10 tahun lepas
” Adik, jangan main jauh jauh, nanti abang susah nak cari.” ujarku setelah melihat adik kesayanganku berlari lari di kawasan luar rumah, ” baik bang!!” balas adikku. Aku tengah bersusah payah di bawah rumah membaiki basikal kami berdua, hancur sedikit setelah kami terlibat dalam kemalangan kecil di tepi sawah ayah, tapi nasiblah keadaan kami berdua baik baik saja . “kalau nak bawak pergi bengkel ni, mahal nak atur basikal ni, kena tanya ayah dulu lah lepasni”. ujarku dalam hati.
Namaku Zalif, adikku Zamir, jarak umur kami berdua 5 tahun, aku berumur 15 tahun baru sahaja bergelar pelajar tingkatan 3, adikku pula baru berumur 10 tahun, darjah 4. Walaupun aku dan adikku berlainan sekolah, jarak dari sekolah aku dan dia hanya mengambil masa 5 minit untuk sampai ke sana.
Setiap kali habis sesi persekolahan, aku akan berbasikal pergi ke sekolah adikku untuk menjemputnya, Telah menjadi rutin kami berdua, adikku kayuh basikalnya sendiri, aku juga punya basikal aku sendiri. Basikal kami ini dihadiahkan oleh ayah kami, orang kampung memanggilnya pak jol, kami berdua pula memanggilnya abah. Dia merupakan imam di kampung ini. Ibuku pula bernama aminah, orang di sini memanggilnya mak minah. Dia pula tetap setia dengan menjual karipap sardinnya setiap pagi. karipapnya memang tiptop dan menjadi kegemaran penduduk di kampung ini.
” ABAH!! ”
” ye zalif, ada apa ni panggil abah, terkejut abah dibuatnya” balas abah dengan riak wajah yang berkerut. “hehe maaf abah, zalif nak tanya ni, boleh ka kita pergi hantar basikal zalif dan adik pergi bengkel, sebab macam dah tak dapat atur dah tu, mungkin bang man boleh tolong baiki, dia kan mekanik tersohor dekat kampung ni, minggu depan bolehlah zalif dengan adik naik basikal pergi sekolah. dah tak perlu susahkan abah nak hantar kami berdua naik motor” riak wajah abahku bertukar menjadi sedih, entah kenapa, mungkin abah tengah dalam kesusahan, memikirkan kos untuk baiki basikal kami berdua. soalku dalam hati. ” ye zalif, nanti abah pergi hantar ya, kamu tu banyakkan berehat, kamu belum sihat lagi tu” jawab abah. ” terima kasih abah, ya nanti zalif rehat, zalif nak panggil adik jap ajak makan” abahku melihatku dengan tatapan yang hiba, entah kenapa 2 minggu ni, abah kelihatan sangat muram, mungkin memikirkan nasib keluarga, atau memikirkan nasib diri sendiri. Aku doakan, abah dan ibu sihat sentiasa, amin.
” Adik!!! Adik!!!, nak maghrib dah ni, pulang lagi, nanti ibu marah, ibu dah masak makan malam ni”
aku tercari cari kelibat adikku, dia tiada di kawasan rumah. ” aduh, buat hal lah budak ni, nak kena cari dia pulak dah satu hal” tanpa berfikir panjang, aku terus mencari adikku di kawasan kampung, sudah beberapa meter aku berjalan, baru aku teringat yang aku terlupa untuk memberitahu abah dan ibu yang aku keluar mencari adik. ” takpalah, tak lama, nanti aku dan adik pulang” hari yang senja mulai gelap, kelibat adikku masih tidak kelihatan. aku meneruskan langkahku di kawasan hujung kampung, di sana, kanak kanak sering berkumpul bermain bola sepak, mungkin adik aku ada di sana siapa tahu?
setelah sampai di padang hujung kampung, aku melihat sekumpulan kanak kanak sedang bermain bola sepak. Aku terus menegur mereka tanpa kata basi. ” korang ada terserempak dengan adik abang tak, dia sebaya macam korang, dia pakai topi biru, baju hijau dan seluar pendek” mereka terus memandangku dengan tatapan yang pelik dan menyeramkan. Salah seorang daripada mereka menjawab ” saya nampak dia masuk ke dalam hutan itu” sambil menunjuk hutan hujung kampung yang dikatakan berpuaka itu. ” baiklah terima kasih dik” aku meninggalkan mereka dengan penuh tanda tanya. Belum lama aku beredar dari situ, aku melihat kembali kawasan padang itu sangat sunyi, budak budak tadi hilang dalam penglihatanku. Mungkin sudah balik agaknya, hari pun dah nak maghrib. Ujarku dalam hati.
” kenapalah adik aku ni degil sangat masuk dalam hutan ni ” dengan lafaz bismillah, aku masuk ke dalam hutan tersebut. Nasib baiklah aku sudah berbekalkan lampu suluh yang aku ambil di bawah rumah tadi. Setelah aku melangkahkan kaki masuk ke dalam hutan itu, angin laju terus menampar wajahku. Aku terus merasakan ada sesuatu yang buruk bakal terjadi selepas ini, tetapi disebabkan kerisauanku terhadap adik kesayangku, aku tetap mara dengan berani mencari keberadaannya. Mulutku tidak berhenti dengan zikir dan menjerit jerit nama adikku. ” ABANG, TOLONG!!! ” telingaku menangkap suara adikku, ” ADIK, MANA KAU” aku menjerit kerisauan. ” adik dekat depan ni abang, tolong ada hantu kurung adik~~” tanpa berfikir panjang, aku redah semua ranting dan halangan di dalam hutan itu. Aku hanya memikirkan nasib adik aku, zamir.
” Zamir, tunggu abang datang!!” Tiba tiba tanganku dipegang erat oleh seseorang, genggaman nya tajam. Aku terus menoleh dan terus kaku setelah melihat sosok makhluk berbulu hitam, bermata merah memandang ke arahku. ” Apa kau mahu dari aku setan!!” aku menjerit kearahnya dalam keadaan marah, kerana yang aku fikir hanya nasib adikku. ” kau akan terima nasib yang sama macam adik kau budak!!!! ” dengus nya marah. ” kembalikan adik aku, apa kau dah buat padanya!!” aku meronta ronta ingin dilepaskan.
Tidak lama kemudian, makhluk itu melepaskan genggamannya, sambil berkata ” Kau harus berdamai dengan takdir, kalau tidak kau akan terperangkap dengan dunia kau sendiri” . Aku terus terbaring, kelelahan. Keadaan kembali reda, hari pula semakin gelap, entah apa yang baru saja aku lihat tadi, mimpi atau nyata. Di tengah hutan itu, aku hanya ditemani rimbunan pokok yang tinggi dan berjalar jalar. ” abang~~” Aku mendengar suara adikku kian lemah. Dengan penuh kekuatan, aku terus bangun dan pergi ke arahnya. Dengan izin Allah, aku melihat adikku yang terperangkap di dalam rimbunan ranting dan dahan pokok. ” zamir, abang dah datang”.
syukurlah, adikku masih bernyawa. Namun dilihat dari rupa, dia kelihatan sungguh tidak bermaya. Tidak menunggu lama, aku mencantas dahan dan ranting pokok untuk mengeluarkan zamir. badanya cedera dengan luka luka yang sudah kering, mukanya juga kelihatan sangat pucat. Hatiku sayu melihatnya. Aku terus meletakkan tubuh adikku di belakangku, berbekalkan sedikit tenaga, aku melangkah keluar dari hutan puaka itu. Adikku tidak berbunyi, mungkin sudah kehilangan banyak tenaga.
Tidak lama kemudian, aku mendengar bunyi seakan orang berlari di belakangku. Alangkah terkejutnya aku melihat makhluk berbulu tadi berlari ke arahku, sambil berkata ” KAU MAHU KEMANA HAHAHAHA” dia ketawa terbahak bahak, mulutku terkumat kamit dengan zikir dan ayat Al Quran sebagai pelindung, mujurlah ayahku banyak mengajar ilmu agama kepadaku. Makhluk yang menyeramkan itu kini berada di hadapanku. ” ayat yang kau baca tunggang langgang, kau tidak mampu mengapa apakan aku budak” perli mahluk itu padaku.
Tanpa aku sedar, aku melihat makhluk itu merampas adikku yang kini berada dalam genggamannya. ” Kembalikan dia!!! ” makhluk itu terus menampar keras di wajahku. ” KAU, HARUS BERDAMAI DENGAN TAKDIR!!” ucap makhluk berbulu itu. Aku tidak lagi berdaya, makhluk itu pergi membawa zamir kedalam kegelapan. langkah kakiku seakan akan terkunci, mataku terpejam rapat. kalimah terakhir yang keluar dari mulutku hanyalah ” Allah bantu aku.. ”
epilog
” Zalif, bangun nak!! ini ayah dan ibu datang”
” ibu, abah, selamatkan zamir.. .”
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI