Angkara Hajat

Assalamualaikum dan hai semua warga Fiksyen Shasha. Ini kali pertama aku hantar cerita dekat FS, walaupun sebelum ini sudah terdetik dekat hati nak hantar cerita seram, namun ada saja masalah yang menghalang aku untuk hantar kisah ini dekat ruangan bacaan page fiksyen shahsha.

Sebelum aku mulakan kisah ini, terlebih dahulu aku minta maaf sekiranya ada kesalahan dan kesilapan dalam penulisan. Okay jom mulakan…

Kisah yang aku nak ceritakan ini adalah pengalaman aku sendiri dimana kejadian tersebut terjadi sewaktu aku hendak ke sebuah hospital. Untuk nama hospital ini biarlah aku rahsiakan.

Kejadian ini berlaku pada lewat tengah malam, dimana ketika itu tandas dirumah mengalami masalah tersumbat dan ini memaksa aku untuk melepaskan hajat disebuah hospital berdekatan.

Ku lihat jam di tangan sudah menunjukkan lebih kurang 12.40 tengah malam. Tanpa melengahkan masa aku terus start enjin kereta dan memulakan perjalanan ke hospital bagi menyempurnakan segala hajat yang telah lama disimpan.

Waktu dalam perjalanan menuju destinasi, alhamdulilah tiada satu pun gangguan yang terjadi dan ini memudahkan lagi aku untuk menyalurkan bantuan simpanan yang telah laman tersimpan.

Sampai saja di hospital tersebut, aku terus melangkah menuju ke tandas yang berada di depan. Sampai saja dekat tandas tersebut, tombol pintu pula buat hal, tandas tersebut terkunci siap ada mangga lagi. Rupanya tandas tersebut sudah dijadikan tandas bagi staf hospital saja.

Aku tanpa berfikir panjang terus menuju ke satu lagi tandas awam yang berdekatan dengan pembayaran hasil dan juga satu blok atau bilik iaitu bilik mayat. Bilik tersebut perlu dilalui dikernakan hanya itu saja laluan yang ada.

Jika difikir selepas kejadian memang aku dah tak nak lalu jalan tersebut. Tapi apa kan daya perut buat hal masa tu dan juga memang tak terfikir sangat mengenai gangguan-gangguan tersebut.

Alhamdulillah … aku menarik nafas lega setelah selesai bermesyuarat dengan bayang-bayang sendiri mengenai bantuan yang disalurkan. Aku melihat disetiap sudut hospital yang mana tiada satu orang pun terlihat berjaga diwaktu malam itu .

Waktu aku melalui kawasan bilik mayat aku perasan ada satu suara kecil yang meminta tolong. Aku terkejut dan terus menoleh kekiri kekanan dan belakang, tiada satu pun kelibat yang terlihat. Aku terus berjalan dengan laju dan diiringi sekali lagi suara kecil yang meminta tolong.

Keluar saja dari bangunan hospital aku terserempak pula dengan kelibat makhluk besar, rupanya abang guard menyapa aku.

Abang guard : Balik ka.. lewat dah ni..
Aku : Ya nak balik dulu sebab urusan dah habis dah..
Abang guard : Hati-hati di jalan tu, bahaya juga pagi-pagi buta ni..
Aku : yaa.. dekat juga rumah ni.. ( siap dengan senyuman ).

Aku terus berlalu dengan memberikan salam dan menuju ke tempat parking kereta. Aku start kereta terus balik rumah.

Dalam perjalanan tersebut, sekali lagi aku diganggu dengan kelibat hitam yang melintas di tengah jalan raya. Kelibat hitam yang berlalu dengan laju itu membuatkan aku mula rasa keseraman masa tu.

Sampai saja dirumah, aku terus menuju ke kamar mandi untuk mencuci muka dan kaki. Aku memang berharap sangat agar gangguan itu tidak berterusan sampai ke rumah. Namun sangkaan ku tidak betul gangguan tersebut masih mengangguku.

Gangguan tersebut berlaku sekali lagi apabila pintu depan rumah diketuk berkali-kali. Aku yang masih bangun ketika itu memang tidak berani nak buka pintu masa tu. Isteri aku pula terbangun apabila mendengar ketukan pintu yang kita itu berbunyi berkali-kali.

Aku mengatakan dengan isteriku bahawa jangan buka pintu tu, mana ada orang lagi pagi-pagi buta macam ni. Mungkin makhluk yang tak diundang kot yang datang. Isteri ku terus kata bahawa jangan cakap bukan-bukan, diam saja kalau ada benda macam tu dan banyakkan berdoa. Aku yang terdiam mendengar nasihat isteriku terus beristigfar dan buka surah di telepon.

Alhamdulillah tidur lewat malam tu membuatkan aku tidur lena, namun gangguan yang terjadi itu tetap menjadi kenangan yang terukir.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Penuli : Hasman_man

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 39 Average: 2.1]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.