dek…
Sambung
Mmg btul pn petua org dlu2,nk ingat ayat yg dpat ilham dr mimpi kna mkan garam msa tsedar tu..
Oyeke…
Camni tdo kena bwk bekal garamlah ekk…
Klu x.jenuh setiap kali mmpi nk berlari ke dapor, dahler jauh…
Lg byk mmpi lg byk possibility d***h tggi nih…
Huhuhuhuuu…
best sngat crita nie , nnti smbung lgii yaa
Kaut muntah guna tngan ? ?
erkk bsuh tngan tu dngan spuluh kilo sbun top pun mash trasa bnda tu ad kt tngan
Share lagi weyy.. besttty
Loving your blog! Thanks for sharing.
share lagi please.. share lagi ?
Sama kita…kuatkan ilmu agama..kita kuasai mrk bkn mrk kuasai kita..
Sekali si Ayu bukak mata sambil ketap bibir pandang dekat tingkap. Aku pandang yang dia pandang Allahuurabi! Tak tau nak cerita.
Bolehhh tau ape yangg awakkk nampak tu ?
eee nasib do bca bkn tgh mkn..
nak tau ape yg penulis nampak kat tingkap?