seram-29

Amukkan Saka

Asalamualaikum fiksyen syasya dan pembaca fiksyen nih. Tergerak hati nak share pengalaman aku tahun nih. Umur aku baru lingkungan 14. Muda kan? hahaha. Ok “bende” tuh start kacau tahun ni, so ayah aku pun decide nak pergi berubat dekat seorang ustaz ni (lepas raya puasa) masa tu ustaz tu buat rawatan secara terbuka dekat tapak sebelah kedai makan.

First pergi berubat hari tu, duk pikir pasal mati je dalam kereta. Lepas tu ayah dengan ibu pujuk untuk pergi tengok berubat kat sini. Masa tu tetiba air mata menangis dan perasaan jadi campur baur. Sampailah ada petugas tu bagi minyak yang dah di’ruqyah’ suruh sapu dekat badan masing2. Lepas tu tetiba je aku terus mengamuk,menjerit, cakar diri sendiri dengan orang lain sekali. Aku taklah besar sangat tapi yang kena angkat aku ni sampai 4 ke 5 orang. Lepastu, yang aku ingat aku ade cakar kepala petugas tu. Lepas dah kene angkat tu diaorang letak jumpa ustaz. Secara depan depan. Lepastu ustaz tanya ada berapa ekor? Dia jawab ada sepuluh masa tu. Lepas tu ustaz tanya lah macam-macam soalan lagi.. “islam ade berapa? Kafir berapa? Ada nama ke tak?”  Sampai lah dekat seekor ni, ‘dia’ betina, islam dan ada nama. Nama dia AISYAH(bukan nama sebenar) jangan ingat manusia je ade nama tau. Jin pon ade… Lepas tu ustaz mintak untuk si aisyah ni menghadap dia. So aisyah pun bagitahu lah jumlah jin dalam badan?(tanya soalan tadi) pastu ustaz tanya nak keluar tak? Dia kata nak keluar, so masa first day tu sepuluh2 keluar dari badan aku.

Second day pergi berubat masa tu hari sabtu. Yang ni bosan sikit sebab kene tunggu lama orang ramai lepastu ustaz panggil lah aku akhirnya. Lepastuh ustaz suruh aku hulur tangan dan dia bagi minyak kasturi (kasturi ni jin2 jahat tak suka bagi diaorang busuk) aku pun macam elakkan diri untuk nak bau. Terus ustaz syak bende tu ada, so ustaz ruqyah, tengok-tengok ade 7 lagi. (first day haritu sekor dah kene bunuh sebab dia mintak lagipun dia dah tua) Ok jin2 ni mengaku ada lagi. Diaorang pun macam memberontaklah kan sebab “atuk” diaorang dah kene bunuh. Lepastu ustaz tanya ade berapa? Agama apa? Masa tu diaorang pon bagitahu lah agama diaorang. Ada  yang sebut Islam, Buddha,Kristian,Majusi. Jin yang beragama buddha dengan majusi pun keluar, dan ustaz suruh lah kira 1-10 dalam bahasa diorang. Rupa2nya jin yang dalam badan aku ni tak pandai mengira, so dengan otak2 aku bodoh math. Habis dalam subuh baru kiteorang balik rumah makcik kiteorang dekat kemaman untuk ambik adik yg lena dibuai mimpi(tak bawak sebab takut lambat balik)

Masuk third day aku pergi berubat,sblum pergi berubat tuh kawan-kawan mak aku ade kat rumah sebab berbincang nak gi event kat KL, so mak aku pun ada lah ajak kawan dia ikut sekali, sebab kawan mak aku ade lah cerita macam ada tanda-tanda gangguan dekat dia, so kiteorang pon gerak, sebab rawatan tu percuma dah sah-sah orang banyak kan, so lama jugak lah kan tunggu, Oh, kebetulan masa tu sepupu mak aku pun ada jugak nak pergi berubat dgn ustaz tu. Sepupu mak aku terkena jin sihir. Lepastu tetibe je aku menjerit mengamuk sebab jin saka dalam badan aku dah tak tahan nak keluar kan. Sepupu mak aku pula jerit. So saka dalam badan aku naik geram lah(sebab jin tu macam nak potong barisan nak jumpa ustaz) and then saka dalam badan aku pon marah lah jin tu, gaduh punye gaduh jin sihir sepupu mak aku dapat jumpa dulu, pastu ustaz suruh sabar, lelame sikit aku jerit lagi, kali ni aku nampak ada mak cik tua nih dia tengah nangis nangis (sebenarnya makcik tu ada jin pelesit, dan jin tu yang nangis) so saka aku marah lah pelesit tu sebab manja sangat. Nak nangis-nangis pulak. Sape yang pernah gi berubat dekat tapak sebelah kedai makan tu maybe sempat jumpa aku.

Banyak lagi kisah aku dan jin2 dan saka ni, nanti bila-bila aku sambung lagi ya. Takut bosan pula nanti. Terima kasih sudi baca kisah aku ni. Kalau membosankan, mintak maaf ye.

Bye fiksyen syasya and reader fiksyen nih..  Minta doakan aku normal dan pulih balik ye.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *