Aku, Dia dan Lagu

Assalam dan dsalam perpaduan salam damai sekalian alam. Bertemu kembali bersama Ato. Terima kasih FS kerana telah menyiarkan beberapa kisah aku sebelum ini. Juga terima kasih kepada para pembaca semua.

Kisah bermula pada tahun ke-dua aku berkerja di Pulau. Suatu petang yang dingin dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, mendung kelabu awan berarak menandakan hujan nak turun, aku duduk santai-santai bersama kawan sorang guru sambil mengadap hidangan petang kami. Aku berkunjung ke rumahnya untuk kompomkan pasal rancangan aktiviti memancing hujung minggu.

Nun jauh di sudut dewan asrama, aku perhatikan sorang kakak sedang memotong sesuatu mungkin untuk persiapan makan malam pelajar-pelajar asrama. Sekali sekali dia melirik ke arah kami. Lirikan matanya ku sambut dengan senyuman penuh makna dan manis yg tiada terkalahkan. Kawan aku pula perasan tentang pandanganku yg penuh dengan perasaan berbunga-bunga. Bak bunga mekar yang indah berseri menghiasi taman.

Sebelum melangkah pulang, aku sempat berpesan pada kawan untuk menyampaikan salam ku pada sang bunga di taman istana bahagia. Semasa melintasi dewan makan asrama, aku perlahankan motor dan mencuri-curi pandang ke arah dapur dewan. Yessss… Dia lemparkan senyuman semanis madu lalu ku genggam dan ku gubah menjadi LOVE.

Masa berlalu musim berganti, pada satu petang yang indah dan ceria, kawanku datang dan menyampaikan berita gembira tentang sang bunga di dewan makan. Salam ku diterima. Bermula dari saat itulah aku selalu ke rumah kawan dan kekadang aku singgah ke dewan makan santai-santai dengan kekasih hati. Dia sorang janda. Sebelum ini, dia pernah ada kekasih sorang guru namun telah terputus mungkin kerana hubungan tidak direstui oleh isteri cikgu tersebut. Hubungan kami semakin intim namun hanya dapat berjumpa di dewan makan sahaja ketika dia sedang berehat-rehat.

Setelah hubungan kami berusia dalam 3 bulan, Perubahan mula terjadi pada kekasih hati. Mantan kekasihnya semakin rajin berkunjung ke dewan makan. boleh dikatakan hampir setiap hari. Mungkin kah cinta mereka bersemi kembali..? Kekasih hati mula tawar setawar air paip. Setiap kali aku singgah ke dewan makan, dia selalu berikan alasan sibuk. Suatu hari di pagi minggu, aku datang berkunjung ke dewan makan, rasa sebak terus menyelubungiku kerana dia sedang santai-santai penuh kemesraan bersama mantan kekasihya. Sang kekasih menoleh aku dengan senyuman sindir tanpa mempedulikan aku.

Aku balik rumah dengan perasaan sayu dan kecewa. Tidak menyangka dia akan kembali semula kepada mantan kekasihnya. Sebak ku rasa menahan derita. orang baru bercinta lah katakan. Masa sekolah dulu langsung tak pandai nak ngurat awek. Bila dah kerja, baru belajar nak mengurat dan tersangkut cinta pula pada salah orang. Kesian diriku ketika itu.

Aku mula murung dan ceriaku entah hilang ke mana. mungkin ditelan kekecewaan. Aku mula jadi pendiam dan kawan yang selalu aku kunjungi mula perasan akan diriku. Demikian juga dengn kawan kamchingku yang selalu santai-santai ngan aku di malam hari juga perasan akan perubahan diriku. .

Sorry, panjang gila intronya. tetapi terpaksa ceritakan dari A ke B supaya pembaca tahu jalan ceritanya. Sejak bergelar si kecundang, aku mula berjinak-jinak dengan lagu kumpulan SLAM iaitu “Gerimis Mengundang” dan lagu Den Bisa iaitu “Selendang Sutera”. Dua lagu ni lah selalu aku dengdangkan penuh kepiluan walaupun suara aku sumbang sana sini dan membuatkan unggas-unggas menyampah mendengarnya.

Suatu malam di masa bulan purnama mengembang, aku seperti biasa turun ke pekan untuk santai dengan kawan kamching aku. Aku memandu motor hondaku perlahan-lahan kerana sedang menghayati alunan lagu yang sedang ku dendangkan.

Sedang memekak menyanyi dan menarik bahagian chorus, tiba-tiba, aku terdengar satu suara yang sedang ikut aku berlagu sama. Suaranya memang merdu seakan-akan suara berada dalam studio rakaman. Memang merdu dan sedap sangat didengar walaupun ianya sekali sekala tenggelam oleh bunyi motor hondaku.

Hilang segala duka dan nestapa dalam diriku ketika itu. Hanya yang ada rasa seram dan takut yang teramat. Aku gantikan laguku dengan alunan ayat-ayat lazim suci al-Quran dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad (SAW). Aku pecut dan tidak toleh kiri kanan dah apa lagi nak toleh ke belakang. Suara menyanyi terus mengiringiku. Dalam hati asyik bermonolog. “janganlah ganggu aku, aku tidak ganggu ko pun”. Suara nyanyian tidak mengendahkan kata-kata hatiku. Suara nyanyian hanya berhenti ketika sampai di rumah pertama di satu kampung. Baru rasa lega namun mjantungku masih berdebar-debar kuat.

“Nescafe sedap satu, nasi goreng isi ikan satu”. Aku lontarkan pesananku sebelum pelayan sempat sampai ke mejaku. Pesan awal-awal sementara tunggu kawan kamching aku datang. Selesai makan, kawan aku tak muncul-muncul lagi. aku dah mula risau. Biasanya kalau dia datang lambat, pasti aku akan balik lewatlah jawbnya. Dah lah suara nyanyian masih terngiang-ngiang ditelingaku dan sekali sekal membuatkan bulu romaku meremang.

Sangkaan aku tepat, kawan kamchingku datang lewat sekitar jam 10 sebelum warung-warung tutup. Biasanya, warung akan tutup sekitar jam 11 atau 12 malam sekiranya kurang pelanggan. setelah selesai santai-santai sekitar jam 11.30 gitu, kami pun masing-masing balik.

“Dub dab, dub dab” jantung aku mula berlagu risau. Risau akan suara nyanyian muncul semula dalam perjalanan. Kali ini aku memandu agak laju sikit dan tanpa diiringi lagu2 pilu kesukaanku. Alhamdulillah, perjalanan balik rumah tiada apa-apa gangguan. Tetapi, perasaan sebak pula bertandang tanpa diundang. Aku benci sangat dengan perasaan sebak kerana akan buatkan aku tidak keruan.

Aku masuk bilik dan mula melayan semula lagu-lagu kegemaranku. Masuk bilik awal pun bukannya dapat tidur awal juga. Pasti sesiapa yang pernah mengalami kekecewaan dalam bercinta akan memahami keadan yang sedang melanda diriku. Terkadang kita seakan tidak percaya dengan apa yang terjadi. Terkadang ianya umpa mimpi di dalam mimpi.

ketika aku sedang bermain perasaan dengan lagu “Selendang Sutera”, “syuffffff” satu tiupan angin menyapaku. dingin-dingin cara datangnya. Aku terdiam seketika. aku toleh kiri-kanan tiada apa, tetapi tingkap bilik aku terbuka luas. “Mungkin angin berlalu” bisik hatiku.

Aku sambung nyanianku penuh perasaan seolah-olah aku berada di pentas yang dihadiri oleh berpuluh ribu peminat. Sedang sedap-sedap berlagu, satu suara tiba-tiba turut sama berlagu umpama 2 orang penyanyi yang sedang menyanyi berduet. Suara yang sama semasa dalam perjalanan ke pekan awal malam tadi. Aku bingkas bangun dan terus berlari ke bilik sebelah untuk mendapatkan kawanku. Bilik kosong dan aku baru teringat yang kawan aku bermalam di rumah kawannya di pekan.

“psittt…psittt” satu suara memanggilku. namun tiada siapa kelihatan. Aku bergegas turun ke bawah dan terus keluar rumah. aku suka ke halaman depan rumahku apabila aku ketakutan kerana rasa selamat dan luas untuk aku lari dari ketakutan. Malam tu aku tidur di bawah di ruang tamu sahaja. Antara takut dan sebak, 2 2 aku tak suka. Mengganggu jiwa dan perasaan.

Selepas dari kejadian tersebut, aku dah mula menukar lagu-laguku. Tidak ingin lagi aku terus berduet dengan suara tanpa jasad. Suara wanita tanpa jasad. Suara sedap dan mungkin pemiliknya sorang yang jelita dan menawan.

Selepas lebih kurang 2 bulan berduka cita, keadaan aku pulih kembali. Pulih dari derita kekecewaan kerana cinta. Cinta yang didustai dan dicurangi. Aku kini gembira dan ceria. Aku mula aktif semula memancing bersama member-member kaki pancing.

Kisaah kali ini pula tentang hantu bebola cahaya, hantu laut dan hantu Tinggi. aku gabungkan kisah ini kerana ianya berlaku semasa kami dalam trip memancing. Kisah pertama tentang hantu Bebola Cahaya. Ianya berlaku ketika kami perjalanan balik dari memancing. kami ada 6 orang dengan 3 buah motor. Ianya berlaku di simpang puaka. Bebola api mula mengejar kami selepas sejurus melalui simpang puaka tersebut. Malam tu kami umpama mat-mat rempit berluma. Perasaan takut agak kurang kerana kami ramai. Sesam[ainya di rumah, kami ketawa gelihati dengan apa yang kami alami diikuti sedikit perasaan taku. Mungkin Bebola Cahaya tu nak minta ikan yang kami dapat kot.

Kisah kedua pula semasa kami memancing. Tiba-tiba joran kawan di sentap kuat dan berlakulah pergelutan antara kawan dan ikan di dasar laut. Setelah agak lama bertarung, kemudia kawan meminta tolong untuk memberi ruang kepadanya berehat. Aku mengambil alih perlawan. Memang power gila ikan tu. Rasa cara melawannya sepertik ikan ‘Kerbau Laut’ (Ikan putih GT). kaki pancing pasti mengenali ikan GT kerana ianya salah satu ikan impian untuk dilawan.

Setelah aku penat melawan, aku pelawa sorang kawan untuk menggantikan aku. Dia pun mula melayan dan melawan kekuatan ikan tersebut. Dahi dia berkerut seolah-olah ada sesuatu yang dia rasakan. Kemudian mulut dia mula kumat kamit seperti mebaca sesuatu. Tidak lama selepas itu, ikan dengan mudahnya ditarik. apa yang sangat mengejutkan kami, hanya seekor ikan yang bersaiz dalam lingkungan sekilo dua saja. Menurut kawan yang menaikkan ikan tersebut, ada sesuatu di dasar laut yang cuba bermain-main dengan kami.

Kisah ketiga tentang hantu Tinggi yang membawa pelita. Ianya berlaku ketika kami perjalan pulang menuju ke jeti. Pada mulanya hanya kelihatan seperti ada lampu di atas permukaaan laut. Semakin kami hampir ke lampu tersebut, tiba-tiba kelihatan satu susuk tubuh berwarna hitam yang sangat tinggi. Kami semua terdiam dan saling berpandangan antara satu sama lain. Mujur hantu tersebut tidak mengganggu kami dan hanya berselisih begitu sahaja.

Sekian untuk kisah kali ini. Yang baik semua dari Allah(SWT) dan yang tidak baik semuanya atas kelemahan diriku. Wallahu’alam….

Hantar kisah anda di sini : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

4 thoughts on “Aku, Dia dan Lagu”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.