Anak Saudara Boss Pulak Buat Hal

Hello geng..pertama sekali aku nk ucap terima kasih kt FS sebab publishkan cerita ‘boss buat hal’ tempoh hari. Sebenarnya cerita tu first time aku kongsikan, tak tau lah ada lagi crita sama dgn aku. oleh kerana ada yg nak tahu kisah lain berkaitan dgn rumah bos aku tu. Ni ada lagi satu kisah yg tak berapa nak seram. Hahaha

Kisah ni terjadi selepas aku habis praktikal. Tp bos aku suruh kerja dgn dia jap. Sebab masa tu aku cuti kan. So aku pun on je laa daripada aku ke hulu ke hilir xda arah tuju.

Bos aku ni aku pggil D jelaa (sng skit nk bercerita). Satu hari aku dgn D pg amek anak saudara dia kt terminal bas. Anak saudara dia ni baru je habis spm, tp mak dia suruh kerja dgn D dulu smntara menunggu keputusan spm tu keluar.

Anak saudara dia ni kita gelar F je laa ehh.?. D suruh ajarkan F ni mcm mana nak buat kerja. Kiranya aku mentor dia laa. Bila D dh ckp mcm tu, xkan aku nk hampakan dia betul tak? Aku janji akan ajar segala ilmu yg aku ada. Hahaha. F ni perangai dia gila2 sikit, aku tgok dia pun mcm jenis hati kering. Sembang2 dlm kereta then D ajak makan jap kt mamak.

Kt mamak lg bnyak bnda nak borak. Tanya itu tanya ini. Aku hnya menjadi pendengar. D ckp 2 3 hari xda kerja lagi so relax laa, buat lh apa yg patut, lepak ke, pusing2 KL ke, main fifa ke. Tiba2 mata si F ni terbeliak, pastu sengih2. Hehehe. Dh agak nk malam skit D ajak balik, so aku terpaksa follow lh balik rumah D ni. Walaupun dlm hati aku takut nak mampos. Xkan nak g rumah tu lagi.??. Xpe laa aku abaikan semua tu sbb D pn dh bg aku tnggungjawab.

Sampai je kt rumah D, kaki aku berat gila nak melangkah masuk..hahaha. yelaa, aku tahu apa ada dlm rumah tu. Yg si F ni buat rilek je.

Pastu dia tanya D, ‘mana dia?’ . D pelik laa..’dia sapa?’ soal D. ‘Fifa laa, kata nak main dia. Xnampak pmpuan pun’ . Aku dah ‘aikk, sape ckp pasal pmpuan?’ Tnya aku. F jwb ‘fifa bukan nama pmpuan ke?’ . Perrggghh,,dlm hati aku ‘mmg kau ingt fifa tu pmpuan’. *FIFA tu game bola yg main kt PS4. D sekeh kepala F and ckp ‘kau ingat mak kau hantar kau sini suruh aku ajar kau memant*t?’ Aku gelak besar masa tu. F cuma sengih2. ‘Ingatkan ada pmpuan, kalau ada pmpuan sedap skit’ .

Uisshhh..celupar mulut kau ni. Aku dh telan air liur, sbb aku tahu ‘fifa’ yg lain dlm rumah tu msti dgr punya. Aduhhh..aku tepuk dahi je laa.

Lepas tu masing2 nk mandi, D suruh F mndi dulu. Mandi punya mandi F terpekik dari dlm tandas dia ckp ‘woi D, jgn lah main2. Aku penat lhh.’ Aku dgn D tergamam kt tingkat bawah, dh kenapa ngn budak ni? D mcm tahu je apa jadi. Aku sabar je..’fifa’ nk berkenalan lerr tu kata ku dlm hati. F turun muka masam pastu tanya ‘knpa on off lampu, nk mndi pn tk senang’. Aku dgn D sengih2 je..
Lepas dgr mcm tu aku x jadi nak mndi. Mandi esok je laa. Hahha

Pstu aku baring bilik D smbil main c.o.c. D masuk muka cemas, dia tanya aku ‘bro, dgr tak? Ada org nngis’. Aku cuba pasang telinga, sah! Suara tangisan.. Sayu dan sayup je bunyi. Bulu roma aku meremang bhaii.

Bila dengar betul2, bunyi tu dri blkng rumah. D suruh aku cek, mmg tak laa citer dia. Last2 D suruh F pg periksa. kalau korg nak tahu, blik D ni bilik paling hujung so sebelah tingkap dia ada laluan blkng rumah tu lerr. F periksa xda apa2. Tp bunyi still lagi ada.

Tgh masing2 pasang telinga..muncul satu bentuk bdn manusia kt luar tingkap. Mcm org tgh mengendong anak. Aku terus berdiri then amek port sebelah pintu. Yelaa..mana tahu dia selak tirai tu mau berbuih aku tgok dia. Hahaha. Aku tak tahu mana dtg berani si F ni, dia pg cek lagi skali kt blkng rumah,tepat2 Kt sebelah tngkap. Dia ckp xda apa2, tp bayang tu still ada. Last2 D suruh amek bntal selimut smua. Semua pakat nk tido ruang tamu. Semua on.

Kt ruang tamu, aku baring smbil main c.o.c lagi. D dgn F main FIFA. Lagi sekali, bunyi org berlari naik turun tangga. Aku diam je. Malas nk toleh kt area tangga. F nk pg cek tp D tak kasi. Then dorg smbung lagi main. Dh lama skit, dorg bosan main game. So berbaris lh nak tido kt ruang tamu. Aku dh nak terlelap tp D dgn F still borak.

Elok2 aku nk tido, sliding door bergegar. Gegar dia mcm ada org merusuh. Kita semua duduk. Masih bergegar then sekali skala tirai tu terbang2 bagai ada angin. Kt luar kosong. F keluar,’ishh,berani gile budak ni’ kata aku dlm hati. F jerit ‘oi sund*l..aku nak tido lahh.!Kau pg carik org lain lahh.. aku xda duit nak langgan kau.!’.

F hempas pintu lepas tu. D diam je sambil telan air liur, aku dh xtau rasa apa. Nak lari keluar rumah lagi tk boleh, sebb benda tu mmg sah2 ada kt luar. Pada masa yg sama, aku tak tahu yg si F ni bebal ke berani. Hahahaha.

Masing2 tk boleh tido dh masa tu. Jd semua pakat lepak lh jap smbil isap rokok. Masa isap rokok tu, bunyi org tgh basuh pinggan dan tgh memasak.kami abaikan, lepas tu pintu ada org ketuk, bukan sekali dua. Dh mcm nak tercabut pintu tu. Pun kami abaikan, tiba2 blackout. Perghhh…nasib baik ada lampu jalan, so ada lah nampak skit walaupun samar2. Terasa panas dlm rumah D suruh aku buka sliding door.

Aku dgn berani takut pergi lh buka . elok aku nk selak langsir tu, dgn mata kepala aku sendiri aku tgok ada perempuan tua yg dh bongkok bawa tongkak kt luar rumah, muka dia aku tak nampak..rambut dia putih sampai lutut. Aku apa lagi..mencicit lah lari. Habis kerusi meja aku redah. D dgn F pun nampak sekali. Aku rasa F dh bengang dia keluar terus bersilat.

Lepas tu aku nmpak dia masuk dlm rumah dan hempas pintu. Dgn nafas mcm org dh lari 100m dia ckp ‘nenek tu boleh terbang weyyy..tak larat aku’.pstu ad bunyi org gelak pulak kt dapur, dia punya gelak mcm mengejek. D terus azan..bergema ruang rumah tu. Lepas tu segala bunyi xda, senyap dlm 15 minit. Masing2 isap rokok.

F dh tak seberani tadi dh aku tgok. Menggigil beliau isap rokok. Kesian jugak aku tgok dia. Dh rasa ok skit kami cuba lelapkan mata. Walaupun masih takut, tapi keletihan menguasai diri. Akhirnya terlelap.. panas pun panas lahh. Time tido tu, rasa kaki kena garu ngn kuku panjang, ada kain kibas2 kt muka, nk buka mata tak berani.

Tahan je laa..last2 lena gakk. Pagi tu semua bangun dgn keadaan bingung. Sebab apa? Sebab mulanya aku tido kt sofa, bangun pagi tu aku kt depan pintu. D pulak tido ruang tamu tp bangun kat dapur. F lagi best, tido ruang tamu tp bangun kt luar sliding door. Hahaha

Lepas mndi semua dia terus call mak dia, dia ckp xnak kerja dgn D. Mak dia paksa jugak. Aku tanya D pernah ke sampai mcm ni? D ckp tk pernah, mungkin si F ni kurang ajar and mencabar dorg kot. Sbb tu jadi sampai mcm ni. Aku pulak tu last aku tido rumah D. Mmg xnak dh lepas ni. D pindah rumah 4 bulan lepas kejadian tu. Tak tahan katanya.

Tiap kali tido kena ganggu. Tak pernah lena.
Tu lah kisah aku overnite kt rumah boss aku. Korg nak percaya ke tak, tu terpulang lah ye. Tp itu lh yg sebenarnya yg terjadi. Kalau fikir balik mmg mcm tak logik. Aku harap korang yg tak percaya tu nanti kena kacau sama mcm aku kena. Hahahha

Kena ingat, ‘fifa’ dgn sekutunya ada jer memerhatikan korg. Ntah2 dia ada kt blkng korg tgh baca sekali. Huhuhu. k laa..dh panjang dh ni.

Kalau ok, nanti aku story pulak pasal share partner D ni. Bukan dia cerita kt kitorg..tp aku dgn D pn terlibat sekali.
Gerak luu, pape roger. Chow CinCau.

– hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

16 thoughts on “Anak Saudara Boss Pulak Buat Hal”

  1. Hahah.luar sliding door terus. Menyampah beno la gamaknya hantu tu dengan F. Haha.

    Walaupun kurang seram berbanding cerita sebelum ni, tapi sangat menarik. Nanti sambung lagi. Hahha

    Reply
  2. Br nk tanya bos tu x rasa nk pindah ke..haha dh terjwb…adoiii kalo dh cam tu gaya nk tdo mlm2…bgn pg mata panda weii…kalo akak la…mlm tu jugak kuar umah pi tdo tmpt lain…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.