Aku Masih Mencarimu

Lokasi: Lapangan terbang antarabangsa Chiang Kai Shek, Taipei.

Waktu: 20:39 hours.

Singapore Airlines penerbangan nombor SQ006 meluncur perlahan tapi lancar menuju ke landasan. Boeing 747-400 itu tampak gagah dan memukau dengan warnanya yang putih murni disulam garis keemasan serta biru.

“Sierra Quebec zero-zero six clear for take off on runway Lima-Three Rerrigght,” terpacul suara dari menara kawalan yang penuh statik di headphone Kapten Chua.

“Did he say Right? or Left?” soal Kapten Chua sambil mengerling sekilas pada Flight Officer (FO) Choong di sebelah kanannya. Kurang jelas rasanya ayat yang last tu ditelinga Kapten Chua.

“sounds like left,” FO Choong meneka rambang. Dia pun tak berapa pasti kanan ke kiri yang didengarnya tadi.

“you sure?”

FO Choong terkebil.

“Sierra Quebec zero-zero six request repeat,” pinta Kapten Chua pada mikrofon kecil di tepi bibirnya.

“Sierra Quebec zero-zero six clear for take-off on runway Lerrgghhmarr-Thrree Rrighht,” suara penuh statik terdengar lagi bergema kecil di dalam kokpit.

“roger that,” balas Kapten Chua. Tapi tampak sedikit iras kekeliruan di wajahnya.

Betty berjalan anggun di tengah-tengah aisle di dalam kabin sambil memastikan para penumpangnya sudah bersedia untuk berlepas. Senyumannya tak lekang dari bibir. Setiap penumpang yang bertentang mata dengannya tentu Betty hadiahkan senyumannya yang manis, semanis mangga harum manis. Matanya terlihat seorang gadis kecil mungkin berusia kira-kira tiga tahun duduk di seat bersebelahan ibunya. Matanya indah berwarna biru dengan rambut berkilau kuning keemasan. Cantik. Betty tersenyum padanya dan ibunya membalas senyuman Betty, tapi gadis kecil itu tertunduk malu.

Sudah hampir lima tahun Betty terbang sebagai pramugari di Singapore Airlines. Sudah dikira tahap senior stewardess. Dan dalam penerbangan malam tu dari Taipei menuju ke Los Angeles, Betty bertugas di Business Class bersama Chief Steward Anand dan Chief Stewardess Katherine. Penumpang di kelasnya malam itu hanya separuh penuh atau “half-full” bak kata orang Inggeris. Memang penerbangan malam itu tidak penuh seperti kebiasaannya. Hanya 198 penumpang. Jet Boeing 747-400, jet komersial terbesar ketika itu boleh memuatkan hampir 400 penumpang bila penuh kapasitinya.

Pesawat bergegar tiba-tiba ditampar angin. Tubuhnya yang sederhana tinggi, namun sedikit berisi tu terhuyung-hayang. Pantas Betty perbetulkan langkah dan kembali melangkah anggun. Pengalaman terbang selama lima tahun mengajarnya untuk langsung tidak berasa risau dengan hanya sedikit gegaran. Sudah beberapa kali suasana cemas dihadapinya selama bertugas sebagai pramugari seperti gegaran kerana ribut, pesawat tiba-tiba menjunam beberapa ratus kaki tanpa amaran, tray makanan melambung ke silinh kerana poket udara dan berbagai lagi detik kecemasan. Lagipun, mereka masih berada di daratan ketika itu. Jadi Betty langsung tidak berasa bimbang dengan gegaran yang agak kuat tadi. Senyumannya terus mekar di bibir.

Flight Officer Choong tekun meneliti take-off checklist di ribanya. Satu-persatu senarai itu diperiksanya mengikut sequence dari perkara pertama hingga seterusnya. Itu tugas amat kritikal dalam saat itu sebelum mereka berlepas. Semua perkara wajib diperiksa dan di set-up. Kapten Chua pula kelihatan serius merenung keadaan di luar tingkap kokpit. Hujan lebat turun mencurah-curah sehingga kelihatan turun pada arah 45 darjah. Angin kuat seakan menampar-nampar Boeing 747 itu dengan bunyi yang agak menggerunkan. Sesekali tubuh pesawat itu kelihatan bergegar melawan angin.

“Can you see the runway on your side?” tanya Kapten Chua.

“Nope. visibility is no more than 50m though,” jawab FO Choong.

Ada sekilas bayangan risau pada wajah Kapten Chua. Dia masih tak berjumpa dengan landasan yang diberikan oleh menara kawalan. Hujan yang amat lebat mengehadkan jarak pandangannya. Pesawat itu terus dipandunya perlahan. Setelah hampir beberapa minit begitu, tercari-cari landasan yang diberikan untuk berlepas, dari jarak kira-kira 50 meter, Kapten Chua nampak sebaris lampu dari arah kirinya. Dia pasti landasan itulah yang dicari-carinya untuk berlepas.

Segera dia membelokkan pesawat ke kiri. Setelah semakin hampir dengan barisan lampu yang dilihatnya tadi, Kapten Chua mencapai interkom di tepi seat-nya.

“Cabin crew, to your take-off station,” suara Kapten Chua melalui interkom terdengar bergema di seluruh kabin.

Betty percepatkan langkahnya menuju ke galley (dapur).

“Cabin ready for take-off,” lapor Betty pada Chief Steward Anand yang sedang sibuk mengunci semua compartment di galley.

“Okay. thanks Betty. Go take your seat now.”

Betty segera duduk di seat-nya. Tempat duduknya terletak betul-betul bersebelahan dengan sayap pesawat di sebelah kanan. Segera dipasang tali pinggang keledarnya dan merenung keluar melalui tingkap kecil di sebelah seat-nya. Tiada apa yang dapat dilihatnya di luar sana. Hanya bayangan cahaya dari lampu-lampu yang membarisi sepanjang landasan yang kelihatan berkelip-kelip.

Betty tersenyum sendiri. Agak kurang sabar rasanya untuk segera tiba di Los Angeles. Walaupun trip kali ini bukanlah tripnya yang pertama ke Los Angeles kerana sudah agak sering dia ke sana, namun apa yang ada di bandar Hollywood itu buatkan Betty selalu rasa teruja. Shopping-lah tentunya. Memang Betty dah merancang akan bershopping sakan bila di sana nanti. Berbagai pusat beli-belah ternama memenuhi bandar Los Angeles seperti Macy’s dan Rodeo Drive yang menjadi tumpuan pelancong dan penduduk di sana untuk berbelanja sampai tak ingat dunia.

Kapten Chua menghalakan pesawat menghadap lurus ke landasan dan memberhentikan pesawat.

“Sierra Quebec zero-zero six hold short at runway Lima-thrrree Rriigghhttzz… and clear for take-off,” suara dari menara kawalan penuh statik terdengar lagi di headphone Kapten Chua. Mungkin cuaca yang sangat buruk membuatkan komunikasi antara menara kawalan dan pesawat agak kurang jelas dari biasa pada malam itu.

“Roger that. Thank you,” jawab Kapten Chua.

“They said right, I think,” FO Choong mencelah.

Kapten Chua menoleh sekilas padanya dengan ekspresi wajah kurang senang yang membuatkan FO Choong terkedu sedikit.

“It’s Left. This must be the runway assigned to us,” Kapten Chua menyanggah dengan nada sedikit tegas.

Kapten Chua merenung sekilas di depannya yang nampak sangat kabur kerana hujan yang amat lebat disertai angin yang bertiup menggila. Segera tangan kirinya mencengkam throttle enjin. FO Choong juga segera meletakkan tangan kanannya ke throttle. Serentak mereka menolak throttle terus santak ke depan. Keempat-empat enjin Pratt & Whitney pesawat Boeing 747-400 itu mengaum kuat. Tubuh pesawat seperti melonjak kedepan sedikit dan terus bergerak semakin laju.

Terdengar enjin mengaum kuat di telinga Betty. Namun dia sudah amat biasa dengan rutin begitu. Hatinya berbunga riang kerana ini menandakan pesawat sudah mula bergerak untuk berlepas. Segera dia membetulkan duduknya dan tubuhnya ditegakkan dan pandangannya dihalakan ke depan. Pesawat terasa seperti terbuai ke kiri dan kanan diasak angin kencang, tapi Betty tidak merasa apa-apa yang merisaukan. Semua itu seperti sudah amat biasa baginya. Pesawat terus bergerak laju dan hanya jaluran panjang kilauan cahaya landasan dapat dilihat diluar kerana jarak pandangan yang semakin buruk.

“V1,” umum FO Choong. Saat atau ketika yang tiada lagi peluang untuk membatalkan pesawat dari berlepas.

“V2,” umum FO Choong lagi. Saat yang hanya beberapa detik sebelum pesawat mula terbang meninggalkan landasan.

“Rota…” Kapten Chua tidak sempat menghabiskan instruksi.

Semuanya seakan berlaku terlalu pantas buat Kapten Chua. Kelibat gadis berbaju seperti Cheongsam merah terlihat berdiri tegak di tengah landasan, seakan menghadap pesawat itu di tengah-tengah hujan yang menggila. Lalu diikuti dengan kelibat traktor-traktor dan kren betul-betul terletak bertaburan di atas landasan.

“Oh, shit!” Kapten Chua terpekik.

Betty terasa seperti pesawat terangkat dari landasan. Namun satu hentakan hebat membuatkan Betty seperti terlambung dari tempat duduknya. Tubuhnya terhumban keras ke dinding pesawat seperti anak patung yang dilempar dan terus menerobos keluar dari dinding yang sudah robek ternganga. Kepalanya terkopak besar serta kedua kakinya hampir putus dan tubuhnya terus terhumban terperosok ke bawah enjin yang masih mengaum kuat.

Betty m**i serta-merta. Namun dia masih bernasib baik jika dibandingkan dengan para penumpang di kabinnya. Satu letupan besar yang menyusul beberapa saat kemudian serta api yang memenuhi kabinnya di bahagian tengah pesawat menamatkan terus riwayat para penumpang di situ yang masih nyawa-nyawa ikan sebelumnya akibat parah terhumban dari seat masing-masing. Chief Steward Anand dan Chief Stewardess Katherine m**i berkecai dan hangus. Dan juga gadis kecil cantik bermata biru berambut kuning keemasan bersama ibunya.

Pesawat terputus tiga dan berselerakan akibat terlanggar traktor-traktor dan kren di landasan yang sebenarnya sudah hampir seminggu ditutup untuk kerja-kerja maintenance. Api kelihatan galak menelan bahagian tengah pesawat yang terhumban jauh dari landasan, terpisah dari bahagian ekor dan kepala. Terdengar dari kejauhan bunyi nyaring siren-siren bomba dan ambulans yang bergegas ke tempat kejadian.

89 penumpang t******h dan selebihnya selamat tapi kebanyakannya parah.

Dan hujan terus turun tanpa reda…

Bersambung..

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
ezrin marsh

39 thoughts on “Aku Masih Mencarimu”

  1. apa ke bengapnya..pekak ke bodoh??bangang punya pilot…bza sgt kot left dgn right…kepala batas dia…

    Reply
  2. maaf ya semua. saya buat sambungan kerana cerita ni panjang sangat pada saya. nanti ramai plak malas nak baca panjang2 sangat. dan juga untuk cuba maintain kualiti cerita ni ( setakat yg saya mampu laa). jika saya terus tulis panjang2, bimbang fokus boleh lari.

    so i hope you guys could wait patiently for the Part 2😊. dah dekat nak siap ditulis

    thanks for reading

    Reply
    • takdehal la kalau nak kecam. seronok jugak kekadang baca kecaman ni haha😬

      saya pun “budak baru belajar…ambil galah..”..you know the rest

      Reply
    • great question👍🏼

      isu ni saya tak boleh nak komen lebih2. bimbang nanti kena sue plak hahah😬

      tapi mmg ramai dikalangan kami ketika itu mempersoalkan hal ini. apparently the final say to take-off was not in the pilot hands if you know what i mean. its all about dollar and cents. but saya rasa the airlines has learned their lesson after the crash

      Reply
  3. Is it the true story? i like the story…ternanti2…btw how did u know the situation in airplane like u been there…r u one of the attendant in that plane on that day? n apa misteri dia…perempuan baju merah tu k? overall x sabar tggu sambungan dia…hope xda part 3…abiskan terus.

    Reply
    • this story is based on true events. dan dicampur dengan rumours dan khabar-khabar angin. how do i know? hehheh..apa yang berlaku didalam penerbangan adalah mengikut pengalaman saya terbang dulu bersama syarikat ini dan dicampur dngan olahan dan daya imaginasi saya. saya tak berada dalam penerbangan yang malang tu tapi 2 sahabat saya meninggal dalam kemalangan tersebut

      cerita ni takde Part 3 dan semuanya akan “terserlah” dalam Part 2 yang sedang dalam proses editing

      harap sabar menanti

      Reply
  4. Can’t wait for your next story. Sambung cepat. Jalan cerita menarik walaupun masih ada sambungan. Bunga dalam ayat dan gambaran tentang keseronokan Betty utk ke LA sangat cantik. Gaya penceritaan yang kemas. For this entry 8/10

    Reply
  5. hi all!

    part 2 cerita ni dah siap ditulis dan saya dah submit ke FS. so sekarang terpulangla pada FS samada nak publish kan or how long will it take before they publish it

    we’ll see for a few days. kalau lambat sangat FS nak publish, i will put this story on my blog

    thanks guys for waiting

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.