Aku, Nenek dan “Dia”

Salam warga FS. Cerita yang aku nak kongsikan ni agak seram. Sampai demam kot aku ni. Pasal arwah nenek aku. Nenek aku adalah wanita paling berani pernah aku jumpa sepanjang hayatnya. Sebab apa aku kata berani, sebab dia mampu tinggal sorang2 walaupun dia dh tua. Mak aku pun banyak ceritakan pasal keberanian nenek.

Pernah satu ketika dulu, rumah nenek dekat sebelah masjid. Masa tu mak muda lagi. Atok ngan nenek bercerai. Adik beradik mak banyak hidup berpecah. Mak sedara jaga, atok jaga, pak sedara jaga..nenek tinggal dengan Ayah Long aku je masa tu. Ok sambung, rumah nenek sebelah masjid, sebelah masjid pulak ada tanah perkuburan. Nak ke rumah nenek ada jalan shortcut iaitu kena tempuh jalan kubur tu la. Mak cakap nenek selalu kena kacau masa lalu kat kubur. Paling kerap sekali, pocong la. Rumah nu kat depan sana tapi pocong dah tunggu nenek kat tengah2 jalan tanah merah tu. Nenek lalu selambe jek siap warning lagi “koi tak kaco aok, aok jangan nok kaco koi. koi pakok ngan parang ni kang”. Brutal tak nenek aku? Hahaha

Pastu nenek dapat tanah dari kerajaan negeri, nenek bina rumah. Dekat dengan perkampungan orang asli. Satu malam, nenek baru nak lelapkan mata, ada org datang ketuk pintu rumah jerit-jerit mintak tolong. Gaya bahasa dia macam org asli. Nenek bukak pintu, mengucap panjang nenel bila org tu berdarah-d***h kat tangan, baju koyal rabak. Ingatkan hantu, rupanya orang. Dia accident jatuh motor kat depan sana. Tak jauh dari rumah nenek ada jalan raya, ada bukit. Org tu cakap ada benda bergolek turun dari bukit. Mula2 dia tak syak apa-apa. Tapi makim lama makin dekat, rupanya pocong tengah bergolek turun bukit. Laki tu terus melompat dari motor. Berlari dtg umah nenek. Nenek terus suruh laki tu masuk. Lepas tu marah dekat benda yang ada belakang laki tu. Rupanya benda tu ikut jugak datang rumah nenek.

Pernah masa aku sekolah menengah like 10 tahun dulu, aku follow nenek cari daun pisang. Nak buat bungkus nasi lemak. Nasi lemak daun pisang nenek jadi pujaan kampung masa tu. Tengah sibuk duk cantas daun pisang, sekali ada benda tegur kami. “Wat pak tu?” (Slang orang asli). Toleh kiri kanan, takde org pun. Pandang atas, tengok ada benda berbulu hitam lebat tengah bertenggek atas pokok rambutan. Menjerit aku terus lari belakang nenek. Nenek ambik senggenggam tanah, baca something, tiup, pastu baling kat benda tu, pastu benda tu hilang macam debu.

Ayah long aku tinggal dengan nenek. Ayah Long tak kahwin. Ayah long suka berkawan dengan org asli. Sebab dia suka masuk hutan. Berburu. Kadang2 dapat la kancil, landak, rusa, kijang. Time raya mesti kami sedara mara ni duk tnye ayahlong ada dapat apa-apa tak utk juadah raya rare. Bila dia rajin masuk hutan, rajin jugaklah tak sengaja bawak benda balik. Mulalah malam-malam ada benda cakar dinding la, bunyi benda jatuh atas atap la, bunyi kuali periuk jatuh kat dapur la. Aku sendiri pernah rasai pengalaman ni.

Malam tu Ayah long balik bawak daging rusa. Happy la kami anak beranak dapat lauk raya rendang rusa tahun tu. Happy happy jugak. Malam tu, masing-masing tak dapat tidur. Rumah nenek kena langgar, kena rempuh. Dinding-dinding kayu rumah nenek ni terasa bergegar-gegar. Bunyi kena cakar, bunyi mengaum pun ada. Elok pulak tengah malam tu tiba-tiba hujan lebat. Fuh, memang suasana dia seram tu menjadi betul. Ayah Long buat macam-macam. Azan, mengaji, pagar rumah. Semua dia buat. Aku sepupu sepapat dh nangis dah bila rumah kena gegar camtu. Sampai tertidur. Nasib tak kena kacau. Tu kelebihan family aku. Masing-masing batin kuat. Susah nak kena histeria ke, kena rasuk ke. Esok pagi, ingatkan nak check la kot2 ada papan dinding yg tercabut ke. Takde. Semua elok je macam takde apa2 berlaku. Kecuali! Banyak kesan cakaran. Masa tu xde kamera. Kalau ada dah lama aku share gambar dinding tu. Seram wo!

Waktu berlalu pantas, nenek pun makin lanjut usia. Dah nak sampai hujung2 hayat dia. Masa ni, mak dan adik beradik lain gilir2 jaga nenek sebulan sekali. Alhamdulillah, nenek dapat anak-anak yg baik. Jaga dengan penuh kasih sayang. Ada juga la aku tengok diorang tak tahan dengan kerenah tua nenek. Terkeluar jugak la marah tu. Mana tak marah, malam-malam nenek suka duduk dekat beranda luar rumah tu. Tau kan rumah kampung yg ada berandar luar ada kerusi tempat lepak-lepak petang minum kopi. Dia cakap dia tengah tunggu orang. Dia senaraikan satu-satu nama tu. Nak tau nama sape? Nama sedara mara. Adik beradik dia. Anak-anak dia. Yang semuanya dah takde kat dunia ni. Dia kata diorang nk datang melawat. Baru semalam si polan si polan ni datang bawak pisang. Pernah satu malam tu, nenek jerit panggil mak aku cakap suruh budak pompuan tu balik. Asyik main tarik kain dia. Nak tidur tak dapat. Seram tak!!?? Entah perempuan mana entah. Siap cakap main tarik kain lagi.
Pernah jugak mak panggil ustaz tengok-tengokkan nenek. Sebab nenek sakit lama sangat. Macam susah nak pergi. Tp semua ustaz cakap nenek sakit tua biasa. Takde disebabkan benda2 macam saka ni. Lega la kami bila ustaz cakap camtu. Tapi mulut org kampung still cakap nenek bela saka. Orang kampung, yang kamu katakan ke kami itu, jahat! (Guna nada AADC2)

Time flies, nenek pergi. But normal je. Takde pun seram-seram macam pembela saka. Maka terbuktilah nenek bersih orgnya.

Bila nenek dah takde, rumah nenek dah lengang. Kosong. Mak aku meniaga gerai. Aku tolong mak aku kat gerai tu tiap hari. Rumah kami dengan rumah nenek tak jauh. Jadi, mak cadangkan aku duduk kat rumah nenek. At least ada org jaga. Nak harapkan Ayah Long, xleh dah. Ayah long dah rajin keluar lama2 gi belajar agama pondok atau masuk hutan dengan org asli. So, rumah pusaka nenek memang xde org. Aku terima je lah permintaan mak. Duduk rumah nenek. Jaga rumah tu.

But, one night tengah aku layan Running Man kat laptop dalam bilik, tiba-tiba aku dengar pintu bilik ayah long berbunyi. Aku keluar check. Pintu bilik dia terbukak. Tapi gelap je tak bukak lampu. Aku panggil nama dia, dia menyahut. Aku lega ingatkan benda apa la. Aku patah balik masuk bilik. Tapi ,aku still x sedap hati. Dia hanya menyahut je tapi tak dengar apa dah lepas tu. Aku telan air liur. Aku pusing, aku keluar balik. Aku jalan perlahan2 gi kat bilik dia. Aku tolak sikit pintu, aku tekan suiz lampu. Kosong. Ayah long takde. Aku dah mula meremang. Dah lama aku tak kena kacau, tiba-tiba kena kacau. Dah la masa tu nenek baru meninggal dua minggu. Orang cakap roh selalu balik rumah dalam masa 40 hari. Aku dah pikir macam-macam dah. Rasa nak lari balik rumah mak time tu jugak. Sehinggalah ayah long betul2 muncul kat pintu depan.

Malam tu, ayah long mengaji. Kuat jugak dia mengaji. Surah apa entah juzuk berapa pun aku tak tau. Panjang. Elok tak lama lepas tu. Tiba-tiba aku dengar bunyi dari luar. “Maaaaaakkkkkk” suara perempuan kasar sebut “maaaaakkkkkk”. Betul-betul kat luar tingkap bilik aku tu. Masa ni aku terus teringat mulut jahat org kampung kata nenek bela saka. Entah2 tu saka dia cari nenek, panggil nenek mak.

Aku tersedar ayah long berhenti mengaji. Aku dengar dia bukak pintu lepas tu keluar. Lepas tu aku dengar dia baca ayat kursi. Benda tu terus kuat sebut “maaaakkkkkk”. Ayah long lawan, dia mengaji makin kuat. Sambil dia berjalan keliling rumah. Aku beranikan juga telek ikut tingkap. Tapi aku langsung x nampak apa2. Tapi bunyi still kuat. Suara ayah long sama kuat. Tak lama lepas tu, bunyi tu pun hilang. Ayahlong pun masuk balik dalam rumah, sambung mengaji. Esoknya aku demam. Mak datang nak kejutkan aku sebab nak bukak kedai. Aku cakap tak larat sebab kena kacau malam tadi. Mak ok kan je. Dia meniaga sorang je la hari tu. Kemudian dia keluar tiba2 pastu dia menjerit panggil nama aku. Tau tak dia jumpa apa??! Bangkai kucing. Rupanya malam td aku sampai demam ni, suara kucing nak m**i!!

::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.6]

7 thoughts on “Aku, Nenek dan “Dia””

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.