Apa Dosa Mama?

#PublicEnemy: Apa Dosa Mama?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kipas susah m**i (die hard fans) FS semua. Aku baru pertama kali menulis untuk FS. Aku salah satu peminat tegar FS. Banyak kisah-kisah yang menarik serta seram dan tak lupa juga pengajaran yang dapat aku baca membuatkan aku tertarik untuk menulis tentang Mama. Kisah ni panjang berjela. Kalau ada terkurang atau tak menyeramkan harap maaf.

Aku Jenny. Aku adalah anak tunggal dalam keluarga. Mama dengan papa dah lama bercerai sejak aku kecil lagi. Walaupun telah bercerai, hubungan mama dengan papa tetap baik. Tak lama mama dengan papa bercerai, mama berkahwin dengan seorang lelaki yang aku panggil Abah dan menetap di Selangor. Keluarga abah terutamanya nenek memang tak suka dengan mama. Yelah dulu mama ni free hair. Janda anak satu pulak tu. Pendek kata jauh berbeza dengan keluarga abah yang boleh aku katakan keluarga yang alim. Hampir 10 tahun juga keluarga abah benci dengan mama dan juga aku( terpalit sekali sebab aku bukan anak kandung abah). Baik pun tegur- tegur macam tu je. Abah boleh dikatakan berharta jugalah. Ada tanah, ada kebun kelapa sawit, ada rumah sendiri.

Awal tahun 2006, abah dengan adik lelakinya Ahim (bukan nama sebenar) ada mengusahakan satu projek tanam pisang dekat kebun belakang rumah aku. Boleh kata setiap hari Ahim datang ke kebun untuk menanam pisang. Kalau penat, Ahim akan datang kerumah aku untuk berehat atau solat. Mungkin sebab kerap kali datang kerumah untuk ke kebun belakang, setiap kali Ahim hendak pulang kerumah, pasti akan disalam tangan kakak iparnya. Salam dua-dua belah tangan mama pulak tu. Ahim jadi mesra dengn mama. Kalau tak dulu, lalu sebelah selisih bahu pun tak dipandangnya mama. Mama pun rasa bersyukur lah sebab sangkakan sengketa keluarga yang hampir 10 tahun tu dah tamat.

Satu pagi setelah beberapa bulan kemudian, mama bangun pukul 4.30 pagi untuk mengemas rumah. Tabiat yang selalu mama buat bila bangun subuh, mama akan buka semua tingkap serta pintu dapur. Mama ni boleh kata seorang yang berani. Bayangkanlah pukul 4.30 pagi mama dah buka pintu gelap- gelap tu sebab nak mengemas semua. Tambahan pulak rumah aku ni agak terpencil jauh dari rumah lain. Kiri kanan semua pokok sawit. Tengah- tengah syok mama buat kerja sambil dengar lagu, sayup- sayup mama dengar orang bagi salam.

Mama keluar tengok tak ada siapa pun. Perkara ni berulang 2,3 kali juga. Cuma mama tak cerita. Tak lama lepastu, satu lagi kejadian terjadi. Satu senja selepas 2,3 minggu kes mama dengar orang bagi salam tu, mama tercium bau kemenyan kat dalam rumah. Bau tu kuat sangat sampai aku boleh nampak hidung mama kembang kempis tahan bau tu. Tapi yang peliknya mama je yang bau. Aku dengan abah langsung tak tercium bau apa-apa. Banyak kali jugaklah perkara ni berlaku. Tapi mama dengan abah langsung tak syak apa- apa.

Oktober 2006, satu perkara yang tak diingini berlaku. mama eksiden patah tulang rusuk 3, 1 retak. Akibat dek kejadian tu mama tak boleh bangun tanpa bantuan sesiapa. Aku cuti sekolah 2 minggu semata- mata nak jaga mama. Masa ni lah segala-galanya bermula. Ada 1 malam selepas beberapa hari mama eksiden, mama terjaga dari tidur. Nun dihujung pintu bilik, mama terpandang satu susuk tubuh yang pendek (mungkin dalam keadaan mencangkung). Keadaan masa tu samar-samar dalam gelap. Tapi apa yang pasti, mama Nampak dengan jelas sepasang mata yang garang merah menyala tengah memerhati mama. Mama kelip mata untuk pastikan apa yang dia tengah tengok, sekelip mata je benda tu dah ada dihujung kaki mama. Mama pun apalagi terus selubung kepala dengan selimut. Mama tak kejut abah pun masa tu sebab mama tau abah tu bukan seorang yang berani.

Selepas 2 minggu mama eksiden, badan mama mula dipenuhi kudis macam kurap. Habis kepala, badan, kaki serta tangan mama dipenuhi kudis. Bila siang kudis tu jadi kering sampai berkuping- kuping. Pernah mama sikat kepala guna sikat kutu untuk buang kuping- kuping tu.. setiap kali buang, mesti penuh kat lantai macam habuk biskut. Bila maghrib je kudis- kudis tu jadi kembang dan berdenyut. Macam- macam cara abah bawak mama pergi berubat. mana hospital yang abah tak bawa mama? Apa jenis ubat kulit yang abah tak pernah beli? Semuanya sia-sia. Segala klinik swasta telah abah bawa mama. Tapi semuanya tak membawa sebarang hasil.

Keadaan kudis mama jadi lebih teruk dari hari ke hari. Dengan setan jembalang kerap muncul tak kira masa. Kadang- kadang masa mama tengah mandi. Kadang- kadang masa tengah makan. Tiba- tiba je muncul terus pijak nasi yang mama tengah makan. Keadaan ni jadi selama beberpa tahun.
Aku ingat lagi. Raya 2008 mama akhirnya membuat keputusan untuk botakkan kepala. Masa tu aku giliran untuk aku beraya di rumah papa di kuantan. Kau bayangkanlah saat mama susah, sakit menderita. Ditambah pulak dengan kepala botak. Pagi-pagi raya aku call mama aku dengar mama menangis. Anak mana yang tahan hati melihat mak dia menderita. Tapi apa boleh buat, kewajipan aku sebagai anak, anak tunggal lagitu. Aku kena berlaku adil kepada kedua orang tua aku.

Tahun 2009 umur aku 17 tahun, akhirnya mama buka cerita pasal hantu jembalang tu. Masa nilah baru aku tau semuanya. Punya lama mama simpan rahsia ni. Abah akhirnya buat keputusan untuk cuba berubat secara kampung pula. Segala jenis tokmoh pernah abah bawak. Hampir semua kata mama kena saka lah, kene buatan orang lah. Duit banyak habis,tapi mama tak pulih-pulih. Sampai mama pernah pergi berubat dekat orang asli baru ada perubahan sikit.

Nenek ni guna pucuk pisang dengan air kosong untuk berubat, dia suruh mama berkemban dan baring depan dia. Kemudian dia celup pucuk pisang tu dalam mangkuk air lalu direnjisnya ke badan mama. Kemudian dia sedut badan mama, tiba-tiba keluar arang seketul –seketul. Aku tau korang nak kata tak baik berubat dengan ornag bukan islam. Sebab kemungkinan besar dorang guna bantuan dari jin dan iblis. Tapi aku dengan abah ikhtiar .Sampai kami buntu. Kedaan mama beransur pulih untuk sebulan dua. Lepas tu datang balik. Tapi kali ni lebih teruk.

Ada 1hari mama pergi berubat dekat 1 pakcik ni. Pakcik buat rawatan menggunakan ayat suci al-quran. Masa nak balik tu mama cakap dengan abah yang mama lapar. Tiba-tiba je muncul setan tu terus sumbat kaki dia dalam mulut mama. Masa tu mama dengan abah pergi dengan menaiki motor. Terus tak jadi nak pergi makan. Sampai kat rumah, mama tiba- tiba je marah aku atas sebab yang tak munasabah. Tengah- tengah marah tu mama ketawa mengilai ngilai. Lepastu mama nangis smbil cakap “hantu tu sumbat kaki kat mulut aku.. aku lapar.. kaki dia busuk!!”

Waktu tu terus terang aku cakap aku sedih betul tengok keadaan mama. Kenapa lah semua benda ni jadi kat mama. Malam tu aku terjaga sebab nak terkucil. Aku pon bangun dan jalan slow-slow sambil jaga langkah aku. Yelah rumah kampong rumah papan pulak tu. Salah pijak karang berkeriut pulak lantai ni. Tengah syok jalan macam pink panther, tiba-tiba je aku dengar mama jerit dari dalam bilik dia. “BUSUK LA BODOH!! KAU TU SETAN! SETANNN!!! PERGI KAU CELAKA! AKU TAK TAKUT DENGAN KAU LAAA!!. Aku pon ape lagi. Slow- slow patah balik masuk bilik. Kencing subuh nanti lah jawabnya.

15 NOVEMBER 2009. Aku ingat lagi tarikh ni sampai sekarang sebab esoknya aku SPM. Malam tu mama mengamuk dengan abah tiba-tiba. Malam tu hujan lebat. Mama buang semua baju abah kat luar. Mama mengamuk ngamuk maki abah semua. Aku nampak mata mama bersinar garang macam harimau dalam gelap. Tapi aku yakin tu bukan mama. Mana mungkin mata manusia boleh bersinar macam mata kucing dalam gelap? “berambus!! Aku tak tengok muk kau s**l! berambus!!! Mana parang?? Biar aku sembelih kau malam ni!!”. Dengar je mama cakap macamtu aku terus laung ALLAHU AKBAR! banyak kali. Mama tiba-tiba macam blank sekejap. Abah malam tu tidur rumah nenek.

Tak lama kemudian abah bawa mama berubat dengan 1 pakcik ni. Abah kata pakcik ni bekas imam. Dengan pakcik ni lah segala- galanya berakhir. Pakcik tu suruh abah korek setiap tanah kat penjuru luar tandas. Jumpa lah bungkusan warna kuning yang dalamnya ada kemenyan dan miang buluh. Tak lama lepastu, mama pulih macam biasa. Kudis- kudis tu kering baik. Tapi masih ada parut sampai sekarang. Aku tanya mama siapa yang buat semua ni kat mama? “Agak-agak Jenny siapa yang buat? Aku diam seketika. Tiba- tiba je nama Ahim keluar dari mulut aku. “Mana Jenny tau?”. “ So betul lah dia? Apehal lahanat tu buat macamni????” (maaf kasar. Tapi nilah yang aku cakap dulu.) “Dia takut abah serahkan semua tanah ni dekat mama dengan Jenny. tu yang dia hantar semua ni”. Aku memang panas hati masa ni. Sikit lagi nak bawak parang pergi tetak dibedebah tu. Masa nilah baru terpikir, sejak mama eksiden Ahim tak pernah datang kekebun belakang. Apalagi nak melawat mama. Barulah aku faham kenapa Ahim salam tangan kedua tangan mama secara serentak.

Kini setelah 8 tahun mama sembuh. Mama tetap baik dengan Ahim. Ahim mungkin dah bertaubat kot. Sebab mama pulang balik “hantaran” tu dekat dia. Mama dah jadi menantu paling disayangi sekali oleh nenek. Aku tetap dengan kepala angin aku. Aku tak pernah tegur mahupun pandang Ahim sejak insiden tu. Korang boleh kata aku memang pendendam dengan dia. Aku tau menjadi seorang pendendam tu tak baik.aku tau tu. Tapi apa yang dia buat kat mama tu sesuatu yang aku memang tak boleh maafkan. Aku yang kene hadap semua tu. 3 tahun bukanlah masa yang singkat. Sekian cerita aku.

Disini aku nak pesan sikit. Bukan niat untuk menghasut, tapi ingatlah, setiap perbuatan ada balasannya. Cuma itu terserah kepada yang MAHA ESA sama ada nak bagi cepat atau lambat. Harta bukan segala galanya. Sentiasalah beringat, bahawa manusia mempunyai rambut yang sama hitam, tapi hati belum tentu lagi sama. Tak semestinya yang solat lima waktu tu, yang ketayap sentiasa melekat dikepala 24 jam itu tidak menduakan Tuhan walaupun bukan semuanya. Dan tak semestinya yang buruk itu, akan kekal buruk sampai bila-bila. Sekali lagi aku memohon maaf sekiranya penulisan aku menghaampakan korang. Atau pun cerita ni tak seseram yang korang sangka serta panjang berjelaaaaaaaa.. Assalamualaikum.

PublicEnemy

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

15 thoughts on “Apa Dosa Mama?”

  1. Kesiannya mama u..huhuhu..moga tabah..mama u baik dan sabar..tu sebab diuji begitu..rajin pulak tu..abah tiri u pun baik usaha ubati mama sana sini..mama u spt saya juga janda yg kawin lelaki ada tanah sawit/kebun dan ada umah..tp awal2 lagi suami saya bg tau famili dia yg saya takkan ambik tanah dan umah sebab kami wasiat nak wakafkan aje so takde isu mrk nak buruk sangka atau fikir saya nak harta..lagipun saya dah ada umah sendiri..bg tau mama jgn buka pintu pagi sgt..setan masih berkeliaran masa tu..saya pun bangun 4.30 pagi juga hari2..moga adik dan mama dirahmati Allah selalu..amin..

    Reply
  2. same story..
    tapi bezanya kami masih belum jumpa penawar lagi.
    situasi lebih kurang sama. tgk ummi terjerit2, tanah tepi rumah jd berasap n berlumpur kuning sedangkn tu tanah kuari dust, kelibat. banyak lagi la

    doakan aku jugak ye korang

    Reply
  3. Kesian dgn mama awk…salute kt abah awk tu yg tak putus asa…slalunya apa yg berlaku mmg akan effect kat satu family..saya dulu org buat kt abah…arwah mak pn ada jugak…Alhamdulillah skang dh tak de….sedara gak yg buat tapi diorg tak bgtau kitaorg sedara mana sbb nk biar benda ni abis kt situ je n org tu pn cam insaf n segan dh ngan famili kitaorg

    Reply
  4. kalau aku jadi kau pun aku pandang pun x muka si Ahim tu. ni kan pulak nak salam ke nak senyum ke.bia la orang nak kata apa pun.

    Reply
  5. wlaupon x mengalami masalah tersebut… aku dpt rse mcm ne sakit hati penulis dan apa lg kepada ibunya… dia bkn pendendam tp dia bjaga2 dgn ape yg dia pernah lalui lg2 org tu dekat dgn penulis.. maaf blh tp ssh nk lupekan.. =)

    Reply
  6. Si ahim ni sama mcm si sial tu buat dkt arwah abah aku.. Bapak da mampos anak plak sambung sial bapak dia.. Moga2 mampos cepat la anak dia tu.. Arwah abah aku menderita 8 tahun.. Da mmg keluarga aku susah bertimpa susah di buatnya.. 10 setan di hanto dkt arwah abah aku.. Berkopiah utk simpan segala sial dia anak beranak.. Istri dia yg x berdosa jd habuan.. Eh mamposlah sana ko anak beranak.. X kan ada maaf..

    Reply
  7. Allahu, sy pulak yg sedih sgt baca kisah ni, terkesan di hati..😭 sabarnya keluarga penulis, mulia hati ibu penulis memaafkn pelaku.. respect jg kt abah penulis yg xputus asa bawa isteri berubat.. Alhamdulillah syukur pd Allah semuanya dah berakhir dan ibu penulis selamat.. Semoga penulis & keluarga kekal bahagia dlm rahmatNya & dipermudahkan segala urusan..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.