Anis Ke Tu?? | Bayang-bayang | Kisah Dalam Bilik

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan peminat Fiksyen Shasha. Kisah ini tiada jaminan akan membangkitkan rasa seram, atau membuat anda meremang bulu roma, tengkuk g. Jom mula.

Aku merupakan seorang penuntut di sebuah ipta di Perak. Pada pertengahan semester , aku dan roommate mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman. Cuti selama lima hari, sempatlah balik melepaskan rindu sekejap.Alhamdulillah lama benor dok balik kampung.

Setelah lima hari, aku pon balik ke kolej. Aku naik bas 10.30 malam, dan akan sampai ke sana selepas subuh. On the way balik kampung tu, aku ada call roommate, Anis namanya. ” Anis ko sampai jam berapa hari ni ” si Anis ni pon cakap la dia akan sampai awal pagi keesokannya.

Oleh itu, hari pertama sampai ke kolej, Aku teruskan aktiviti harian tanpa Anis di dalam bilik. Tapi aku tak kisah sangat, sebab sampai je, aku agak sibuk dengan aktiviti persatuan dan aktiviti kolej, sampai ke tengah malam.

Jam 11.00 malam, aku kepenatan dan terus tidur selepas menutup semua lampu. Tidurku hanya ditemani lampu jalan setelah menyelak sedikit langsir bilik. FYI, kedudukan katil kami menghadap pintu dengan loker berada di bahagian kepala katil.

Part tak berapa seram dah nak sampai. Ok malam tu, aku dengar bunyi pintu dibuka. Dan bag diseret masuk ke dalam bilik. Tanpa membuka mata, aku bermonolog dalam hati ” hurm… ni Anis dah balik ni, maaf ye Anis, aku mengantuk sangat ni, ko buat la apa yang patut” dan terus tidur balik. Tak lama selepas itu, aku dengar pintu loker dibuka “kreeooookkkkkkk” hah sapa pernah ada loker besi imagine bunyi dia macam mana.

Aku mengiring ke kiri, menghadap katil si Anis dan angkat kepala sedikit, tengok si Anis tengah membongkok , seolah-olah tengah kemas dia punya locker. Aku yang tadi buat2 tidor, tegur si Anis” eh, Anis dah balik? Buka la lampu, gelap ni Anis nak kemas” Si Anis reply, singkat ” Urm, dah balik”. Aku pon bagi tau la kat dia, aku penat sangat hari ni… nak tidur pulak.

Keesokan paginya, aku bangun untuk solat subuh. Aku tengok katil Anis kosong, bag pon takde. Eh, mana pulak si Anis, keluar bilik kawan ke? Awal bebenor si Anis keluar. Aku keluar dan tanya housemate yang lain, anis dah balik kan, mana Anis pergi awal pagi ni. Dorang cakap mana ada.. Anis tak balik lagi la… aku bertegas jugak cakap ye Anis dah balik la! Tak! Dah! Tak ! Dah! Lepas dah tak larat bertanding betul ke salah dengan housemate, aku telefon Anis.

” Anis, awak kat mana ni, awalnya keluar bilik. ” nak tau apa si Anis jawab? Cliche cerita seram .” Tak, Anis tak jadi balik semalam, kereta abah rosak jadi hari ni Anis tunggu abang Anis datang hantarkan. Kenapa?”

Serta merta lepas tu aku rasa seram sejuk. Patot la… semalam tu walaupun cahaya dari lampu jalan menyimbah masuk dalam bilik, sosok tubuh tu tetap nampak legam, membongkok statik. Aku pulak tengah mamai, akal tak mampu berfikir dengan logik. Tapi satu yang aku pasti, suara itu memang suara Anis.

Tengah hari itu, Anis sampai ke bilik dan aku ceritakan semuanya pada Anis. Malam itu kami tidur di ruang tamu dengan semua lampu terbuka.

Sekian cerita tak berapa seram. Mana seramnya pon ntoh le, yang cakap tak berapa seram, pergi masuk dalam jamban, tutup lmpu dan baca balik. Sekian terima kasih. Terima kasih Fiksyen Sasha.


KISAH 2 – BAYANG-BAYANG

Assalammualaikum dan salam sejahtera…
Kisah pertama yang saya nak kongsikan Ni sebenarnya x adalah menyeramkan sangat,cuma masih membekas sampai skarang.
Peristiwa Ni berlaku Kira Kira saya berusia 7 tahun,waktu tu arwah nenek masih ada lagi.Dulu masa kecik2,saya memang x ada kawan since rumah kawan semua jauh,so untuk menghiasi masa lapang kanak2 yang nakal masa tu,saya main sorang sorang saja di blakang rumah.
Sebelum Ni ok je,x ada masalah sampailah Satu hari tu….
Masa tengah2 main Kat blakang rumah dengan batang pencakar sampah,dlaam pukul 530 ke 6 petang masa tu,saya pun main macam biasa sorang2,dan waktu tu berhadapan pintu tandas.Tak tahu knapa,saya tertarik pada bayang2 Saya Kat pintu bilik air tu,yelah dengan masa tu pegang pencakar sampah saya pun angkat la tangan yang pegang pencakar tu.
Anehnya,bayang2 tu x Bergerak langsung….masa tu budak lagi,blurr,tapi kalau ikut logik bayang2 mesti lah ikut pergerakan Kita kan.Masa tu dah lain macam sangat,saya Cuba try test kali ke 2 knapa bayang2 tu x Bergerak,masa tu saya baca surah Al Fatihah since tu je surah saya tau,and lpastu guna batang pencakar tu,acah acah pi cucuk bayang2 saya Kat pintu tu…..
And masa tu,terus lari masuk rumah sebab apa,sebab bayang tu respond dengan angkat tangan yang lain macam orang nak berikrar….memang x logiklah kan….
Last last tu,takut takut jugak,tapi sekejap je,pastu seminggu pastu baru berani main Kat bawah (laman belakang rumah),…..haha


KISAH 3 – KISAH DALAM BILIK

Assalamualaikum n salam sejahtera.Nama aku rita,pengalaman aku ni tak tau la seram ke tidak bagi teman2 pembaca FS ni,tp bg aku pengalaman yang tak kan boleh lupa kecuali aku da nyanyuk.

Kisah bermula sewaktu kami mula tinggal di rumah nenek.rumah nenek kami ni dua tingkat,atas ada dua bilik jer.Sebelum aku kena adik beradik aku yang lain memang da pernah kena termasuk la emak aku.termasuk sepupu aku yang kadang2 datang bermalam di rumah.

Tp ‘benda’ ni tak la kacau ganas sangat,macam adik lelaki aku pernah tido d bilik nenek sebab nenek tak suka tido kat atas tau la orang tua lutut da sakit.jadinya adik tido kat bilik sorang2 tengah malam dia rasa macam ada jer orang tido sebelah dia.bila dia bepusing ke belakang dia tengok macam ‘mak’tido membelakang dia jadi dia ingat mak la.padahal mak tido kat bawah.selalu adik beradik aku tengok macam tu.kadang2 macam ada perempuan berdiri depan cermin.tp bentuk badan macam mak tapi selalu jadi tengah malam.tak da nya mak aku nak naik atas p becermin tengah2 malam.

yang aku plak kena pada satu malam tu aku nak tido tp bilik sebelah nenek la.tapi ntah kenapa malam tu aku tido tutup lampu n tutup pintu!.selalu aku tido xtutup pintu bab cahaya lampu dr luar terang.Tengah malam tiba2 aku terbangun aku tengok kat kaki aku ada pempuan baju putih rambut panjang!.’benda’ tu duduk sambil tengok aku mata besar muka putih melepak!tapi dia pandang aku macam marah sangat.aku xdapat nak gerak.aku pn pandang dia jak lama2 tp dalam otak aku fikir sapa dia ni?.

Tak tau berapa lama kmi berbalas pandang aku tertido.besok pagi aku tak boleh bangun bab pinggang belah kanan aku sakit sangat.aku panggil mak trus bw pi hospital.aku kena tahan 3hari tapi doktor tak dapat kesan apa sakit aku pn.macam2 ujian da drg ambik tp xda apa2 pn.

Balik dari hospital aku sakit 1mggu,stat dri situ aku mula sakit2 sampi 2tahun lebih.merata tempat aku pi berubat tapi xsihat.berapa bulan sebelum aku kena malam tu,aku sllu dengar atap rumah kami macam kena baling batu besar.aku gatal mulut aku sound aku kata sapa la ni baling2 batu.asal tido malam aku sllu mimpi ular hitam n kena tikam.orang tua2 kata tu petanda nak kena santau@ilmu hitam.

Tu permulaan aku boleh tengok benda halus.ada lagi cerita.next time ok..

HANTAR KISAH ANDA: FIKSYENSHASHA.COM/SUBMIT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *