Aku Driver Bas

Assalamualaikum.. hai readers FS. First of all, aku bukan penulis berbakat sangat. Sekadar berkongsi pengalaman dari seorang kawan aku sebagai driver bas. ‘AKU’ dalam cerita ni adalah kawan aku. Aku bagi nama apex la.. Ok let’s start…

KISAH 1:
Kejadian ni aku berlaku sebelum lebuhraya LPT dibuka iaitu laluan bertol ke Pantai Timur. Jadi pada malam tu trip aku ke dari KL ke Kelantan. Masa tu LPT belum rasmi dibuka lagi, so jalan yang ada hanyalah jalan lama atau jalan kampung melalui Gua Musang- Kota Bharu. Jalan tu akan melalui satu bukit ni, yang orang panggil selekoh 7 atau Bukit 7 beradik. Tah aku pun ingat-ingat lupa. Betulkan aku kalau ada salah.

Laluan sana takda highway sangat, so mostly banyak akan lalu kawasan kampung la. Pernah sekali tu nak ambil penumpang di Kota Bharu dan malam tu je tah berapa kali kena kacau aku pun tak tahu. Tengah layan bawak bas, tiba-tiba ada sebijik motor ni lalu, tengok-tengok takda kepala weh ! Kalau tak kuat, aku rasa dah lama aku arwah sorang-sorang sebelum ambil penumpang. Alhamdulillah Allah masih lindungi aku.

Bayangkan setiap minggu ada kemalangan area situ. Kalau tak silap tahun 90-an, banyak kes bas kemalangan. Paling ngeri satu bas semua terkorban sebab jatuh gaung. Kat setiap anak bukit tu ada je yang memerhati dan mengganggu. Sekarang jalan tu dah ditutup dan dilencongkan masuk ke highway. Ada satu malam, aku dengan partner kena ambil penumpang kat Kelantan, dari KL dalam pukul 11 malam. Berhenti di RnR, ada sorang penumpang kena rasuk dalam bas. Mujur ada sorang ustaz dalam bas tu. Boleh la dia tengokkan and bagi pulih balik. Yang aku paling tak boleh blah, masa aku berenti RnR untuk berehat, means tido la sekejap. Masa aku bangun, sedar-sedar aku kat tepi hutan. Tercengang aku dalam keadaan tanda tanya. Masa ni aku memang agak, sah-sah aku dah kena game ni. Ni pengalaman yang bagi aku agak scary.

KISAH 2:
Kejadian ni pulak baru je jadi tahun lepas. Trip aku dari KL ke Kuala Perlis. Malam tu je, 2 kali aku kena. First kena kacau, kat Bukit Jelapang. Ngam-ngam turun bukit tu, kak Pon sedap elok bertenggek betul-betul tengah divider. Lepastu boleh pulak dia mai duduk kat cermin sisi sebelah driver, means sebelah aku la.. Masa tu cermin pulak takda tinted, Nampak real gila. Ngeri tak payah cakap la. Hanya yang pernah kena tau la rasa macam mana.

Kali kedua kena pun malam yang sama jugak, kat area Sg Petani. Kalini dia takda tiket bas, hahahahha. Muka tak malu duduk seat kecik sebelah driver. Haishh dia ni !! Yang tu kalau tak silap penampakan memang nampak macam bentuk manusia. Tapi muka tak nampak, rambut Panjang tunduk bawah. Pakaian dia warna putih piaww punya bau hanyir d***h. Yang peliknya boleh pulak aku halau dia, tapi cara baik la.. Itu pun punya lama baru dia nak blah. Sempat lagi tu walaupun dalam tengah berdebar.

Ok sebenarnya banyak lagi koleksi cerita seram si Apex ni.. Nnti aku share lagi dengan korang ye. As a bus driver yang sememangnya banyak tempat dia tuju, memang banyak la pengalaman seram yang dia pernah alami. See you soon guys
THANKS,

HaniBunny

HaniBunny

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 3.5]

11 thoughts on “Aku Driver Bas”

  1. jadi driver bas pun mencabar ae.. ni kalau jiwa tak kental, tak bole bayang apa jadi.. moga para driver bas semua diberi kekuatan menjalankan tugas..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.