Amarah

Assalamualaikum dan Hi semua pembaca FS.Nama aku juju *bukan nama sebenar dan aku lepasan SPM hehehe.

Soaku nak menceritakan pengalaman seram aku kepada korang semua.

Ok sebenarnya aku nak cerita pengalaman aku kena kacau dekat rumah kakak sepupu,aku panggil dia along pada tahun 2016 tahun lepas.Kejadian yang buat aku rasa trauma juga bila teringatkan balik kejadian tu.Kisah ni bermula bermula bila dia baru je berpindah dekat rumah baru dia,sebelum ni dia duduk rumah mak dia.Jenis rumah yang dia pindah tu ialah apartment macam biasa ada 3bilik dan 2bilik.

Ownerdia cina.
Masa tu cuti sekolah,along ada tanya nak x tidur rumah dia?.Jadi aku dengan dua orang adik aku pun setuju je nak ikut dia pergi tidur rumah baru dia.Along ni dah kahwin dan baru ada anak tak silap masa tu anak baru je umur dlm 1 bulan lebih mcm tu.

Kitaorang gerak dari rumah aku masa tu dalam pukul 9 lebih.Cepatlah juga sampai rumah dia sebab suami dia bawa laju lagi pun rumah dia dkt seri kembangan.

First bila masuk je rumah dia aku dah rasa lain mcm tapi tak tahu lah samada perasaan aku je jadi aku buatĀ  tak tahu.Bila dah malam sikit semua orang dalam rumah tu dah nak masuk tidur.Aku dengan adik2 perempuan aku tidur dekat area ruang tamu,Along ada letakkan tilam dkt situ sbb sebelum ni along dgn anak dia tidur dkt situ.Along,suami dia dan anak dia tidur dkt bilik utama.Bilik yang lain semua ada barang dan tak dikemaskan lagi(orang baru pindah kan)
Bila yang lain dah tidur.Aku pulak sibuk main handphone suami along,dia bagi pinjam sekejap.Aku tak sedar aku main phone sampai pukul 1 pagi sebab khusyuk buka Lazada lah 11street lah duk window shopping jap.Tetiba tengah best main phone mcm2 bunyi aku dengar.Aku diuji dgn bunyi yang tak masuk akal yg tak patut korng dngr masa pukul 1 pagi.Mula aku dengar orang alih perabot dkt tingkat atas,time ni aku dah faham sangat lah dia dah bg signal suruh tidur lah ni tapi aku still hadap phone.

Tapibenda ni tak kenal erti putus asa,aku dengar orng buka pintu bilik,orng mandi lah,orng berjalan dkt luar lah.Masa tu aku dh takĀ  tahan sangat niat nak bersangka baik pun dah hilang so aku apa lagi terus tido.

Jeng jeng jeng part ni benda ni mengganas tahap gaban punya.Aku tak boleh tido masa tu.Keadaan aku aku tido mengiring ke kiri(aku takut nak mengiring ke kanan sbb bhgn blkng aku kosong)atleast ada lah adik aku dkt sebelah kanan aku.

Masatu aku selubung satu badan dengan selimut lps tu aku tutup muka dgn kedua-dua tngn aku.Bila nak lelapkan mata aku nampak dkt bhgn ruang yg aku tutup dkt tngn aku tu ada mata yg tenung aku dgn baby yg bnyk gila(x logik betul).Aku buat tak tahu je lps tu aku baca ayat kursi bnyk kali sampai terlelap.Masa ni lah benda tu kacau aku teruk gila sampai aku rasa nak nangis.Aku mimpi selimut yg aku pakai tu terus je membelit bhgn pinggang aku dlm keadaan aku terduduk sampai aku rasa sukar untk bernafas teruk juga lah aku rasa mcm ular yg belit pinggang aku.

Timetu rasa nak jerit minta tolong pun susah.Lepas je mimpi tu aku rasa mcm orng hempap badan aku(lebih kurang mcm kena tindih lah) sedangnkan aku tido dlm keadaan mengiring.Ya Allah rasa kena hempap tu memang perit betul.Benda tu bukan tindih saja2 tapi dia ibaratkan ada orng yg menekan2 badan aku supaya aku ni jadi penyet mcm nak b***h aku.Dia punya tekanan tu Allah sakit betul.Bila aku tersedar je,berpeluh satu badan dan aku masih lagi rasa sesak nafas.Tercungap2 juga aku rasa mcm baru lari 4x400m.Lepas tu aku rasa takut rasa nak menangis dgn satu badan aku mengigil.Aku berharap sngt cpt lah masa berlalu.Aku xberani nak buka selimut aku,aku baca ayat kursi lps tu baca 3 qul.Sampai lah aku sedar Along keluar dri bilik dia nak pg dapur sbb nak buat susu masa tu baru lah aku buka selimut aku.Nasib baik time tu azan subuh dah berkumandang xde lah aku takut sngt lega rasanya.
Esoknya kita orng dh blik rumah semula.

First first aku tak cerita lah apa yg aku kena tu sampailah nenek aku bgtahu mak aku dia pun kena kacau dgn benda dkt rumah tu.

Sebenarnyasalah satu bilik dkt rumah tu dijadikan tempat sembahyang untuk orang cina mcm tokong tu.Nenek aku prnh tido dkt bilik tu dia kata benda tu marah sbb kacau tempat dia (aku pernah solat dkt bilik tu maybe sbb tulah dia marah then kacau aku) dan lagi satu nenek aku ni memang boleh nmpk dan bercakap dgn benda benda ghaib ni.Ikutkan dh 2 kali aku kena kacau sblum ni dia tak kacau teruk sangat setakat datang nak terkam aku dgn rambut mengerbang masa waktu aku tngh lena tido sampai terus terjaga terperanjat juga aku time tu.

Along pun pernh kena kacau juga dia rasa mcm orng berbisik dkt dia time dia tido tapi suami dia xpernh kena kacau lagi dan suami dia xpercaya bila aku cerita psl benda tu kacau aku.Sedangkan kwn dia yg boleh nmpk pun ckp ada benda xkena dkt rumah dia. Tapi alhamdulilah benda tu dh x kacau lagi .

Aku minta maaf kalau cerita aku ni serabut sikit ataupun tak best.Ckp psl nenek aku tu aku ada juga pengalaman yg seram dgn nenek psl budak homestay masa family aku dgn nenek pg bercuti dkt PD bulan lepas nak tahu nanti aku ceritakan lain kali.
Terima kasih admin jika publish kan cerita aku.
-Juju

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

7 thoughts on “Amarah”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.