“Aku Panaslah Sial”

Salam sejahtera kepada semua pembaca Fiksyen Syasha.Sebelum itu aku ingin mengucapkan terima kasih kepada admin kerana mempublishkan cerita ini.Kisah yang akan aku ceritakan merupakan pengalaman benar yang pernah dilalui ketika tinggal di asrama.Cliche kan?Tapi itulah hakikat yang pernah berlaku .Kisah ini berlaku sekitar tahun 2002-2003.Zaman piala dunia di Jepun ,time David Beckham popular dengan boot adidas predator mania hehe.

Memandangkan kisah ini merupakan kisah benar,so aku nak minta maaf jika korang rasa cerita ini tidak seram.Yelah kisah benar ,belum tentu seram pada sesetengah orang.

Aku bernasib baik kerana mendapat rezeki untuk tinggal dan belajar di sekolah berasrama penuh.Sekolah aku terletak di pantai timur,diantara Terengganu dan Kelantan.Sebelum aku bercerita pengalaman aku ,mari aku ceritakan sikit gambaran dorm aku .Bila aku cuba ingat, dorm aku memang memenuhi kriteria dorm-dorm puaka yang selalu korang dengar dan baca dalam fiksyen shasha. Dorm aku memanjang ,memuatkan dua row katil dua tingkat ,each row tak salah aku ade 15 katil.

Actually pelajar sikit je dibandingkan katil so banyak katil kosong.Kalo malam-malam tengok katil kosong mmg seram beb.Tingkap dorm berlopong-lopong, ade yang pecah ada yang elok.Ade dua pintu dorm ,satu pintu depan dan satu pintu di belakang menghadap loji tahi.Pintu belakang ni rosak ,tak boleh ditutup ,dan akan selalu terbuka tertutup bila ditiup angin .Aku sampai sekarang tak faham kenapa pihak sekolah tak baiki ,dulu kitaorg redah je tapi pikir balik sekarang aspek keselamatan memang out.Tapi itulah dorm aku.Banyak kenangan suka duka .Dorm lain pun tak jauh beza .

Pada hari pertama pendaftaran ,keadaan seperti biasa.Aku dan kawan-kawan yang newbie pun baru nak kenal each other.Tidak ade apa yang menarik. Kemudian pada waktu maghrib ,menjadi kelaziman untuk pelajar asrama menunaikan solat berjemaah di surau.Sedang kami solat aku ternampak di hujung mata aku terdapat pelajar yang jatuh pengsan .

(Nampak sangat tak kusyuk ,korang jangan jadi macam aku) . Aku hanya sambung solat mengikut imam,kelihatan dalam masa sama ada pelajar-pelajar di sebelah dia yang berhenti solat dan mengangkat dia ke belakang surau .Selesai solat kami semua memandang kearah pelajar tersebut . Aku tak kenal budak yang pengsan itu.Maklumlah junior first day .Aku curi-curi dengar senior aku yang bercakap sesame mereka . ”weh ,zafi kena lagi lah “ .”macam nak jadi lagi malam ni “ .Budak yang pengsan itu bernama zafi,senior form 3 .Imam pada waktu itu tidak berhenti berzikir,dia hanya menguatkan bacaan,seperti sudah faham apa yang terjadi .Senior-senior form 5 mengerumuni zafi yang pengsan manakala kitaorg yang junior hanya follow imam berzikir .”WOW SENYAP LAH “ tiba-tiba zafi menjerit .Kitaorg semua terkejut .”AKU PANASLAHH SIAL” zafi sambung menjerit .Jantung aku berdegup laju bila mendengar jeritan zafi .”KORANG TAK PAYAH ZIKIR LAH BACA PUN SALAH “ .dan kemudian zafi hanya banyak menjerit “AAAAH,AAAAAAAH,AAAHH” .Dalam hati aku sah ini kes kena rasuk .Memang celaka betul aku dah lah hari pertama di asrama dah tengok benda-benda ini.

Tak lama selepas tu barulah ketua warden aku ustaz M sampai.Zafi masih menjerit-jerit .Selepas 10 minit macamtu baru lah zafi senyap dan aku Nampak senior-senior yang menolong ustaz M sorang demi sorang bersurai.Dari jauh aku aku nampak si zafi ni lemah tak bermaya .Kesian dia .Kitaorg pelajar form 1 semua berkumpul di surau untuk orientasi pelajar baru.Aku tengok semua muka member-member aku cuak.Perbualan semua mengenai kejadian tadi.Borak macam dah kenal lama padahal semua baru kenal je hari tuh.Kitaorg semua duduk rapat-rapat dan aku tau semua tengah cuak giler sebab aku pun cuak nak mampus sampai tak dapat tido terus malam tu.Agak-agak ah hari pertama dah tengok orang kena rasuk .

Aku tertarik untuk menulis ni sebab aku ingin berkongsi pengalaman aku di asrama .Bagi aku asrama aku memang ade macam-macam cerita.Kalau aku dapat kumpul semua pelajar confirm diaorg ade pengalaman masing-masing .Si Zafi ni aku tak kenal sangat dia ,dia senior aku ,dia memang selalu kena rasuk dan sampuk .Kejadian di surau tu bukan kali pertama dan terakhir.Aku tak tau apa masalah dia ,betul-betul jin atau psikiatri macam schizo,multiple personality ,dissociative disorder.Wallahalam.Aku harap dia dah okay dan Berjaya .Kisah dia dah pernah senior aku postkan dekat fiksyen shasha dulu . Korang cari pasal “Janji Si Tanduk ,Kisah MRSM” .

Janji Si Tanduk : Zaman MRSM

Janji Si Tanduk : Zaman Praktikal

Berlaku setahun sebelum aku masuk asrama ni .Semua orang tahu.Korang bacalah .Aku berani jamin kisah tu memang benar-benar berlaku sebab witness oleh semua orang .

Oklah aku mintak maaf kalau cerita aku tak seram ,Kalau korang berminat nanti aku sambung balik pengalaman aku di asrama .Ada banyak lagi kisah seram yang boleh aku ceritakan nanti.Chow

FS

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 2.5]

11 thoughts on ““Aku Panaslah Sial””

    • Ok je.pengalaman…pikir-pikir balik tak duduk sini xde plak pengalaman seram.terpikir jgk kenapa kalo asrama mesti ade cerita mcmni

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.