Aku Rindu Ummi

Assalamualaikum dan salam sejahtera . Terima kasih admin andai coretan aku ni diluluskan . Pertama sekali ingin aku maklumkan di sini , ini bukan cerita seram, aku hanya ingin berkongsi pengalaman .

Aku berumur 19 tahun , anak sulung , pernah berkahwin dan mempunyai anak kembar perempuan . Ada 2 orang adik perempuan dan seorang adik lelaki . Meleret pulak intro

Ummi aku berumur 38 tahun pada 2017 . Kami keluarga yang sederhana namun gembira tapi satu kejadian yang tak dijangka telah berlaku sekaligus meragut kebahagiaan kami . Pada 30/7/2016 pukul 10 malam ummi diserang strok , bacaan tekanan d***h mencecah 250 lebih . Berlaku di hadapan aku , dipangkuan aku dan ummi mula tidak sedar kan diri , ayat terakhir yang aku dengar daripada mulut ummi sebelum dia tak sedarkan diri hanya lah “Awat jadi macam ni” sebak aku bila teringatkan saat ni.. Namun ketika itu aku tidak jangka benda buruk yang berlaku . Aku fikir ummi hanya pengsan dan akan discharge 2-3 hari kemudian .

Sehinggalah ayah aku WhatsApp memberitahu keputusan CT Scan yang dilakukan pada ummi . Salur d***h ke otak sebelah kiri pecah dan terjadinya d***h beku di otak sebelah kirinya yang memerlukan pembedahan segera . Ayah bersetuju , ummi dipindahkan ke HSB Alor Star . Pembedahan mengambil masa lebih 5 jam . Ummi ditempatkan di HDW , kami dibenarkan masuk berjumpa ummi . Ketika giliran aku , aku tidak dapat mencari katil ummi sehinggalah aku bertanya pada nurse di kaunter .

Aku tergamam , kepala ummi borak malah ada 1 tiub dimasukkan melalui kepala nya untuk membuang lebihan d***h , wajah nya membengkak dan pucat . Allah sayunya hati tatkala tengok keadaan ummi macam tu .. Setiap hari aku baca kan Yassin buat ummi sehinggalah 1 hari doktor berjumpa dengan kami semua . Doktor memaklumkan tahap kesedaran ummi agk rendah , blood pressure masih tinggi terutama bila dia dengar suara kami . Kata doktor sepatutnya ummi dah boleh sekurang-kurangnya membuka mata selepas 3 hari bius dibuang tapi dah masuk hari ke-11 ummi masih tiada respon . Alat bantuan pernafasan perlu dibuka demi mengelakkan jangkitan kuman di paru-paru . Pilihan yang ada hanyalah benarkan doktor tebuk leher ummi (maaf aku tak tahu istilah perubatan panggil apa) untuk membantu pernafasan ummi atau kami benarkan ummi memakai oksigen biasa . Tidak mahu menyiksa ummi lagi , kami memilih untuk biarkan ummi guna oksigen biasa namun doktor meminta kami bersedia fizikal dan mental kalau 1 masa paru-paru ummi mengalami kegagalan dan menyebabkan ummi gagal bernafas .

Mengikut perkiraan doktor , ummi memang sudah tiada harapan , hanya menunggu masa . Tapi Allah lebih berkuasa , sebaik sahaja ummi dihantar pulang ke HTF Perlis , ummi membuka mata . Sebulan ummi berada di hospital sebelum ummi dibenarkan balik ke rumah . Ummi tak mampu bangun berikutan sebelah kanan nya lumpuh , minum susu melalui tiub sahaja . Day by day .. Ummi semakin sihat , ummi dah mula belajar duduk di at as wheelchair , boleh bercakap , boleh makan nasi . Kami sangat gembira dengan perubahan ummi . Ku sangka kan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari…

27/04/2017 ummi diserang sawan .. Sekali lagi di hadapan aku , di pangkuan aku . Badannya kejang , berpeluh , mulutnya berbuih , aku cuba panggil ummi namun ummi dah tak Ber ikan seberang tindak balas , matanya hanya memandang ke atas . Ayah segera menelefon ambulan , jauh di sudut hati aku .. Aku tahu kejadian 30/7/2016 akan berulang lagi .. Sepanjang perjalanan ke hospital , mulut ummi tidak berhenti berbuih malah turut keluar d***h . Aku hanya mampu doakan moga ummi baik-baik saja ..

Setibanya di hospital , CT Scan di buat sekali lagi . Doktor memanggil aku memandangkan hanya aku ahli keluarga yang ada . Ayah aku di rumah dengan anak-anak aku , adik aku semua ke sekolah . Doktor awal-awal minta aku bertenang , hati dah rasa tak sedap . Doktor cakap salur d***h ke otak sebelah kanan pulak pecah dan sekali lagi berlaku pendarahan di otak kanan pulak . Aku tergamam .. Doktor cakap mereka tengah tunggu keputusan daripada HSB Alor Star sama ada selamat atau tak untuk ummi menjalani 1 lagi pembedahan , doktor membenarkan aku berjumpa dengan ummi . Doktor menerangkan keadaan ummi semakin kritikal , dia tidak mampu menelan air liur dengan teratur malah dia mula memuntahkan air daripada dalam perutnya . Doktor juga telah memaklumkan andai ummi tak sesuai atau kami tidak membenarkan pembedahan lagi sekali .. Ummi akan dipindahkan ke wad dan dipakaikan oksigen biasa .. Andai berlaku apa-apa mereka bakal melakukan CPR dan memasang alat bantuan pernafasan . Kata doktor lagi andai pakai alat bantuan pernafasan , kami dapat ‘hold’ ummi seminggu dua lagi , kalau hanya memakai oksigen biasa , sampai saat d***h di kepalanya merosakkan otak , dia bakal mengalami kegagalan bernafas dengan biasa sehingga tiba masanya ..Tidak sanggup aku nak tengok ummi lama-lama . aku kucup dahi ummi , lalu terus keluar .. Aku menangis semahu-mahunya .

Aku terus call ayah untuk inform latest info tenang ummi .. Ayah bagi kebenaran untuk CPR dan pakai kan alat bantuan pernafasan andai perlu . Perang tu jugak kami dapat keputusan daripada HSB yang ummi boleh buat pembedahan lagi sekali namun kemungkinan besar akan berlaku komplikasi ketika pembedahan dan selepas pembedahan sebab kedua-dua saraf tunjang ke otak ummi telah pecah , kemungkinan d***h dan oksigen gagal di pam ke otak . Keluarga sebelah ummi putus kan untuk tidak melakukan pembedahan tu memandangkan kemungkinan ummi untuk pulih sangat-sangat tipis .

Lalu ummi dimasukkan ke wad biasa dan dipakaikan oksigen . wajah ummi tenang seperti tengah tidur . sekali lagi aku kucup wajahnya sebelum pluang ke rumah . Sebaik sahaja aku sampah ke rumah , ayah pulak ke hospital untuk menjaga ummi.. Rumah terasa sepi , slalunya terdengar jugak suara ummi memanggil kami andai dia perlukan apa-apa tapi malam tu sunyi sepi .. Adik-adik aku me nangis sampai tertidur. Makan ? Andai anda ditempat kami , anda akan tahu apa kami rasa , tiada selera memikirkan ummi tengah dalam kesakitan …

28/04/2017 -Jumaat .. Nenek ke hospital untuk menjaga ummi berikutan aku menunggu adik-adik aku balik sekolah dulu untuk tolong tengok kan anak-anak aku . Selepas adik-adik aku sampai ke rumah , aku terus bertolak ke hospital . Secara tiba-tiba kawan aku call cakap dia ada Kat ummi dan doktor nak bercakap dengan aku . Hati semakin berdegup kencang , aku ingin selera ke hospital!

Siapa lah kita nak melawan takdir Allah .. Pakai lah alat secanggih mana pun andai dah akal , takkan cepat seminit dan takkan lambat walau seminit . Saat aku sampah ke katil ummi , nenek kedua-dua belah keluarga aku ada . kedua-dua nya serang menangis . Aku bertanya apa yang jadi ? Seorang jururawat datang “sekejap cik , kita tunggu doktor datang dulu” sebentar kemudian datang seorang doktor perempuan melakukan pelbagai ujian pada ummi dan akhirnya doktor tu cakap “maaf kan kami makcik , puan ni dah mninggal .. Kami buat semua ujian dan kami gagal kesan sebarang denyutan nadi .. Makcik , adik boleh tolong mengucap di telinga dia , mungkin roh dia masih ada”

Aku tarik nenek aku ke tepi , aku cium wajah kaki ummi sepuas-puasnya . Ku bisikkan kalimah syahadah ditelinganya perlahan akhirnya aku tak dapat menahan air mata lagi . Aku keluar daripada situ dan terus call ayah mintak semua datang ke hospital . Aku menangis , meraung seorang diri di luar wad , tidak aku peduli mata yang memandang . aku call semua saudara untuk memaklumkan hal itu . 2-3 Kali aku masuk ke wad , aku cium lagi wajah ummi .. Wajah yang takkan dapat aku sentuh , aku belai , aku cium lagi selepas ini .. Jenazah dimandikan dan dikapankan di hospital petang tu jugak. Semua urusan berjalan dengan sangat lancar . Cuaca yang pada awalnya mendung seolah-olah bakal hujan lebat tetiba menjadi cerah semula . Ummi di bawak pulang dalam pukul 6 petang dan dikebumikan selepas Maghrib .

Di sini ingin aku nasihatkan secara terbuka , sesiapa yang masih punya ibu … Hargailah ibu anda sementara beliau masih ada .. Dulu aku sering gaduh dengan ummi , kurang ajar dengan ummi . aku akui hal ini . Tapi sejak ummi sakit , aku hanya doakan moga masih ada peluang untuk aku tebus dosa aku dan Allah makbulkan .. Hampir 9 bulan aku jaga ummi , malah 2-3 hari sebelum arwah pergi , aku memang banyak luangkan masa dengan arwah . tengok movie sama-sama , ketipkan kuku dia , gurau dengan dia , entah kenapa aku memang terasa nak bermanja dengan ummi rupanya itu petanda yang ummi bakal pergi … Anak-anak aku pun 2-3 hari sebelum tu asyik meragam , mungkin mereka dapat rasakan tok ummi dorang bakal pergi.

Anak-anak aku memang sangat-sangat rapat dengan ummi , masa aku lahirkan dorang pun ummi yang teman aku dalam bilik bersalin , ummi jaga dorang sampai la ummi di serang strok. Pada yang menjaga ibu masing-masing yang tengah sakit . Bersabar dan tabah lah , besar ganjaran buatmu . Malah kita patut bersyukur sekurang-kurangnya kita masih berpeluang menjaga ibu sendiri sebelum dia pergi .. Peluang yang tak semua orang dapat … Pada yang mempunyai ibu atau ayah , punya sejarah high blood pressure atau sakit apa sekalipun , make sure dorang tak skip ubat dan checkup , ini sangat pnting ..

Maaf kalau cerita agak berterabur sebab aku hanya nak sampai kan point penting . walaupun baru 3 hari ummi pergi , kami sangat-sangat rindu kan ummi , suara ummi , senyum ummi , ketawa ummi ? tenang lah ummi di sana .. Moga ummi ditempatkan di kalangan orang yang beriman . Ummi dah lama kerja keras dan sakit .. Sekarang ummi rehat lah sepuas-puasnya . Kita jumpa di sana ya ummi ..

Al-fatihah buat arwah ummi ..

medusa98

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

43 thoughts on “Aku Rindu Ummi”

  1. Takziah ye sis. ? Semoga sis tabah dan menjadi ibu yg terbaik utk anak2 sis, mcm arwah ibu sis. Sedih baca story sis. Tak dapat bayangkan kalau sy yg ade di tempat sis. ??

    Reply
  2. Mudanya dah ada anak. Kembar pulak tu. Saya 22 bayang bf pun tak ada lagi. Sedih baca story awak. Terbayangkan ibu sendiri juga. Pun ada history high blood pressure dgn diabetes.

    Reply
  3. Tak mampu nak komen panjang2. Ayah sy meninggal sakit stroke juga. Lagi menyedihkan ayah sakit 12hari sahaja terus tinggalkan kami adik-beradik dan ibu buat selama-lamanya. Awk beruntung dapat jaga ummi awak dengan tempoh sangat lama. Sy dah lalui pengalaman seperti awak menangis di hospital sebab saya org pertama dapat berita kematian ayah dari hospital.

    Reply
  4. malas la baca cite camnii
    sedihh oi, nak nangis
    kat ofis kot -.-

    : takziah untuk writer, semoga tabah hadapi ujian yang diberikan.
    semoga kuat ye sis :’)

    Reply
  5. sya pun kehilangan ibu tapi masa tu saya masih berumur 12 tahun, akibat paru- paru berair, di ikuti arwah adik akibat kemalangan jln raya…. dan arwah abah akibat sakit tua…. saya faham perasan sis….
    sis kna kuat…

    Reply
    • sedih nye..baru pas kol mak kt kg..dh la kt pej ni…😭😭😭…AlFatihah untuk arwah ummi awk n arwh abah sy…sy phm prsaan tu…

      Reply
  6. Salam takziah buat puan sekeluarga .. :'( sy faham perasaan puan… kehilangan insan tersayang .. sy pun pernah kehilangan nenek disebabkan strok kepala .. 2 bulan koma , arwah nenek pergi .. sampai sekarang wlpn dah 10 tahun berlalu tapi sy masih terkenangkan nenek , dan smpai skrg sy x mampu tgk gambar nenek. klu belek album lama, sy akn skip gambar nenek sbb masih x mampu. sy amat rindukan arwah .. tapi yg hidup pasti akan pergi .. esok atau lusa kita pula akn menyusul .. hanya Allah yg kekal abadi. smoga Allah berikan kekuatan yg sebesarnya buat puan sekeluarga ya ..

    Reply
  7. Mudanya baru 19 thn.. Arwah ummi pun baru 38 ..mesti kawin muda ni…
    Sedih baca..teringat mak akk.. Apa pun bertabah la redha..wpun rasa nak meraung..

    Reply
  8. “Tidak sanggup aku nak tengok ummi lama-lama . aku kucup dahi ummi , lalu terus keluar .. Aku menangis semahu-mahunya…”

    Walaupon cerita ni mcm salah parking, tp tetap terkesan di hati…
    Meleleh-leleh airmata akk dik…

    Mak kamu masih muda sudah dikurniakan anak…
    Kamu juga same kan…umur 19 dh bizi menguruskan anak kembar…
    Mesti di saat ini, inilah kehilangan yg terbesar pernah kamu lalui…
    Semoga Allah mempermudahkan dan memelihara kamu sekeluarga…

    Reply
      • Awal2 lagi writer dh cakap, “Pertama sekali ingin aku maklumkan di sini , ini bukan cerita seram, aku hanya ingin berkongsi pengalaman .” So nk cari mne seramnyer buat ap…….

        Reply
  9. haih…kita semua tau kan website ni hanya untuk cerita seram, horror experience dan fiction horror jak. boleh jangan share cerita yang tiada kaitan dengan tiga tiga tu boleh? dak faham bahasa. aku tau kau sedih, tapi…faham fahamlah. apapun takziah.

    Reply
    • kuasa di tangan admin kot…biarlah cte ni parking sini…ade keinsafan sikit..xde la otak asyik fikir benda seram je bila singgah sini…
      kpd penulis, moga tabah ye…kenangan2 terakhir tu lah nnt akn jd pengubat rindu pd ummi di masa akan datang …

      Reply
    • Pengajaran supaya jaga mak ayah elok elok.luangkan masa dengan diorang sebelum terlambat.APA SALAHNYA SEKALI SEKALA ada cerita sedih yang membawa IKTIBAR kepada kita semua. Andai tak suka cerita ni bukak la cerita lain. X payah la nak suruh jgn share cerita macam ni.Bukan selalu pon ada cerita macam ni kat Fiksyen Shasha.

      Reply
    • Aku rasa kalo dia sent dkt iium confession lebih sesuai. Tapi apa salahnya sekali sekala kan. Cuma dia perlu sent di iium confession jgk. Bole bagi pengajaran pada ramai lagi dekat page tu.

      Reply
  10. My very first entry I read in FS that makes me cry. May Allah place her together in the Jannah, with the rest of Mu’minin.

    *How can we forget a person who taking care of us since our first moment in the womb till their very last day?

    Reply
  11. takziah awak…
    mak sy penah berkepala botak lps buat kemo…xboleh tgk dia lama2 sbb hati x kuat…
    semoga Allah permudahkan urusan ummi awak di sana..

    Reply
    • Sbnrnya…khilangan ibu atau ayah ni adalah pkara yg paling seram dlm hdup…yg mn kt sndiri rela jmpa hantu lgi drp hlg mak bapak…org yg dh pnh hlg parent ni dia akn fhm mcmn rs sakitnya tu disini..

      Reply
  12. Sabar ye sis. I feel u. Sy both parent dh xde. Mula2 abah meninggal ms darjah 2. Then nenek plak meninggal ms sy form 1. Pastu mak plak mninggal ms sy umur 35thn, pas abis pantang anak ke 4. Ms mnunggu ms nk bsain ank ke 5, satu2 nya makcik yg ada meninggal gak sb buatan org. Perasaan tu sentiasa rs cm smlm je bru borak peluk cium dorg.

    Reply
  13. Baru lepas bertekak dengan ibu pastu terbaca kisah ni. Allahu Allahu, beruntung nya saya yg masih mampu minta maaf pada ibu tapi tak reti nak mensyukuri nikmat tu 😭😭 Salam takziah buat penulis. Terima kasih, kisah ni jadi pengajaran yg besar buat saya 😭😭

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.