aku dia adakah orang yang sama

assalamualaikum semua

saya N, berasal dari negeri dibawah bayu, biarlah saya rahsiakan nama sebenar dan daerah tempat tinggal saya, saya ada masalah fikiran ataupun mungkin penyakit ataupun saya kurang pasti, saya harap admin dapat siarkan post saya, maafkan saya seandainya cerita saya tidak menyeramkan, maafkan saya seandainya ada bahasa yang kurang sesuai untuk digunakan, hal ini terjadi kepada diri saya sendiri, demi tuhan saya tidak menipu, sehingga sekarang pun, saya masih mendengar suara2 bercakap dengan saya…

ya, suara yang bercakap, saya tidak tahu apa, adaka ianya saya namun melalui hati, maupun fikiran, tapi ianya bukan suatu yang baik, saya akui, dari zaman saya spm, saya suka baca cerita hantu, tengok kisah seram, dengar kisah seram, semua pun pasal seram, tetapi hal ni terjadi, sewaktu selepas ibu saya meninggal, seminggu selepas ibu saya meninggal lebih tepat nya, saya sangat keliru, sangat tertekan, dan saya dengar suara2 itu berkata dengan saya, “kau tidak layak hidup didunia ni, tiada siapa sayang kau, m**i lah kau, baik kau m**i, lebih baik kau m**i” tapi saya tidak dengar sangat kata2 itu, walaupun saya tertekan ketika itu, tapi saya masih ingat agama saya melarang saya untuk berbuat perkara2 yang tidak masuk akal.

Banyak lagi kejadiaan2 selain itu, kadangkala perkara itu berulang2, kadang2 ketika jalan pun nak melintas, suara itu aku datang, berkata ” kalau kau tidak buat ni, kau akan m**i” kadang ketika tidur dia akan berkata ” kalau kau tidak cek semua kawasan bilik kau akan m**i” jadi saya akan cek, tetapi bila sudah habis cek dan ingin tidur, suara itu akan datang kembali, dan saya akan cek berulang kali sehingga 2 dan 3 kali, ketika boyfriend saya sakit, suara itu akan datang dan berkata ” kalau kau tidak buat ini, dia akan m**i, kalau kau tidak buat ini dia akan sakit teruk” saya bukan nak percaya semua benda yang “dia” katakan, cuma saya takut, saya takut benda tu betul2 akan jadi.

Walaupun saya solat, saya berdoa sebelum tidur, saya minta Allah hilangkan semua ini, tetapi tetap ada, saya tidak tahu bagaimana nak katakan, selama ini saya pendam sendiri, disebabkan, family saya, kami bukan orang senang, dan mereka juga tidak kisah tentang keadaan saya, mereka kata saya perlu masa sebab saya masih bersedih kehilangan ibu saya, betul saya sedih, tapi bukan sebab itu, saya tahu bukan sebab itu, ketika saya perlu seseorang cuma boyfriend saya yang ada dengan saya, dan suara itu akan terus terusan berkata menganggu saya dia berkata ” tiada siapa sayangkan kau, boyfriend kau sygkan kau sebab dia kesiankan kau saja, tiada siapa peduli pasal kau, tiada siapa ambil berat tentang kau, kau sendiri, kau tidak berguna” “dia” selalu berkata begitu kepada saya.

Dlm seharian, kepala saya akan serabut mendengar kata2 dari “dia”, saya cuma akan tenang jika saya tidur, tetapi saya susah mahu tidur, tengahari tiada tidur, tidur dekat nak subuh, bangun awal pagi, saya rasa saya macam apa sudah, saya cuba sedaya upaya, terkadang kalau saya tidak tahan, saya akan hentak kepala saya kedinding, atau tumbuk dada saya supaya suara itu berhenti, tapi saya hanya menyakitkan diri saya sendiri, dia tetap tidak berhenti, saya bertahan dan bertarung selamani kerana dorongan boyfriend saya dan kerana adik2 saya, bagi saya, tiada siapa akan jaga mereka kalau saya tiada, kadang terfiikir juga ingin ambik nyawa sendiri, Allahuakhbar, betapa kecilnya pemikiran saya, sungguh penat, sangat penat, kadangkala saya terfikir, adakah saya gila? adakah cuma saya yang sedemikian rupa? saya saja ka? saya tidak tahu.. saya sangat penat, penat dengan diri sendiri, apa saya perlu buat, saya pun tidak tahu… saya dan dia, ada kah kami orang yang sama? entah lah, saya pun tidak tahu…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.3]
N

13 thoughts on “aku dia adakah orang yang sama”

  1. As salam
    Jgn buang masa.. pergi hospital berubat. Ada kecenderungan skizofrenia… boleh mudarat atau mencedera diri & orang lain

    Reply
  2. Allahu kesian awak 🙁 saya risau awak got symptoms of schizophrenia. anyway don’t hurt yourself, try to ignore the voice as much as you could, avoid being alone kay. if got a chance, try to seek pengamal perubatan islam yang bertauliah. baca bismillah lima other than kursi. sometimes on youtube dengar tazkirah or ceramah to fill the soul. in sha Allah you’ll get better aamiin

    Reply
  3. dik..akk pernah kena mcm ni…akk istikharah…dan ya..akk dpt jawapan akk disihir…mungkin ada org kata cliche..tapi itulah terjadi..akk ditelepati..dihantar benda2 jin utk ganggu akk dan ank2..berubat dengan ustad atau pengamal islam yg betul..jgn yg palsu…

    suara2 yg adik dengar itu adalah telepati dari org atau jugak mungkin dari jin liar atau jin kiriman org..utk rosakkan fikiran adik dan negatifkan fikiran adik..sbb tu kita sebagai org islam atau org bukan islam yg berpegang teguh pada ajaran agama masing2, disuruh berfikiran positif…yg penting positif,jgn tinggal solat 5 waktu, zikir, baca quran…kalo akk dulu masa akk teruk..akk byk istikharah…nanti kita akn dpt petunjuk apa yg ganggu kita dan jalan atau cara nk selesaikannya…SABAR ITU PENTING.

    dengar nasihat akk ni..istiharah bersungguh-sungguh..pasti Allah bantu.

    Reply
  4. ini ada ciri2 penyakit schizophrenia. pergi lah berjumpa pakar psikologi. saya pernah ada lawan yang menghidap penyakit ini, selepas rawatan dan makan ubat alhamdulillah dia beransur sembuh

    Reply
  5. Skizo. Macam kisah John Nash pakar ekonomi. Ada filem pasal dia. Tapi dia latih diri dia abaikan semua suara tu. Akhirnya dia dah boleh senyum bila nmpak ‘hantu’ tu dan boleh hidup macam orag lain. Bukan sebab gila tapi otak ada genetik yg celaru, keturunan. Kau ni kira OKU. Redha aje lah. Dan sabar. Ada hikmah.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.