Kejadian berlaku penghujung 90an, umur aku dalam lingkungan 7-9tahun, waktu cuti sekolah. Aku dibesarkan di bandar, jadi bila ibu aku ajak pulang ke kampung, memang ‘excited’ lain macam. Rumah nenek seperti rumah kampung lama yang biasa, bertiang tinggi supaya ada ruang sedikit di bawah rumah, tujuannya kalau banjir air tak masuk dalam rumah.
Kami tiba di kawasan rumah nenek agak lewat petang, langit dah bertukar warna, ayam pun dah riuh nak masuk reban. Sebab aku jenis jarang nampak ayam dan naluri kebudakkan masih menebal masa tu, aku pun riuh berlari bekejar dengan ayam kononnya menyuruh ke reban, bertempiaran ayam lari masuk bawah rumah dek kerana terkejut kan aku.
Aku mula menjengah di bawah rumah, aku perasan ade seekor ayam di tengah tengah kawasan bawah rumah, perlahan aku mula mengjengket ke kawasan tersebut. Sampai di situ, aku tiba tiba rasa lain, keadaan jadi sunyi dan tiada langsung kelibat ayam yang aku lihat tadi, sedang aku sibuk mencari ayam, aku terasa ada hembusan angin lalu di tepi aku tapi tak endahkan.
Niat untuk pergi lebih jauh ke bawah rumah aku batalkan bila ibu mula menyuruh aku masuk. “Hari rembang”, keras suara ibu sambil menunjuk ke arah langit. Aku pun keluar dari bawah rumah sambil melihat langit. Warna langit memang lain hari tu, oren merah kekuningan, ibu cakap waktu macam tu syaitan keluar. Aku diam sebab mula rasa aneh, ada sesuatu tak kena bila aku keluar dari bawah rumah tadi.
Tiada apa apa terjadi sampai lah waktu tidur. Dalam pukul 10-11malam macam tu, tiba tiba ade bunyi riuh dalam reban ayam, aku jadi takut, mata aku melilau melihat keliling. Masa tu perasaan aku terasa di ancam, pak ngah mula keluar bila riuh ayam tak berhenti. Beberapa minit kemudian pak ngah masuk ke bilik memberitahu ibu ada musang di dalam reban. Aku jadi khayal, rasa seperti separa sedar, rasa takut makin menebal dan ibu mula tenangkan aku bila dia perasan aku lain. Lepas tu aku tak ingat apa jadi.
Esoknya, ade tok moyang datang rumah. Dia perawat tradisional. Dia beritahu, ibu bercerita aku meracau teruk malam semalam, jadi ibu panggil dia untuk pulihkan semangat aku. Dia bacakan beberapa surah dalam Al-Quran dan hembuskan pada air untuk diminum. Tok moyang nasihatkan aku, waktu senja jangan sesekali masuk di bawah rumah kerana itu puncanya aku meracau teruk.
Waktu rembang memang banyak syaitan keluar, mungkin ada yang nak menyakat semalam. Orang kata syaitan memang tertarik dengan kanak-kanak.
Sejak dari tu aku memang tak masuk bawah rumah sampai umur aku 13tahun. Itupun aku beranikan diri sebab nak cari telur ayam punya pasal. Alhamdulillah tak ada apa terjadi lagi. Lepas kejadian tu, ibu memang ‘alert’ bila aku masih tiada di rumah waktu hampir senja.
kisah aku tak seram mana tapi banyak pengajaran yang boleh dapat dari sini. Rumah nenek dan sekitarnya memang banyak misteri, kalau berkesempatan nanti aku cerita lagi. Terima kasih admin. Salam sayang dari Mia.
Mohon tgk short film kami berkaitan kawasan bawah rumah tuh.. X brapa menarik.. Tpi boleyh lah.. Search jat youtube “kolong 2018” saya selaku pembantu pengarah.. Promote lah skali.. Hehe.. Trima kasih..
orait.
Ok dah tgk kolong 2018…😁😁😁… 👍🏻👍🏻👍🏻…main lagi nyorok2 mlm2..
dah tengOk Kolong 2018. anak saya umur 2 tahun takut 🤣
Hahaha main lagi 😂
Memang betol pon senja2 ni banyak syiatan. Tak elok duk luar masa tu. Nice story
saya cadangkan admin buat apps 😊
Saya sokong cadangan ni 🙂
apps fiksyen shasha dh ada dlm playstore
haah!..
good idea tu