Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia uolls. Tq Admin kalau siarkan cerita aku ni. Ok, aku mulakan..
Cerita ni dah 4 tahun pun, sebab yang buat aku nak confess kat sini ialah aku baru teringat pasal kejadian ni. Aku mudah lupa orangnya.
Ok, 4 tahun lepas aku sambung belajar di sebuah kolej di daerah seberang di Pulau Pinang ambil diploma, dan kolej tu pun dah tutup haha! Kolej perubatan swasta. Umur aku pun dah 20 an masa tu, gedik nak sambung belajar sebab rasa bosan. Apa yang aku nak ceritakan di sini bukanlah pasal kisah seram di kolej tu tapi pasal highway yang selalu aku ulang alik balik tiap minggu sebab aku rasa macam dekat je rumah aku padahal jauh jugaklah bagi seorang perempuan macam aku naik motor. Bak kata seorang senior ni tabahnya aku gigih balik tiap minggu. Oh ya! Rumah aku di Alor Setar, berapa ratus kilometer tu aku dah lupa, hee sorry! 😉
Kejadian ni dalam semester berapa aku dah lupa. Selalunya selepas Asar hari Jumaat aku akan gerak balik ataupun selalu lepas habis class yang terakhir. Tah camna hari tu lepas class tengahari aku tertido sampai lewat petang. Kelam kabut aku bangun mandi solat dan capai beg baju nak gerak balik. Kebetulan minggu tu semua housemate pun balik sebab study week, jadi aku orang terakhir keluar rumah. Waktu depan rumah aku tengok cuaca mendung, langit gelap. Hati aku mula rasa tak tenteram, sebabnya aku takut kalau hujan nanti disusuli guruh petir kalau hujan saja aku tak risau sangat.
Lepas berdoa semuanya, aku hidupkan enjin motor dan keluar dari hostel kolej. Keadaan dah nampak lengang mungkin semua dah beransur pulang ke rumah masing-masing. Sepanjang perjalanan tu aku tak henti-henti berdoa berzikir agar selamat sampai rumah. Sesampainya aku di susur keluar Sungai Petani Selatan, hujan turun dengan lebat selebatnya. Aku nak berhenti berteduh tapi aku baru saja lepas kawasan jambatan, nak menangis aku rasa dengan jalan tak nampak dan angin yang kuat disusuli pula guruh petir berdentum dentam. Aku kuatkan hati dan dalam perjalanan pula tiada satu kenderaan yang lalu di jalan masa tu. Aku sudah mula cuak dan menangis dalam hujan berharap agar kenderaan lain akan banyak di jalan masa tu.
Hujan makin lebat, tiba-tiba ada cahaya silau di cermin motor aku. Alhamdulillah aku bersyukur ada kenderaan lain. Sebuah kereta menghampiri motor aku dan ku lihat sebuah family Cina dalam kenderaan tu memberikan syarat untuk follow motor aku sambil menghidupkan lampu kecemasan kereta mereka. Aku mengangkat tangan tanda terima kasih kepada family itu sejurus aku tiba di bawah sebuah jambatan untuk berlindung dari hujan, kelihatan beberapa buah motor turut berada di situ dan kesemuanya lelaki. Aku tak berani bawa motor masuk ke dalam jambatan kerana kesemuanya lelaki, aku hanya berhenti di tepi penghadang jalan di belakang motor seorang pakcik India.
Aku tutup suis motor dan hanya pandang melihat hujan, ku lihat penunggang motor lain sedang leka merokok. Pakcik India tiba-tiba bersuara menegur ku, “dari mana dik? Nak balik mana? Sorang-sorang ni tak takut ke? Bahaya tau”. Aku hanya menjawab aku dah biasa ulang alik. Pakcik ni terkejut ingatkan aku lelaki bila dengar suara perempuan sebabnya aku tak buka-buka helmet masa tu. Hujan terus lebat. Aku makin rancak berbual dengan pakcik tu sebab dia pun nak balik Alor Setar dan jalan yang dilalui pun sama, tapi aku akan sampai di rumah terlebih dahulu dan pakcik kemudian. Aku gembira sebab hilang takut aku bila pakcik tu cakap akan follow belakang motor aku waktu balik nanti.
Oh ya! Pakcik tu kerja di Butterworth dan hari-hari ulang alik naik motor dari Alor Setar seawal jam 5 pagi dah keluar dari rumah. Kulihat dalam raga motornya ada bekas makanan agak besar dan minuman, katanya setiap hari isteri akan bangun masak awal untuk bekalan makannya bagi sepanjang hari. Motornya agak usang, bukan agaklah tapi memang usang sangat. Hati aku terusik. Kadang aku hanya ketawa kadang aku serius dengar ceritanya. Tapi apa yang aku perasan, orang di sekeliling hanya memandang aku & menggeleng kepala sambil berlalu pergi walaupun hujan masih lebat.
Ok, dalam perbualan itu pakcik cerita kisah seorang lelaki yang meninggal di situ ketika berhenti berteduh. Mangsa disamun dan ditikam perompak sambil pakcik tunjuk tempat mangsa betul-betul berteduh tu di tempat motornya yang diparkir sekarang iaitu depan motor aku. Aku tergamam dan riak wajah aku berubah! Seterusnya pakcik tu nasihatkan kalau ada nampak kereta berhenti di sini teruskan saja perjalanan sebab yang datang tu mungkin penjahat. Hal ini kerana pakcik tu dah terkena. Aku masih diam tergamam. Aku memerhati sekeliling, rupanya tinggal aku dan pakcik tu saja disitu. Pakcik perasan aku dh gelisah. Dia minta aku jangan takut dan ajak teruskan perjalanan sebab hujan dah renyai-renyai. Aku setuju dengan menganggukkan kepala.
Lalu aku hidupkan enjin motor, dan pakcik menyarung jaketnya. Waktu itu, tiba-tiba meluncur laju sebuah kereta kancil berwarna merah berhenti di hadapan kami. Keluar dari kereta tersebut 3 orang lelaki sambil memegang pisau! Ya aku yakin pisau sebab dekat sangat dihadapan aku. Tidak semena-mena hujan lebat kembali. Aku panggil pakcik untuk tengok di depan dan dia hanya menjawab, “ya, adik diam kat situ jangan takut, pakcik cakap pasal ni la tadi”. Apa yang aku rasakan masa tu hanya penyesalan, ketakutan, fikir family dan macam-macam dalam kepala aku. “Sorang je ke? Ha ah la sorang, kesian dia”, salah seorang dari lelaki berpisau tu bertanya sambil berjalan menghampiri aku.
Aku hairan, seorang apa bendanya, tak nampak pakcik depan aku ni agaknya. Tiba-tiba, “weh blah weh! Lari cepat!” kata lagi salah seorang dari lelaki berpisau. Terus mereka berlari masuk dan kereta kancil tu berlalu dengan lajunya. Aku masih tergamam dan tercegat di atas motor aku sambil meminta jawapan dari pakcik dengan raut wajah aku yang berkerut. Pakcik hanya senyum dan minta aku jalan dahulu dan jangan pandang belakang sehingga sampai dirumah. Katanya akan follow aku sampai Alor Setar. Aku hanya mengiyakan dan bergerak dengan kelajuan motor sederhana. Hujan sudah renyai kembali. Dalam perjalanan aku masih memikirkan kejadian kumpulan lelaki berpisau kereta kancil merah tu, aku harap tak akan jumpa lagi di perjalanan hadapan, aku risau! Kenapa mereka berlari ketakutan lintang pukang begitu aku masih tak paham.
Seterusnya, dah jauh perjalanan tu hati aku teringin nak tengok pakcik dekat ke jauh dari belakang motor aku. Tapi, bila fikirkan pesanannya jangan pandang ke belakang sehingga tiba di rumah aku mula rasa tak kena. Aku kuatkan hati tengok ke cermin kanan motor dan pakcik tiada! Huh! Aku kaget sebab aku fikir aku bawa laju, yelah motor dia kan dah usang sangat, aku rasa bersalah dan perlahankan motor, aku masih menanti tapi hanya motor-motor lain yang memintas motor aku. Akhirnya dalam tak sedar aku dah tiba di tol Alor Setar selatan dan pakcik masih tak kelihatan sehingga aku sampai di rumah. Aku ralat, sebab aku nak ucapkan terima kasih! Bila mengingatkan kebodohan yang nyata aku tak tanya nama pakcik tu lagilah aku ralat dan stress. Cuma mengetahui kawasan perumahannya saja. Setiba dirumah, aku pandang jam dinding menunjukkan pukul 9.30 malam.
Sebulan lepas tu, aku dalam perjalanan balik ke rumah dan hujan lebat. Di tempat yang sama aku berhenti berteduh. Dalam keramaian penunggang motor disitu aku terdengar perbualan yang mengatakan pernah terjadi kejadian samun dan b***h disitu, mangsa adalah lelaki tua berbangsa India menaiki motor Honda EX5 hitam. Sambil menyedut rokok penunggang motor itu bercerita sambil menoleh kepada aku dan meminta aku ke tepi kerana kereta semakin banyak dan laju. Aku mengangguk dan mengubah kedudukan motor. Fikiran aku memikirkan pakcik, adakah dia? Airmata aku menitis laju!
Sampai sini saja, maaf kalau cerita ni bosan. Terima kasih. 😉
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
cerita kau ni macam rekaan semata mata je
Aku pun rasa rekaan. Apa pun, menarik juga walaupun rekaan. Kakakaka
Too much co-incidence
Sedih wei. X kisah la rekaan ke apa.. Janji sampai we
aku tak rasa rekaan…well done dik
Best..seram2 yang x seram..sedih pun ada, benda ni datang sbb nk tolong budak pompuan tu klu x mungkin dia da xde…
rasanya bukan rekaan apapun sedih.hanya yang pernah melalui pengalaman sebegini yang memahami
Sedih gak, pakcik tu baik kot siap hantar lagi.