Apa Dia Nak?

Assalamualaikum dan hai semua pembaca fiksyen shasha. Aku qiddo, ni first time aku submit cerita dekat sini. Maaf kalau tak seram.

Aku bekas pelajar matrikulasi di salah satu matrikulasi kat utara tanah air (teka sendiri la). Okay setiap bilik di matrik aku akan menempatkan 4 orang pelajar. Tapi bilik aku 3 orang je (takyah la tahu kenapa sebab takde kaitan dengan cerita). Pada pertengahan sem, aku dengan 2 orang rakan sebilik (A dan B) kena pindah duk bilik di aras bawah. Aras bawah sepatutnya bilik untuk pelajar² yang sakit tapi aku dan roommates aku dapat kelonggaran. Kompel aku tu pulak dia bukak 2 bilik je untuk aras bawah. 1 bilik tu memang orang yang betul² sakit la, bilik aku je tak.

At first tu kami cuak juga la sebab dahla dua bilik je yang dibuka, lepas tu aras bawah sekali pula tu. Tapi kami bertiga buat relaks je mungkin ada hikmah dia.

Okay nak dijadikan cerita, pada satu malam ni sekitar pukul 2/3 pagi aku tersedar. Aku nak kejut salah sorang roommates tapi aku tak berani (kan banyak dengar cerita yang bukan² kalau ajak orang teman gi toilet malam²).. Lagipun memang aku tak pernah mintak orang teman, orang lain je selalu mintak aku teman.

Jadi aku pun pergi jela sorang², bukan jauh pun toilet tapi sunyi. Tengah syok aku melepaskan hajat, tiba² aku rasa ada air menitik atas kepala aku, jantung aku pulak tiba² berdegup kencang kalah usain bolt berlari. Nak dongak, takut. Tak dongak, nak tahu. Jadi aku pun ambik keputusan untuk mendongak ‘sedikit’. Terkejut beruk aku bila nampak ada rambut atas siling toilet tu. Boleh katakan siling toilet tu penuh dgn rambut. Ah sudah, aku pun cepat² setelkan semua benda, dan nak keluar dari toilet tu. Aku bukak pintu, tapi pintu berkunci. Allahu, macam mana boleh berkunci sedangkan aku kat dalam. Dia nak main dengan aku pulak. So aku duk diam² je dulu, memang berpeluh macam orang mandi dah aku masa tu. Dalam 2 minit lepas tu aku cuba buka pintu, alhamdulillah boleh.

Tanpa membuang masa yang dah terbuang, aku terus memecut keluar dari toilet tu. Tapi langkah aku terhenti sebab aku rasa ada benda terbang kat atas aku dan ada benda mengekori aku kat belakang. Dengan keberanian yang tersisa, aku toleh belakang perlahan² (aku dah tak dongak sebab dah dongak dalam toilet tadi huhu). Tapi takda apa² kt belakang. Fuh lega mungkin perasaan aku je. Bila aku pandang depan balik, tiba² elok je gula-gula tu ada kat depan bilik aku. BILIK AKU bukan bilik depan aku. Ah sudah, apa aku nak buat. Lagi seram bila benda tu tiba² je melompat seperti menuju ke arah aku.

Aku pejam mata rapat² dan cuba pasrah jika berlaku apa². Berpeluh lagi, memang lencun dah aku masa tu. Semua doa aku baca termasuk doa makan, doa masuk tandas dll. Lama jugak aku pejam mata dalam keadaan berdiri tu. Lebih kurang 10 minit jugak la. Lepas 10 minit tu, aku buka mata perlahan-lahan dan cuba tengok keadaan sekitar. Clear. Aku pun terus lari masuk bilik (aku harap benda tu semua tak ikut la).

Malam tu memang aku tak boleh tidur langsung. Aku tak ceritakan pun peristiwa ni kat sapa² sebab aku tak nak mereka takut. Maaf kalau tak seram tapi aku masih lagi rasa keseraman dia sampai sekarang.

Terima kasih sudi baca.

Qiddo

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “Apa Dia Nak?”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.