Assalamualaikum,terima kasih pada FS siar cita aku nie.. kaki ayam bukan sebap aku jalan x pakai kasut..tapi aku memang tak suka pada kasut sejak kejadian yang aku akan cerita nie.. sorry cita nie panjang sikit nak cuba habiskan dalam 1 cerita terus.
Malam yang sama lepas aku balik dari surau bersama paksu, Arul dan Amin.. “Oii Am, aku dengar kau kena kejar hantu siang tadi.. betul ker?” suara Amin memecah kesunyian malam.. “Haah..sapa cerita? Paksu ke?” “ tak la.. ila yang bagi tau aku tadi..”
Aku hanya diam dan mengimbas kembali apa sebenarnya yang aku Nampak siang tadi. Bila aku pikir semula aku tak rasa benda tuh pontianak..sebap badan dia berbungkus macam pocong, hanya kepala saja yang seperti Pontianak rambut mengerbang dan kusut..penanggal dalam bentuk ada badan ke? Hantu kacukan ker? Apa benda tadi tuh?
Tengah sibuk memerah otak pikir, aku tiba-tiba rasa tak sedap hati. Perasaan yang sama waktu aku tengok pintu bilik air siang tadi. Automatic aku berdiri tegak dan berlari masuk rumah. Tercengang seketika budak dua ekor tuh,tapi dorang pon tiba-tiba berlari berebut masuk kedalam rumah.. “hoi Am, apahal kau lari tadi” Tanya Amin termengah-mengah macam dah lari 400 meter jer. “aku rasa tak sedap hati duduk luar, Yang korang nie lari apahal pulak.” “dah kau lari kitorang pon lari lah, ingat kau Nampak hantu lagi.” “mulut jangan capul sangat lah Arul, sudah lah dari layan korang nie baik aku layan tv” aku berlalu membuka Tv dan terbaring di tengah ruang tamu cuba melegakan hati yang gelisah. Aku melihat siaran Tv2 ketika ini cerita arahan arwah Tan Sri P.Ramli PENDEKAR BUJANG LAPOK sedang bermain.
Tengah syok Sudin,Ajis dan Ramli membaca mentera merapu. Aku terdengar ada suara halus ikut ketawa bersama. Aku lihat keliling tiada siapa hanya aku seorang sahaja. Ila sedang sibuk mengulang kaji di biliknya. Paksu dan maksu keluar ke rumah jiran yang sakit bersama Amin tadi. Arul pula baru pergi buat pelaburan saham. Jadi sapa pulak yang gelak tadi.. aku buat-buat tenang dan sambung melihat Tv semula. Mata aku kearah kaca Tv tetapi telinga aku sedang bekerja keras mengesan jika ada bunyi-bunyi lain yang tidak menyenangkan..ketika babak ajis sedang bertapa di perigi buta lagi sekali aku mendengar suara orang ketawa.. aku ingat suara makcik-makcik mambang nie yang ketawa bergosip cucuk-cucuk.. tapi aku silap, suara tuh datang dari arah belakang aku.. suara begraund music tv makin mencemaskan hati aku..sudin di rumah tinggal mambang bermain tingkap dan pintu.. perkara yang sama juga sedang berlaku pada aku ketika ini.. si samseng nie main ketuk tingkap pulak.. Otak dan hati aku berlawan sesama sendiri patut ke aku melihat apa benda.. tiba-tiba ada benda jatuh dari siling rumah betul-betul depan aku, terkejut aku automatic kaki berlari kearah belakang dengan sekuat hati.. Gedebuk!
Aku berlanggaran dengan sesuatu, terlentang aku kebelakang.. aduh sakit gila aku rasa ketika ini. Aku membuka mata melihat apa yang aku langgar.. Laaa Arul rupanya yang aku langgar tadi..aku melihat dia juga sudah terlentang ke belakang sambil mengosok dahi dan belakangnya. “adui Am, kau dah kenapa sondol aku macam lembu nie.. nak patah pinggang aku nie tau tak.” “weh Arul, aku Nampak hantu tadi.” “hah! Hantu! Mana hantu tuh meh sini aku seligi-seligi kepala dia” belagak betul budak sekor nie.. “eh, kau jangan nak cakap besar sangat lah. Sekali dia jenguk depan muka kau tercirit kau baru ada akal.” Aku bangun dan membantu Arul untuk bangun juga.. “hehehe.. kau nie aku gurau je lah.. mana ada hantu dalam rumah nie.. aku dah puluh tahun hidup dalam rumah nie mana pernah aku Nampak hantu.” “suka hati kau lah nak percaya ke tak.. kalau dah kena jenguk nanti jangan cari aku pulak.” “kat mana kau nampak hantu tuh Am?” “kat depan tuh ha.. kau nak pergi tengok ker?” Arul menganguk dan perlahan-lahan bergerak untuk kedepan… rumah nie panjang bentuk macam T, pintu di tengah dan ruang tamu TV nie di sebelah kiri.. sebelah kanan pula ruang kosong yang Cuma ada karpet besar dengan meja jepun kadang-kadang ruang nie buat sebagai tempat solat berjemaah..
Aku mengikut langkah Arul yang seperti Spy perlahan-lahan berjalan rapat ke dinding. Sampai di bucu dinding, Arul menoleh kearah aku dan memberi insyarat GOOD. Ish dia nie main-main pulak..sebelum sempat Arul menjengahkan kepala tiba-tiba ada kepala lain yang menjengah dulu. Bukan main rapat lagi kepala tuh dengan muka Arul. Arul pengsan dan aku pula tidak dapat bergerak dari tempat aku berdiri.. nak menjerit suara tak mampu nak keluar. Aku hanya mampu melihat kepala tuh menyeringai kearah aku dengan air liur yang menitis di kepala Arul sudah terbaring di lantai.. aku memejamkan mata.
YAA HAYYUU YAA QAYYUM BIRAHMATIKA ASTAGHITS.. Terlintas zikir nie di dalam hati aku, dan aku perlahan – lahan mengundurkan diri kebelakang.. aku membuka mata sedikit untuk melihat, samseng tuh dah tak ada.. aku menarik nafas lega dan terduduk seketika kerana merasakan kaki aku sangat lemah ketika ini.. basah? Lantai yang aku duduk nie basah? Aku melihat seluar coco Arul basah dan.. cis hancing! Malaun punya budak..sedang aku mencarut dalam hati aku mendengar suara paksu memberi salam.. pintu di kuak dan terkejut paksu melihat keadaan aku dan arul ketika ini.. “ASTAGHFIRULLAHALAZIM, apa dah jadi nie?” laju langka paksu, maksu dan Amin kearah kami. “paksuuu.. hantu tuh main cak-cak tadi.” Berderai air mata jantan aku ketika ini. Tak tau apahal aku boleh menangis depan dorang masa nie.. perasaan aku bercampur baur malu dengan maksu, takut hantu tuh muncul lagi, gembira pasku dah balik, menjijikan sebap air kencing Arul. Paksu menepuk bahu aku perlahan dan membaca sesuatu lalu menghembus kearah Arul yang masih tak bergerak. Arul terjaga dan menjerit tiba-tiba, tanjat mak..luluh semangat aku kejap. Paksu menenangkan Arul, Ila yang mendengar bunyi bising-bising keluar dari bilik dia. Nie lagi sekor buat aku terkujat lagi sekali, Keluar bilik dengan muka penuh bedak sejuk. Lama-lama boleh kena sakit jantung aku..
setelah keadaan kembali tenang kami berkumpul, Paksu cakap dia akan minta tolong imam masjid dengan ustaz Zul untuk datang esok melihat keadaan rumah. Aku arul dan Amin tido berhimpit di dalam bilik amin malam tuh.seriau nak tido sorang-sorang malam nie. Nama je lelaki awal 20an gagah perkasa tapi jiwa macam siput sedut.
Esok nya dalam perjalanan balik dari kelas tengah hari,pukul 12.25 tak silap aku. Aku jalan dekat satu kawasan hutan buluh,lalu dekat sini aku rasa macam ada yang tengah perhatikan aku. Aku tengok kiri kanan tak de sapa pon.aku teruskan langkak tapi tersandong jatuh..aku tengok tali kasut aku tak berikat rupa nya.. aku betulkan tali kasut aku dan berjalan macam biasa. Lagi sekali aku terjatoh dan sebelah kasut aku tercabut dari kaki.kali nie aku rasa macam ada sesuatu tarik kaki aku.. aku tengok lagi sekali tali kasut aku terbuka..masa aku nak ambik kasut aku Nampak rambut panjang melingkar dari celah pokok buluh sentuh kasut aku..serta merta aku dengar suara mengilai. Aku membaca ayat kusri dan berlari meninggalkan kasut aku.pedih kaki tautengah hari buta nie jalan panas pijau aku lari dengan kaki sebelah tak berkasut sampai rumah. Bila sampai depan pintu terkejut aku bila tengok sebelah kasut aku tadi elok jer terletak dekat rak. Maksu macam tau-tau je aku dah balik buka pintu dan suruh aku masuk bersihkan diri.
Jam pukul 9 malam ,Tiba-tiba lampu terpadam.. Paksu menjenguk keluar “Hmm Nampak gaya macam satu kampong blackout nie. Rumah orang sebelah dengan lampu jalan pon gelap jer.” “lupa pulak saya nak ingatkan abang yang semalam TNB ada datang bagi notis nak tutup bekalan malam nie sebap ada kerja kata nya” terang maksu.Kami menarik nafas lega seketika. “sayang cuba awak pergi ambil lampu picit dekat laci sana pasang lilin jugak.” Arah paksu.. Ila turut bangun untuk membantu maksu. “Bang lilin habis lah bang,” “la, yer ker.. hah korang pergi beli lilin kejap” aku berpandangan dengan Amin dan Arul walapun perbuatan tuh sia-sia sebap bukan Nampak pon dalam gelap nie.. paksu yang perasaan tiada respon dari kami dia arahkan kami pergi bertiga. Dengan berat hati aku mengambil salah satu lampu picit dari maksu dan bergerak keluar.
Dalam gelap nie memang susah hendak mencari kasut. Tiba-tiba aku lihat ada seseorang menghulurkan kasut kepada aku. Dengan senang hati aku mencapai nya dan mengucapkan terima kasih. “kau cakap dengan sapa Am?” tegur Amin. Aku menoleh dan lihat Amin dan Arul sudah berdiri di tengah laman. Dengan kasut di tangan aku memecut lari ke jalan, Arul dengan Amin yang melihat aku berlari turut mengikut langkah aku berlari. Jauh sedikit dari rumah aku memperlahankan langkah dan bertenang..
“apahal kau nie.. asik lari jer.. penat aku tau tak.” Rungut Amin. “Diamlah kau, kalau tak tau apa-apa jangan bayak bunyi.” Marah aku sambil cuba untuk memakai kasut. Susah betul nak pakai kasut sandel tali nie sambil berjalan.nak adjust tali nak bagi ketat la..yang ketat sangat nak kena buat bagi longgar ikut selesa kaki..tengah-tengah aku perbetulkan kasut aku Arul menjerit “Am ! Lari Am! Lari!” aku melihat Arul dan Amin dah lari jauh meninggalkan aku.. Aku menoleh ke belakang dan alangkan terkejutnya aku bila samseng nie tengah diri,lidahnya yang panjang sedang menjilat nanah pada mata yang terkeluar .siot betul malang nya nasib aku hari nie. Aku cuba untuk berlari tapi agak sukar sebap tali sandal belum terikan elok,nie la masanya aku benci pada kasut. Aku jatoh tersembam bila aku mengangkat muka aku lihat benda tuh elok jer terbaring melintang tengah-tengah jalan nie. Cepat-cepat aku bangun membaling kasut ingin patah semula ke belakang untuk lari pulang. Matilah aku! Benda nie depan belakang aku pon ada. Seko tengah berdiri seko lagi dah begolek-golek. Tanpa berpikir panjang aku terus pejam mata dan berlari kaki ayam kearah setan golek dan memijak dia sekuat hati untuk melepaskan diri. Jauh sudah aku berlari dan aku terserempak dengan imam, “nak kemana kamu nie Am dengan kaki ayam nie.” “pocong imam, saya nampak puntianak.” “Sudah-sudah bertenang.. mengucap.. huu.. mari kita ke rumah kamu. Ustaz Zul pon sudah dalam Otw ke sana.”
Sampai di rumah aku melihat semua orang ada dirumah termasuk Arul dengan Amin. Tersengih-sengih dorang pandang aku mintak penampar betul budak dua ekor nie. Ustaz Zul mengelilingi rumah dengan lampu picit di tangan manakala imam masuk ke dalam bersama paksu. Kami semua hanya menunggu di luar aku pula dah siap cari selipar kot-kot nak kena lari lagi..lepas seketika ustaz datang ke laman begitu juga dengan paksu dan imam.. “sapa guna bilik air belakang tuh?’ Tanya ustaz. “saya yang guna ustaz. Kenapa?” “ kamu ada bakar apa-apa tak barang dari dalam bilik air tuh.” “dulu masa saya bersih-bersihkan bilik air semua botol-botol dengan sampah yang ada dalam tuh saya bakar. Tapi tak de apa pon yang pelik” “bilik air tuh dah lama tak de orang guna sejak arwah ayah saya meninggal 7 tahun lepas. Kenapa ustaz?”paksu bertanya hairan.. “patutlah.. saya rasa ada yang menumpang tinggal dekat barang-barang yang ada dalam bilik air tuh. Jadi bila kamu bakar rumah dia marah lah benda tuh..” “lepastu ustaz nak buat macam mana sekarang?” Tanya paksu. “saya akan buang benda nie jauh-jauh dan pagarkan rumah. Selebihnya kamu kena sentiasa pastikan keadaan dalam dan luar rumah nie bersih. Rumah nie tempat kita berehat dan beribadat. Kalau kotor takut ibadat yang kita buat sia-sia saja. Lebih-lebih lagi kebersihan tandas. Tandas tempat kegemaran jin dan syaitan kalau kita tak jaga habis lah.ingat nie.” Terang ustaz. Setelah selesai menghalau benda tuh ustaz dan imam memagar kawasan rumah dan meminta diri untuk pulang. Kami masuk ke dalam rumah dan berehat, aku merasa tenang ketika melangkah ke dalam tiada lagi perasaan gusar atau takut. Tetapi perasaan di perhatikan pada siang hari masih lagi terasa. Suhaila @ Ila..
Terima kasih korang sudi baca cerita aku nie. Maaf kalau ada silap dan cerita nie tak seram.
Aku masih memerhati…
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Samseng tu hulurkan kasut bila kau cari dalam gelap ahahahahhaha ni kira marah ke
#seramedi #aku suka
BEST!TERUSKAN BERKARYA!?
Aku suka makan kaki ayam..kaki ayam celup tepung mmg best glerr..
^
Penceritaan yg detail.. Terasa berada di tmpt kejadian..keep it up
Best!!
hai admin ada tambah ayat ker? “suhaila@ila” dengan “aku masih memerhati”
Admin ke yg tambah?
Baru nak tanya writer, apa kaitan si suhaila@ila tu ngn story…
sebenarnya ada cerita lain pasal budak ila nie.. tapi aku memang tak letak pon ayat “suhaila@ila” dengan “aku masih memerhati”.. aku baca balik cerita yang aku simpan dalam microsoff memang tak de.
Mak oii.. Yg ni seram.. Huhuhuu
Nampaknya memang btol2 ‘dia’ memerhati.. Huhuu
Ko tulis la story pasal ila… Mcm menarik je disebalik kisah ila ni…
cerita ila nie panjang.. takut bosan pulak kalau aku cerita..
fffuuuhhh… kalau kene kat aku maybe dah kejung teruk dah ni.
seram+lawak… hahaha best… tapi ape kene mengena dengan ila???
hmmm
sorry aku tak tulis pon ayat last tuh..
ke sebenarnya.. samseng2 tersebut masih memerhatikan kau? jeng jeng jeng….
jangan lah cik bunga.. diri bulu roma aku nie… tak pasal aku tukar nama jadi bulu kucing pulak..bila nampak samseng bulu jadi tegak.. T_T
cite best torbaek. tapi yg last tu suhaila@ila? yg cerita ni lelaki kan?
ak pun kene ganggu ni wei.. nenek tua minta balik ak ikan puyu yang ak ceduk dekat parit belakang umah.. dh pulangkan pun msih ganggu.. tlg ler ak.. x larat dh.. T_T
serius laa ? sampai skrg dia ggu ? dia nak apa ?
dia nk ikan puyu.. dh pulang dh pun ikannyer, pn dia x puas ati lg..
nenek tu suka kau kot.. ikan puyu tuh alasan jer..
xnk la ak kt dia.. sakit badan2 ak dibuatnyer..
Bila kau ckp pasal bilik air luar, dkt rumah kmpg aku pon ada dua bilik air . 1 kt dlm , 1 kt luar .
Tetiba aku teringat, bilik air luar, dah lama tak guna, sejak abah aku meninggal 3 ke 4 tahun lepas . iyelah , masuk pun takk . risau laa ada benda lain , kan (:
.
.
Pernah 1 hari aku balik & kemas rumah , air kolah kt bilik air dlm tuu aku buang & cuci sbb kotor dan SEINGAT aku , mmg aku tak tadah air lgsg dlm kolah tuu .
Next weekend, aku balik sbb nk amik brg mak aku , guest what ? Air dlm kolah tuu penuh beb .
Haha ! SEINGAT aku , memang aku tak isi air dlm kolah tuu .
Dah sampai Shah Alam , baru aku perasan yg eh, air kolah tuu penuh (:
.
.
Abah balik rumah kot, tumpang mandi.. Rumah abah kan..
.
Best
Best seram dan lawak.
best citer nie..bab berlari2 tu,, aku pon macam ikut berlari sama,,termegah-megah dibuatnya, , hahahaha
seram & lawak , tapi yg pling lawak bila “samseng'” tu baik hati tolong hulurkan kasut…hahahhaha…
Lawak citer kau dik.kipidap.best!
5?????
Patutla nama pun kaki ayam. Kawdu
Kawkawdu yein
adoiiii cuaknya part pakai tali kasut tuh hihihi
beli selipar byk2
#cumel