“Almari usang”
Kali ini aku nak kongsi satu cerita seram yang aku pernah alami sendiri,selalunya aku hanya baca cerita seram orang sahaja. Aku merupakan seorang pelajar yang menuntut di sebuah sekolah menengah di utara Malaysia.
Baru-baru ini aku ada menyertai sebuah kem kepimpinan di sebuah kem lama khidmat negara, entah bagaimana aku tidak tahu mengapa aku terlalu berminat untuk menyertai kem tersebut walaupun pada mulanya nama aku tidak tersenarai.
Tiba sahaja di tapak perkemahan yang terletaknya sedikit jauh dari pusat bandar,kawasannya berada di dalam sebuah hutan yang agak tebal,untuk masuk ke kawasan tersebut aku dan rakan-rakan perlu memasuki gua dahulu sebelum tiba di kawasan kem lama tersebut.
Langkah sahaja kaki aku ke dalam kawasan perkemahan, bulu roma di tanganku mula meremang. Aku membuang jauh-jauh perasaan takut agar tidak diejek penakut oleh rakan-rakan. Kelihatan dorm-dorm lama yang tidak dihuni dari kejauhan.
Tiba sahaja di dalam dorm anak mataku terus terpandang satu almari yang terpaku kemas di sudut bilik. Almari yang usang yang dipenuhi debu-debu dan sarang lelabah itu begitu menarik sekali dimataku.”woi, apa yang kau usya macam nampak perempuan kat pantai je tuh”,lamunanku tersentak selepas fizi yang entah dari mana datang menepuk bahuku. Gelak tawa rakan-rakanku mula bergema didalam bilik kecil itu sebaik fizi melontarkan kata-kata tersebut.
“Splashhh”bunyi air yang terkena jubin didalam tandas. Weh korang perasaan tak almari dalam dorm kita tuh,jom kita buka dan tengok isi kat dalam dia nak tak? Kata aku memecah kesunyian didalam tandas itu.”ehh kan cikgu dah pesan jangan sentuh barang-barang kat dalam dorm tuu” bidas edris.
Penakut cakaplah,aku bermonolog di dalam hati. Malam tuu aku sudah tak sabar nak tahu isi dalam almari tu,dengan sisa keberanian yang ada aku ,Aiman dan Fizi mula mengatur langkah untuk membuka almari tersebut.”bumm ”,belum sempat kami menguak pintu tersebut kedengaran bunyi sesuatu benda yang menghentam atap zink di atas kepala kami. Aiman yang mulut sedikit celupar mula menegur dengan mengatakan” hoii setan ingat aku takut!”.”woi mulut kau jaga sikit kita kat dalam hutan ni ”bidas Fizi yang sedikit penakut.
Bunyi hentaman tadi sudah lagi tidak diendahkan kami. Belum sempat kami membuka pintu almari itu semula ,ada suatu suara yang entah dari mana datangnya menegur kami dengan nada yang agak keras supaya tidak mengganggu hartanya,”jangan sentuh harta aku!”. Aku,Aiman dan Fizi sudah mula melangkah menjauhi dari almari puaka tersebut. Aku membuat keputusan untuk tidur.
Katil aku terletak bertentangan dengan almari tersebut,sesekali kedengaran bunyi perempuan sedang menangis disulami gelak tawa yang kedengaran jelas dari dalam almari tersebut. Aiman dan Fizi telah lena dibuai mimpi.
Bunyi esak tangis dan tawa semakin kedengaran,peluh yang menitis dirasakan seperti kebasahan terkena air hujan. Aku menyembunyikan diri di dalam selimut yang ku rasakan selamat ketika itu, dari dalam selimut aku dapat melihat bayang pintu almari yang tadi terkunci rapat dengan paku penuh disekelilingnya,kini perlahan-lahan paku yang terpahat kemas itu tadi jatuh satu per satu seperti ada orang yang mencabutnya.
Jika disiat-siat kulit muka aku ketika ini aku yakin setitis d***h pun tidak akan keluar. Dengan sisa baki yang masih ada, aku beranikan diri untuk membuka sedikit selimut supaya dapat melihat keaadaan almari tersebut dengan lebih jelas. Sebaik sahaja anak mataku terpandang sesusuk tubuh yang berlumuran d***h, rambutnya yang panjang mengurai perlahan-lahan sedang merangkak keluar dari almari tersebut, terus terasa kaki aku seperti dipaku pada katil tersebut.
Makhluk yang kelihatan seperti perempuan tua tadi mula menyeringai marah kepadaku dengan menampakkan barisan giginya yang hitam dan tajam,mukanya yang sudah tidak punya rupa itu perlahan-lahan bertukar menjadi wanita yang sangat cantik. Sapa sahaja yang melihatnya pasti tergoda termasuk aku.
Entah bagaimana aku sudah berada dihadapan almari tersebut akibat terpesona dengan kecantikkan wanita yang menyarungkan kebaya pendek berwarna hitam ala-ala Saloma,cucuk sanggulnya terselit kemas dirambutnya,bau harum bunga kemboja memenuhi kawasan dorm. Suaranya yang ayu dan lembut membuatkan aku terbuai-buai mengikutnya,wanita itu membawa aku ke rumahnya yang terletak didalam hutan dan menghidangkan aku sepinggan mee goreng. Bau enak mee goreng mula menarik seleraku untuk mencubanya.
Kelekaanku melayan gadis cantik itu telah membuat aku alpa yang mana benar dan yang mana halusinasi. Pagi itu kecoh di tapak kem atas perkhabaran kehilanganku. “Weh tuu bukan syam ke,yang tengah baring kat tengah-tengah hutan tuh” jerit fizi kepada beberapa orang peserta kem. Mereka bergegas berlari kepada ku yang sedang lena dibuai mimpi sambil memeluk batu nisan.
Aku terkebil-kebil memandang kawasan sekitar yang penuh dengan semak-samun ,batu nisan yang kemas dalam dakapanku dibuang jauh,kelihatan cacing didalam pinggan yang semalamnya mee goreng . Aku yang dalam keadaan gelabah dan bingung dengan apa yang berlaku hanya mengikuti sahaja Fizi pulang ke dorm,sepanjang perjalanan pelbagai soalan diajukan tetapi satu pun tidak dijawab.
Pintu almari yang terbuka semalam kelihatan seperti sedia kala dengan paku yang penuh dikelilingnya masih kemas tidak disentuh orang . Adakah benar apa yang aku nampak semalam?,perkara ini menjadi tanda tanya didalam otak yang tidak mampu dicerna.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Seram / Tak (2 marks) = 0
Gaya bahasa (2 marks) = 0
Penyampaian (2 marks) = 0
Real / Fake (2marks) = 0
Whole story (2marks) = 1
Comment : Tajuk cerita, macam seram. Tapi bila dah baca smpai half, dah mcm kurang best sebab mcm direka cerita, cara penceritaan agak baku. Cerita tak sampai ke hati. Tersekat di skala 2. Haha. Conflict, berlaku terlalu pantas, tk sempat nak rasa keseraman tu, tiba2 bangun pagi. Habis. The end. Markah (1/10).
byk tengok movie seram ni hahahha k lah bagi 4/10 heheheeeeeee
kongsi lg cerita..sha suka baca bnda2 mistik ni..wlaupun tak tau beno ke idak..
supprt membe ! HAHA
Pening la
Nice try… hahha… sokay kalo fiksyen pun… tapi jujur la.. takyah ngaku tu pengalaman real anda… cerita anda nampak sgt rekaan sbb klise sgt…
#budakbarunakupcamtula
Kem tasik meranti wang kelian ke? Haku 1st batch 2nd intake plkn kat situ dulu. Kene lalu gua br sampai kem.
cter tu mcm cliche dik. tp nice try.
1 jer nak komen..
“macam bodo”
Macam pelik je cerita ni …. macam rekaan je tapi tak apa good try