Aku Pula Yang Kena?

Hi FS, intro sikit, aku seorang suri rumah kepada pemandu grabcar serta uber, means suami aku drive untuk uber dan grabcar. Cerita ni pengalaman benar kawan kepada suami aku. Aku panggil dia Abg Tom bukan nama sebenar. Dia pun buat grabcar juga. Dia selalu lepak dengan suami aku masa dorang keluar cari rezeki. Aku dalam kisah ni adalah Abang Tom.

Satu malam dekat area Puchong, aku baru lepas dropkan seorang rider (penumpang), maka aku pun berehat sebentar dalam kereta. Oh, aku bawa kereta X-trail version baru, maka harga booking yang aku dapat pun lebih sedikit dari harga kereta sedan biasa. Tengah aku ralit baca whatsapp group dan update info location aku, tiba-tiba apps driver aku masuk request. Aku tak sempat nak klik button accept job, tapi terus masuk dalam apps aku untuk gerak ambil rider baru ni. Aku pon terus drive ikut waze ke tempat pick up rider ni. Aku lalu satu jalan dalam kawasan perumahan, tapi dah sampai hujung jalan dan hujung jalan taman ni ada tapak kubur. Aku dah tak sedap jiwa ni tengok waze bagitau dah dekat, tapi kena jalan terus dan aku baru perasan dah sampai kawasan kubur. Dekat pagar masuk kubur ni ade 1 pondok dengan lampu yang cahaya suram romantik.

Aku tengok ada seorang perempuan di bawah cahaya pondok ni. Terus dia datang ke kereta aku dan dia duduk di belakang. Aku tanye rider ni nak ke mana, tapi suara dia halus jer dan hampir-hampir aku tak dengar. Kemudian aku ikut laluan waze ke destinasi drop dia. Perjalanan jarak dalam 20km dan harga booking dekat RM40. Sebab dah malam, so harga memang boleh cecah mahal lagipun aku guna kereta yg rate harga mahal. Sepanjang jalan memang aku perasan rider ni senyap dan banyak pandang luar tingkap je. Disebabkan tu aku malas nak tegur dan tanye lebih. Rupanya tempat yang dia nak drop ni pon masuk taman rumah dan hujung bukit tu aku memang yakin dah takde perumahan dan yang ada kubur. Tapi aku husnuzon kan diri mungkin rumah dia paling hujung jalan ni. Bila aku tanya dia nak drop kan di kawasan mana, tiba2 aku terbau wangi teramat dan serta merta kereta aku berkabus macam cuaca sejuk oversea. Aku tergamam dalam 5 minit. Aku cuba nak relate ke mana rider aku, dan bila aku toleh belakang kete aku, kosong! Aku yakin, memang aku tak dengar bunyi orang buka pintu kereta untuk keluar. Rider ni book bayar tunai. Dan dia tak ada bagi aku duit untuk trip hantar dia. Kurang ajar punya jin naik grab free tak mau bayar.

Aku cuba cancel trip aku dari handphone aku, tapi tak dapat macam server problem dan tak ada button cancel job. Tu yang buat aku terkedu seorang dalam kereta. Tiba-tiba ada orang ketuk tingkap kereta aku. Aku terkejut gila. Aku turunkan tingkap dan aku nampak seorang pakcik tua bagi salam. Dia tanya aku, buat apa dekat lorong hujung ni? Aku terdiam tak mampu berkata. Pakcik ni pun jemput aku ke rumah dia nanti dia akan ceritakan bila dia tengok muka aku dah pucat macam kain telekung. Aku pun ikut pakcik ni sebab rumah dia di hujung jalan ni dan aku undur kereta aku ke rumah dia.

Aku masuk dalam rumah dia, isteri pakcik ni ke dapur untuk buat air minum untuk tetamu tak diundang macam aku ni. Pakcik ni start cerita, dah banyak orang sesat ke sini hantar benda tu. Aku pun pandang pelik tengok pakcik ni. Macam mana pulak dia tahu aku bawa benda ke situ? Dia cakap, bukan aku sorang pernah kena tumpang macam tu tapi sebelum ni jin tu tumpang kereta or naik motor. Tapi bukan naik grabcar berbayar. Tapi ni pun dia naik kereta tak bayar, so masih naik free jugaklah. Pakcik tu suruh aku minum air yang dibancuh isteri dia dan air tawar untuk pulihkan semangat aku. Dia suruh aku call family aku untuk datang ambil aku sebab aku rasa lemah sangat nak drive balik rumah sorang.

Aku call bini aku. Bini aku ajak adik ipar aku teman datang ke rumah pakcik ni. Aku cerita dengan pakcik ni yang aku ni drive grabcar, tiba2 dapat request dan aku tak tekan accept job tapi terus ada dalam trip aku. Tapi bila aku scroll history job aku, booking dari jin ni tak wujud pulak, padahal masa aku nak cancel job tak boleh pulak. Bijak betul jin iblis ni pakai apps grab booking driver ye? Pelik bin ajaib, tapi itulah yang aku alami.

Esoknya tu aku terus demam seminggu. Mujur bini aku jaga. Sampai sekarang aku masih buat grabcar dan uber demi mencari rezeki untuk keluarga aku. The end.

Masa kejadian ni sebelum puasa tahun ni bulan April or Mei. Terpulang kepada readers FS nak percaya or tak, tapi kisah ni diceritakan sendiri oleh kawan suami aku tu. Suami aku memang selalu jumpa Abang Tom ni sebab tu Abang ni rapat dengan suami aku dan share kisah dia dengan suami aku.

Sekian kisah dari wife driver grabcar dan uber.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Wifey driver grab/uber

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

56 Comments on "Aku Pula Yang Kena?"

avatar
maiey

Puchong area mana? sbb aku pon keje kat puchong balik keje pulak malam2 drive sorg2…takut lak tetibe

Nny91

Tu ok lg.Yg pling seram ble naik grab car sorg2 tbe2 driver ajak ko beromen&check in hotel.. die bhnti lme kt petron.sy pun kua trus dri kete g tpi jln tahan teksi..Dan wt report kt grab drive ni kelakuan xelok..Sy dgn bpkaian kje yg mmg tutup aurat pun ada yg ngajak lain la mse tu sy pkai seksi or skirt.. esk je cpt2 anta bengkel baiki kreta xsggup order grab

nenek kebayan

ishhh cu….tak guna betol spesies jejantan camtu…meh nenek tolong sebat angry bird dia ngn penyapu terbang nenek..
#rasakan kuasa, tamparan wanita…ahak..oooo…u..ooo

Si Gemuk Pendek

?

wpDiscuz