Aku Panaslah Sial-Part2

Bertemu kita kembali .Terima kasih kepada admin untuk mempublishkan cerita aku sebelum ini. Ok kali ni aku nak sambung cerita mengenai pengalaman aku di sekolah asrama.Aku nak sound awal-awal kepada korang yang aku tak pernah ade pengalaman tengok setan,hantu,jin,polong dan lain-lain secara live .Syukur alhamdulillah,memang tak pernah berminat dan harap tak akan nampak macam orang lain. Cukuplah pengalaman-pengalaman yang pernah aku hadap di asrama sahaja

Untuk yang baru membaca,korang dijemput untuk membaca kisah aku sebelum ini yang bertajuk “aku panaslah sial” .Kisah yang aku ceritakan itu berlaku pada hari pertama aku di sekolah asrama.Ketika itu aku di tingkatan satu.
Kali ini aku nak bercerita mengenai sahabat aku bernama Fikri,dia senior setahun daripada aku.Walaupun senior ,kitaorang semua rapat antara satu sama lain .Ini disebabkan dorm kami bercampur.Ragging-ragging atau buli itu makanan tapi kitaorang memang rapat .

Berlainan dengan Zafi yang aku ceritakan sebelum ni, Fikri mempunyai watak berbeza.Dia agak keras,atlet sekolah ,mewakili banyak acara sukan track and field dan bola sepak .Kiranya secara fizikal dia memang kuat untuk budak sekolah menengah .Belajar pun bagus.Rokok dadah jauh sekali.Tetapi malangnya dia juga seperti si Zafi selalu meracau ataupun dengan kata lain dirasuk hantu

Pernah terjadi kejadian apabila bila fikri ni dirasuk dalam masa sama zafi pun kena .Padahal asrama kami dipisahkan dalam jarak yang jauh.Asrama aku bercampur antara budak form 1 ,form2 dan form 4 .Manakala form 3 dan form 5 mempunyai dorm sendiri.Blok-blok kami ( blok budak form 1,2,4 dengan budak 3 ,5 ) dipisahkan oleh dewan makan dan surau .Apa yang aku nak bagitau ini dorm kami jauh .Tap yang hairan dalam jarak yang jauh tapi boleh jugak kedua -dua si Zafi dan si Fikri kena rasuk dalam masa yang sama. Hebat hantu dekat sini .

Kejadian yang menimpa Fikri bagi aku agak menyeramkan.Ini kerana dia bukan sekadar dirasuk tapi orang selalu berjumpa dengan “klon” Fikri. Aku masih ingat pernah dulu selepas habis kelas prep malam ,kami pergi menonton gusti WWF Smackdown di bilik tv. Tak silap aku dalam pukul 11 sebab asrama kami perlu light off pada 11.30 malam dan bilik tv perlu ditutup.Sedang aku ,Fikri dan beberapa kawan lain tengah syok menonton gusti tiba-tiba ada kawan kami datang ke bilik tv menjerit “FIKRI,ORANG NAMPAK KAU TENGAH BERSILAT BAWAH POKOK”. Kejadah apa pulak orang nampak Fikri bersilat padahal dia tengah tengok gusti dengan aku. Dalam hati aku suuuudaaaah ni mesti nak jadi something malam ini.Jadi kitaorang semua bergegas ke tempat kejadian.Pokok yang dikatakan tu terletak di belakang Dorm D1 .Kejadian ini disaksikan oleh kawan aku dalam perjalanan balik ke dorm dia.Dia kata nampak si Fikri bersilat seorang diri jadi dia tegur lah “BERSILAT APA TUH MALAM-MALAM’’.Kawan aku rasa hairan apabila teguran dia tak dilayan.Selepas kena tegur tiba-tiba klon Fikri tu berhenti bersilat dan melihat tepat kearah dia .Kawan aku terus lari sebab di rasa lain macam dan memanggil orang lain . Bila diaorang ramai-ramai datang ke situ ‘Klon’ tu dah takde.Nasib baik malam itu takde kejadian yang lebih dasyat berlaku.

Pernah sekali kawan aku Poei mengalami pengalaman yang lebih seram.Kejadian berlaku sewaktu perjalanan pergi ke kelas prep malam.Untuk korang yang tidak pernah ke asrama ,kelas prep malam adalah masa selepas waktu maghrib yang mane semua student perlu ke kelas untuk membuat kerja sekolah atau belajar.Tiada cikgu hanya rakan-rakan kelas sahaja.Waktu ini asrama memang akan kosong.Malam kejadian kawan aku Poei pergi lambat ke kelas pre .Asrama pun sudah lengang sebab semua student sudah berada di kelas .Dalam perjalanan si Poei terjumpa dengan Fikri .Dia dengan selamba terus menegur Fikri.Sambil berjalan Poei kata yang dia letakkan tangan dia diatas bahu Fikri . Poei kata yang dia perasan si Fikri agak diam dan juga tak bercakap sepanjang perjalan.Poei juga katakan yang bahu Fikri agak keras dan tak jatuh bila letakkan tangan diatas bahu Fikri.Perjalanan dari asrama ke kelas mengambil masa dalam 5-8 minit.Bila tiba di blok kelas,tiba-tiba Fikri bersuara dan mengajak Poei pergi ke kawasan makmal.Makmal agak tersorok ke belakang dan gelap pada waktu malam .Tiba di situ Fikri bertanya “Poei kau ada berlari di padang tak maghrib tadi ?” Poei pelik dengan soalan itu sebab menjadi rutin semua pelajar akan duduk di surau pada waktu maghrib. “AKU NAK KAU IKUT AKU “ Tiba -tiba Fikri bersuara dengan agak tegas .Dalam masa sama Fikri menarik tangan Poei. Selepas bergelut untuk menarik tangan dari ditarik ,Fikri melepaskan tangan Poei dan bergerak menuju makmal .Apa yang best Fikri tiba-tiba hilang dalam kegelapan depan mata Poei.Poei menjerit satu maktab aku rasa dengar jeritan dia . Kelas aku di tingkat tiga pun boleh dengar jeritan Poei .Kecoh kisah Poei malam itu.Pada waktu kejadian berlaku, Fikri yang sebenar sudah lama berada dalam kelas

Pernah satu malam selepas prep semua orang mencari Fikri.Kami semua mensyaki sesuatu luarbiasa akan berlaku malam itu.Classmate dia juga bagitau kelakuan Fikri agak ganjil pada kelas prep ,asyik mengadu sejuk dan tidur di dalam kelas .Malam itu kami semua berkumpul .Abang senior mengeluarkan arahan kalau kami terjumpa Fikri terus pegang dan jangan bagi dibiarkan keseorangan.Sedang abang senior mengeluarkan arahan salah seorang daripada kami ternampak Fikri.Dia berjalan keseorangan dalam keadaan yang sangat pelik dan tidak pedulikan kami yang sedang berkumpul. Kami berlari kearah Fikri dan terus memegang dia.Abang senior memulakan pertanyaan “ kau pergi mana Fikri” . Fikri menjawab yang dia ingin berjumpa dengan kawan dia .Kata Fikri sudah lama tak berjumpa dengan “kawan” itu. Pelik betul kawan mana lah agaknya yang Fikri maksudkan padahal semua orang lain berada disitu.Keadaan Fikri agak ganjil,tidak dapat berdiri tegak ,asyik tergeliat ,asyik mendongak dan memandang kearah syiling .

PAAAAAAANG hinggap satu penampar atas muka Fikri.Waktu ini amalan tampar manampar terhadap junior agak common. “AKU TANYA KO BETUL-BETUL B**I” marah senior .Aku tak bersetuju dengan tindakan senior yang bajet-bajet otai tak kena tempat tapi aku senyapkan aje .Yelah junior katakan.Selepas ditampar tiba-tiba Fikri ketawa. “AKU NAK JUMPA KAWAN AKU “ jerit Fikri.

”KAWAN AKU BELAKANG KAU “ .Sumpah memang kecut perut aku dengar Fikri cakap macamtu.Ini confirm macam seperti kami expect Fikri dirasuk lagi. Senior aku tadi yang bajet-bajet otai perasan yang benda ini dah diluar kawalan terus mengarahkan hazwan untuk azan.Apabila azan dilaungkan Fikri terus rebah ke lantai .Kami semua mengangkat dia ke surau .Ade antara kawan aku yang berlari untuk memaklumkan perkara kepada warden.Disurau Fikri sedar balik dan meronta-ronta .Aku ingat aku tolong untuk pegang kaki dia malam tu.Lebih kurang 10 orang memegang Fikri secara bergilir-bergilir .Dalam surau Fikri seperti ade dua personality berbeza.Satu Fikri yang sebenar dan satu Fikri yang dirasuk.Aku kata begitu sebab kadang-kadang dia mengadu “kenapa korang pegang aku ni ” “weh lepaslah aku aku sakit “ “Homework aku tak buat lagi “Kalau dia continue merayu macam ni confirm bagi aku rasa dia dah normal .Tapi selang-selang merayu tu kadang -kadang kelauar ayat macam “CELAKA KORANG SEMUA KAWAN AKU RAMAI TUNGGU DEKAT LUAR”.Ada aku ingat time tu Fikri sound kawan aku Omar “OMAR ADE ORANG MINAT DENGAN KAU ,DIA NAK KAU,DIA NAK IKUT KAU MALAM INI” .Gelabah si Omar terus tak jadi tolong pegang,pergi amik wuduk dan solat sunat hahaha.Keadaan berterusan sehingga ustaz datang.Ustaz suruh dia mengucap.Sebelum ustaz datang kami pun sama suruh Fikri mengucap tapi haram dia nak ikut. Lama jugak untuk Fikri untuk mengucap .Biler dia mengucap aku nampak dia sangat susah untuk mengucap.Kalau korang nak bayangkan keadaan dia menjerit dan suara tersangkut-sangkut utk mengucap.Dia mengulang-ulang mengucap sehingga lancar,selepas lancar barulah nampak dia nampak seperti normal dan terus menangis.Nampak dia sangat tak bermaya.Aku tahu dia dah normal bila dia meminta air .Kami semua tidur di surau malam itu.Semua takut untuk balik ke dorm .Keesokkan Fikri bagitau yang tidak ingat apa-apa yang berlaku.DIa hanya ingat kelas prep malam yang dia berasa sangat mengantuk dan sejuk.

Pernah satu malam tiba-tiba Fikri ajak aku teman dia ke kelas.Lebih kurang pukul 1 pagi .Aku memang cuak habis.Tapi aku jenis tak sampai hati .Dalam masa sama aku hormat dia sebagai senior so aku pergi jelah.As precaution aku ajak sorang lagi dormmate aku teman so takdelah aku kesorangan kalau jadi apa-apa.Kitaorang senyap je dalam perjalan sehingga Fikri kata “weh korang cuak ke ,korang tak payah cuak lah aku okay je.Esk ade quiz so aku kena amik buku aku jugak” .Lega rasa Fikri bagi ayat selamat.Malam tu dalam perjalanan dia bukak cerita actually dia memang ade masalah rasuk dan klon ni sejak darjah 6.Katanya belaan arwah datuk dia tapi secara tidak sengaja dah turun kepada dia . Dia kata pada waktu darjah 6 pernah orang nampak dia petang-petang bawak basikal dan terjun gaung.Kecoh satu kampung padahal Fikri waktu tu masih berada di sekolah

Selepas setahun ,kami semua berpisah disebabkan asrama aku ditutup atas faktor pergolakan politik.Batch aku dihantar ke hulu Pahang ,batch fikri ke sempadan Pahang negeri Sembilan dan batch paling senior daerah keropok lekor.Kitaorg pun lost contact.Cari-cari account facebook pun takde.Harap dia dah okay.
Ok guys terima kasih membaca.Seperti yang aku katakan di permulaan cerita aku tak dapat menjanjikan keseraman tapi ini merupakan pengalaman benar yang aku dapat jamin authentic.Tiada tolak tambah Harap korang terhibur .

Hantar kish anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
FS

1 thought on “Aku Panaslah Sial-Part2”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.